Langkahnya perlahan menuruti langkah jejaka di depannya ini. Keningnya berkerut-kerut.
“Lina, cepatlah,” Adam menarik tangannya untuk kali kedua. Elina semakin pelik. ‘Kenapa tiba-tiba je ni? Takkan sebab aku berhenti je!’ hatinya membebel.
“Mama,” tanpa diduga mereka berdua sudah berada di dalam rumah. Elina mencari kelibat mamanya. Tiada!
“Dalam bilik kot,” Adam melangkah ke dalam bilik Puan Mariana. Dugaannya tepat, Puan Mariana terbaring di atas katil dengan berselimut seluruh badan. Serentak mereka berdua meluru ke arahnya.
“Mama, kenapa ni?” Adam meluru ke arah mamanya. Dia melutut di sisi katil. Tangan mama dicapai.
“Mama, Adam minta maaf,” sayu suara Adam. Puan Mariana tersenyum kecil sambil mengusap rambut Adam. Ada air mata mengalir di pipinya.
“Mama rindu Adam,” dahi Adam dikucup. Elina terasa sebak la pulak. Jeles pun ada jugak. Nak kiss jugak!
“Mama demam ke? Dah makan ubat?” Elina turut melutut di sebelah mamanya. Dia dan Adam saling menukar pandangan apabila mamanya menggeleng.
“Jom masak,” Adam bangun. Elina mengerut kening apabila Adam keluar dari bilik.
“Mama tidur dulu ya,” Elina turut keluar. Di dapur, Adam sedang mengeluarkan perkakas dapur. Elina tersenyum kecil.
“Abang, masak banyak sikit ya. Lina dah lama tak makan yang abang masak, rindu,” dengan gaya manja dia menuturkan tetapi Adam menjelingnya tajam. Barulah Elina menyedari kesilapannya.
“Yalah, Adam. Tapi kenapa Lina dah tak boleh panggil Adam, onii-chan lagi? Lina masih anggap Adam abang Lina,” mulutnya sedikit memuncung.
“Tapi Adam anggap Lina lebih dari itu,” perlahan suaranya. Elina mengerut kening.
“Apa yang Adam cakap? Lina tak dengar jelas,” Elina merenung Adam lama namun Adam hanya mengangkat bahu.
“Abang nak masak apa?”
“Sup ayam,” Adam mula mengeluarkan ayam dari peti sejuk. Elina tersenyum riang.
“Nak tolong jugak!”
*********************************
“Adam, kenapa rasa sup ni pelik?” Elina berkerut-kerut dahi.
“Lina letak apa dalam sup tu?” Adam yang sedang mengelap pinggan tiba-tiba menjeling tajam ke arahnya. Elina membulatkan mata.
“Mana ada Lina letak apa-apa. Adam jangan nak tuduh Lina pulak!”
“Adam bukan nak tuduh tapi memang kenyataan Lina tak pandai masak!” terkekeh-kekeh Adam ketawa.
“Pandailah. Lina masak untuk X-Music diorang makan je!” lancar ayat itu keluar dari mulutnya. Serta-merta raut wajah Adam berubah, dari mesra kepada tegang. Elina menggigit bibir, menyedari kesilapannya.
“Jangan sebut pasal diorang depan Adam,” katanya keras. Elina menelan liur yang terasa pahit. Dia mengeluh perlahan. Apa yang mereka semua ini musuhkan? Tak pasal-pasal dia tersepit di tengah-tengah!
************************************
“Mama, pindah tinggal dengan Adam,” Elina terkebil-kebil apabila Adam menuturkan itu kepada mama mereka. Apa? Dia salah dengar ke?
“Kenapa pula?” kening Puan Mariana turut berkerut-kerut. Adam tersenyum kecil. Dia memerhatikan Elina menyuapkan sup ayam ke bibir Puan Mariana.
“Harabeoji(datuk) selalu balik Korea, mama. Adam sorang je tinggal kat rumah tu. Bosanlah. Lagipun harabeoji dah lama suruh Adam ajak mama dan Lina tinggal kat situ. Mama, jomlah,” Elina tergelak kecil. Kalaulah dia boleh merakamkan cara Adam merengek sekarang. Kelakar betul!
“Apasal gelak?” dia direnung tajam. Muka Elina terus selop. Ish, orang nak gelak pun tak boleh.
“Boleh la, mama. Lagipun Adam tahu mama dan Lina dah kena keluar dari rumah ni bulan depan, kan?” Adam terus memujuk namun mata Elina dan Puan Mariana membulat.
“Mana Adam tahu?” soal mereka pantas.
“Adalah. Tuan rumah nak bagi rumah ni pada anak mereka yang nak kahwin, kan? Lagipun kan kontrak dah habis,” Adam tersenyum kecil. Elina menggeleng. Dari mana dia cekup maklumat tu, dia pun tak tahu.
“Mama, bolehla,” Adam terus memujuk. Elina tersenyum kecil. Dia mahu tengok, bolehkah Adam memujuk mama. Kita sama-sama tengok!
************************************
Elina terlopong melihat banglo di hadapannya ini. Biar betul Adam tinggal di sini, seorang diri!
“Masuklah, Lina,” Adam menarik tangannya masuk. Elina hanya terdiam melihat hiasan dalaman rumah ini. memang cantik dan nampak mahal!
“Adam, betul ke tinggal sini sorang-sorang? Macam mana nak bersihkan tempat besar macam ni?” Elina berkelip-kelip. Adam tersengeh.
“Ada amahnya. Tapi dia hanya datang bila Adam tak ada kat rumah,” Adam tersenyum pada Puan Mariana di sebelah Elina.
“Kenapa?”
“Sebab Adam tak suka,” Adam berlalu ke dapur. Elina tersenyum kecil. Tidak sangka selepas dua minggu, Adam berjaya memujuk mama. Itupun sebab tuan rumah sewa yang mendesak. Anaknya sudah mahu menikah. Dia dan mama bukannya mahu tinggal lama di sini. Hanya sekadar sementara mencari rumah sewa yang baru. Namun Elina tidak sedap hati. Dia tahu pasti dia akan susah tinggal di sini!
Berikan Aku HidayahMu 6(End)
15 years ago
18 comments:
wah, adam baik. macam manalah lina tinggal dengan adam. tak sabar nak tahu!
x sabar btol nk tggu..
nak lagi2...
adam da baik..
x music camnewr t???
hhuuuuaaaaaa.....
x sabar...
cpt r smbg..
waa~ bes2...cpt smbng tau...
akhirnye adam dh blik n jdi baik smula...
okey la jugak elina dh trleps dri x-music. x la dia mndrita sngt lbih2 lgi ada si tiffany tu..
apsl elina kte yg dia akn sush bla tnggl di rumh tu??? ade somethng yg bes ni dlm n3 len...x sabo nk tnggu..cpt smbng ye kak alya...~
hurry..hurry.
makin best mcm hotcake.
=D
bleh buat request?
nak Lina dgn Adam bleh.
ha3
adakah lina akn bersama dgn adam akirnye?? euuuu!! x mo!! cm geli je..lina dh anggp adam cm abg kn..xbleh2..lina kne dgn lee gk..ehehhe..smbung lg cik pnulis..=) camat ari raye..
x kesahla lina ngan sape pun..
yg penting die happy...
adam pun ok gak kalu ngan lina...
huhhuuhuuhuhuu
nak lgi.... n3 terbaru nanti mesti lg best
best3...
but still prefer lina ngan lee..coz i love lee so much..hehehe
adam cm ade sumthing hidden je..
hhuh...
smbung2..
msti adam tu ske kt elina...
``~farah97~``
adam...
jgnla jeles2 lg...
kesian mama n elina...
i like adam...
cume 1 jer... die kuat cemburu sgt...
tpi die sweet
huhu..adam kaya siot dok sorang kat umah besar tu...nampak sangat dia suka bangat sama elina tu kan..hehehe...
tak sabar rasanya nak tau kesudahan cite nie kan..nape elina taknak dok sama adam lak huhuhu...
cepat3 dah tak sabar nak tunggu nie
~vee~
lmbtnye..
best2...
cpt laa...
huhuh... klu nk lina ngan wu atau lina ngan lee bleh x??
ok..nk adam n elina...plz2...hehe..sbb adam sgt hensem...dan xsggup nk tgk ahli2 x-music tu couple ngn sape2..haha..
cam sweet gak lina n adam!!
lina ngn sapa2 pon on jer...
cik penulis bila nk smbg???
hehe...elina dgn adam mmg xboleh terima lngsung...anyway cpt smbung...xsbr nk tau...tq.
tak ksah la elina ngn sape pun..yg penting,my chunnie is left alone..!haha..
Post a Comment