Air mata yang mengalir sekian kalinya dikesat dengan jarinya yang runcing. Kata-kata mama seolah-olah sembilu yang menikam hatinya. Dia betul-betul terkejut.
“Adam bukan abang kamu,” Elina merasakan dirinya dipanah petir. Betulkah? Dia tidak silap dengarkah?
“A..ap.. ni.. mama?” suaranya tergagap. Tangannya yang terketar-ketar digenggam erat. Dia tidak percaya.
“Maaf tapi memang Adam bukan abang kamu. Dia anak kawan baik mama dan papa, Uncle Am dan Auntie Hana. Auntie Hana tinggalkan keluarganya untuk berkahwin dengan Uncle Am. Auntie Hana dibuang keluarga. Dia terpaksa hidup susah tapi mereka bahagia sehinggalah…Adam berusia lima tahun. Auntie Hana dan Uncle Amir kamu meninggal dalam kemalangan jalan raya."
"Sejak itu, mama dan papa menjaga Adam sebagai anak kami sendiri. Kami tak tahu di mana keluarga Auntie Hana. Waktu itu Lina baru berumur empat tahun. Mungkin sebab itulah Lina tak ingat tapi Adam..dia ingat. Adam tak pernah lupa walaupun dia tak pernah beritahu. Mama faham. Adam sendiri lihat mama dan papanya meninggal,” sebak suara Puan Mariana ketika bercerita. Elina menahan tangis. Adam bukan abangnya. Adam bukan abangnya. Adam bukan abangnya! Kata-kata itu berulang-ulang di telinganya. Badan Elina terasa lemah. Dia terlalu sayangkan abangnya. Tiba-tiba Puan Mariana menghilang kebelakang. Dia kembali semula seminit kemudian dengan membawa surat khabar bersamanya.
“Tengok ini,” surat khabar iu diserahkan kepadanya. Elina menyambut dengan tenaga yang lemah. Surat khabar itu dipandang dengan rasa keliru. Ada apa ini?
“Ini, atuk Adam. Dia kembali semula ke sini tiga bulan lepas. Dia mencari Adam, cucunya. Dia nakkan Adam kembali tapi mama tak benarkan. Sekarang, Adam sendiri yang memutuskan untuk pergi kepadanya,” lirih suara mama ketika menuturkan itu. Elina terkejut. Segera dia meneliti gambar itu, seorang lelaki kelihatan berusia awal 50-an tetapi umurnya sebenar dalam lingkungan 60-an. Mungkin kerana dia mengenakan sut yang mahal dan berjenama. Elina mencari tulisan yang memberitahu siapa sebenarnya lelaki ini. Matanya terhenti pada satu sudut. Lee Hong Min, pengarah urusan dan pemilik syarikat…ah, apa-apa jelah! Yang penting, syarikat itu memang besar dan berpengaruh. Elina terlopong!
“Auntie Hana memang anak orang kaya tapi dia tinggalkan semuanya untuk berkahwin dengan Uncle Am. Papanya mahu kahwinkan dia dengan anak rakan kongsinya tetapi dia larikan diri. Sekarang, atuk Adam sudah tua. Dia sudah memaafkan Auntie Hana dan dia mahukan Adam, cucu tunggalnya!” sambung mama lagi. Elina menarik nafas. Nampaknya, Adam bukan orang biasa lagi. Dia pewaris syarikat gergasi ini.
“Lina tak peduli atuk dia siapa. Lina nakkan abang Lina balik. Mama, Lina nak abang balik. Mama cakaplah dengan abang, Lina mintak maaf. Lina takkan buat abang marah lagi,” Elina sudah memangis tersedu-sedu. Mamanya turut mengalirkan air mata. Betapa dia sayangkan Adam, walaupun Adam hanyalah anak angkatnya.
**************************************
Langkah Elina diatur mendekati pintu bilik Adam. Dia berhenti melangkah sebaik sahaja sampai di hadapan pintu. Perlahan, tangannya memulas tombol. Pintu dikuak dan dia menyusup masuk ke dalam. Serta-merta matanya dijamu dengan persekitaran bilik abangnya itu. Dia melangkah lebih jauh lagi. Bilik abangnya kemas dan bersih. Serta-merta dia mengukir senyum.
“Abang tetap abang,” ujarnya perlahan. Tidak kira apa yang berlaku, abangnya tetap seorang pembersih. Elina berjalan lagi dan melabukan punggungnya di katil bujang Adam. Di situ matanya tertatap pada kaca mata Adam. Serta-merta senyumannya mati. Tangannya pantas mencapai objek di atas katil itu dan digenggamnya erat. Air matanya kembali bertakung di bibir mata. Kenapa Adam tidak membawa kaca matanya bersama?
***************************************
“Elina, awak dengar tak?!” nyaring suara itu menusup masuk di perdengaran Elina. Serta-merta dia tersentak. Wajahnya dipalingkan.
“Maaf. Apa yang awak cakap tadi?” perlahan suara Elina. Ryosuke di hadapannya mengeluh perlahan. Lama dia terdiam.
“Saya cakap awak kena ikut kitaorang lusa. Ada konsert kat sekolah menengah L,” Ryosuke mengulang kembali kata-katanya. Elina menggigit bibir.
“Er, kan saya tak payah ikut,” Elina tidak selesa. Dia sebenarnya langsung tidak ada tenaga kebelakangan ini. Sudah hampir seminggu Adam keluar dari rumah dan selama itulah dia tidak berjumpa dengan Adam. Adam juga tidak datang ke sekolah. Sudah puas dia bertanya di mana keberadaan Adam tetapi apa yang diperolehinya hanyalah hampa. Dia betul-betul rindukan abangnya. Abang, baliklah!
“Kali ini awak kena ikut. Lagipun sekolah tu taklah jauh sangat,” jawab Ryosuke. Elina mengangguk lemah. Tiada tenaga nak membantah. Sebelum ini sudah beberapa kali dia tidak mengikut X-Music. Pelbagai alasan diberikan daripada berpura sakit sehinggalah sibuk kerana peperiksaan. Dia sudah serik. Dia tidak mahu peristiwa dia didera untuk mengangkat kesemua hadiah itu berulang kembali! Tapi sekarang, dia betul-betul ketandusan idea dan tenaga untuk membantah. Biarlah…
“Kau sakit ke?” pertanyaan Daniel yang tiba-tiba muncul hanya dibiar sepi. Dia memerhati Daniel mengesat peluh didahi. Tentu dia baru habis berlatih menari.
“Kau tak nak balik lagi ke?” suara Ken pula kedengaran. Elina menilik jam tangannya. Dia kemudian berdiri dan mencapai begnya. Dia bertembung dengan Lee. Senyuman hambar dihadiahkan untuk lelaki itu. Lee tidak memberi respon. Elina mengeluh lagi.
“Sayonara,” lemah dia menuturkan itu. Dia segera keluar. Terasa begitu kekok bersama dengan X-Music selepas kejadian itu terutamanya apabila dia bersama Lee. Walaupun mereka semua beraksi seperti tiada apa-apa berlaku tetapi hatinya tetap tidak senang. Apa yang perlu dia lakukan sekarang?
***************************************
“Auntie,” langkah Elina segera terhenti apabila terpandang seorang wanita di hadapan pintu pagar sekolah. Wanita itu segera menoleh ke arahnya dan tersenyum kecil. Elina melangkah merapatinya. Sudah lama Elina tidak bersua dengan wanita ini.
“Apa auntie buat di sini?” soalan itu dilontarkan.
“Lepas ini auntie terangkan. Sekarang ini masuk dalam kereta,” langkah wanita itu laju menuju ke sebuah kereta mewah Lexus. Elina terpaku di situ. Langsung tidak bergerak.
“Kenapa ni? Masuklah. Auntie takkan culik Elina,” wanita itu cuba berseloroh. Elina tersenyum kecil. Perlahan-lahan dia memasuki kereta dan duduk di sebelah auntie. Elina cuma memerhati apabila auntie mula memandu. Akhirnya kereta dihentikan di sebuah taman. Auntie keluar dari kereta. Elina mengikut.
“Kenapa ni, auntie?” tanya Elina keliru. Auntie diam dan duduk di bangku. Elina makin keliru namun dia tetap melabuhkan punggungnya di situ.
“Lee dah makan sushi tu?” tanya auntie. Elina mengangguk tanpa suara. Wanita itu tersenyum kecil. Elina mengetap bibir. Matanya memandang tajam wajah auntie.
“Auntie ni siapa?” soalan itu keluar tanpa dapat dikawal. Auntie kelihatan terkejut dengan soalan itu.
“Nama auntie apa? Apa hubungan auntie dengan Lee? Kenapa auntie bagi sushi itu curi-curi? Dan kenapa Lee bersikap kasar dengan auntie??!” bertalu-talu soalan dilontarkan. Dia sudah tidak dapat mengawal diri lagi. Begitu banyak misteri!
“Maaf, auntie tak boleh beritahu,” auntie menggelengkan wajahnya. Elina segera bangun.
“Kenapa semua orang nak rahsiakan apa-apa dari saya? Kenapa tak terus terang sahaja? Kan senang!!” Elina meluahkan perasaannya. Dia menggigit bibir kuat. Terasa sakit tetapi tidak dipedulikan. Langkahnya laju meninggalkan wanita itu.
“Elina..,” kedengaran suara itu seperti menegur. Tangannya direntap lembut. Elina berpaling.
“Maafkan auntie tapi auntie betul-betul tak boleh beritahu apa-apa sekarang. Belum masanya lagi,” lembut suara auntie. Elina menarik nafas panjang.
“Maafkan Lina, auntie,” Elina bersuara perlahan. Terasa bersalah kerana bersikap agak kurang ajar. Sebenarnya dia melepaskan geram di atas permasalahan yang dihadapinya. Dia geram. Kerana rahsia yang disimpan, hidupnya sekarang tunggang-langgang!
“Tak apa. Auntie faham. Sekarang ni Lina boleh panggil auntie, Auntie Hyun. Okay?” Auntie Hyun tersenyum lebar. Elina mengangguk lemah.
********************
p/s: maaf la kalau x best sangat. buat cepat2. sibuk la skarang.. ^_^
Berikan Aku HidayahMu 6(End)
15 years ago
9 comments:
mesti adam tetap gak nak ikut atuk die n tinggalkan lina..
ni sume pasal sakit hati sangat la tu..
ala... sian adam n lina..
huhu...
banyak tol rahsia yg lina x taw..
hurm..
cepat2 sambung taw..
salam..
hehe first c0mment..
akhirnyer..da gak n3 bwu..
its ok kak Alya..
tp..huuhuu..
sedih la..
Adam..rindu lak kt dyer..
agk nya dye g mne erk??
huhu..ntah knape..ble bce n3 neh..jdik rndu kt adam lak..
hehe..
pape pn..tetap best!!
thumbs up!!
caiy0k!!
nk n3 yg str0snya..
hehe..
~aNis~
hehe..bukan first dh..
aNis
wah..adam dh pergi mane yer..?
janganlah tinggalkan elina..
sian kat die..
mm..byk rahsia yg lina tak tahu g..
apepun hope elina dpt jumpe adam semula..
writer, cepat2 sambung yer..
x sbr nak tahu kesudhan citer ni..
adam g kat atuk die kerw?
warghh.anak cucu org kaya.
hikhikhik.
lee dingin lgi ke?
ish2.
smbung2.he3
-na'dz
he3..kan betul adam tu yg anak angkat..atuk adam nama lee??? mesti die tu abang lee ek...tapi lee plak sape? misteri betul la kan3..sape lak aunty yg kasi lee sushi tu ek?? lee mcm benci jer kat die..cian lina sedih adam takde..
mari vote antara lina+lee =
atau antara lina+adam =
he3..
~vee~
My first comment...
dira rasa lee tu abg kpd adam.
tak tau la.... agak2 aje..
cepat2 lah masukkan n3 baru.. tak sabar nk bace nie... he3
dira vote lina+lee...
ok tak?
sy lina-lee gak! ^_^
Post a Comment