CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »
Cerita ini hanyalah rekaan semata-mata ya. Tak ada kena mengena dengan yang masih hidup atau yang sudah meninggal dunia. Mungkin cerita ni macam tak logik skit tapi ini semua hanyalah untuk hiburan sahaja ya.. ^_^

Monday, 24 August 2009

Bab 39



“Lee,” dia bersuara perlahan. Lee yang sedang berlatih menari hanya menjelingnya dari hujung mata.

“Lee!” suaranya dikuatkan namun Lee masih tidak mengendahkannya. Malah dia berlatih langkah tarian yang lebih susah. Elina mengetap bibir geram.

“Lee! Boleh tak berhenti sekejap!!!” Elina berteriak. Serta-merta langkah Lee terhenti membelakanginya.

“Ada apa?” suara Lee yang jarang didengar kebelakangan bertambah dingin. Elina menelan liur. Alamak, Lee dah marah!

“Er, kenapa awak buang hadiah tu dalam tong sampah? Awak tak boleh buat begitu,” sedikit menggigil dia berkata. Macam mana tak menggigil, Lee kelihatan jauh lebih menakutkan sekarang dengan stail rambut yang baru, dengan renungan mata tajam yang berubah. Dia tidak mahu biadap, tapi mata Lee sekarang kelihatan seperti mata haiwan buas(jangan marah ye..)

“Kenapa aku tak boleh buang?” pertanyaan dijawab dengan pertanyaan. Elina mengeluh perlahan. Kenapalah lelaki ini ini degil sangat? Keras kepala?!

“Awak, ini pemberian orang. Kalau tak nak pun, sekurang-kurangnya simpan. Macam yang ada kat dalam stor tu,” dia cuba memujuk. Lee tersenyum sinis lalu kembali menggerakkan badan mengikut irama muzik rancak.

“Bilik tu dah penuh,” Lee menguatkan volume muzik. Bingit telinga Elina dibuatnya. Dia tahu Lee sengaja memberi alasan. Kenapa susah sangat menerima pemberian Auntie Hyun? Sedangkan hadiah-hadiah lain diletakkan di dalam stor walaupun tidak diusik tapi Auntie Hyun, terus ke dalam tong sampah. Tak adil betul!

“Tak pun. Apa kata biar saya saja tolong kemaskan untuk awak. Tak perlu buang!” nada geram mula terlepas. Tiba-tiba muzik terhenti. Lee berhadapan dengannya dengan raut bengang.

“Yang kau sibuk hal aku ni, apasal? Dah tak ada kerja lain ke?!” tengking Lee. Elina terlopong. Sudah lama Lee tidak menengkingnya. Dia betul-betul terkejut.

“Ochitsuite!(Bertenang)” Wu datang menghampiri dan menepuk-nepuk perlahan bahu Lee. Dia segera menepis. Wajahnya dipalingkan ke arah lain namun jelas kesan tegang di situ.

“Pourquoi tant de bruit ici?” Tiffany muncul dengan apron di tangan. Elina mencebik. Bahasa tu, sekali lagi! Semakin lama dia semakin meluat apabila mereka berhasa itu, bagaikan tidak mahu dia mendengar perbualan mereka. Oh please, dia pun tak teringin!

“Lee, kau tak patut cakap dengan Elina camtu,” Wu bersuara sedikit keras. Lee tersenyum sinis.

“Kenapa pulak?” kedengaran mengejek. Elina terpaku. Kenapa Lee menjadi begini?!

“Lee! Jangan melampau,” renungan Wu tajam. Lee terus terdiam dan berlalu dengan wajah berang. Elina memandang Wu lama. Dia kagum dengan lelaki ini. Wu berjaya membuat Lee yang keras kepala itu patuh kepadanya sebagai seorang ketua. Memang hebat!

“Vous ne pouvez pas dire que!” Tiffany memandang Wu dengan pandangan tajam. Wu hanya membuat muka selamba.

“Je peux,” balas Wu. Elina bercekak pinggang.

“Ehem, apa kata awak berdua cakap bahasa yang saya faham?” suaranya sedikit menyindir. Tiffany menjelingnya tajam.

“Kenapa awak perlu paksa Lee terima hadiah tu? Kalau dia tak nak, sudahlah. Jangan paksa-paksa. Satu lagi. Saya dengar awak paksa dia makan makanan yang peminat bagi. Kenapa?!” suara Tiffany garang. Elina gugup. Kelembutan dan kemanjaan yang dia lihat pada Tiffany dulu sudah lama hilang.

“Er, tak salah dia..”

“Tak salah? Kalau ada apa-apa jadi pada dia macam mana? Awak nak tanggung ke?” Tiffany mula menengking. Elina terlopong.

“Tiffany, cukup!” suara Wu sudah meninggi. Tiffany serta-merta terdiam. Seperti Lee, wajah Tiffany merah padam. Dia melangkah pergi. Sebelum itu sempat Elina dihadiahkan renungan maut.

“Wo, wo. Kenapa ni? Muka masam je,” Daniel tersenyum mendekati Elina.

“Kami pergi dulu,” Wu segera menarik Daniel menjauhi Elina. Elina mengangguk kecil.



******************************************


“Kenapa Lina tak nak tolong auntie?” Auntie Hyun bertanya dengan raut bimbang. Elina menundukkan kepalanya.

“Susah, auntie,” dia berkata perlahan. Auntie Hyun semakin kerap memintanya menyerahkan sesuatu untuk Lee. Auntie tidak tahu, betapa susah dia mahu berkomunikasi dengan Lee sekarang. Apatah lagi memujuknya menerima bungkusan itu. Akhirnya, dia terpaksa memulangkan kembali pemberian Auntie Hyun. Bukan dia tidak mahu menolong tapi…

“Lina, tolonglah auntie,” wanita itu merayu lagi. Elina lemah. Dia tidak tahu lagi apa yang perlu dia katakan.

“Sudahla. Jom auntie belanja Lina makan,” Auntie Hyun menarik tangan Elina masuk ke keretanya.

“Eh, tak payahla auntie,”

“Kenapa pulak? Auntie ikhlas nak belanja Lina,” akhirnya Elina mengangguk. Dia hanya memerhatikan pemandangan luar apabila kereta Auntie Hyun meredah jalan raya. Tiba di satu selekoh, mata Elina membulat.

“Auntie, tolong berhenti!” serentak itu Elina tersembam ke hadapan. Brek mengejut.

“Maaf Lina. Auntie terkejut tadi,” Auntie Hyun membantunya membetulkan kedudukan kembali. Elina hanya tersengeh. Memang salahnya.

“Tak, Lina yang salah. Lina rasa Lina nak berhenti di sini sajalah, baru teringat Lina kena beli sesuatu,” Elina bersuara lembut. Auntie Hyun memandangnya lama dan akhirnya mengangguk.

“Terima kasih auntie. Lina pergi dulu, ya,” Elina melihat kereta Auntie Hyun hilang dari pandangan dan mula menarik nafas panjang. Jarinya menyeluk poket dan dikeluarkan sepasang kaca mata kepunyaan Adam. Dia akan membawa Adam pulang. Dia sudah berjanji dengan mamanya. Tapi bagaimana?????

Elina mula melangkah. Akhirnya dia tiba di sebuah kafe. Dijenguk-jenguk kafe itu melalui pintu kaca. Rasanya tadi dia ada melihat Adam di sini di balik tingkap kereta Auntie Hyun. Takkan begitu cepat Adam dah tiada.

“Er..,” pintu kaca ditolak. Agak bising keadaan di dalam kafe itu. Kebanyakan pelanggannya terdiri daripada remaja dan budak-budak sekolah. Bunyi muzik berkumandang. Elina tidak selesa. Dia cuba berlegar-legar sekeliling kafe itu.

“Adam,” dia membulatkan matanya. Adam sedang melepak di sudut kafe bersama dengan rakan-rakannya. Dia dikelilingi bagaikan seoarang ketua. Suasana sangat bising. Elina betul-betul tidak menyukai cara pemakaian dan cara percakapan rakan-rakan baru Adam. Macam budak liar, mat rempit.

“Hei, awek hari tu lah!” seorang dari remaja lelaki itu bersuara sambil memberi isyarat ke arahnya. Elina tersentak. Serentak mata mereka semua melekap padanya. Mata Adam yang paling tajam merenungnya.

“Err, Adam. boleh kita bercakap sekejap,” dia bersuara perlahan. Sangat-sangat tidak selesa dengan suasana itu. Tangannya mula terasa sejuk.

“Ada apa?” Elina hampir pitam mendengar nada suara Adam. Di mana abangnya yang dulu menghilang?

“Sekejap je. Penting sangat,” Elina menggigit bibir. Adam diam. Dia kembali berbual dengan rakannya. Keadaan menjadi riuh kembali. Elina menarik nafas dalam. Nampaknya Adam tidak mahu berbicara dengannya. Perlahan-lahan dia berpaling ke belakang. Dia mula melangkah.

“Di sana,” Elina terkejut apabila Adam mendahuluinya dan duduk disatu sudut. Namun senyuman segera terukir di bibirnya. Dia sudah ada peluang.

“Onii-chan,”

“Kan aku dah kata, jangan panggil macam tu lagi! Tak faham bahasa ke?” suara Adam keras. Elina terlopong.

“Er, maaf. Adam,” Elina menundukkan wajahnya. Tidak tahu bagaimana mahu memulakan bicara.

“Cakaplah cepat!” Adam mendesak. Elina mengetap bibir.

“Er, ab..Adam boleh tak jenguk mama? Mama nak sangat jumpa. Mama sakit,” Elina memperlahan suaranya. Tiba-tiba ekspresi wajah Adam berubah. Elina perasan itu. Hm, Adam masih sayangkan mama.

“Tak boleh,” Adam mengangkah wajah. Ekspresi asalnya kembali. Malah, lebih bengis.

“Kenapa? Mama ayik panggil nama abang je. Lina pun rindukan abang. Abang baliklah. Ini, glasses abang. Lina simpan. Lina nak abang pakai glasses ni dan jadi abang Lina balik,” Elina mula merayu. Dia meletak kaca mata itu di telapak tangan Adam. Adam merenung kaca mata itu lama.

“Kau nak aku pakai ni balik?” sebelah kening Adam dinaikkan. Elina mengangguk pantas. Dia yakin abangnya akan kembali sebaik sahaja memakai kaca matanya itu. baginya abangnya tidak lengkap tanpa kaca mata. Barulah dia sedar, kenapa dia terlalu obses dengan lelaki berkaca mata. Rupa-rupanya dia dipengaruhi oleh ayah dan abangnya yang berkaca mata.

“Baik, aku pakai,” serentak itu kaca mata itu disua ke pangkal hidungnya. Elina tersenyum lebar. Abangnya sudah kembali. Abangnya sudah kembali.

“Puas hati?” senyuman Elina tiba-tiba mati. Dari luar memang kelihatan macam abangnya tetapi tidak. Yang ini tetap kelihatan dingin, menakutkan walaupun kaca mata itu sudah tersarung.

Adam tersenyum sinis. Pantas kaca mata itu ditanggalkan. Digenggamnya erat dan…

Crush!!


Elina menekup mulut. Adam masih lagi diam dan dan mencampakkan kaca mata itu ke atas meja. Elina merenung kaca mata yang sudah patah dua itu. Bibirnya diketap kuat. Adam bangun dan mula melangkah. Elina menggenggam tangannya kuat.

“Tunggu,” Elina turut bangun. Langkah Adam terhenti namun dia tidak berpaling.

“Apa yang Lina perlu buat? Apa saja asalkan abang balik pada Lina dan mama,” Elina bersuara. Tangannya menggigil. Lama Adam terdiam sehinggalah..

“Kau berhenti dari jadi pembantu X-Music. Lepas itu aku balik,” Adam terus berlalu. Elina terus terduduk. Bibirnya diketap. Tidak mahu air matanya terhambur di situ.

**************************************

Langkah Elina lemah. Dia betul-betul tidak berdaya lagi. Kenapa semuanya bertukar begini? Dia mahu kembali semula pada dulu. Kenapa Adam mengutarakan syarat sebegitu?

“Auch!” Elina jatuh terduduk. Dia kekal di situ. Dia tidak peduli siapa yang melanggarnya tadi. Dia sudah tidak berdaya untuk bangun.

“Elina,” Elina mendongak. Lee. Tanpa dapat ditahan-tahan, air matanya laju keluar. Dia sudah tidak peduli lagi. Jelas esakannya di lorong yang sunyi itu.

“Nakanaide(jangan nangis)” sapu tangan dihulur. Sekali lagi dia mendongak. Air matanya menitik dari matanya ke tanah. Lee tetap tenang. Renungannya berubah lembut. Elina sebak kembali. Tangannya mencengkam sapu tangan di tangan Lee dan kembali menangis. Dia pun tidak tahu kenapa dia berbuat begitu. Yang dia tahu, Lee turut menggenggam tangannya erat. Dan esakannya semakin kuat…

23 comments:

Anonymous said...

knape cite ni semakin sedih.. Adam jahat. Lee pulak..mula2 dia jahat tapi rasanya dia ada hati jgak ngan elina. sambung2. makin menarik.

Anonymous said...

ish3....
bru de entry....
x larat org mnunggu...

Anonymous said...

besh2...
cpt r smbg kak!!
plezzzzz~

^_s::a::s::a_^ said...

owh..besh3~
x sbr nk tgu next part..
hihi..
n_n

Anonymous said...

eeeiii bila tiffany nak blah? menyampah la dgn dia
& yesss lina should def stop being x-music assistant! dorg buat lina mcm2 la. lgpun perjanjian tu dah tamat kan? grr lee ni x betul la haha

Anonymous said...

elina degil la!!!
berhenti la jadi pembantu xmusic tu
sebab dia la adam jadi camtu
hish!

Farah Shamsudin said...

wargh!!
sedey ler..
nak nanges neh!!

whoah. said...

citer mcm makin hot jew?
=D
tak sabar nak tunggu next entry.
keep it up!!

azzakiah said...

ala pendeknye..
cpt2 la sambung...
x sabar da ni..
sedeyh snagat.. :(

sweetlavender said...

lee tu sweet lorh..
evil Adam!!

LiNa said...

waa..nape jd cm nie?
cian elina..sambung lagi yer..

Yeun Yie said...

eeeii..knape sume nye jadi cam ne?? adam dh brubh la.. tpi kn, rse nye saya thu something la..ermm
adam suke alina kn??? kan,kan..

kira okey la tu..hahaha..\

yey..tiffany kena mrah..yahooo.. kecoh betol la tiffany tu..nyampah tau..gedik smacm..errrr..

x pe la elina berhnti jadi pmbntu x-music.. lgi pon, tiffany ade kan... errr..

pape pon, skong elina!!! hope sngt citer ni cpt kuar..hehehehe..

makin best tau..good luck!!

Armine Denise said...

cian lina..
npe adam wat die cm 2?
lee nie plik r..
kjp bek.. kjp dingin..
but i think he like lina..
pas ni smbg bnyk2..
cite nie mmg besh..

SailorJupiter said...

tiffany, adam n lee...
sumenye kejam..
kesian kat elina...
but there must be something wrong because in all of sudden lee try untuk jge hati elina.
nape erk??

smbung larh cepat tak sabar dah nie!!!

miss S said...

cita ni pnjg lg ek?
tp klu pnjg pn x pa couse cita best..
aku pn dh angau dgn mmt glasses..hehehe.

Anonymous said...

eleh!!!adam nie...ckp je r yg dye 2 jeles coz dye ske kt elina..sye dh agk dh yg tiffany gdik 2 nnti jd gak cm2...GGRRR!!!wu ngan daniel p0n ske elina..pndek kte..lee,wu,adam n daniel ske kt elina..elina p0n lg 1,brhnti je r jd assistant x music 2!!tiffany gdik 2 kn ade...troverlh plak..huhuhu :D

Anonymous said...

Tiffany nie jahat ehh...issshhh
Adam ngan Lee lah berebut Elina..x sabar2....

cepat lah sambung

Anonymous said...

Bes2!! smbng cpat!!! sdih r plak n3
kli nie.. nape adam 2?? lee pon sme j.. cian elina.. lme lg ker cte nie nak abis???? x sbar nak tau endng..

Anonymous said...

lee ni tak jujur la, cuba ckp terang2 die suka ke tak kat elina tu..isk3 geram tul kat tiffany gedik+garang semacam tu,

adam plak ntah ape2 buat elina cam tu,sedih wo...cian elina kan..

cepat3 sambung lagi cite nie..

~vee~

MeGa_Lisa said...

Bencilah dgn si tiffany tu....

Adam lak.. mengalah la cket...

Lee jahat.. marah2 elina..

pendek kata.. sedey.,... heheheh

Anonymous said...

aduh..
citer ni mkin lama mkin ada peningkatan..
sgt best!!
sedih lolx bce citer nie..
tp x pe, sye tunggu da next episode..
buat cpt2 tau!

Anonymous said...

EMO giler la korang ni.
hahahaha
geli hati aku bace
:))

ohhh penulis novel
tlg la wat elina bhenti jd pmbantu dorang tu
takde kesudahan la camni

papepon, i suke adam
;)

aka said...

nape tiba2 je bab 39? mana bab 38??