“Papa Lee kahwin lari dengan kakak auntie waktu mereka muda. Papa Lee anak orang kaya, terlalu kaya sehingga dia tidak tahu bagaimana nak uruskan dirinya. Pakaian pun orang gaji pakaikan. Jadi, cubalah bayangkan. Bagaimana rasanya terpaksa uruskan semuanya sendiri. Terpaksa kerja berat semua. Akhirnya mama Lee yang tanggung dia. Dia yang bekerja, yang uruskan rumah. Lelaki itu hanya keluar, main perempuan, habiskan duit. Auntie asyik suruh kakak sedar, suaminya memang tak guna! Tapi dia tak dengar. Dia sayang sangat pada suaminya. Dan Lee pula, dia pun sayang pada papanya. Terlalu sayang sehinggakan mereka berdua butakan mata dan maafkan setiap kesalahan yang lelaki itu buat.
Sehinggalah kakak auntie mengandungkan anak kedua. Lee baru umur lima tahun tapi auntie dapat rasa dia ingat betul hari tu. Kakak dan auntie baru balik dari kerja. Dia bawa Lee ke tempat kerjanya sebab lelaki itu takkan jaga Lee. Waktu itu kami jumpa papa Lee sedang bercakap dengan seseorang. Pakciknya. Auntie dengar apa dia kata. Dia minta balik papa Lee balik sebab ayahnya dah nazak. Dan memang dijangka, dia terus setuju. Barang dia langsung tak kemas sebab dia boleh beli semula dengan harta ayahnya. Kakak auntie dan Lee menangis-nangis, rayu dia supaya jangan pergi tapi dia langsung tak pandang belakang lagi. Dan sebab terkejut, kakak auntie bersalin awal tapi..tapi dia dan bayinya meninggal,” Auntie Hyun terhenti seketika. Nadanya sebak tetapi dia meneruskan kata-katanya.
“Selepas itu auntie yang jaga Lee tapi dia tak seperti dulu. Dia berubah pemuram. Auntie risau kalau dia hadapi masalah kemurungan. Lee juga sering sakit-sakit. Rupanya dia ada penyakit jantung berlubang. Auntie tak ada duit nak tanggung kos perubatan dia. Auntie kerja kilang je waktu tu dan auntie muda lagi. Auntie betul-betul terdesak sebab Lee saja tinggalan kakak auntie yang paling auntie sayang. Auntie tak nak kehilangan dia,”
“Jadi apa yang auntie buat?” dia menyoal perlahan. Wajah Auntie Hyun semakin sendu.
“Suatu hari papa Lee datang balik. Dia mahukan Lee. Dia kata dia rela lawan auntie di mahkamah. Auntie takut, sebab dia lebih berhak terhadap Lee. Setelah dia tahu tentang penyakit Lee, dia semakin mendesak. Dia kata dia akan bagi rawatan yang terbaik untuk Lee kalau auntie serahkan dia. Dia kata Lee pasti lebih selesa dengan kemewahan berbanding hidup susah dalam pondok buruk auntie. Autie setuju. Lee, dia langsung tak menangis ketika pergi tapi renungan matanya…renungan matanya tidak pernah auntie lupakan sehingga sekarang. Sendu, kelihatan terluka. Auntie ingat dia akan lebih gembira dengan papa dan mama barunya tetapi auntie silap. Bila auntie dapat tahu yang dia tak gembira di rumah besar itu, auntie cuba nak dapatkan dia balik, tetapi papa Lee tak benarkan. Jadi dua tahun auntie cuba curi-curi nak jumpa Lee tapi kawalan papanya ketat. Auntie cuma berjaya sekali je, sebelum auntie kahwin dan ikut suami bekerja di Jepun. Itupun dari jauh. Lee langsung tidak perasan auntie di situ,” Auntie Hyun menunduk. Elina dapat melihat air jernih di birai mata itu. Dia mengetap bibir. Tidak disangka ada kisah di sebalik kedinginan lelaki itu.
“Auntie selalu ikuti perkembangan Lee dari sana. Tapi baru je lima tahun kami kahwin, suami auntie meninggal akibat kemalangan kapal terbang. Kami tak ada anak. Auntie jadi teringat pada Lee. Auntie balik semula ke sini. Auntie mulakan perniagaan sendiri bermodalkan duit yang ditinggalkan suami auntie. Dan auntie selalu tengok Lee dari jauh. Lee lebih bebas dan dia menyertai X-Music. Melalui itu, auntie boleh berikan dia hadiah, tengok dia menyanyi, menari. Tapi dia tak nak jumpa auntie. Berapa kali auntie cuba, dia tetap tak nak maafkan auntie. Semua kepayahan yang auntie lalui, mungkin semuanya balasan auntie sebab tinggalkan dia dulu. Semua salah auntie,”
*******************************************************
Elina kembali ke realiti. Matanya melekap pada Lee. Dia kelihatan begitu berbeza. Raut wajahnya lembut, gerakan tangannya halus. Namun irama itu kedengaran begitu sedih, pilu….
“Footsteps?” bibirnya bergerak tanpa sempat ditahan. Irama serta-merta terhenti. Mata Lee sekarang tepat memandangnya. Raut wajah lembutnya bertukar. Dia sekarang sedingin ais.
“Apa kau buat di sini?” nadanya juga begitu dingin. Elina menarik nafas panjang. Gemuruhnya datang.
“Saya dah lama cari awak,” syukur suaranya tiak bergetar tetapi berhadapan dengan Lee setelah dua minggu betul-betul membuat jantungnya berdegup kencang.
“Dan untuk apa kau cari aku?” Lee meletakkan violin di antara alat muzik yang lain. Elina memandang violin itu lama.
“Saya tak pernah nampak awak gesek violin sebelum ini,” pandangannya beralih pada Lee.
“Apa yang kau nak sebenarnya?” wajahnya menunjukkan dia tidak senang dengan kehadirannya. Elina kekal tegak.
“Lagu Footstep tu, awak tujukan pada siapa?” lembut dia bertanya tetapi wajah Lee segera memerah.
“Bukan urusan kau!” tengkingan Lee benar-benar mengejutkannya. Namun dia kekal berdiri walaupun kakinya bagai nak tumbang.
“Urusan saya. Percayalah, urusan saya,” tangan dibawa ke bibir. Lee menjelingnya tajam. Dia membuka langkah mahu meninggalkannya namun Elina lebih pantas. Dia berdiri di hadapan pintu, menghalang Lee daripada keluar.
“Baik kau pergi sebelum aku naik darah,” Lee memberi amaran. Elina tersenyum. Sinis.
“Kan awak sedang naik darah,” dijelingnya pada Lee kembali. Geram di hati terasa mencucuk-cucuk tubuhnya. Bersusah payah dia mencari Lee dan sekarang terpaksa melayan kerenahnya pula.
“Kau ni apasal?!” ditendangnya pintu. Berdegang bunyinya. Elina menelan liur. Takut juga…
“Tak boleh ke awak tunggu saya cakap? Kan sejam lagi baru mula balik exam,” dia melihat Lee terdiam. Matanya meliar menikam. Akhirnya dia memeluk tubuh.
“Aku bagi kau masa lima minit. Kalau kau tak nak terima, baik kau pergi sebelum aku tarik kau keluar,” nadanya tegas. Elina menarik nafas lega. Lima minit pun lima minitlah.
“Auntie Hyun awak ada jumpa saya,” dia terhenti apabila wajah Lee berubah. Mulut Lee terbuka, menandakan dia mahu bersuara.
“Awak kan dah janji nak dengar,” wajahnya dikelatkan. Mulut Lee tertutup kembali.
“Pada mulanya dia minta saya berikan awak macam-macam. Sushi yang selalu saya bawa, dia yang suruh saya berikan. Dan selepas itu barang-barang lain. Namun awak tak pernah terima. Hanya kali pertama itu je. Selepas itu awak buang. Saya pelik, kenapa awak tak nak terima pemberian orang lain. Selepas auntie cerita, barulah saya tahu kenapa. Bukan awak tak nak terima hadiah orang lain, awak cuma tak nak terima pemberian dia saja. Sebab itulah awak tak simpan semua hadiah sebab awak tahu, salah satu hadiah itu datangnya dari Auntie Hyun. Betul, kan?” Lee mendengus. Elina menyambung.
“Kenapa awak buat begini, Lee? Auntie, dia sedih awak tak nak langsung jumpa dia. Lee, dia dah menyesal. Sekarang dia sakit. Dia nak sangat jumpa awak. Awak lupakan kenangan pahit itu. Lagipun waktu itu dia tidak ada pilihan. Dia..,”
“Dia ada pilihan. Dia ada,” dingin suaranya. Elina terkesima. “Tapi dia tetap memilih jalan itu,”
“Lee, saya faham perasaan awak tapi..,”
“Kau tak faham. Percayalah, kau takkan faham,” nadanya perlahan. Elina sekali lagi terkelu. “Sudahlah. Baik kau pergi,” Lee memalingkan tubuh untuk beredar namun Elina merentap tangannya. Terngiang-ngiang kata-kata Auntie Hyun dulu.
“Kenapa awak jadi begini, Lee? Mungkin waktu itu dia salah. Namun dia hanya mahu yang terbaik untuk awak. Awak fikir dia tidak menderita ke serahkan awak pada keluarga papa awak? Dia tak ada pilihan lain. Serahkan awak, atau awak mati,” digoncang badan Lee.
“Tapi dia tahu apa kesannya pada aku?!” badan Elina digoncang kembali. Elina terlalu terkejut sehingga tidak dapat memberikan renspon.
“Dia hantar aku terus ke neraka!” wajahnya berubah menakutkan. Elina menekup mulut.
“Tiada orang pedulikan aku. Selepas lelaki itu mati, isterinya tak pernah pandang aku lebih dari seorang orang yang mahu merampas harta suaminya! Kau ingar seronok ke? Aku benci mereka semua!” jeritannya bergema. Dada Elina terasa sebak. Tangannya dibawa ke pipi Lee.
“Lee, awak tak payah tipu. Sepanjang masa, awak tak pernah marahkan sesiapa apatah lagi Auntie Hyun. Awak takkan pernah lupakan dia. Kalau tidak kenapa awak selalu kurung dalam bilik stor semata-mata untuk menatap gambarnya?”
“Aku tak ada masa nak tengok gambar dia!” wajahnya dipalingkan.
“Saya tahu, itu gambarnya dengan awak, kan? Awak asyik menatap gambar itu kerana awak mahu saat-saat itu kembali, kan?” Lee menggeleng. Dia menepis tangan Elina.
“Kenapa awak nafikan, Lee. Awak dah lama maafkan dia. Tapi kenapa awak tak nak jumpa dia? Awak dah tahu dia sakit. Lee, saya tahu awak takut jika awak membenarkan diri awak menyayanginya lagi, dia akan pergi. Sama seperti mama awak. Awak kunci hati awak. Sebab awak rasa semuanya tidak boleh dipercayai. Semuanya akan buat awak terluka lagi. Bukan orang lain yang tidak pedulikan awak, awak yang jauhkan diri,” dia mengetap bibir. Lee masih tidak memandangnya.
“Awak tahu tak, saya sukakan awak,” kali ini matanya beralih. Elina mengangguk.
“Tapi awak selalu buat saya keliru. Sekejap awak baik, sekejap awak dingin sangat. Dan kadangkala awak kelihatan terlalu jauh untuk dicapai. Hati saya sakit sebab saya tahu, awak tak suka orang ambil berat tentang awak. Pada mulanya saya fikir saya hanya ambil berat, tapi hati saya sakit sangat. Sakit..sangat,”
“Lee, awak harus berubah. Awak mungkin takkan berubah disebabkan saya tapi fikirkan semua orang yang menyayangi awak. Auntie Hyun, ahli X-Music,.. Mereka semua sayangkan awak. Awak harus belajar untuk mempercayai mereka. Dan Auntie Hyun, pergilah jumpa dia sebelum terlambat. Saya pergi dulu,” Elina terus keluar. Sekarang ini dia hanya mampu berdoa, Lee akan berubah..
Berikan Aku HidayahMu 6(End)
15 years ago
17 comments:
lina bagitau Lee dia suka kat lee! waaa! apa akan jadi nanti????
uwaaaa...
sdeynye n3 kli nie!!
ske ble lina nge lee mcm ni...
kak alya...cpt la smbg!xsbr dh nie!!dbsk r0ckz!!!!!=)
cpt2 smbung erk..
xsbr nak tau..
ngee...
tak sabar nak tunggu sambungannya...
cpt2 la sambung..
da x sabar nak taw pe jadi pas ni.. :)
lina ngaku?? perghhhhhhhhh!! hebat2...ehehehe...cpt la smbung..x sabo nk tau pe jd pd dorg lps ni..ehehehe
wah2..kna brain wash..
sambung lagi yer..
caya la lina..mcm tu la baru citer jd best..hehehe..cayok2...
harap cepat la ada n3 baru lepas ni...
alya..gambate
cepat smbung ea.. best la novel neyh!~ waaa...
beshnye n3 ni!!! waa!!! part tgk gamba jaejoong nangis tu sedih sgt
pergghh!!
lina ngaku..!!
bler lee nk ngaku plak nie..??
tp,
nie msti dh nk abes kn..??
kak alya...
nnti wat la lg novel yg cmni..
best!
wuuuuu.... sedeynyer... tapi xpe... ade perkmbngan...hehehe.. arap2 lee akan brubah.. cpt smbg ek...
wargh...sdey nyer...cptla smbg...hehhe:)...suke sgt lee n elina
lama rasa nk tggu sambungan citer nih!
tetap sabar gak... ahaks!
lina dah bgtau pd lee yg dia sukakan lee... cam tak sanggup tunggu lama jer nk tau... he... :)
cpt smbung!! tak sabar dh ni..
nak lagi!x2 best sgt r cte nie.. tharu pun ad gak.. cpat2 r smbg.. da x sbar nak bce.. tp lme lg ker cte nie nak endg???
baru hari nier bacer....yg first ingtkan macam cter2 yg lain ruper2nyer luar biasa....sampai saya sanggup tangguh assignment nak bace cter ni sampai habis..pliz cepat sket habiskan cter ni..saya akan setia menunggu...x sabonyer.....
Post a Comment