CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »
Cerita ini hanyalah rekaan semata-mata ya. Tak ada kena mengena dengan yang masih hidup atau yang sudah meninggal dunia. Mungkin cerita ni macam tak logik skit tapi ini semua hanyalah untuk hiburan sahaja ya.. ^_^

Friday, 27 November 2009

Bab 43


Otaknya sarat dengan pelbagai perkara yang difikirkan. Malah dia betul-betul bingung untuk memikirkan cara untuk menyelasaikan kemelut itu semua.

“Kenapa aku?!” hampir sahaja dia menjerit di situ dan menghentak-hentak kakinya tanda protes. Ish! Tiba-tiba dia merasakan tubuhnya ditarik ke belakang.

“Fikirkan apa sampai tak nampak tiang tu?” wajah Adam menjelma di depan mata. Eluna termangu-mangu seketika. Dia kemudian mengalihkan pandangan. Yalah, tiang betul-betul dihadapannya. Jika dia melangkah lagi, selamat tiang itu bertemu kepalanya!

“Lepaslah,” tangan Adam dibahunya ditepis. Lelaki ini bukan abangnya, malah mempunyai perasaan..er..perasaan...tut…tut..padanya. Jadi bahaya kalau dia rapat dengan Adam. Betul-betul bahaya. Sudah hampir dua minggu dia menjauhkan diri dari Adam. Sengaja dia pergi awal ke sekolah untuk mengelak terserempak dengan Adam. Bila pulang pula dia tidak menunggu Adam menghabiskan kelas tambahannya. Dia betul-betul tidak selesa untuk mengembalikan kemesraan seperti dulu.

“Kenapa Lina datang sekolah hari ni? Kan esok dah cuti,” Adam memandangnya tajam. Elina menggigit bibir. Dia meneruskan langkahnya. Tanpa diduga Adam mengikuti langkahnya.

“Kenapa Adam ikut Lina? Kan Adam pergi dengan driver,” kelat sudah wajahnya. Adam tersenyum.

“Abang nak pergi dengan Lina. Tak boleh ke?” selamba jawapannya.

“Kan abang exam hari ni. Abang tak takut tak selesa ke nanti?” berkerut-kerut kening Elina. Mencari alasan agar Adam meninggalkannya sendiri. Nampaknya cara itu tidak berjaya apabila wajah Adam berubah tegang.

“Dah Lina jauhkan diri dari Adam, terpaksalah Adam buat macam ni!” dingin nadanya. Sama nada sewaktu Adam membuat musuh dengannya dulu. Terus langkah Elina terhenti.

“Boleh tak Lina jangan jauhkan diri lagi? Penatlah. Apa salahnya kalau kita rapat macam dulu?” Adam membetulkan beg sandangnya. Matanya tidak lepas-lepas menikam mata Elina.

“Abang yang salah!” Elina memalingkan muka.

“Apa salah abang? Tak salah kalau abang sayangkan Lina. Lina bukan adik kandung abang!” panggilan lama sudah kembali. Direntapnya tangan Elina.

“Abang, lepaslah!” Elina meronta-ronta. Tetapi semakin kuat dia meronta, semakin kuat cengkaman Adam.

“Abang, sakit..” Elina membuat muka kesian, terus Adam melepaskan tangannya.

“Sakit ke? Abang…,”

Puk!

“Lina!” Adam terkejut apabila Elina memukul bahunya dengan buku di tangannya. Sakit siot!

“Padan muka. Sakit tangan Lina abang kerjakan!” dia melangkah pantas ke stesen bas. Adam berlari anak mengekorinya.

“Lina tahu tak? Abang kan exam hari ni. Lina memang sengaja nak abang fail, kan?” tersenyum-senyum dia melihat wajah kelat Elina. Waktu gini pun masih nak bergurau!

“Abang! Serius lah sikit. Lina tengah marah ni!” suaranya lebih kuat. Orang ramai di stesen bas itu memandang mereka. Adam tidak peduli. Dia memang muka tembok!

“Abang seriuslah ni, sayang,” selamba sahaja jawapannya. Elina meradang. Buku ditangan sekali lagi dihentak ke bahu Adam.

“Ouch!” segera Adam merampas buku di tangan Elina. Bulat mata Elina dibuatnya.

“Bagilah balik, buku Lina!” kakinya sudah dihentak geram. Adam menarik nafas panjang.

“Janganlah buat perangai tak matang, Cik Elina oi! Kalau abang bagi buku ni balik, dah sah-sah Lina pukul abang lagi!” wajahnya berubah serius. Elina berdiri tegak.

“Dengar sini. Lina mungkin tak selesa dengan perasaan abang pada Lina tetapi Lina boleh bertenang sebab abang tak ada niat nak jadi lebih dari hubungan abang dan adik..,”

“Betul ni?” mata Elina bercahaya.

“…buat masa sekarang,” Adam menyambung kata-katanya yang terputus. Segera berkerut kening Elina.

“Maksud abang?”

“Maksud abang, abang akan tunggu Lina sampai Lina dapat terima abang. Sebelum waktu itu, hubungan kita seperti biasa,” senyuman Adam lebar namun kerut Elina juga
banyak.

“Kalau Lina tetap tak terima abang?” cabarnya. Adam mendekatkan wajahnya.

“Terpaksalah abang cari cara lain. Tapi buat masa sekarang, Lina buatlah macam biasa. Eh, bas dah sampai. Jom pergi,” tangannya ditarik mengikuti langkah Adam. sepanjang perjalanan Adam tersenyum, macam tak gementar langsung nak exam besar. Elina pula asyik memikirkan kata-kata Adam tadi? Betul ke apa yang kami berdua buat ni?

**************************************



“Awak betul ke nak pergi jumpa dia?” Amira memandangnya risau. Elina mengangguk.

“Hari ni hari terakhir sekolah. Walaupun dia tetap datang sebab exam, saya dah tak boleh datang. Jadi ini peluang terakhir saya,” tangannya digenggam erat. Sejak bertemu dengan Auntie Hyun, dia terus berusaha untuk bercakap dengan Lee , sendirian! Sudah hampir dua minggu dia mencari Lee di bilik muzik tetapi yang dia berjumpa hanyalah ahli X-Music yang lain.

“Lee ada hal sikit lah. Dia tak nak ikut kami study. Kami pun dah lama tak jumpa dia,” itu kata-kata Wu. Jadi, daripada usaha mencari Lee, dia terpaksa menemani empat ahli X-Music yang lain. Mereka tidak membenarkan dia pergi. Apatah lagi Tiffany juga tidak ada. Pergi berdating dengan Lee lah tu!

“Itu saya tahu tapi kan dah dua minggu dia tak ada. Hari ini takkan lah dia ada. Lagipun dia ada exam. Habis pukul 4 petang rasanya,” Amira mengingatkan. Elina mengakui kata-kata itu tetapi dia takkan menyerah. Dia akan mencari Lee sehingga saat sebelum sekolah berakhir. Dia nekad!

****************************************

Begnya disandang kemas. Disebabkan hari ini hari terakhir sekolah, jadi murid-murid melakukan kerja sesuka hati mereka asalkan tidak mengganggu calon peperiksaan. Elina juga begitu. Sepanjang masa dia menunggu di hadapan pintu bilik muzik. Manalah tahu Lee akan muncul. Tetapi dalam hati dia tahu itu kerja bodoh.

Tekak yang haus memaksanya meninggalkan bilik muzik dan pergi ke koperasi sekolah. Dibelinya sekotak minuman. Dalam perjalanan menuju ke bilik muzik, gegendang telinganya mengesan satu nada.

“Apa ni?” dia mendekat ke bilik muzik. Nadanya semakin jelas. Sah, ada seseorang di dalam. Tangannya berubah dingin. Menggigil tangannya menolak pintu. Dia cuba tidak membuat bising. Iramanya bertambah jelas. Dia berjalan perlahan-lahan sehingga matanya menangkap kelibat seorang lelaki yang dicarinya selama ini sedang menggesek…violin?

p/s: maaf dah lama x post new n3 & walaupun terlambat, Alya nak ucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA! ^_^

10 comments:

Nina Aziz said...
This comment has been removed by the author.
Nina Aziz said...

bkn..bukan ke...lee main gitar...
nampak cm ji hoo la plak...what ever pun best...hehhe

kalo free singgah la bce blog nina plak...

nina-dakwatpena.blogspot.com

Unknown said...

wah! ada n3 bru! sgt2 rndu cite ni..huuuuu

Unknown said...

Lee main violin? pepun, n3 ni mmg best!!!! cpatlah smbung!

SaKuRa said...

erm..akhirnya ader gak n3 br..huhu

~freakycuteyanime~ said...

rindu giler ngan citer nie..
dah 2 minggu sjak habis final exam, asyik aje tngok kut ade entry baru.. suka ngan citer nie..
xsabar nak tahu next entry
keep up the good work...

azzakiah said...

cpt2 la sambung..
lame tunggu.. adeyh!

Hani Yuhani said...

rindu gile nak bace novel ni...next n3 kasi upload laju2 ea??

best!

fiza said...

abis pn explore dri en3 first....emm best3x...da nk abis kn cter ni..so sy hrap hepy ending la...xmau sdey2...pape pn cpt ckit smbng...

Unknown said...

Strange "water hack" burns 2lbs overnight

At least 160,000 women and men are utilizing a easy and secret "liquids hack" to burn 1-2lbs each and every night as they sleep.

It is scientific and it works every time.

Here's how to do it yourself:

1) Go get a glass and fill it up half the way

2) Now follow this proven HACK

so you'll become 1-2lbs skinnier as soon as tomorrow!