CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »
Cerita ini hanyalah rekaan semata-mata ya. Tak ada kena mengena dengan yang masih hidup atau yang sudah meninggal dunia. Mungkin cerita ni macam tak logik skit tapi ini semua hanyalah untuk hiburan sahaja ya.. ^_^

Tuesday, 8 September 2009

Bab 40


Elina gelisah. Dia betul-betul tidak senang duduk, tak sedap hati dengan apa yang berlaku semalam. Semalaman dia sudah memikirkan ini semua dan dia sudah mengambil keputusan. Semalam dia masih bingung, namun kejadian semalam juga yang membawa kepada keputusan ini.

“Maaf,” Elina menarik tangannya dari genggaman Lee. Dia dapat merasakan wajahnya hangat. Sudah pasti pipinya merah padam. Malunya. Bagaimana dia boleh menggenggam tangan Lee begitu sahaja? Malah menangis dihadapannya?

“Saya mintak maaf,” sekali lagi dia bersuara. Air mata di pipi diseka. Dia kembali berdiri. Sedaya upaya tidak bertembung pandang dengan mata Lee yang asyik menikam wajahnya dari tadi.

“Hai, Elina, Lee,” satu suara lembut dan mesra menusup masuk ke gegendang telinganya. Elina tersentak. Terkejut dengan kehadiran manusia itu.

“Tiffany,” Elina memalingkan wajah. Dia takut Tiffany perasan akan matanya dan hidungnya yang merah akibat menangis tadi.

“Elina, awak tak payah sembunyi. Saya dah nampak semuanya tadi. Maaf la sebab saya curi-curi dengar,” Tiffany membetulkan rambutnya. Elina menunduk.

“Tak apa. Saya pergi dulu,” Elina mahu cepat-cepat pergi. Dia tidak suka dengan renungan Tiffany.

“Tunggu dulu,” langkah Elina terhenti. Dia berpaling ke belakang. Lee sedang memandang tepat padanya.

“Esok, kau tak payah datang bilik muzik,” tenang Lee bersuara namun jantung Elina bagaikan berhenti berdegup.

“Ke.kenapa?” Elina menggenggam tangannya erat-erat. Terasa menggigil. Takut dengan kenyataan yang akan keluar dari bibir jejaka itu.

“Sebab kau dah tak diperlukan lagi. Tiffany dah ganti tempat kau. Buat menyemak je!” tiada langsung rasa bersalah ketika menuturkan kata-kata itu. Alina menekup mulut. Lee tetap tak berubah. Tadi ketika Lee menggenggam tangannya, dia kira Lee…

“Tapi Lee. Awak..,”

“Sudah. Kau dah tak perlu datang,” Lee beredar meninggalkan Elina terpinga-pinga. Hati Elina sakit sangat, bagaikan diperah-perah. Kenapa dengan lelaki ini? Memberi harapan pada suatu ketika dan kemudian menghancurkannya!

“Hm, aku rasa betul keputusan Lee,” Elina hampir melupakan kehadiran Tiffany namun dia terkejut dengan ayat yang dituturkan Tiffany.

“Kau dah tak di perlukan lagi. Selama ini mereka hanya gunakan kau saja. Bila aku balik, tengoklah macam mana mereka semua layan kau. Kau tak ubah macam pembantu rumah je!” mata Tiffany bersinar tajam. Elina hampir terlopong. Nada Tiffany berubah kasar!

“Tengoklah Lee. Kau takkan dapat rampas dia dari aku. Dia pun dah benci kau. Aku hanya membawa kesusahan kepada dia!” sambung Tiffany lagi. Elina menggeleng.

“Tak, saya tak susahkan sesiapa!” sedikit menjerit suaranya.

“Hei, perempuan. Kau ni buat dia menyampah, tahu tak? Asyik nak cari peluang menggatal dengan dia! Tangan dia, takkan luka kau bukan sebab kau. Kau sebagai pembantu dia, patut tahu betapa pentingnya tangan dia kepada dia. Tapi kau malah buat dia cedera. Apa jenis pembantu kau ni?!”

“Saya tak terniat nak..”

“Tak kira apa pun alasan kau, dia dah benci dengan kau sekarang. Jadi lebih baik kau berambus dalam hidup dia dan X-Music!” Tiffany segera berlalu. Elina terpaku di situ. Dia betul-betul terkejut. Betul-betul tidak sangka.
*******************************************


“Apa? Berhenti?!” Daniel membulatkan matanya. Mulutnya telopong, tidak percaya dengan apa yang didengarnya.

“Kenapa tiba-tiba ni Elina?” Wu pula bertanya. Reaksi Wu lebih tenang tetapi jelas kesan kerut di keningnya.

“Layanan kami teruk sangat ke?” Ryosuke mendakap tubuh sambil matanya merenung tajam wajah Elina. Cantik, itu dia akui.

“Atau kau nak tambah gaji?” hanya Ken yang tersengeh-sengeh. Terus kakinya disadung Daniel. Terus senyumannya mati.

“Jadi, ini bukan main-mainlah ni?” sekali lagi Ken bertanya dan dia dihadiahkan tiga pasang renungan daripada jejaka-jejaka itu. Sekali lagi, terdiam! Elina tersenyum kecil.

“Hari ini hari terakhir saya. Saya datang ni pun sebab nak pulangkan kamera video ni,” Elina mengeluarkan kamera video dari begnya. Kamera yang diberikan Ryosuke ini sudah banyak merakam aksi mereka semua dan kenangan manis dia bersama X-Music. Dia langsung tidak menyimpan apa-apa rakaman. Dia takut dia akan menangis apabila melihatnya nanti.

Mereka berempat berpandangan ketika Wu mengambil kemara video itu dari tangannya. “Tapi Elina, kenapa?” mereka masih tidak puas hati.

“Kan saya dah langsai hutang saya pada awak. Malah awak bagi gaji lagi. Tapi saya dah tak boleh teruskan lagi. Lagipun awak semua dah ada pengganti. Saya yakin Tiffany lebih baik dari saya,” Elina menundukkan wajahnya untuk menutup zip begnya. Jujurnya dia mahu mengelak bertentang mata dengan mereka semua. Dia takut dia akan menangis.

“Baiklah, saya pergi dulu,” Elina berjalan pantas keluar dari bilik muzik. Beberapa ketika kemudian langkahnya dihalang empat jejaka itu.

“Elina, kau tak boleh berhenti! Aku tak benarkan!” Daniel menggeleng pantas. Wajahnya merah padam, menahan marah barangkali. Elina mengeluh dengan reaksi Daniel.

“Kenapa? Saya ada, tak ada tak membawa apa-apa beza!” kelat wajahnya. Teringat kata-kata Tiffany namun dia segera tersenyum. Tawar. “Walaupun saya dah tak jadi pembantu awak semua, saya mungkin akan pergi persembahan awak nanti. Saya dah jadi peminat rasmi awak semua tau!” mereka semua terdiam.

“Awak semua tak perlu tegur saya ketika di jalan. Buat-buat tak kenal pun tak apa. Nanti peminat-peminat awak kata awak tak adil pula. Sebab lepas ni, kita semua tak lebih dari bintang dan peminat,” Elina terus menggigit bibir saat selesai berkata begitu. Wajah mereka semua juga terus berubah.

“Elina, tolonglah jangan berhenti!” Daniel mencengkam tangannya. Elina tersentak dengan tindakan tiba-tiba Daniel.

“Elina, saya tetap akan anggap awak kawan rapat kami,” sebelah tangannya pula digenggam Wu. Dia terperangkap di antara Wu dan Daniel.

“Elina, beritahu aku apa saja yang kau nak. Asalkan kau tak berhenti,” desak Daniel. Elina terlopong dengan perubahan sikap Daniel. Kenapa dia ni?

“Elina, saya hormati keputusan awak tapi kami tetap takkan lupakan awak. Saya takkan lupakan awak. Awak bukan teman biasa sahaja,” perhatian Elina terarah kepada Wu pula. Pening dia dibuatnya. Sebelah meminta lain, yang sebelah lagi pula berkata pelik-pelik. Kena sampuk ke dua orang ni?

“Hei, tak payah la emosional sangat,” satu suara garau mengejutkan mereka semua. Serentak semua pandangan beralih ke situ. Lee, dan Tiffany..

“Elina nak berhenti, Lee!” Ryosuke meraut rambutnya. Lee hanya selamba dan mengangguk.

“Yup, jadi apa masalahnya?” mereka berempat terus diam saat Lee berkata begitu. Tidak percaya barangkali.

“Kenapa dengan kau ni?!” Daniel mula menjerkah. Elina mengerut kening. Tangannya sakit dengan genggaman Daniel.

“Tak ada salahnya reaksi dia. Elina bukannya penting sangat,” Tiffany berpeluk tubuh sambil menjeling Elina benci. Elina menunduk.

“Bising la!” satu suara lagi mengejutkan mereka semua. Elina terleng-teleng mencari arah datangnya suara itu. X-Music dan Tiffany juga begitu.

“Atas ni,” suara itu kedengaran lagi. Elina segera mengangkat wajah. Mulutnya terlopong. Adam? Di atas pokok?!

“Apa yang kau buat di atas tu?” suara Daniel kedengaran dingin. Elina masih merenung Adam yang mula tersenyum sinis.

“Bukan urusan kau,” suara Adam juga tidak kurang dinginnya. Elina mula berasa tidak sedap hati apabila mereka semua saling berbalas pandang. Dia masih rasa pertengkaran mereka dulu masih lagi tidak selesai.

“Well, kalau kau tak kisah, boleh tak lepaskan tangan kotor kau tu?” Adam melompat turun dan mendarat di tanah begitu sahaja. Elina sedikit terkejut. Dari mana Adam belajar nak buat begitu? Kalau dulu rasanya abangnya langsung tak boleh panjat pokok. Hehehe..

“Apa kau cakap?!” mata Daniel memerah. Ken memegang bahu Daniel, mententeramkannya.

“Kau pekak ke?” tanpa diduga Elina direntap daripada pegangan Wu dan Daniel dan berada di sisi Adam.

“Hei, bersopanlah sikit,” raut tenang Wu sudah mula menghilang. Elina menggigit bibir.

“Aku peduli apa? Baik kau orang semua jangan ganggu Elina lagi. Dia takkan jadi pembantu korang lagi. Selamanya!”Adam sempat memberikan jelingan tajam kepada Lee sebelum dia menarik Elina mengikutinya.

“Aba..Adam, kenapa ni?” matanya membulat sambil mengekori langkah Adam. Ish, dia ni tinggi, tak terlangkah dia dibuatnya.

“Adam!” suaranya sedikit menjerit. Tiba-tiba Adam berhenti mengejut. Hampir sahaja Elina melanggar belakangnya. Perlahan-lahan Adam berpaling. Senyuman yang disangka sudah hilang mula terukir di bibirnya.
“Jom balik rumah!” Elina terlopong. Biar betul!

23 comments:

Anonymous said...

yay! Elina dah berhenti. Adam tu baik la plak. hehe

Anonymous said...

wu ngan daniel mcm ska kt lina je..
yg lee plak cool je
x de perasaan ke
tiffany nie mcm nk hntk je kepala dy
baru puas...
hihihi

best entry nie
x sbr nk tngu next n3..

putri said...

ha..sya rsa sya dh paham ckit cita nih..mesti adam yg suruh lee ckp smua tuh kat elina..then adam pakat ngan tiffany..

ngada gila tiffany tuh..tembak ja ngan machine gun..biar bekecai kat c2..

Anonymous said...

ngada btul tiffany 2..lee ni plk mcm xda prsaan..daniel dgn wu ni mcm ske dkt elina plk..huhu

asmi' said...

lagi first bce untill now...
sape adam sbnrnyer ngan elina?

pening2...
klu just skdr abang naper layan elina cam tu?

i don't know why lee lyan elina cam tu...
tpi y pasti lee cm dah ske elina

keSENGALan teserlah.. said...

ngeeeeeee..
siadam n lee nieh mesty ade pape...
mybe lee suh ellina berhenti sbb tgk cre adam layan ellina..
adam kan nk ellina berhenti n adam akan jd adam yg dlu.
now,,ble ellina da berhenti,see adam da jd baek blk..
mesty ade sumthing antara lee n adam..
si tifany nieh plak ape kes nta..isk2..smbung2.

Farah Zoey said...

akhirnye sambung pon!
lee nih bajet cool je memanjang!
wu tu nampak jelas suka kt elina

btw i love wu cause Changmin!
HAHA!

missn said...

sumtin wrong sumwhere...
hurm.....
musykil ni...

Anonymous said...

akhirnya
akhirnya
akhirnya
elina berhenti jadi pembantu x music, lepas nie mesti lain plak jalan critenya... dah tak sabar nak tau sambungannya...

cepatlah n3 baru...
cepatlah2

~vee~

in_an said...

wah..cepat smbung..x sabar nak tau..hari2 bukak blog ni tau nak cek kot2 de n3 br...suka sgt cite ni...

eda said...

akhirnya!!!!!
bagus.bagus tu elina....
berhenti jadi pembantu diorang dan jangan kembali kat diorang.
tifany tu....bunuh dia baru puas!!!haha...

(ayat macam nak ugut la pulak...)

iza89 said...

gembira dapat baca sambungannya:)

Princess said...

yahoooooooo...elina dh berhenti..
tpi kan..asl lee ngan tiffany tu kua ajr sngt?? huh..

yay..adam dh balik...baik dah.. rse nye dye jdi mcm tu sbb cmbru.. percya la.. hahahaha

pape pon suke sngt elina dh brhenti tpi.. klu sy jdi elina.. sy tumbuk trus lee n tiffany tau.. dasr mulut x de insuran!!!

huh..bengang tau..hehehe.. best kak alya..cpt smbng tau..

Anonymous said...

akhirnya elina berhenti pun. kesian dia. harap2 x-music till akan anggap elina tu kwn rapat dorg. adam? gila berubah. haha xD
wu & daniel comel ah bila dorg stopped elina from quiting tu haha :)
and darn tiffany. semak je xD

azzakiah said...

ee benci nye tiffany ni!
cam batu api.. kurang asam tol..
bagus la elina benti.. x de la die terus makan hati n disakiti lagi ngn peminat x-music.
adam. die da jadi baik balik..

cpt2 sambung k...

Athirah Yusoff said...

wahh..!!! cerita semakin menarik. best2..sambung cpt skit ek..dah xsbr dah nie...

kibum comey n cute...hehhehe

Fatin Cullen. said...

yess!!!
elina dah berhenti!
adam dah balik pada sikap dia y
sebenarnya!
sukanya citer ney!

,;syacky;, said...

hurm,,,sy rsa kan,,adm mmg nk sgt2 kt elina ni,,
2 sbb dy buat cm2,,herm,,rase2,,dy dh jmpa dgn lee scara private ni,,n bgtau yg dy mmg suke sgt2 kt elina,,kan2??
tiffany lak,,dy scara xsngaja dgr,,
n tiffany ni dlu mak we lee,,
kan2??
hahahaha~

elina lak,,
kak,,sian la kat elina,,
jgn bg dy ad pnyakit serius sdh,,
hahaha~

please! happy ending!!!!

Anonymous said...

wah3...eh..mai singgah blog jn plak....huhu

Witch said...

rasanya..Lee suruh elina brhnti sebb dia xnak elina terseksa..kan adam dah tak nak layan elina lagi..

Anonymous said...

waaa..good entry..interesting and very well put into words... emotional and full of feelings were described well through all the characters. bravo.

miss ciku said...

cute characters...emmm .. I think adam has inferiority complex and this lee suffers from neverending 'coolness' symptom or just being pretentious. ohh....whatever..!!

Anonymous said...

aduh..lambatnya..
smbung cpt2 tau..
x sbr nk tau lepas ni ape dye..