CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »
Cerita ini hanyalah rekaan semata-mata ya. Tak ada kena mengena dengan yang masih hidup atau yang sudah meninggal dunia. Mungkin cerita ni macam tak logik skit tapi ini semua hanyalah untuk hiburan sahaja ya.. ^_^

Wednesday, 29 July 2009

Bab 37



Tercungap-cungap Elina keluar dari teksi. Dompet dibuka. Elina memerhatikan wang itu lama. Wang ini boleh digunakan untuk kegunaan lain. Apatah lagi mamanya jarang bekerja sekarang. Namun Elina hanya boleh tersenyum pahit apabila menghulurkan wang kepada pemandu teksi itu. Dia berlari ke bilik musik. Dia sudah lambat. Untuk kesana mengambil masa yang agak lama, apatah lagi mencari di mana keju tersebut. Dia ini memang tidak pandai dalam bab-bab mencari ni. Akhirnya, dia terpaksa bertanya. Itupun tercungap-cungap dia berlari untuk mendapatkannya.

“Maaf lambat,” Elina memohon tulus. Dia betul-betul tidak menyangka dia akan selawat ini.

“Ish, lambat betul. Sekarang ini dah petang tau,” nada Tiffany rendah tapi Elina perasan nada kurang senang di situ. Elina menunduk. Dia tahu dia yang salah. Tapi dia malu dilayan begitu dihadapan X-music.

“Maaf,” ucapnya sekali lagi. Tiffany mengambil beg plastik di tangannya.

“Tak apalah. Pergilah kemas bilik itu. Saya nak masak sekarang,” suaranya kembali manis dan lembut tetapi ada nada mengarah di situ. Elina mengangguk. Dia mengelap peluh di dahi. Letih berlari tadi masih tidak hilang. Dia berpaling mengadap X-Music yang sibuk berlatih. Mata Wu , Daniel dan Ryosuke beralih padanya. Mereka tersenyum, Elina membalas senyuman itu. Pandangan dialihkan pada Lee. Jejaka itu asyik dengan keyboard. Di mana guitarnya?

“Kenapa masih ada di sini?” Tiffany tajam memandangnya. Elina kalut, dia cepat-cepat bergerak ke bilik kecil di hujung. Dah lama rasanya dia tidak masuk ke bilik itu sejak dia insiden dia terbaca buku peribadi Lee dulu. Lee sekarang juga sudah jarang benar mengunci diri di dalam bilik ini. Dia mengeluh apabila terfikirkan Lee dan ahli X-Music yang lain. Mengapa meraka membiarkan sahaja dia diarahkan sesuaka hati? Terasa seperti ada yang tak kena.

“Wow,” hanya itu yang terkeluar apabila meihat keadaan bilik itu yang teramat-amat-amat bersepah. Berbeza betul dengan keadaan di luar. Elina mengeluh. Dia menyingsing lengan baju dan seluar sebelum memulakan kerja.

“Macam sarang ular!” rungutnya. Lengan kecilnya digagahkan untuk mengangkat kotak yang berat. Perlahan-lahan dia melangkah. Malang tidak berbau..

“Aaaa!” Elina memegang pinggang yang sakit. Kenapalah dia malang sangat? Matanya membulat memandang bajunya. My God, kotornya!

“Ahhh,” hanya itu yang mampu dia ucapkan. Dia sudah malas merungut. Dia bangun, dan meneruskan kerjanya. Tiba-tiba matanya terpandang sebuah kotak biru. Dadanya berdebar-debar. Satu ingatan tentang kotak hitam yang pernah dia cerobohi dulu menyerbu otaknya. Gambar gadis di dalam buku itu, Tiffany! Kenapa gambar dia tersimpan kemas di dalam buku yang paling Lee dihargai? Apa hubungan mereka berdua? Apa kena-mengena Tiffany yang pergi meninggalkan X-Music untuk ke negara asalnya dan menjadi model, dengan Lee yang macam ais tu?! Ah, pening kepala.

***************************************

Elina melangkah perlahan ke arah X-Music dan Tiffany yang sudah berkumpul di meja makan. Langkahnya begitu lemah.

“Kenapa kau kotor sangat ni?” Daniel memandangnya tepat. Dari raut wajah Daniel dan yang lain, Elina sudah mengagak pasti dia teramat kotor sekarang. Badannya penuh dengan habuk dan debu akibat berkemas tadi.

“Maaf la, Saya jatuh dalam tu tadi,” Elina berusaha tersenyum sambil mengesat peluh di dahi. Wu menarik tangan Elina supaya duduk di sebelahnya. Sapu tangan dihulur Wu.

“Bersihkan muka awak. Kita makan sekali,” Wu tersenyum. Elina mengangguk. Dia terharu, sekurang-kurangnya Wu tidak melupakan kewujudannya di sini. Pandangan dialihkan pada Lee. Jejaka itu memandang ke arah lain. Senyuman Elina luntur, Lee masih marahkannya ke atas kecederaan tangannya. Dia sudah minta maaf…

“Pourquoi vous ne mangez pas?” tanya Tiffany? Elina terpinga-pinga. Apa yang Tiffany cakap? Dia memandang Tiffany lama yang sedang tersenyum. Wu dan yang lain turut tersenyum sambil memandang pinggan yang sudah berisi macoroni and cheese.

“Nous allons manger,” kali ini Lee membuka mulut. Jarinya membetulkan kaca matanya. Elina tersentak. Kali pertama dia mendengar suara Lee hari ini. Itupun kerana Tiffany.

“Elina, makanlah,” pandangan Tiffany beralih padanya. Elina tersenyum tawar dan mula memakannya. Sedap. Dia tidak akan mampu memasak makanan sebegini. Dia menjeling ke arah jejaka berlima. Begitu enak mereka menjamu selera. Tahulah dia masakannya tidak akan dapat menandingi masakan Tiffany. Apatah lagi dia hanya mampu memasak masakan yang ringkas sahaja.

“Délicieux,” Wu tersenyum kepada Tiffany. Elina menjeling pinggan Wu. Licin!

“Merci. Vous avez envie de manger plus?” Tiffany bersuara senang. Wu menggeleng.

“Où vous découvrez la cuisine?” ujar Daniel. Tiffany hanya tersenyum.

“Lorsque vous retournez au français?” kali ini giliran Ryosuke pula. Matanya tajam memandang Tiffany.

“Je ne sais pas,” Tiffany mengangkat bahu.

“Vous nous manquez tous. Nous ne voulons pas que vous retournez au français,” Ken tersenyum sambil menghabiskan suapan terakhirnya.

“Sauf moi,” Elina berpaling ke arah Lee yang tiba-tiba bersuara. Kali ini semua pandangan tertumpu padanya. Tiffany membulat memendang Lee. Wajahnya kelihatan terkejut. Elina menunduk. Sepatah haram pun dia tidak faham apa yang diorang ini sedang bicarakan. Bahasa apa tu? Dirinya begaikan terasing dalam kelompok mereka. Sudah lupakah mereka kehadiran dia di sini????

*****************************************


“Elina!” bahunya ditepuk kasar. Elina berpaling ke belakang. Wu dan Daniel. Elina tersenyum kecil.

“Dah habis berlatih?” tanyanya perlahan. Wu mengangguk.

“Mana yang lain?” tanyanya lagi. Daniel duduk di sebelahnya.

“Ken dan Ryosuke dah balik. Diorang ada kerja sikit. Lee….tu,” jari Daniel menuding ke arah satu tempat. Elina berpaling. Serentak itu jantungnya bagaikan berhenti berdegup. Lee, sedang bersama dengan Tiffany. Tangan Lee sedang digenggam Tiffany sambil gadis itu membalut tangan Lee. Lee hanya membiarkan malah mereka berdua sedang berbicara tenang dalam bahasa yang dia tidak faham. Lee tidak menyedari pandangannya atau dia sengaja buat-buat sedar. Elina tersenyum kelat. Tiffany dipandang lama.

She's got green eyes and she's 5'5"
Long brown hair all down her back
Cadillac truck
So the hell what
What's so special about that

Elina berpaling ke arah Daniel yang sudah memetik guitar. Matanya tajam menjeling Wu yang sudah mula menyanyi sambil tersenyum. Matanya juga sudah bersinar nakal di sebalik kaca matanya.

“Awak cemburu ke?” tanya Wu. Mata Elina membulat.

She used to model, she's done some acting
So she weighs a buck 'o 5
And I guess that she's alright if perfection is what you like

“Tak, saya tak cemburu!” keras suaranya. Wu dan Daniel saling berpandangan sinis. Daniel kembali memetik guitar dan Wu kembali menyanyi.

Ooh, ooh, and I'm not jealous, no I'm not
Ooh, ooh, I just want everything she's got
Ooh, ooh, you look at her so amazed
I remember way back when you used to look at me that way

Mereka berdua ketawa kecil. Elina mengetap bibir. Dia segera bangun. Dia betul-betul tidak betah berada di sini lagi. Apatah lagi dengan sikap Lee yang begitu. Tangannya mencapai beg. Dia segera keluar dari bilik muzik. Tanpa sedar, lagu itu terus berkumandang di telingnya. Elina tersenyum pahit.

Tell me what makes her so much better than me
What makes her just everything I can never be
What makes her your every dream and fantasy
Because I can remember when it was me…

*********************************
p/s: maaf la kalau n3 ni x best sangat. tergesa-gesa buat. alya lwt sbb ada seminar. baru je blk ni..

17 comments:

Anonymous said...

waa, jhat betul lee tu!

OkiE a.k.a WitcH said...

nda suka dengan Tiffany..mcm puteri pula dia disana..kesian Elina..

azzakiah said...

rase sedih sanagta kalau sy jadi elina...
huhu...
cam org asing je padahal b4 tiffany datang ok je sume kecuali lee..
huhu..
adam pun da wat x taw ngan lina..:(

cpt2 sambung k...

Anonymous said...

sian elina..
x yah jdik pembantu dorang....
elina mintak beenti...
biar tiffany yg wat sume 2..
pdn mke tiffany..

Farah Shamsudin said...

uh..
lee x ske kan tiffany, right???
he~
x ske tiffany..
mcm gedik jerk & kuat m'arah!!
sian elina!!

Yeun Yie said...

aaaaa~ gram sngt tau ngan tiffany!!! hate very much..suh arr elina berhnti jdi pembntu diaorng..

x suke!!! plez la!! lgi baik brhenti dri jdi pmbntu diaorng! klu sya jdi elina, mmng dh brhnti!!

bikin elina trseksa je klu jdi pmbntu diaorng!! halau la tiffany!!

huhuhu..excited tol bce citer ni..
emosi btul tngk elina cm tu..cian sngt kat elina tau..

kak alya, smbng lgi tau..biarlah n3 strusnye happy plak..n3 kli ni mmng sad tau..huhuhu

Hana Norisa said...

tak suka tiffany....
jhat lah dier...kesia elina...

Anonymous said...

jahatnya dorg. kesian elina sbb rasa terpinggir. cepatlah elina quit, biar dorg rasa yg dorg sbenarnya perlukan elina. grr geram gila dgn tiffany & lee. kat x-music yg lain pun geram. heh

LiNa said...

cian elina..
sambung pjg2 lagi yer..

ana said...

Btul2..cita ni mg best!!dh la sy ska tgk laki yg paki glasses gk nmpk cm smart sgt..macho dh sah2 la kn..by the way..lagu please tell me why-freestyle dgn SS501- u r man....mg best!lyn giler dgr lgu ni..smbung cpt skit ye alya x baik buat pmnat2 trnnt2..

Anonymous said...

wei
ape yg lee + tiffany ckp tu ek..sape yg blh tlg translatekan..tak paham3..

cian elina lee saje jer tak tgk die kan..mesti umpat pasal elina tu...

~vee~

Anonymous said...

tak nak3 tak suka3
nak lee + elina jerk..

~vee~

Anonymous said...

last word yg lee ckp tu "except me" maksudnye die tak rindu sangat kat tiffany..tapi blh caya ker??dah lah elina tak faham langsung ape yg diorg ckp, cian elina..lee plak buat tak tau jer ngn elina kan..geram3 kat lee nie..(tapi lee tau sume hal ttg elina musykil betullah)

cepat la adam kluar..rasanya adam nie mmg cucu tunggal atok lee, dan lee plak anak angkat/anak tiri/bukan cucu datuk die..sbb lee nie mmg misteri la, plak tu aunty hyun tu mesti mak lee dan adik beradik ngan mak adam(aunty han)..hahaha..sory writer kalo teka bukan2 tapi mmg sangat misteri la hubungan antara "lee + adam" nie..

rasanya mesti lee tak puas hati ngn mak die(aunty hyun) dan kat adam yg berubah imej baru tu..

nanti nak sangat elina+lee dan elina bebaik semula ngan adam, bilalah n3 baru nk kuar nie??

vote:
apa jadi lepas elina kuar dari bilik muzik??

a)elina berhenti
b)elina tak berhenti tapi tepaksa tahan ngn aksi tiffany+lee
c)tiffany+lee gaduh
d)___________________________

he3
cepatla3

~vee~

Anonymous said...

a. berhenti je la!

asmi' said...

dah lame tak masuk cni...
bz with assghmnt and so on...

siannyer elina..
cam orang asing jer...

sabar ye elina...

Lieza said...

huh3 geram betulll biarlah lina behenti je.. baru padan muke lee.. adam lak sape eh?? huhu dia mesti bermusuh ngan lee.. kan?

FLAVIA said...

erghh! syok!
series.
smbg cpt2..
sakit dada tunggu..
huhu.
adam, jgn r wt Elina gitu.
aku rsa cm nk nges jeh.
herh!