“Elina!” satu suara menghentikan langkahnya. Elina mengetap bibir dan berpaling.
“Ada apa?” suaranya dilembutkan. Wajah mereka berempat kelihatan bercahaya.
“Hai, senang sangat ke exam tu sampai tersengeh-sengeh ni?” dia mengusik. Mereka semua mengangkat bahu.
“Jom temankan kami makan. Bosanlah tak ada kau. Tiada siapa yang nak membebel,” Ken membuat muka bosan. Elina tersenyum kecil.
“Nak sindir sayalah tu,” bibirnya dicebikkan ke arah Ken “Maaflah. Saya kena balik sekarang,” dia menilik jam tangannya. “Ada hal…Eh, apa ni?” badannya ditarik mengikuti langkah mereka berempat. Elina termangu-mangu.
“Takkan kau tak kenal perangai kami lagi. Ikut jelah,” Daniel memberikan senyuman nakalnya sebelum mengeyit sebelah matanya. Elina melepaskan nafas panjang. Macam-macam lah diorang ni!
******************************************
“Apa?!” hampir tersembur jus yang diminumnya. Mereka berempat mengangguk.
“Awak semua nak saya pergi parti Ken?” keningnya berkerut. Sekali lagi mereka mengangguk. “Tak naklah!” dia pantas menggeleng.
“Kenapa?” Wu memandangnya lama. Elina menarik nafas dan menghembusnya perlahan-lahan.
“Saya tak biasalah,” ringkas jawapannya. Berkerut dahi Wu dibuatnya. Apatah lagi dahi yang tiga lagi.
“Elina..,”
“Yalah, nanti saya fikirkan. Tapi saya tak janji tau!” segera dia memotong kata Ryosuke. Tahu pasti dia akan diberikan hujah yang tak dapat ditangkis. Lebih baik dia berkata begitu, sekurang-kurangnya topik ini tidak akan dibicarakan lagi.
“Awak dah jumpa Lee?” Wu tiba-tiba bertanya. Serentak itu Elina mengetap bibir.
“Dia ada cakap apa-apa?” Daniel pula bersuara. Elina menggeleng. Dia mengangkat wajah.
“Kenapa saya tak pernah nampak dia mainkan violin dalam bilik muzik sebelum ni?” soal Elina perlahan. Mereka berempat berpandangan sesama sendiri.
“Violin itu papa Lee yang hadiahkan. Hadiah pertama yang diberikan. Violin juga adalah alat muzik pertama yang Lee mahir. Dia lebih mahir mengendalikan violin daripada guitar,” Ryosuke memecahkan keheningan. Elina mengerutkan kening. Papa Lee?
“Kalau kami ceritakan, awak mungkin takkan faham. Masalah dia rumit,” Wu berterus-terang. Wajahnya jelas risau. Elina menggeleng.
“Saya tahu. Saya dah jumpa pun dengan Auntie Hyun,” saat Elina berkata begitu, mereka semua kelihatan terkejut.
“Apa kata awak sambung cerita tadi sebelum saya terangkan?” pinta Elina. Wu mengetap bibir sebelum bersuara.
“Papa Lee, sewaktu dia sakit, dia rasa bersalah terhadap Lee atas apa yang dia buat selama ini. Dia tak tahu bagaimana nak tebus kesalahannya kerana semakin hari Lee semakin jauh darinya. Jadi dia hadiahkan violin itu. Jadi, dia boleh dengar Lee menggesek violin dari jauh sehinggalah dia meninggal,” Wu menunduk. Elina menarik nafas. Betullah jangkaanya. Lee tidak membenci sesiapa. Malah papanya yang banyak melakukan kesalahan kepadanya juga tidak. Jikalau ya, masakan dia begitu menyayangi violin itu? Masakan dia mencurahkan semua perasaanya ketika memainkan violin itu? Elina yakin, Lee teringat ahli keluarganya ketika itu.
“Dia juga yang kenalkan kami berlima. Dia ceritakan semua dan pinta kami supaya kembalikan Lee yang dulu. Tapi sepanjang kami berkawan, kami tak boleh buat dia lupakan semua dendam dan sakit hati yang dia rasai selama ini. Kami hanya mampu berada di sisi dia, dan memahami semua tindakan yang dia lakukan,”
“Walaupun tindakan itu sebenarnya memburukkan lagi keadannya?” Elina memandang mereka lama.
“Maksud kau?” Daniel menjungkitkan kening. Elina menunduk.
************************************************
Dia menyandarkan tubuhnya pada dinding. Dia merenung keempat-empat ahli kumpulan X-Music yang turut menyandarkan tubuh pada dinding yang bertentangan.
“Kau rasa dia akan datang?” Daniel menjeling jam. Sudah hampir dua jam mereka menunggu di hadapan pintu bilik Auntie Hyun. Tiba-tiba sahaja mereka mendapat khabar yang Auntie Hyun dikejarkan ke hospital. Mereka sudah berpakat. Sudah diminta Lee datang ke hospital tetapi bayangnya pun tak ada.
“Saya yakin dia datang,” Elina berkata perlahan. Wu memandangnya lama dan mengangguk.
“Kita tunggu lagi,” ujar Wu.
Lima belas minit berlalu…setengah jam berlalu..sejam berlalu…
“Dah tiga jam kita tunggu,” wajah Ryosuke muram. Bukan dia sahaja, malah kesemua mereka. Kenapa dengan Lee? Dia masih tidak dapat berubah?
“Lee,” bulat Elina melihat Lee di hadapannya. Di belakangnya berdiri Tiffany.
“Masuklah,” Tiffany bersuara lembut. Lee memandang Tiffany lama. Dia kemudian beralih pandang pada Elina namun sekejap sahaja. Selepas itu dia masuk ke bilik Auntie Hyun seorang diri. Elina tersenyum tawar. Pasti Tiffany yang memujuk Lee ke sini.
“Saya nak balik,” Elina melangkah setapak.
“Biar saya temankan awak,” Wu mengiringinya pergi. Elina hanya diam sepanjang perjalanan. Fikirannya bercelaru.
“Tiffany…,”
“Saya harap awak semua akan dapat keputusan exam yang baik! Chaiyok!” terus Elina berlari masuk ke rumah. Dia tidak mahu mendengar tentang Tiffany dan Lee lagi.
************************************
“Lina, cepatlah bersiap,” Adam tiba-tiba muncul di hadapannya. Elina mengerut kening.
“Bersiap pergi mana?”
“Parti X-Music la,” Adam tersenyum memandangnya. Elina terkelu.
“Abang demam, eh? Kenapa tiba-tiba nak pergi parti diorang?” hairan dia dibuatnya. Betul ke Adam ni?
“Dah diorang jemput. Kenalah pergi. Cepatlah sikit siap. Takkan abang nak pergi sorang. Lagipun diorang jemput Lina jugak, kan?”
“Yup tapi….”
“Tak ada tapi-tapi. Abang bagi masa sejam. Kalau tak siap lagi, abang sendiri yang tolong Rina pakaikan baju,” senyuman nakal terukir. Spontan tangannya menampar lengan abangnya.
“Gatal!” dia berlari masuk ke bilik. Terdengar ketawa Adam yang kuat di sebalik pintu. Kurang asam betul!
p/s: dengan sukacitanya alya maklumkan yang ada dua bab lagi seblm cie ni habis. Nanti alya upload ye. ^_^
Berikan Aku HidayahMu 6(End)
15 years ago
14 comments:
Hm, lee ni baik juga rupanya. hehe. sokong lee ngan lina! kat parti apa yg akan jadi, eh? x sbr nak bce. hehe. ada 2 bab lagi.....
nape ek adam excited nk pgi sgt party X-Music tu??
xsbar nk bce nie...
smbung2..
cte nie btol2 bes..
yes..ys akhirnya...
cte ni nak sampai penghujung jgk heheh
ermmm tul...tul nak lina ngn lee
ermm tak sabar nk tau ending dia heheh
erkk k sambug lagi..
:)
yea, da nk abes da...
cpat2, nk tau ksudahan cter nie
hwaiting!!!
liena
yaaay....nk taw pe lgi 2 bab2...hehe:)...cpt2 la upload erk...tq 4 tis bab..hehe:)
wah...xsabar nya..
sambung lagi yer..
hai,penulis.. bestlah cite ni.. anyway boleh tak tolong postkan 2 bab seterunya cepat sikit.. tak sabarlah and nanti tak de masa nak baca sebab gi sambung belajar
cpt2 sambung k.. sangat2 x sabar nak taw pe yang jadi pas ni...
makin lame makin best n x sabar2 nak taw pengakhiran kisah mereka.. :)
kak alya..
best sgt cite ni !
x sbr nk tunggu kak alya hbeskan..
klu bleh sye nk bce b4 bukak skolah ni !
coz sye kena blek asrama..
bleh ye ?
plis..
lg 2 bab? ala..........cm x puas je bace..ehehe..nk lee dgn lina..huuuu~ waiting 4 de next n3..=)
cpt2 la smbung..
x sabar dh ni!!
cpt ckit smbg............
.agk2 ape akn jd mase kt party?????????????
Post a Comment