“Hah!” mata Elina segera terbuka lebar. Sergahan Zila hampir membuatkan dia tegelincir dari tangga. Kalau dia terjatuh, siapa yang susah? Dia jugak…
“Awak ni menakutkan saya sajalah. Saya ingat hantu manalah tadi yang menjerit tiba-tiba!” sindirnya. Zila hanya menyengeh. Namun tangannya segera menarik tangan Elina ke kelas mereka. Elina terpinga-pinga. Ada apa ni?
“Hai, Elina!” sapa Amni. Elina melopong. Dia menilik jam tangannya lama. Biar betul!
“Kenapa awak berdua sampai awal hari ni? Sebelum ni tak pernah pun. Kena sampuk hantu ke?” tanyanya pantas. Amni dan Zila berpandangan.
“Elina, awak dah sampai?” sekali lagi Elina terlopong. Amira pun ada?
“Kenapa ni? Pelik betul,” keningnya sudah berkerut. Amira mengambil tempat di sebelahnya.
“Entah, saya pun tak tahu. Dahla dia paksa saya ikut pergi konsert X-Music. Pening kepala pun tak hilang lagi. Semalam pulak suruh saya datang awal,” Amira bersuara rendah. Dia menggosok-gosok matanya, menandakan dia masih mengantuk.
“Awak semua pergi konsert X-Music? Kenapa tak beritahu saya?” Elina bertanya terkejut. Sejujurnya dia hampir melupakan yang rakannya meminati X-Music.
“Maaflah, kami dapat tiket saat-saat akhir. Eh, itu bukan yang kami nak bincangkan. Saya nak tanya, siapa perempuan cantik dengan mereka hari tu? Dia makwe siapa??” mata Amni dan Zila bersinar. Elina mengeluh, pasti mereka akan menyebarkan gosip. Elina menggeleng. Dia betul-betul tidak ada mood untuk membincangkan tentang Tiffany.
“Elina, ceritalah. Please..,” mereka sudah membuta muka seposen. Elina menarik nafas panjang dan menoleh memandang mereka malas.
“Saya pun tak kenal dia tu siapa. Dia tba-tiba muncul dan mereka berlima macam tak cukup nafas pandang dia. Lepas tu, senang je mereka tinggalkan saya dengan hadiah bertimbun dioarang dan pergi dengan Tiffany!”
“Yalah, gedik betul Tiffany tu. Macamlah cantik sangat!” Amni mencebik. Elina menggeleng.
“Taklah, dia baik je. Cantik pula tu,” Elina bersuara perlahan. Memang itu kenyataannya. Dia tidak akan memburukkan Tiffany. Walaupun dia agak tidak senang melihat gadis itu dengan Lee tapi…
“Awak tak cemburu ke?” Amira yang dari tadi diam bertanya soalan yang membuat nafas Elina hampir terhenti. Dia segera bangun.
“Tak! Kenapa saya nak cemburu. Dahlah, saya nak pergi tandas,” segera Elina keluar dari kelas. Bibirnya diketap kuat.
**************************************
“Lama betul pengetua membebel tadi. Bosan betul,” Amni mencebikkan bibirnya. Zila menyahut sesuatu namun telinga Elina tidak dapat menangkap apa katanya. Dia terus berjalan dengan langkah lemah. Langkahnya bagaikan tidak bernyawa, tidak ada tujuan. Dia teringatkan Adam dan ibunya. Sesekali Elina perasan ibunya mengusap gambar Adam. Dan air mata mamanya pasti akan tumpah ketika itu. Kesihatan mamanya juga agak terjejas. Mamanya mula demam dan batuk-batuk. Dia betul-betul risaukan kesihatan ibunya. Apa yang perlu dia lakukan? Di mana dia harus mencari Adam? Sudah hampir dua minggu Adam menghilang…
"Aaa! Maaf,” segera Elina berundur ke belakang. Perlanggarannya tadi hampir-hampir membuat dia tersadung ke tanah namun jejaka di hadapannya langsung tidak terganjak lansung dari perlanggaran itu. Tiba-tiba mata Elina membulat. Stail rambut jejaka di hadapannya sudah bertukar. Wajahnya tegang. Bibirnya merah namun tiada kata yang terkeluar. Matanya dingin bak ais….
“Abang…,” Elina hampir menjerit terkejut namun Adam hanya kaku. Matanya yang merenung Elina beralih pandang. Dia mendongak ke hadapan. Beg yang digalas di bahu dibetulkan. Tanpa suara, Adam berjalan melepasinya. Dia langsung tidak berpaling memandang Elina. Tingkahnya dingin, langkahnya berkeyakinan meredah lautan pelajar yang berbisik-bisik memerhatikannya.
“My God, itu Adam kan? Macam tak percaya je. Dia nampak lain betul tak pakai glasses,” mata Amni bersinar. Zila pula terlopong memandang Adam tanpa bekelip. Elina diam, memerhatikan belakang Adam yang semakin menghilang. Abangnya belum pernah memandangnya begitu. Sebegitu dingin. Apa yang sudah terjadi pada Adamnya?
Pintu bilik muzik ditolak Elina perlahan. Seharian ini dia mencari Adam. Abangnya itu sudah menggemparkan sekolah dengan penampilan dan personaliti barunya setelah dua minggu menghilang. Hampir keseluruhan sekolah membincangkan perkara itu. Apatah lagi, identiti Adam sebagai pewaris syarikat besar itu sudah terdedah. Semakin hangat gosip-gosip yang melanda. Dia pun terkena tempiasnya. Akibat dia pernah kelihatan rapat dengan Adam sebelum ini, renungan tajam sering diberi. Dia ingin berbicara dengan abangnya itu tetapi abangnya sudah bertukar kelas. Tiada siapa pula yang ingin memberitahu apa-apa tentang kelas baru abangnya. Semua orang bagaikan memulaukannya. Kenapa ya?
“Konochiwa,” Elina melangkah masuk. Dia melarikan mata ke seluruh ruang. Matanya membulat tidak percaya.
“Maaf saya lambat,” tanpa sedar dia sudah berada di ruang berlatih dan dia terus mengucapkan kata itu sebaik sahaja bertembung dengan X-Music. Dia masih lagi keliru. Semalam keadaan bilik ini bersepah dengan hadiah-hadiah dan kad untuk mereka tapi sekarang, bersih sesangat. Dia bagaikan boleh melihat semua barang dan perabot berkilat. Siapa yang membersihkan ini?
“Takpa. Dah ada yang bersihkan pun,” jawab Daniel sambil tersenyum. Elina terpempan. Siapa? Tiba-tiba seorang gadis muncul di hadapannya sambil tersenyum lebar. Tubuh langsingnya dibaluti dengan apron. Sungguh comel! Yelah, model..
“Hai, Elina. Saya dah siap bersihkan tempat ni. Saya baru nak memasak,” Tiffany bersuara manja. Elina terpaku di situ. Tiffany sudah mengambil alih kerjanya? Tapi kenapa? Mengapa dia dibenarkan masuk ke sini? Kan X-Music, dia dan Zul-sensei saja yang dibenarkan masuk? Gadis ini, mengapa dia dibenarkan membuat semua ini, malah menyelesaikan kerjanya. Kenapa?
“Tiffany ni bekas pengurus kami sebelum dia balik ke French. Dia yang uruskan X-Music ketika baru ditubuhkan,” terang Wu. Elina kaku. Oh, Tiffany pengurus, dia pembantu…
“Oh, terima kasih sebab membantu saya hari ini. Er, semua kerja nampaknya sudah hampir siap. Apa yang boleh saya buat?” Elina sedaya upaya memaniskan wajah dan suaranya. Dia tidak tahu kenapa dia tidak senang dengan Tiffany..
“Er, sebenarnya hadiah dan kad di dalam bilik hujung tu masih tak kemas dengan baik lagi. Saya tak boleh bersihkan. Berhabuk sangat. Saya tak boleh dengan habuk-habuk ni. Apa kata awak tolong bersihkan? Oh ya, sebelum tu boleh awak tolong belikan saya parmesan cheese? Saya nak buat macaroni and cheese. Boleh tak?” tingkah Tiffany begitu lembut dan manja memintanya. Elina terpaku seketika sebelum mengangguk perlahan. Dia keluar semula dari bilik muzik. Tiba-tiba otaknya menangkap permintaan Tiffany tadi.
“Parmesan cheese? Gila! Mana aku nak cari?!” Elina menepuk dahinya. Di mana hendak dicari keju jenis itu di sini? Benda itu hanya dijual di pasaraya dan kalau dia berjalan ke sana, sepuluh hari pun belum tentu boleh sampai. Macam mana ni??????
6 comments:
alamak knp adam mcm 2...kesian elina..
tiffany ni plak..ish kacau tol..
cepat smbung alya..
ishh..sibuk btul tiffany tue..
cian elina..
sambung lagi ye..
kuar gak n3 bru.. ala..adam dh brubh la... cin sngt ngan elina.
tiffany tu sbuk sngt la..eei... gram sngt tau!! nyampah!!
hope sngt adam x bnci elina..
n hope sngt n3 lpas ni gmbira. n3 kli ni sdey sngt..
tpi cpt tau n3 kli ni kuar..i like it.. trus brusaha kak alya.. chaiyok2!!!
sedihnya dgn elina....
abangnya dah berubah dan bencikan dirinya...emaknya sakit...dan sekarang kedatangan tiffany dlm x-music..
kalau x-music abaikan ellina memang tak patutlah...
dah banyak ellina buat untuk dorang sekali bila tiffany balik je semuat buat bodo ngan ellina...
sambung cepat2 ye..
tak naklah sedih lama2...tak best..hehe
leesa...
hailaaaa apa masalah adam ni ha? rasa mcm nak lempang je. alaaa x nak la x-music lupa kat elina bila dorg dah ada tiffany. grr
salam....
lamer lagi ker nak habis citer nie...
perkembangan terlalu lambat la.. kalau boleh cepatkan sikit jaln citernyer...bukan per citer meleret2 nie orang mudah bosan...apa2 pon citer nie memang best..saya suker jln citernyer...sambungnya cepat siket ek...
Post a Comment