Matanya memandang gadis jelita di hadapan tanpa berkelip. Bertubuh tinggi dan langsing, berkaki panjang, berkulit bersih dan licin, bibir yang merah dan mata yang bersinar, gadis ini memang mempunyai ciri-ciri wanita idaman lelaki!
“Go-shookai-shimasu(Mari saya perkenalkan)” Daniel menghampiri sambil tersenyum.
“Tiffany-kun, kichira-wa Elina-kun desu(Tiffany, ini Elina). Elina-kun, kichira-wa Tiffany-kun desu(Elina, ini Tiffany),” gadis itu tersenyum. Tangannya dihulurkan.
“Konochiwa! Watakushi wa Tiffany desu(Nama saya Tiffany). Doozo yoroshiku(Gembira berkenalan dengan awak)” suara gadis ini lembut. Elina tergaman. Gadis ini berbahasa jepun, sedangkan wajahnya…! Elina mengetap bibir. Tangannya perlahan-lahan menyambut hulurannya.
“Anata wa utsukushi i(Awak sungguh cantik)” spontan pujian itu terlontar dari mulutnya. Ikhlas, betul! Tiffany hanya tersenyum.
“So(Betul). Kanojo wa utsukushi desu(Dia cantik)” sambut Ryosuke. Tiffany tersenyum lebar.
***********************************
Elina mengetap bibir kuat. Dia mengangkat kesemua hadiah dengan hati yang sebal. Bukannnya sikit, banyak! Mereka berlima ni bukannya nak tolong! Asyik dengan perempuan muda yang cantik jelita itu saja! Macamlah dia tidak wujud!
“Hello, cik abang! Tak boleh tolong ke? Saya tak larat nak angkut semua ni!” katanya agak kuat. Wajahnya memuncung memandang mereka berlima yang beralih pandang kepadanya. Wu datang menghampirinya.
“Elina. Maaf la. Kami terpaksa pulang sekarang. Awak boleh balik dengan Zul-sensei, kan? Barang-barang ni semua awak angkut masuk dalam bilik muzik, ya!
Sayonara!” Wu berlalu meninggalkan Elina tercegang-cegang. Dia terlopong! Biar betul! Matanya membulat memandang Wu, Lee, Daniel, Ken dan Ryosuke yang sudah bangun menuju ke kereta. Tiffany mengikuti langkah mereka sambil tersenyum lebar. Sesekali mereka semua ketawa. Hanya Lee yang Elina tidak pasti apa ekspresinya. Elina tunduk memandang hadiah dan barang-barang di atas lantai. Dia menghembus nafas berat. Habislah!
*************************************
Pandangannya dilontar ke luar tingkap. Angin malam yang segera sedikit sebanyak mengurangkan pening kepalanya. Mata Elina beralih ke langit. Bulan yang bulat menggamit nostalgia.
Pandangannya dilontar ke luar tingkap. Angin malam yang segera sedikit sebanyak mengurangkan pening kepalanya. Mata Elina beralih ke langit. Bulan yang bulat menggamit nostalgia.
“Onii-chan!” Elina berteriak sebaik sahaja kesemua lampu di dalam rumah terpadam tiba-tiba. Seram mula menyelebunginya. Segera dia mencari jalan keluar.
“Onii-chan!” air mata mula mengalir. Dia ketakutan. Malam ini hanya ada dia dan abangnya sahaja. Dan sekarang, dia ditinggalkan sendirian di dalam kegelapan. Dia takut.. Keadaan di sekeliling terlalu gelap. Bagaikan tiada penghujung. Bayangan-bayangan aneh mula muncul di matanya.
“Onii-chan, Lina takut!” Elina berjalan pantas. Sesekali dia berlanggar dengan perabot yang tidak dapat dilihatnya. Dia pasti lengan dan kakinya sudah penuh dengan lebam sekarang. Tiba-tiba..
“Aaaaaaaaa!” segera dia melompat ke atas sofa. Tangannya menekup mulut. Matanya dipejam. Tangan siapa yang menyentuh bahunya tadi. Jangan-jangan…
“Lina! Kenapa ni?” segera dia membuka mata. Samar-samar tubuh Adam kelihatan dalam kegelapan. Segera dia meluru ke arah abangnya.
“Onii-chan, Lina takut,” dia merengek. Adam tersenyum kecil. Dia menarik tangan Elina mengikutinya.
Langkahnya terlalu berhati-hati. Elina langsung tidak berlanggar dengan apa-apa ketika berjalan.
“Ada tangga ni,” Adam mengingatkan. Elina mengangguk. Hampir-hampir sahaja dia terlupa perkara itu. Mujur Adam mengingatkan. Kalau tidak..
“Duduk,” Adam menolak bahunya duduk di atas rumput. Elina menurut. Dia memandang sekeliling. Keadaan di belakang rumah lapang. Di sini juga ada sedikit cahaya berbanding di dalam rumah.
“Bulan yang menyinari malam,” Adam yang mengambil tempat di sebelah menuding ke langit. Elina mendongak. Matanya membulat melihat bulan yang cerah. Cantik sangat…
“Lina ingat abang takkan datang tadi. Lina takut,” wajahnya ditundukkan. Adam tersenyum kecil.
“Mana boleh abang tinggalkan Lina. Lina kan ratu hati abang!” segera abangnya membalas. Hidung mancungnya dicuit. Elina tersenyum lebar.
“Janji abang takkan tinggalkan Lina? Abang akan jaga Lina, kan?” tanyanya lagi. Kali ini Adam terdiam. Matanya memandang ke langit. Elina mengetap bibir melihat reaksi abangnya.
“Kenapa ni? Abang tak sayangkan Lina ke?” wajahnya mula mengelat. Dia mahu menarik perhatian abangnya namun Adam masih tidak beriaksi. Elina menggigit bibir.
“Yalah, Lina takkan ganggu abang lagi. Lina akan cari orang yang akan jaga Lina selamanya. Lepas tu abang bleh pergi ngan orang lain!” Elina segera bangun. Dia merajuk… Adam tersentak. Dia menarik tangan Elina pantas.
“Ouch! Sakit..” Elina memegang pinggangnya yang terhempas ke tanah. Wajahnya bertambah kelat. Mulutnya memuncung.
“Maaf. Sakit ke?” Adam bertanya tulus. Elina menjeling abangnya itu.
“Tak, sedap sangat!” mulutnya memuncung. Adam ketawa kecil. Kening Elina berkerut-kerut.
“Lina buat lawak ke?”
“Taklah. Cume tak leh bayangkan orang lain temankan Lina. Entah-entah seminggu pun dah lari,” ejek Adam. Wajah Elina dah terlaluuuuu kelat. Segera Adam tersenyum.
“Abang takkan tinggalkan Lina. Abang akan sentiasa jaga Lina. Selamanya,” tiba-tiba suara Adam berubah nada. Elina tersentak dia memandang abangnya lama sambil tersenyum.
“Abang takkan biarkan orang lain jaga Lina. Lina takkan percayakan orang lain selain abang, kan?” soal Adam. Elina segera mengangguk kepalanya laju.
“Mestilah. Lina kan sayangkan abang…”
Elina tersentak. Dia segera menjengok ke luar tingkap. Mencari-cari punca bunyi bising itu. Matanya terhenti pada seekor kucing berbulu putih di atas bumbung rumah sebelah. Elina mengurut dada lega. Tangannya menutup tingkap. Sudah sampai masa untuk tidur. Dia membaringkan tubuh langsingnya di atas katil. Matanya terkebil-kebil memandang syiling.
Kenangan ketika dia dan Adam masih bersekolah rendah menjenguk ingatan sekali lagi. Kenapa abangnya mungkir janji? Kenapa? Ingatan tentang Tiffany dan X-Music pula menjengah. Siapa Tiffany? Apa hubungannya dengan X-Music. Apa hubungannya dengan Lee? Persoalan demi persoalan memberatkan kepalanya. Elina menutup mata. Mencuba untuk melupakan masalahnya. Dia berharap ini semua hanya mimpi ngeri. Esok, apabila dia membuka mata, semuanya akan normal kembali.
“Ayasuminasai(selamat malam)…..”
9 comments:
akhirnya ada n3 bru jugak. ske la cite ni. adam cute sangat. entah kenapa x ske la tiffany. kesian elina..
huhhu.. bukan main lame lagi tunggu. for ntri baru.. last2 skit ni je?? nak lagi nak lgi nak lagi
best2..sambung lagi yer..
tiffany tu baik ke jahat?
confius ag nie
hehehe.
ahakzzz.sambung2
-na'dz
alhamdulillah akhirnya,setelah sekian lama menunggu..
hehee...
adam tu comel je..
tp klu elina ngn adam.. abes lee ngn sape??
ala..
huhu..
tiffany tu baik dalam jahat ke?
huhu..
cpt2 sambung
alaaa..npe neh??
suspen jew??!
neh yg wt xsbr..huhu
cpt ya Kak Alya
sape la tiffany tu pada lee yea cik kanafe..?
ada musykil kat sini...
kesian kat elina tu...
dah la adam dah bawak diri, lee pulak macam tak nak pedulikan elina lak...
apalah nasib elina nih..!
sebenrnyer sape adam?
menjak2 ni cbuk ngan banyk benda jadi klu buka nvel online pun just save dlm pendrive and cari mase nak bce...
sbb 2 x p'nhnyer menyempat nak komen...
cian nye la kt elina.. sdey..
knpa adam x balik2 lgi.. huhuhu..
dpt la n3 bru ni..cpt smbng tau..
Post a Comment