“Lina tolong berikan ini pada Lee ya?” Auntie Hyun tersenyum sambil menghulurkan bungkusan kepada Elina. Elina menyambut dengan kening berkerut. Apa pula kandungan bungkusan ini ya?
“Lina tak boleh janji, Auntie,” katanya perlahan. Auntie Hyun tersentak.
“Kenapa pulak?” wajah wanita itu kelihatan risau. Elina hanya tersenyum. Kelat…
*******************************
Kaca mata di tangannya dipandang lama. Dia betul-betul rindukan pemilik kaca mata ini. Apa yang perlu dia lakukan untuk mendapat kembali abangnya?
“Ahh,” dia mengeluh perlahan. Terasa ingin sahaja dia menyelamkan kepalanya di dalam air dan meringankan beban kesakitannya.
“Kenapa asyik mengeluh, Elina?” Mira menepuk bahunya. Elina menarik nafas panjang. Tidak mahu menjawab soalan itu.
“Siapa Adam itu sebenarnya?” pertanyaan tiba-tiba Mira mengejutkan Elina. Matanya membuntang. Tidak menjangka soalan itu akan melontar keluar dari Mira. Dia menggeleng pantas.
“Tiada siapa-siapa,” Elina segera bangun. Langkah laju meninggalkan Mira. Dia tahu Mira sudah mengesyaki sesuatu tetapi dia tidak bersedia lagi untuk berkongsi masalahnya dengan orang lain. Tiba-tiba matanya menangkap orang ramai sedang berkumpul di satu tempat. Matanya mencari jam. Ah, dia sudah lambat untuk ke bilik muzik tapi, kan mereka ada Tiffany.
“Elina, kenapa awak lari?” Amni mendapatkannya. Mira hanya mengikut dari belakang. Elina berdiam.
“Eh, ada apa tu?” Amni menarik tangannya ke tempat orang ramai itu. Elina menurut dengan berat hati. Namun muzik yang tiba-tiba menusup masuk ke dalam pendengarannya membuatkannya terpana. Dia segera menyusup kedepan dan meninggalkan Amni. Pemandangan di hadapan benar-benar membuatkannya terkelu. Adam? Sedang bermain guitar? Sejak bila abangnya boleh bermain guitar?
Elina masih di situ. Fikirannya bingung dengan apa yang dilihatnya. Setahunya abangnya lebih menggemari piano, sama sepertinya. Tapi di hadapannya sekarang bukan Adam yang dulu. Lihatlah cara dia berpakaian, jauh berbeza dengan satail pakaiannya dulu. Bagaikan langit dan bumi!
******************************
“Onii-chan, abang tolong mainkan piano untuk Lina. Boleh tak?” dia meminta bersungguh-sungguh. Adam menggaru kepala yang tidak gatal.
“Er, tak nak la. Ni bukan piano kita,” Adam mengingatkan. Elina memuncungkan mulutnya. Memang itu bukan piano mereka. Kebetulan X-Music ada mengadakan persembahan semalam. Piano ini diletak di atas pantas dan masih tidak dikemaskan lagi. piano ini berbeza daripada yang berada di bilik muzik. Entah berapa banyak lagi alat muzik yang mereka punya!
“Ala, satu lagu saja. Dah lama Lina tak dengar abang main paino. Oh, satu lagi. Abang nyanyi sekali la,” dia membuat muka terlebih cutenya. Adam terdiam. Elina mengebil-ngebil matanya. Adam akhirnya mengangguk.
“Yay, abang duduk sini. Lina nak turun bawah. Nak jadi penonton abang!” dia menuruni pentas dan duduk di kerusi di hadapan sekali. Senyumannya melebar apabila Adam mula menekan not-not piano itu.
When the visions around you,
Bring tears to your eyes
And all that surround you,
Are secrets and lies
Elina menekup mulut. Tidak menyangka abangnya masih bagus awalaupun sudah lama tidak menyentuh alat muzik itu. Adam menjelingnya dengan ekor mata sambil tersenyum kecil.
Elina menekup mulut. Tidak menyangka abangnya masih bagus awalaupun sudah lama tidak menyentuh alat muzik itu. Adam menjelingnya dengan ekor mata sambil tersenyum kecil.
I'll be your strength,
I'll give you hope,
Keeping your faith when it's gone
The one you should call,
Was standing here all along..
And I will take
You in my arms
And hold you right where you belong
Till the day my life is through
This I promise you
This I promise you…
“Elina!” dia dikejutkan kembali ke dunia realiti. Dia memandang Amni dengan pandangan sayu. Betapa dia mahu dia takkan kembali ke sini lagi. Dia mahu terus kekal di dalam kenangan itu. Kembali ke dunia ini, memaksanya dia melihat manusia di hadapannya ini. Yang mencipta melodi dengan gaya bersahajanya dan mencuri hati ramai wanita.
“Elina!” dia dikejutkan kembali ke dunia realiti. Dia memandang Amni dengan pandangan sayu. Betapa dia mahu dia takkan kembali ke sini lagi. Dia mahu terus kekal di dalam kenangan itu. Kembali ke dunia ini, memaksanya dia melihat manusia di hadapannya ini. Yang mencipta melodi dengan gaya bersahajanya dan mencuri hati ramai wanita.
Elina tersenyum kelat sambil memerhatikan sekelilingnya. Ramai yang sedang bercahaya mukanya sambil memandang Adam memainkan lagu dengan guitarnya. Dia bagaikan sedang melihat peminat-peminat X-Music. Bagaimana Adam boleh popular secepat ini? Bagaikan satu fenomena. Dia sentiasa diekori di mana sahaja dia berada. Dia sentiasa menarik perhatian. Dulu Adam tidak sebegini. Dia takutkan perubahan ini. Adam dekat tetapi terasa jauh untuk digapai.
Doushite... Kimi wo suki ni natte shimattan darou?
(Why did I end up falling for you?)
Elina mendongak apabila mendangar melodi sudah berubah. Matanya bertembung dengan mata Adam yang memandangnya. Dia terkesima. Dia tidak menyangka Adam menyedari kehadirannya dalam kelompak manusia ini.
(Why did I end up falling for you?)
Elina mendongak apabila mendangar melodi sudah berubah. Matanya bertembung dengan mata Adam yang memandangnya. Dia terkesima. Dia tidak menyangka Adam menyedari kehadirannya dalam kelompak manusia ini.
Donna ni toki ga nagarete mo kimi wa zutto
(No matter how much time has passed,)
(No matter how much time has passed,)
Koko ni iru to omotteta noni
(I thought that you would always be here)
Demo kimi ga eranda no wa chigau michi
(But you have chosen a different road)
Elina terpaku. Dia tidak tahu mahu berkata apa. Kenapa lagu ni? Elina merasakan nafasnya tersekat-sekat. Dia betul-betul tidak selesa.
Elina terpaku. Dia tidak tahu mahu berkata apa. Kenapa lagu ni? Elina merasakan nafasnya tersekat-sekat. Dia betul-betul tidak selesa.
Doushite... Kimi ni nani mo tsutaerarenakattan darou?
(Why wasn't I able to convey to you?)
Mainichi maiban tsunotteku omoi
(My feelings that were growing everyday and night)
Afuredasu kotoba
(The words begin to overflow)
Wakatteta noni mou todokanai
(But I know they won't reach you now)
“Adam,” dia bersuara perlahan. Segera pergerakan Adam terhenti. Keadaan menjadi senyap sunyi. Namun mata Adam masih melekap padanya.
“You kenal dia ke?” seorang gadis merapati Adam sambil tersenyum kecil. Dia duduk di sebelah Adam. Elina sekali lagi terpaku. Sara!
“Yelah, Adam. kau kenal dia ke?” seorang jejaka yang berada di sini Adam sejak tadi mula bersuara. Guitar di tangannya diletak di atas ribanya. Adam terdiam seketika. Tiba-tiba Elina dapat merasakan suasana persekitaran berubah. Berubah menjadi sejak dan gelap apabila renungan Adam berubah dingin.
“Kan kau selalu jumpa dia dulu. Makwe kau ke?” sekali lagi lelaki itu bersuara. Keadaan mula dipenuhi dngan suara berbisik. Dia dipandang tajam oleh semua orang di situ. Alamak…
“Dia bukan makwe aku,” perlahan namun dingin suara itu. Pandangan Adam dialihkan ke arah lain. Elina diam. Dia mahu beredar dari sini secepat mungkin.
“Jadi, yang dia terhegeh-hegeh dengan you, apasal? Asyik cari you je kat kelas. Tak tahu malu langsung!” Sara bersuara pedas. Langkah Elina segera terhenti. Pedih dengan kata-kata itu. Dia mencuri pandang ke arah Adam. Abangnya itu kelihatan langsung tidak berkutik dengan kata-kata itu. Adam sudah berubah. Sebelum ini Adam tidak akan membiarkan dirinya dimalukan sebegini.
“Elina!” Tiffany menghampirinya. Di belakangnya berdiri kelima-lima ahli X-Music. Semakin kuat suara-suara teruja orang ramai. Elina memandang Lee. Jejaka itu hanya berlagak selamba. Dah terbiasa dengan perhatian yang diperoleh.
“Elina, kenapa lambat?!” suara Tiffany kasar. Elina menunduk. Terasa malu dimarahi di hadapan orang ramai.
“Maaf,”
“Kami semua nak pergi makan. Awak ambil ni, letak dalam bilik muzik. Lepas tu kemas sampai bersih. Jangan pecahkan apa-apa!” nada Tiffany bagaikan memberi amaran. Elina mengangguk. Bungkusan di tangan beralih tangan. Beratnya!
“Sayonara, Lina-kun,” Wu tersenyum kecil lalu berlalu dengan Tiffany dan rakan-rakannya. Elina hanya diam.
“Ceh, bila sudah tak pedulikan X-Music, mulalah gatal-gatal cari yang lain. Dasar perempaun murah! Perasan!” kata-kata kasar Sara muncul kembali. Berdesing telinga Elina. Saat tangan Amni dan Mira hinggap di bahunya sambil memandangnya simpati, dia hanya mampu menarik nafas panjang. Menahan air matanya daripada tumpah…
-sori lmbt post new n3.. ^_^
14 comments:
kesiannya Lina! Adam jangan la wat lina macam tu...
kesiannya kat lina...
sampai hati adam buat lina mcm tue
sian ye lina. sape adam tu? nape wat lina macam tu.. lee pulak?? geram yer....
eeeii kurang ajarnya sara tu
mmg nak kena lempang. x-music ni mmg x kenang budi la. dah dpt tiffany yg bossy & menggedik tu terus lupa kt elina. grr mmg saje tempah bala betul ah
adam plak boleh plak buat2 x kenal elina. ya Allah mmg la cerita ni mencabar iman aku. haha. writer, lagi brapa episode till final? x sabar ni haha
ishh ..
geram2.
ni yg wat kan ak emo nih.
siot je .
hbs madu sepah d buang .
sedih sangat..
nape sume orang wat lina cam tu?
sampai nye hati diorang!..
huhu...
cpt2 sambung.. x sabar la nak tunggu next n3..
aku rasa macam nak hempuk je x-music dan tiffany ini sampai lebam satu badan.................
geramnya.....
kesian elina..
nanges aku bila bca n3 kali ne..
huhuhu.. elina! aku tetap sokong kau! :)
hurgh!!!
geram nyer dgn x-music, tiffany,adam and sara..
huhu..
t'emo lak..
huk3..
eleh!sye rse kn..
adam,wu,lee n daniel
dh sah ske gler2
kt elina..eleh..
tgk gye pon dh tau..
tp sye rse tiffany 2 ade
something r..dlu bek jer..
skang dh tnjuk belang!!!..
siottttt jerrrrrr!!!!!!!!!GRRR!!dh
bley agk tiffany msti jd cm2...
``~farah97~``
bengang sngt nih!!!!
suh je elina brhenti dri jadi pmbntu x music.. n npe adam brubh..sdeh sngt tau..
adam~~ mmng la hensem x pkai cermin mta tpi... dya dh x pduli kn elina lgi.. mrah nye!!!
ala~ halau je la tiffany..gram sngt tau.. x tahn.. ksian elina.. sdeh sngt tngok alina cm ni..
huhuhu..sad n3 je.. nk happy n3 pulak...
waaaaa~~~
geramnya ngan xmusic...
mentang2 tiffany dah pulang...terus abaikan ellina...
ellina..jgnlah jadi lemah...berhenti je jadi pembantu x-music...buang masa je...
si adam nie pun satu...tah apa yg dia sakitkan hati ngan ellina pun aku tak tahu...
rasa nak pelempang je tiffany ngan sara nie...
makan hati tul aku ngan cite nie...
penulis..lama lagi ke cite nie?
bila kisah duka ellina akan berakhir?
ciannye elina!!! benci tul kat tiffany..mengada jer lebih dia tuu, benci ngan sara yg gedik kat adam..bencinya..
adam cepat la sedar cian kat elina tu dah takde sape yg peduli kat elina dah..dah la asyik kena buli jer ngan tiffany, x-music pun dah tak rapat ngan elina dah...sedih3
elina cepat sedar dan berhenti dari kena buli dan perli..
~vee~
apesl sedih sngat yg nie...
dah lah tgah dengar lagu doushite yg DBSK nyanyi. tiba2 rase nak mgalir air mata..
emo plak...
tp best x sabar nak tunggu smbungn...
Post a Comment