“Kau pasti, kau okay?” pertanyaan Daniel mengejutkan Elina. Dia kemudian tersenyum nipis.
“Ya. Saya nampak tak okay ke?” tanya Elina kembali. Dia membetulkan baju Daniel yang memang khas disediakan untuk persembahan. Rambut Daniel yang agak tidak kemas dibetulkan.
“Tak. Cuma muka kau pucat sikit,” perlahan suara Daniel. Elina tersenyum kecil.
“Saya tak apa-apalah. Kenapa dengan rambut awak ni? Tukar lagi?” Elina mengerutkan kening. Daniel ketawa kecil.
“Kenapa? Tak boleh ke? Kami memang biasa macam ni,” selamba Daniel meraut rambut. Menjadikan rambutnya lebih kusut. Elina mengetap bibir. Sikat di tangan digenggam geram.
“Awak memang nak kena ketuk dengan sikat ni, kan?” suaranya dikawal. Daniel ketawa kecil. Tiba-tiba Wu datang menghampiri mereka.
“Yang kau lambat sangat ni, apasal?!” Wu menjeling tajam Daniel yang tersengeh-sengeh. Elina mengangkat bahu.
“Elina, awak tak tukar baju ke?” Wu beralih padanya. Elina memandang pakaiannya. Hanya baju tshirt dan seluar jean. Apa yang tak kena.
“Untuk apa?” tanya Elina kembali. Wu tersenyum nakal. Wajahnya didekatkan dengan telinga Elina.
“Kalau awak nak pakai baju macam dulu, saya boleh berikan. Lebih pendek pun saya ada,” bisik Wu pada telinga Elina. Elina melopongkan mulutnya. Tangannya segera menolak Wu jauh. Lelaki itu ketawa apabila melihat Elina tersipu-sipu.
“Terima kasih ajelah. Saya tak perlukan bantuan awak,” Elina segera melarikan diri ke hadapan. Dia terserempak dengan Lee. Lelaki itu kelihatan ganjil. Dia sedang asyik memegang tangan kanannya. Elina mengerutkan kening bingung.
“Tangan awak sakit lagi, ke?” Elina mengambil tempat duduk di sebelah Lee. Lee diam, tidak menjawab soalannya.
“Jawablah. Jangan diam sahaja. Awak buat saya rasa bersalah. Sebab sayalah awak cedera,” Elina mula tidak sabar. Kenapa dengan lelaki ini? Pelik betul!
“Aku tak apa-apa!” Lee berlalu pergi. Elina mengeluh nafas berat. Dahinya dipegang. Dia tidak tahu situasi apa yang sedang berlaku antara dia dan Lee sekarang. Dia betul-betul keliru. Dia tidak tahu apa yang harus dia lakukan. Dia tidak tahu apa yang dia harus katakan. Kenapa semuanya menjadi kekok begini?
*****************************
Elina melontarkan pandangan memerhatikan X-Music di atas pentas. Dia tidak punya hati untuk menunggu di belakang pentas. Bingit! Bising! Tetapi dia merasakan di dalam pentas ini lebih kurang sama. Malah lebih sesak. Ah, dia patut cuba menceriakan dirinya. Dia tidak harus terus begini. Elina menarik nafas panjang. Kakinya melangkah pantas menentang arus. Dia akhirnya duduk di belakang sekali. Dia tersenyum apabila teringat pertama kali dia mengikuti konsert X-Music. Dia akhirnya berada di belakang pentas juga.
Hey! Hey!ForeverHey! Hey!Forever
Elina menekup telinga. Alamak, teriakan lagi!
It’s you and me
Moving at the speed of light into eternity
Tonight is the night
To join me in the middle of ecstasy
Feel the melody and the rhythm of the music
Around you, around you
Elina tersenyum kecil. Dia sepatutnya sudah biasa dengan teriakan sebegini. Akhirnya tangannya dilongarkan. Dia memandang X-Music yang kelihatan bersorok di atas pentas. Mereka langsung tidak kekok di hadapan ramai penonton. Mungkin ini yang membezakan idol dengan orang biasa.
Elina tersenyum kecil. Dia sepatutnya sudah biasa dengan teriakan sebegini. Akhirnya tangannya dilongarkan. Dia memandang X-Music yang kelihatan bersorok di atas pentas. Mereka langsung tidak kekok di hadapan ramai penonton. Mungkin ini yang membezakan idol dengan orang biasa.
I’ma take you there, I'ma take you there
So don’t be scared, I’m right here, ready?
We can go anywhere, go anywhere
But first, it’s your chance, take my hand, come with me
Teriakan semakin kuat! Elina menekup dada. Terasa berdebar jantungnya dengan suasana kuat sebegini. Namun dia tersenyum apabila terpandang Lee yang sedang menari. Patutlah!
It’s like I waited my whole life for this one night
It’s gon' be me, you and the dance floor
‘Cause we only got one night
Double your pleasure, double your fun
And dance forever-ever-ever
Forever-ever-ever
Forever-ever-ever
Forever(Forever)
Belakang badannya disandar ke dinding. Lama dia memerhatikan Lee. Jejaka itu kelihatan amat jauh darinya. Terlalu jauh. Tidak mungkin tergapai oleh tangannya. Dia juga kelihatan terlalu dingin untuk didekati. Kenapa?
Tiba-tiba muzik bertukar nada. Elina tersentak. Dia bangun dan memandang ke depan. Mereka semua sudah berhenti menari namun Lee kelihatan melangkah ke depan. Elina menyedari sesuatu.
This time I wonder what it feels
Belakang badannya disandar ke dinding. Lama dia memerhatikan Lee. Jejaka itu kelihatan amat jauh darinya. Terlalu jauh. Tidak mungkin tergapai oleh tangannya. Dia juga kelihatan terlalu dingin untuk didekati. Kenapa?
Tiba-tiba muzik bertukar nada. Elina tersentak. Dia bangun dan memandang ke depan. Mereka semua sudah berhenti menari namun Lee kelihatan melangkah ke depan. Elina menyedari sesuatu.
This time I wonder what it feels
find the one in this life
The one we all dream of
But dreams just aren't enough
So I´ll be waiting for the real thing.
I'll know it by the feeling.
The moment when we´re meeting
will play out like a scene straight off the silver screen
So I`ll be holdin’ my own breath
Right up to the end
Until that moment when
I find the one that I'll spend forever with
Lee menyanyi solo! Elina menarik nafas. Belum pernah Lee menyanyi solo. Apa yang tidak kena? Nampaknya para peminat langsung tidak mengendahkannya. Mereka kelihatan berseronok. Luangan nama Lee bergema di dalam dewan. Elina tidak sedap hati.
Lee menyanyi solo! Elina menarik nafas. Belum pernah Lee menyanyi solo. Apa yang tidak kena? Nampaknya para peminat langsung tidak mengendahkannya. Mereka kelihatan berseronok. Luangan nama Lee bergema di dalam dewan. Elina tidak sedap hati.
`Cause nobody wants to be the last one there.
`Cause everyone wants to feel like someone cares.
Someone to love with my life in their hands.
There`s gotta be somebody for me like that.
Elina terkejut. Lee memandangnya tepat. Dia terpaku di situ. Dia tidak tahu mahu beriaksi begaimana. Akhirnya dia membalas renungan itu dengan renungan bingung.
Elina terkejut. Lee memandangnya tepat. Dia terpaku di situ. Dia tidak tahu mahu beriaksi begaimana. Akhirnya dia membalas renungan itu dengan renungan bingung.
`Cause nobody wants to do it on their own
And everyone wants to know they´re not alone.
There's somebody else that feels the same somewhere.
There`s gotta be somebody for me out there.
Renungan Lee beralih. Teriakan semakin kuat namun seolah-olah bunyi bising itu tidak memasuki gegendang telinganya. Kenapa Lee menyanyi solo? Kenapa dia menari? Kenapa dia tidak bermain guitarnya hari ini? Tiba-tiba Elina teringatkan sesuatu. Tangan Lee masih tidak sembuh! Tangan Lee cedera kerananya. Alamak, apa yang dia perlu lakukan?!
“Elina!” bahunya disentak kasar. Segala lamunannya hilang. Dia memandang ke hadapan. Terkejut apabila dia dikelilingi gadis-gadis yang merenungnya tajam sekali.
“Ikut kami!” tangannya ditarik kasar. Dia dipaksa mengikuti langkah mereka. Akhirnya langkahnya terhenti di belakang sekolah. Elina memandang mereka cemas. Kenapa dengan mereka semua ni?
“Berhenti jadi pembantu mereka!” kasar suara yang dikeluarkan. Elina mengerutkan kening. Tiba-tiba dia menjadi bengang. Kenapa semua orang asyik menyuruhnya berhenti menjadi pembantu X-Music?! Mereka tak tahu, dia terpaksa! Bukannya dia nak sangat!
“Kenapa?” malas suara dia bertanya kembali. Elina perasan wajah mereka semakin memerah.
“Kau tak layak, tau tak!” kali ini dia ditolak keras ke dinding. Belakangnya terasa sakit namun hatinya lebih sakit. Dia tertekan, dia serabut. Mengapa mereka semua asyik mahu menyusahkan hidupnya? Apa salahnya kepada mereka semua? Dia bukannya mahu menuduh tetapi dia dapat merasakan semua perkara buruk yang berlaku kepadanya datang daripada peminat fanatik X-Music. Perkara buruk yang menyebabkan hidupnya huru hara, menyebabkan abangnya jauh daripadanya.
“Kalau aku tak layak, siapa yang layak? Kau ke?” kali ini dia melawan. Dia malas menjadi lemah. Dia tidak mahu terus dibuli. Dia juga manusia biasa, kesabarannya ada hadnya. Betapa lemah lembutnya pun seseorang itu, boleh bertukar dahsyat jika sudah mencapai had limitnya. Dia juga begitu juga.
“Kau jangan nak berlagak. Kau ingat mereka semua syok kat kau ke?!” semakin kasar suara mereka semua. Lengannya dicengkam kesar. Elina mengetap bibir. Apa yang pelu dilakukan agar mereka semua tidak menganggunya? Membiarkan dia tenang sendiri? Apa?!
“Tolonglah. Lepaskan saya. Apa salah saya?” suaranya berubah lemah. Air matanya boleh gugur bila-bila masa sahaja. Suasana menjadi senyap sunyi. Elina melepaskan tangan yang mencengkam lengannya. Dia melangkah lemah meninggalkan mereka semua. Langit yang mendung dipandang lama.
***************************************
“Persembahan awak semua sungguh hebat!” itu yang dituturkan. Kakinya pantas menuju ke arah ahli X-Music yang lain.
“Tapi kau tak ada pun,” Daniel mengelatkan wajahnya. Elina mengetap bibir.
“Saya ada hal tadi tapi saya sempat tengok separuh persembahan awak, tau. Hm, mana Lee?” Elina memanjangkan lehernya mencari Lee. Tiba-tiba dia merasakan lehernya seram sejuk. Pandangannya beralih ke arah Daniel kembali. Patutlah seram sejuk. Mata Daniel memandangnya tajam.
“Kenapa kau cari dia?” suara Daniel berubah dingin. Elina meneguk liur. Kenapa dengan Daniel ni?
“Lee ada di sana,” Wu datang tiba-tiba sambil menunjukkan tangannya ke suatu arah. Elina menarik nafas lega. Tidak selesa berada di suasana begitu dengan Daniel. Dia menghadiahkan senyuman manis kepada Daniel dan Wu sebelum menghilang mencari Lee. Kelibat Lee mula kelihatan.
“Kenapa dengan awak tadi?” dia bertanya perlahan. Lee langsung tidak terkejut dengan kehadirannya. Adakah dia sudah menduga aku akan mencarinya?
“Kenapa apa?” soalan dijawab dnegan soalan. Elina mengetap bibir.
“Kenapa awak tak guna guitar awak hari ni?” Elina bertanya lagi. Lee diam. Dia memetik guitarnya perlahan. Elina perasan ada yang tidak kena dengan cara Lee memetik guitar.
“Tangan awak masih tidak sembuh,” dia berkata sangat perlahan. Seolah-olah hanya mahu berbicara kepada dirinya sendiri. Namun Lee segera bangun.
“Aku ada hal,” Lee segera berlalu. Elina mengikuti langkahnya.
“Apa kata awak terus terang je dengan saya? Saya mungkin boleh bantu,” Elina mencuba menyangi langkah Lee yang laju.
“Tiada apa yang kau boleh bantu,” sedikit kasar suara Lee. Elina berhenti melangkah. Tangannya menghalang langkah Lee juga.
“Kenapa?” keningnya berkerut memandang Lee. Dia sudah tidak peduli ahli X-Music yang lain memandang mereka berdua.
“Tiada apa,” Lee menepis tangan Elina. Elina mengeluh. Kenapa jejaka ini terlalu perahsia?
“Awak masih sama, Lee. Tak berubah langsung,” satu suara asing menceroboh gegendang telinganya. Tiba-tiba keadaan menjadi senyap sunyi. Elina beralih pandang ke arah pemilik suara itu. Dia terlopong. Wajah itu! Dia pernah melihat wajah itu.
“Tiffany,” Elina segera berpaling ke arah Lee. Dia kelihatan amat terkejut memandang gadis yang sedang tersenyum manis itu. Bukan dia sahaja, malah kesemua ahli X-Music! Elina memandang gadis itu kembali. Siapa Tiffany ini sebenarnya?????
******************
p/s- apa pandangan korang tentang n3 kali ni? silalah komen ye...
13 comments:
wah, tiffany dah muncul. siapa dia tu? misteri betul!
haaa..
n3 nieh misteri..
ngeeeee..
tiffany??
penuh misteri..
sape tiffany??
ala.. sian kat elina macam2 masalah yg timbul...
cepat2 sambung taw.. :)
whoah. smkin pns. ;) keep it up! n smbung cpt yeee. ;)
hu~
nie yg nak tau neh..
suspen jerk..
hehe..
best la kak..
smbung cpat2 nyer..
x sabar neh nak tau smbungannya neh..
gee~
best tapi macam ada sesuatu yang kurang ntah la....
HM....TIFFANY???
sape ek??? suspen betullah..
cepatlah masuk n3 lagi...
nape la susah betul hidup elina dengan X-music ek????
cian die...
~vee~
sape Tiffany dlm hidup Lee n X-music?????
n3 pnghjng kali nie cukup misteri ar...
wahhhh... besttt saspen.. sape tiffany tu? cepat sambung eh??? best sgt cter nih...
saspen sungguh.
ishishish.
HEHEHE
tiffany?
-na'dz
lamer lg ker nk ader n3 br??:)) xsabar laaaa.. kali suspen erk..sajer wat gempak erk,nk kami tertgu2..huhu ciam ler kt kami uwaaaaa:'((
siapa tiffany?
so misterious. x sbr nk tau...........
sebenarnye tiffany 2 sape?
nape misteri sangat...
kenape lee macam 2?
Post a Comment