CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »
Cerita ini hanyalah rekaan semata-mata ya. Tak ada kena mengena dengan yang masih hidup atau yang sudah meninggal dunia. Mungkin cerita ni macam tak logik skit tapi ini semua hanyalah untuk hiburan sahaja ya.. ^_^

Thursday, 28 May 2009

Bab 31


Langkah Elina lemah masuk ke dalam bilik muzik. Keadaan bilik itu masih kemas walaupun sedikit bersepah. Elina membawa kakinya yang berat ke meja makan. Ada kotoran di meja itu. Elina meletakkan beg sekolahnya di atas kerusi dan mengambil kain pengelap untuk mengelap meja yang kotor. Kelihatan tidak bermaya sahaja kerjanya. Saat itu Lee memasuki bilik muzik dan menghampirinya.


“Muka kau pucat,” tegur Lee. Elina mengangkat wajah memandang Lee sekilas lalu menunduk kembali untuk mengelap meja.

“Ye ke? Mungkin sebab saya penat sikit,” ujar Elina. Sedaya upaya dia tidak membenarkan suaranya kedengaran perlahan dan lemah.

“Kalau macam tu tak payah lah kau buat kerja hari ini. Lagipun kami dah beli makanan,” Wu pula datang menghampiri. Sejak bila Wu datang, Elina tidak pasti.

“Tengok kami berlatih, nak?” Daniel tersenyum lebar. Elina terdiam seketika. Lebih baik dia di rumah sahaja dan tidur untuk menenangkan fikirannya yang bercelaru namun baik juga dia menonton persembahan X-Music. Mungkin menghiburkan.

“Yalah,” Elina mengikuti langkah mereka berlima ke ruang berlatih. Elina duduk dia atas kerusi manakala mereka semua mengambil tempat dengan alat muzik masing-masing. Seperti biasa, hanya Wu dan Ryosuke yang akan menyanyi.

I wake up every evening, with a big smile on my face
And it never feels out of place
And your still probably working at a 9 to 5 pace
I wonder how bad that tastes

When you see my face
Hope it gives you hell
Hope it gives you hell
When you walk my way
Hope it gives you hell
Hope it gives you hell

Now wheres you picket fence love
And wheres that shiny car,
And did it ever get you far
You've never seem so tense love
I've never seen you fall so hard,
Do you know where you are

And truth be told I miss you
And truth be told I'm lying

Elina hanya diam memerhatikan mereka. Rasa kagum kepada mereka bertambah. Ketika berlatih, mereka membuat persembahan bersungguh-sungguh walaupun ini hanyalah latihan. Perlahan-lahan, Elina mengukir senyuman. Dia ketawa kecil apabila Daniel dan Wu mengajuk gelagat All American Rejects seperti dalam music videonya.

When you see my face
Hope it gives you it gives you hell
When you walk my way
Hope it gives you hell
Hope it gives you hell
If you find a man that's worth a damn and treats you well
Then he's a fool, your just as well, hope it gives you hell

“Elina, jom nyanyi sekali,” Wu berhenti menyanyi. Elina membulatkan mata.

“Tak naklah. Awak semua berlatihlah,” Elina menolak lembut. Wu tersenyum lalu meletakkan mikrofon dan datang menghampiri Elina. Tangan halus Elina ditarik mengikutinya.

“Apa kata kalau awak mainkan piano ni dan kami semua nyanyi?” saran Wu. Elina terpana. Dia memandang Lee yang sedang berdiri berhampiran dengannya bersama dengan guitarnya. Lee hanya diam tetapi bibirnya ada mengukir senyuman nipis.

“Yalah. Saya setuju,” Ryosuke yang berada agak jauh bersuara. Daniel dan Ken pula hnaya menganggukkan kepalanya. Elina mengerutkan kening seketika.

“Boleh tapi awak semua kena nyanyi. Tiada orang dikecualikan. Setuju?” tanya Elina. Serentak itu mereka berlima mengangguk. Elina tersenyum. Lengan baju disingsing. Jari-jarinya diurut sebelum dia menyentuh not-not piano. Serenak itu, melodi piano mulai memenuhi ruang. Wu dan yang lain terdiam.

“Ini lagu…” kata-kata Wu berhenti.

“..Crush,” sambung Lee. Dia segera meletakkan guitarnya dan menghampiri piano dan duduk di sebelah Elina. Terkejut beruk Elina. Mujur tak jatuh dari kerusi je!

“Kenapa awak duduk sebelah saya?” Elina membulatkan matanya sambil bercekak pinggang.

“Aku tak nak nyanyi,” selamba muka Lee saat dia berkata begitu. Elina mengelatkan wajahnya.

“Jadi, awak nak buat apa?” tanya Elina geram. Lee menyentuh not piano dan menekan not-not itu. Dia menarik tangan Elina dan meletakkan tangan Elina di sebelah tangannya. Elina tersenyum, mengerti. Saat itu, gerakan tangan mereka bersatu membentuk satu melodi. Ryosuke terdiam seketika sebelum suaranya mula kedengaran.

I hung up the phone tonight
Something happened for the first time
Deep inside it was a rush, what a rush
Cause the possibility
That you would ever feel the same way
About me, just too much, just too much

Why do I keep running from the truth?
All I ever think about is you
You got me hypnotized, so mesmerized
And I just got to know

Elina tersenyum. Dia teruja menekan not-not piano ini. Terutamanya apabila Lee berada disebelahnya. Rasa macam mimpi sahaja. Elina menjeling wajah Lee yang dihiasi kaca mata berbingkai hitam sekilas. Wu diam memerhatikan Elina lalu segera menyambung nyanyian Ryosuke.

Do you ever think when you're all alone
All that we can be, where this thing can go?
Am I crazy or falling in love?
Is it really just another crush?

Do you catch a breath when I look at you?
Are you holding back like the way I do?
Cause I've tried and tried to walk away
But I know this crush ain't going away-ay-ayGoing away-ay-ay

Wu berhenti. Nyanyiannya diteruskan Daniel. Matanya masih tidak lepas-lepas memandang Lee dan Elina. Entah apa yang ada di fikirannya ketika itu. Elina yang perasan Wu memandangnya mengangkat wajah dan melontarkan senyuman.

Has it ever crossed your mind
When we're hanging, spending time girl?
Are we just friends? Is there more? Is there more?

See it's a chance we've gotta take
Cause I believe that we can make this into
Something that will last, last….

BRUMM!!!
******************************************


Elina terkejut. Gerakan tangannya segera terhenti. Dia memandang Lee yang tiba-tiba menekan not-not piano dengan sebegitu kuat. Wajah Lee kelihatan selamba namun siapa tahu apa yang ada di dalam fikirannnya?

“Bosanlah lagu ni,” Lee bangun dan menuju ke guitarnya semula. Elina terpaku dengan kelakuan Lee yang tiba-tiba sahaja. Bukan dia sahaja bahkan begitu juga dengan rakan-rakannya yang lain. Mereka berpandangan sesama sendiri. Hanya Wu kelihatan tenang.

“Huh!” Elina menongkat dagu dan mengeluh perlahan. Pelik betul dia dengan perangai Lee. Sekejap baik, sekejap….huh! Tiba-tiba badannya terasa lemah. Ingatannya kembali kepada kejadian pagi semalam.
Hampir mati terkejut apabila dia melihat buku latihan dan jawapan yang dibincangkan dnegan X-Music semalam dikoyak-koyak dan diconteng dengan pelbagai kata-kata kesat menyuruh dia menjauhi X-Music. Hampir sahaja jantungnya berhenti berdengup. Siapa yang melakukan itu semua? Siapa yang berdendam dengannya? Soalan itu terus-terusan menghantuinya.

Bukan setakat itu sahaja, pelbagai perkara buruk berlaku kepadanya semalam. Di bawah lacinya tersembunyi pelbagai makhluk yang memang menakutkannya. Tikus, lipas, katak, cicak dan…. ulat!!! Tak cukup kuat rasanya dia menjerit semalam apabila dia memasukkan tangannya ke dalam laci untuk mengambil buku dan apa yang didapatkannya adalah bangkai haiwan yang menggelikan. Tebal mukanya apabila seluruh kelas mengetawakannya akibat terlalu over menjerit.

Elina mengangkat tangannya dan memerhatikan jari-jarinya. Terdapat beberapa kesan luka dan goresan di situ. Terasa sedikit pedih apabila disentuh tetapi mengapa saat dia bermain piano tadi, kesakitan itu seolah-olah hilang? Luka ini didapatkan ketika dia cuba mengambil sesuatu daripada begnya. Saat itu dia segera merasakan kesakitan. Rupanya di dalam begnya ditaburkan pelbagai paku tekan dan kaca pecah. Agak banyak juga dia berdarah. Segera dia mencuci darah itu. Dia tidak mahu Amni, Zila dan Mira mengetahui luka itu. Tadi rakan-rakannya begitu marah apabila melihat bukunya di koyak. Apatah lagi apabila melihat pelbagai jenis bangkai haiwan di bawah mejanya. Terus mereka mahu melaporkan kepada guru tetapi dia segera menghalang. Dia tidak mahu memburukkan lagi keadaan.

“Elina..” namanya diseru lembut. Lamunan Elina segera terhenti. Dia mengangkat wajah. Wu, Daniel, Ryosuke dan Ken memandangnya prihatin. Elina tersenyum kecil.

“Awak ada dvd tak? Bosanlah,” tanya Elina. Wu dan yang lain kelihatan terkejut. Perlahan-lahan mereka mengangguk.

*********************************


“Kenapa semuanya cerita ganas-ganas. Tak bestlah!” Elina menyelongkar lagi beberapa keping dvd. Sudah lama rasanya dia mencari tetapi semua filem tidak menarik baginya. Tiba-tiba Elina terpandangkan sesuatu.

“Yes! Dah jumpa pun. Hm, Koizora?” Elina membelek-belek kotak dvd itu. Hm, cerita budak sekolah menegah di jepun. Macam best je. Elina segera memasang dvd player. Dia membetulkan duduknya dan memandang tv dengan rasa teruja. Hampir sejam kemudian, esakan mula kedengaran. Elina mencapai tisu dan mengelap hidungnya yang mulai berair namun matanya tidak lepas-lepas memandang peti televisyen.

“Kau tengok apa sampai menangis ni?” Daniel duduk di belakangnya sambil tersengeh. Elina tidak peduli. Dia tengah syok tengok ni!

“Koizora, The Sky of Love. Hm, cite jiwang. Kenapa perempuan suka sangat tengok cite macam ni?” komen Ken. Elina memandang tajam Ken. Aku sekeh karang!

“Tengok filem sedih sikit, nangis,” perli Wu. Ryosuke ketawa kecil. Elina melontar bantal kecil yang ada di pahanya terus ke muka Wu. Habis senget kaca mata Wu. Elina ketawa kecil. Saat matanya kembali terecap pada kaca televisyen, dia kembali teresak. Tisu ingin diambil tetapi matanya membulat apabila melihat kotak tisu kosong. Dia sudah habis menggunakan semua tisu!


“Habis tisu kau guna. Nah,” Lee mengambil tempat disebelahnya dan menghulurkan kotak tisu yang baru dibuka kepada Elina. Elina terdiam seketika lalu segera mengambil tisu daripada tangan Lee. Dia meneruskan tontonannya sambil ditemani lima jejaka yang memerhatikan gelagatnya diam-diam.

**************************************

“Wa! Sedihnya!!” Elina mengambil dua helai tisu lagi sebelum mengelap hidung dan matanya yang berair. Kelima-lima jejaka yang berada di sisinya hanya memandang sesama sendiri sambil membuat mula pelik. Elina tahu, mereka asyik menguap sahaja sebaik menontonnya.

“Yang kau beria menangis ni, kenapa? Aku tak rasa cite ni sedih sangat,” komen Daniel. Elina mencebik. Memang cerita ni taklah sedih sangat tetapi dia sedih yang sejak tadi akibat pelbagai perkara buruk yang berlaku kepadanya. Air mata itu tumpah sediri apabila menonton cerita sedih ni pulak!

“Sedih la filem ni. Awak semua yang memang tak ada perasaan agaknya!” balas Elina. Kalau dia menonton cerita ini keseorangan, sudah pasti dia sudah terguling-guling menangis. Dia memang begitu, mudah tersentuh.

“Tak faham aku dengan perempuan ni,” Ken menggaru kepala yang tidak gatal. Rakan-rakannya yang lain mengangguk. Hanya Ryosuke yang tersenyum. Elina mengesat matanya dan hidungnya yang kemerahan selepas menangis. Dia kemudian bangun dan menuju ke begnya yang terdamar di atas kerusi.

“Saya nak balik. Letih la hari ini,” ujar Elina. Wu bangun dan menghampirinya.

“Tak apa ke awak balik sendiri? Muka awak nampak pucat,” tanya Wu. Elina menggelengkan kepalanya. Begnya disandang ke bahu.

“Tak payahla. Saya baik-baik sahaja. Awak semua teruskan berlatih ya. Satu lagi, jangan sepahkan sangat bilik ni!” Elina memberikan sinar mata yang tajam tanda memberi amaran. Mereka semua hanya mengangkat bahu sambil tersengeh. Elina tahu tanda itu. Pasti mereka mahu menyepahkan bilik ini. Pandangan tajam dilemparkan lagi.

“Dengar sini. kalau bilik ini teruk bersepah, jangan harap saya kemaskan esok. Masak pun saya tak nak. Ada faham?!” kali ini suaranya keras. X-Music tersenyum lagi. Kali ini Elina sudah tidak ada kuasa melayan.

“Sayonara(Selamat tinggal)” Elina melangkah lemah keluar dari bilik muzik dengan pants. Setibanya dia di luar pintu, langkahnya lemah. Perlahan-lahan sahaja langkahnya. Pelbagai perkara difikirnya sekarang. Dia buntu. Dia tidak tahu apa yang perlu dibuat. Bibir Elina diketap perlahan sebelum melangkah memasuki kelas. Memang sudah tabiatnya. Setiap kali pulang dari bilik, muzik, dia akan kembali semula ke kelas untuk mengambil beberapa buku yang ditinggalkan.

“Elina!” Elina merasakan namanya dipanggil Wu dengan kuat. Serentak itu ada sesuatu dari atas menjunam tepat ke arahnya. Badannya seolah-olah kaku, tidak tahu apa yang perlu dilakukannya. Tiba-tiba ada tangan yang menolak benda yang menuju pantas ke arahnya dan sesaat selepas itu badannya terasa dingin sekali. Matanya terus tertutup dan badannya terkulai ke lantai...
p/s: Akhirnya, habis jugak exam. Lega rasanya. Terima kasih sebab sabar menunggu ya. ^_^

9 comments:

Anonymous said...

apa pulak yg jadi? kesian Elina. asyik kena buli je..

••♥shidaradzali♥•• said...

yea...
akhrnye ade jugek n3 bru...
:)
mcm mne exm ok?

azzakiah said...

siannye elina...
ramai tol yg dengki ngan die.. tension tol!

cepat2 sambung taw...
x sabar nak tunggu sambungan..

Dewi said...

laa.. apa pula yg terjadi kat si Elina tu..
adui kesian btllah bdk tu..
mesti Lee yg tolong dia tu..

ceritaku MEMORIKU said...

warghhhh.
suke2
best2.
time elina men piano dgn lee.
ahakzzz.comey2
pe jd kat elina?
smbung2
dg abis exam?same dgn nadz.he3
smbung2
-na'dz

keSENGALan teserlah.. said...

waaaa..
ape jd??
spe slmtkan ellina??
lee ker??
spe la yg wat ellina cmtuh..
kejam betol..
huhu...
smbung2..

SaKuRa said...

akhirnyer..update gak..penat tgu..

lieza said...

cepat sambung eh? mcm pendek skit je entri kali ni... x cukup lah... hhehehe

Anonymous said...

apsal lee marah ek masa main piano tu?? cian elina...asyik kene buli je ngan org misteri tu..sape la yg dengki kat elina ek....
hehehe..nampaknya lee makin suka kat elina ek...
cepatlah n3 baru dah tak sabar nie....