“Ahhh!” Elina menekan kepala yang terasa sakit. Matanya yang terpejam rapat dibuka perlahan-lahan. Terasa perit apabila cahaya matahari memasuki matanya.
“Awak dah sedar?” Wu datang menghampirnya dan membantunya duduk. Elina memandang sekeliling. Masih keliru dengan apa yang berlaku.
“Apa dah jadi tadi?” perlahan suara Elina. Wu terdiam. Serentak itu Lee, Ryosuke, Ken dan Daniel menghampirinya. Serta-merta Elina perasankan tangan Lee yang berbalut.
“Apa dah jadi dengan tangan awak, Lee-senpai?” suara Elina kedengaran risau. Lee tidak menjawab malah wajahnya serius. Serta-merta Elina mengetap bibir. Dia takut apabila Lee berkelakuan begitu.
“Elina, awak tak apa-apa ke?” Daniel menghampiri dan duduk disampingnya. Wajahnya kelihatan risau. Elina terdiam. Dia memeluk tubuh. Baru dia perasan bajunya basah tetapi dia diselimutkan dengan selimut tebal.
“Saya tak apa-apa tapi apa yang dah jadi tadi? Saya tak fahamla,” Elina meminta perjalasan. Kelihatan mereka semua berbalas pandang. Elina semakin bingung. Apa dah terjadi?
“Tadi, sewaktu awak hendak masuk ke kelas, ada perangkap di situ. Sebaik kaki awak melangkah masuk, sebesen air akan jatuh di atas awak,” terang Wu. Elina terlopong. Siapa yang sanggup melakukan begitu? Elina mula berasa takut. Apatah lagi dia teringatkan perkara-perkara pelik yang berlaku kepadanya kebelakangan ini. Namun begitu, dia tetap tersenyum. Mencuba untuk tidak menambahkan kerisuan mereka.
“Mujur mereka cuah air pada saya. kalau mereka cuah sos, lagi teruk,” Elina cuba berjenaka. Dia ketawa kecil tetapi tiada sesiapa yang turut ketawa. Malah dia dipandang tajam mereka berlima.
“Mereka bukan simbah awak dengan air, Elina! Mereka jatuhkan bekas berisi air tepat di atas kepala awak. Awak tahu tak betapa seriusnya itu? Awak boleh cedera parah! Mujur Lee cepat lindungi awak dengan tangannya!” kedengaran keras suara Wu. Elina tersentak. Wajahnya ditundukkan. Apa yang sedang berlaku ini? Lee lindungi dia? Serentak itu kepalanya didongakkan kembali. Dia memandang cemas pada Lee. Tangan Lee digenggam.
“Jadi, tangan awak cedera disebabkan saya? Teruk tak kecederaan awak? Saya minta maaf…” Elina mengetap bibir. Lee menarik tangannya tanpa kata. Sedikit sebanyak Elina terasa dengan tindakan Lee itu. Seolah-olah dia menyalahkan dia di atas kecederaan tangannya. Tapi memang salahnya pun. Lee cedera kerana menyelamatkannya. Wajahnya ditundukkan. Keadaan menjadi senyap sunyi.
“Lina!” satu suara mengejutkan. Elina kenal suara itu. Adam! Wajahnya diangkat kembali. Adam kelihatan cemas dan berlari ke arahnya.
“Lina tak apa-apa?” Adam menolak Daniel agar dia mempunyai lebih ruang dengan Elina yang dikelilingi lima orang jejaka itu.
“Hei, siapa benarkan kau masuk sini?!” suara Daniel berubah kasar. Mungkin geram dengan kelakuan Adam menolaknya. Adam langsung tidak memperdulikan kata-kata Daniel. Dia berlutut dia atas lantai dan memandang Elina lama. Tangannya mengelus rambut Elina lembut.
“Lina tak apa-apa? Badan Lina panas ni,” lembut suara Adam. Elina masih terkejut dengan kedatangan Adam. Dia tidak tahu mahu beriaksi bagaimana. Lagipun kebelakangan ini hubungan mereka agak dingin. Akhirnya dia hanya mendiamkan diri.
“Hei, aku tanya kau. Kenapa kau masuk sini? Kau tak faham soalan aku ke?” Daniel kelihatan sudah hilang sabar. Mata Adam tajam memandang Daniel dan ahli kumpulan X-Music yang lain.
“Aku nak bawa Elina. Dengar sini, mulai hari ini Elina bukan lagi pembantu korang semua. Untuk ganti rugi gitar yang rosak tu, nah ambik ini. Aku rasa jumlah itu lebih dari cukup untuk kau beli gitar yang lebih baik dari yang Elina pecahkan dulu. Jadi, jangan ganggu dia lagi!” kasar suara Adam sambil menyerahkan sepucuk sampul kepada Wu. Elina terkejut. Serentak itu dia bangun. Badannya agak terhoyang-hayang akibat berdiri secara tiba-tiba. Wu segera merangkulnya namun Adam merentap kasar tangannya. Hampir terjatuh Elina dibuatnya.
“Hei, kenapa dengan kau ni? Elina kan sakit, tak nampak ke?” kali ini Ken mula naik darah. Elina mengetap bibir. Adam tersenyum sinis.
“Sebab dia sakitlah aku tak nak dia dekat dengan kau semua. Sejak jadi pembantu kau, banyak masalah yang dia kena tanggung. Dia kena belajar tetapi juga letih kena layan kerenah kau semua ni yang mengada-ngada. Dan untuk pengetahuan semua, dia asyik kena buli je dengan peminat fanatik kau. Dan tadi, hampir je dia cedera parah. Jadi, sekarang, kau terpaksa cari pembantu baru!” suara Adam kuat. Elina terkejut. Dia takutkan Adam yang begini. Kenapa dengan abangnya ini?
“Abang, Lina tak apa-apa. Ini semua kecil sahaja,” Elina membantah. Segera Adam memberi renungan tajam padanya.
“Kecil? Kecil Lina cakap? Tengok tangan Lina ni, calar balar! Tentu kerja mereka, kan? Jangan ingat abang tak tahu. Abang tak kira, Lina kena berhenti juga!” tekad suara Adam. Elina mengetap bibir geram.
“Abang, ini masalah Lina sendiri. Lina tak nak berhenti!” Elina membuat keputusan. Wajah Adam kelihatan memerah menahan marah. Tangan Elina dicengkam erat.
“Abang…sakit,” rintih Elina. Adam tidak peduli. Dia menarik Elina mengikutinya. Serentak itu Lee menghalang.
“Te-o dokete-yo!(Lepaskan tangan kau!)” keras suara Lee. Tajam matanya berlawan pandang dengan renungan tajam Adam.
“Temë no shitta koto ka!(Bukan urusan kau!)” kasar sekali kata-kata Adam. Wajahnya kelihatan menakutkan. Bukan Adam sahaja, malah Lee juga. Elina jadi gerun melihatnya.
“Dare-ni mukatte mono itten-dayo?(Kau tak fikir ke dengan siapa kau bercakap ni?)” Lee membalas dengan kasar pula. Adam melepaskan tangan Elina dan berhadapan dengan Lee.
“Kenka uten noka?!(Kau nak bergaduh ke?!)” kata-kata Adam kelihatan begitu menakutkan. Elina mula resah.
“Hentikan! Abang, jangan begini,” Elina menarik tangan Adam namun Adam langsung tidak berganjak dari terus berlawan pandang dengan Lee. Ahli X-Music yang lain hanya memandang tanpa kata. Tidak mahu campur tangan, barangkali.
“Itaime-ni?!(Kau nak rasa sakit ke?)” sinis suara Lee. Serentak itu kolar baju Lee dicekup Adam. Badan Lee kuat ditolak hingga merempuh dinding dibelakang. Elina terkejut melihat tindakan Adam yang drastik. Dia segera meluru kearah Adam dan Lee dan cuba meleraikan mereka.
“Nani-temë?!(Kau fikir kau siapa?!)” lantang suara Adam. Lee tersenyum sinis.
“Kau tak tahu ke?” serentak itu, satu tumbukan singgah di pipi Lee. Lee terduduk dia atas lantai. Elina terbeliak dengan tindakan Adam. Serentak itu tangannya spontan menampar kuat pipi Adam. Adam dan mereka semua terkejut dengan tamparan itu. Keadaan menjadi senyap sunyi. Pautan di kolar Lee dilepaskan. Adam memandang Elina dengan raut wajah yang sukar dimengertikan. Tangan Elina menggigil. Dia tidak sangka, dia menampar abangnya sendiri!
“Sanggup Lina tampar abang untuk dia ni?!!!!” suara Adam kedengaran geram. Elina mengetap bibir.
“Ma..maaf. Elina tak sengaja tapi abang memang melampau. Abang tak boleh buat macam ini!” Elina meluahkan rasanya. Adam tersenyum sinis. Dia menumbuk dinding kuat. Bunyinya menakutkan Elina.
“Kanapa abang tak boleh?! Baik, Lina tak nak abang campur urusan Lina, kan? Fine! Abang tak akan pedulikan Lina lagi. Dengar sini, abang takkan peduli lagi!” lantang suara Adam. Dia kemudian melangkah keluar dari bilik muzik sambil menedang pintu kuat. Sebaik Adam keluar, tenaga Elina terasa melayang. Kakinya terasa lembek. Elina terduduk di atas lantai. Memikirkan kenapa dia sanggu menampar Adam. Dia betul-betul menyesal sekarang. Mahu sehaja dia merayu agar Adam memaafkannya.
“Elina, awak tak apa-apa ke?” Wu datang menghampirinya. Elina menggelengkan kepalanya perlahan. Tangan Elina tiba-tiba diraih. Elina mengangkat wajah. Wu.
“Mari kami hantarkan awak balik,” lembut suara Wu. Elina menarik nafas panjang dan memandang mereka satu-persatu.
“Maaf, saya tak sangka dia kan bertindak sebegitu. Lee-senpai, saya betul-betul mintak maaf,” Elina memandang Lee yang dibantu berdiri oleh Daniel. Elina tahu Lee sengaja tidak membalas tumbukan Adam tadi. Memikirkan itu, dia terasa betul-betul bersalah.
“Jom kita pergi,” Wu mengiringi dia. Elina memandang Lee tapi lelaki itu langsung tidak memandangnya kembali, apatah lagi bersuara. Elina mengetap bibir. Dia teringatkan Adam di rumah. Dia betul-betul tidak sedap hati.
*****************************************
“Abang, apa ni?!” Elina terkejut apabila melihat Adam keluar dari bilik dengan beg sandang di bahu. Wajahnya serius dan kelat. Elina baru sahaja memasuki rumah dan sekarang, Adam mahu keluar pula? Mahu ke mana dia?
“Bukan urusan kau!” kasar suara Adam. Elina terkejut. Belum pernah Adam berbicara sekasar itu dengannya. Apatah lagi menggunakan gelaran kau!
“Kenapa dengan abang ni? Abang, Lina mintak maaf. Lina tak sengaja nak tampar abang. Janganlah marah Lina!” Elina cuba merayu. Serentak itu Puan Mariana menolak pintu rumah. Dia kelihatan terkejut apabila melihat wajah marah Adam dan mata Elina yang merah.
“Apa ni?” tanya Puan Mariana. Elina tidak memperdulikan pertanyaan itu. Dia menggenggam tangan Adam.
“Abang, maafkanlah Lina. Walau apapun, Lina tetap sayang abang. Abang kan abang Lina,” rayu Elina. Dia berharap Adam akan lembut hati dan memaafkannya. Biasanya, dia akan merayu setiap kali Adam marah. Cara itu sentiasa berjaya. Adam akan memaafkannya dan mereka akan ketawa gembira semula namun kali ni amarah Adam semakin memuncak apabila dia berkata begitu.
“Aku bukan abang kau!” lantang kata-kata itu terluah. Mata Elina terbeliak.
“Adam!” Puan Mariana terkejut dengan kata-kata Adam. Matanya gusar memandang anak lelakinya itu. Elina mengetap bibir.
“A..apa abang merepek ni? Abang, abang kandung Lina!” tergagap-gagap Elina bersuara. Adam melepaskan ketawa sinis. Tangannya meleraikan tangan Elina daripada terus melekap di lengannya. Dia melangkah ke hadapan dan melepasi Puan Mariana.
“Aku bukan abang kau. Baik kau ingat itu!” dingin suara yang keluar dari bibir merah Adam. Serentak itu Adam hilang dari pandangan Elina. Elina menekup mulut. Dia terjelepuk ke lantai.
“Mama, apa ni?” tanya Elina lirih. Puan Mariana memandang dinding sambil memicit dahi. Matanya kemudian dialih ke arah pintu yang kini sudah tertutup rapat….
12 comments:
wah, saspen2! Adam bkn abang Elina ke????
hurmmm..dah agak!!!
Adam mesti bukan abg kandung Elina..
rsenyerr..Elina 2 anak angkat jerr..
bt0l x Kak Alya???
pt0t pn Adam tue jeles dgn Lee..
sbb dye tau d0wg bukan adik b'dik kndung...
huuuhuhu...
neh yg wt lg suspen..
plezzz...percpatkn n3 str0snyerrr...
hehe..
thankz..!!
aja aja Caiy0kk!!
~aNis~
waduh2...
makin rumit nieh..sian kat ellina..
huhu..
adam nieh mmg arh,,
dye jeles uh...
isk2.
smbung2..
adam de feel kerw?
agagaga
adam bkan abg kndung
tidak2.
begitu saspen ah.
ahakzzzz.
lee perthnkn elina.he3
suke2.smbung2
-na'dz
ouh no.. adam bukan abg kandung lina??
patutlah adam cam jeles lina ngan lee..
ouh ho!!!
cepat2 sambung..
patut ar adam cm jeles jer time lina rpat n bdk2 2....adam da prasaan dkt lina...lee pn mcm dh syg kat lina....
xsbor nk tau n3
he3...mmg best la..stp kali baca n3 baru pasti suspen je..he3..rasanya adam tu yg anak angkat kot..tak pun mereka adik beradik tiri???? tak sabar rasanya nak tau lepas nie..
mesti dah lama adam tu suke kat elina kan3..elina dan lee plak sama2 jatuh cinta..
best3..tak sabar nak tau n3 baru nie
adam dgn lina 2 bukan adik-beradik?
suspen tul ar kan!
kak,cepat ar sambung cete ni best ar?
dah agak dah mesti tu suka kat lina dari cara dia tu dah tau.. aduh apa akan jadi lepas ni ek.. sian kat lina
alahh kak alya cpt lahh
sambung.
klau bole nk je tau ending dye.
dh lahh next week da kne blik ostel.
uhh tak dpt nak on9 slalu nnt.
ehh tak sabar nk tggu!!
yeyey...betul dugaan ku.....
sape yg bukan ank kandung mak dye ek?
elina ke adam?
l0rhh..
mane smbungnyerr..
huhu..
suspen t0l la..
xsab0 nk tggu n3 slps nie..
Post a Comment