“Abang,” Elina memanggil nama abangnya sebaik sahaja dia sampai ke rumah. Tadi dia sudah mencari abangnya sejak dia turun daripada bas lagi namun abangnya itu tidak kelihatan. Sesampainya ke rumah, didapati Adam sedang menghala kepintu. Hendak keluar lagi ke abangnya itu?
“Abang nak ke mana? Tak nak berehat ke? Kita kan baru sampai rumah. Lepas ni mama pasti balik dari kerja,” Elina menghampiri Adam. Adam langsung tidak memandang dirinya.
“Shu-matsu dou deshita?( How’s your weekend?)” tanya Adam. Elina terkejut dengan pertanyaan itu tetapi dia hanya tersenyum.
“Bolehlah tapi letih jugak. Abang dalam kumpulan mana? Elina tak jumpa abang pun waktu berkhemah,” Elina menarik tangan Adam menuju ke sofa dan mereka berdua duduk di sofa itu. Terasa rindu pada abangnya itu walaupun dia tidak berjumpa dengan abangnya itu selama beberapa hari. Namun, senyuman Elina segera mati apabila melihat Adam tersenyum sinis sambil membetulkan cermin matanya.
“Mestilah tak perasan langsung. Kan buah hati duduk sebelah!” tajam kedengaran sindiran itu. Elina terpaku. Adam segera berdiri.
“Abang ada kerja. Cakap kat mama abang balik lambat.” dingin suara Adam lalu dia segera menghilang di sebalik pintu. Elina masih lagi terpaku. Kenapa dengan abangnya itu?
*********************************************
Elina mengebil-ngebilkan matanya tidak percaya. Dia kemudian menutup matanya dengan tangan lalu melepaskan tangannnya semula. Imej yang terpapar di ruang matanya masih sama. Elina mencubit pula pipinya.
“Ouch!” sakit! Jadi, ini bukannya mimpi. Tapi kenapa….dan bagaimana…. ruang dalam bilik muzik ini boleh sebegitu kemas???!!!!!!
“Ahhhhhhh!” Elina terlopong. Dia berlari ke sudut lain di dalam bilik muzik itu. sekali lagi Elina terlopong. Kemas, teratur, tiada habuk pun! Apa sudah jadi ni? Dia tersalah masuk bilik muzik ke? Elina segera keluar dari bilik muzik ini. Dia memerhatikan pintu. Hm, pintu serupa.
“Yalah, mana ada bilik muzik yang ada sofa dan meja makan. Hanya bilik muzik ni jelah!” Elina berkata-kata sendirian. Tiba-tiba Elina merasakan bahunya dipegang. Berdiri bulu roma Elina. Dia pernah mendengar cerita tentang….tentang ada satu…satu makhluk yang…
“Elinaa…” terasa lembik kaki Elina apabila namanya diseru dengan suara yang..yang sungguh…
“Elina!!” segera Elina tersentak. Hei, mana ada hantu siang-siang ni! Lagi satu, sejak bila hantu pandai buat suara macam….Ken?!
“Awak ni, memang nak bunuh saya agaknya. Awak tak tau ke, saya ni ada penyakit lemah semangat. Tiba-tiba pegang bahu saya, saya boleh…” Elina segera berhenti membebel apabila melihat kelima-lima jejaka itu sedeng tersengeh-sengeh memandangnya. Segera Elina berundur. Sah, pasti ada sesuatu ini.
“Er, saya tak sihat lah hari ni. Badan saya pun panas ni. Jadi saya mintak cutilah hari ni,” Elina membuat muka kesian. Dia kemudian cepat-cepat membuka langkah ingin beredar tetapi tangannya segera dipegang Lee. Elina mengerutkan muka apabila belakang tangan Lee diletakkan di ahinya.
“Tak demam pun,” Lee segera menarik tangan Elina masuk ke bilik muzik semula. Terpaksalah dia menambahkan kelajuan kakinya kerana kaki Lee memaaaaaaang lebih panjang daripadanya.
“Macam mana bilik ni boleh kemas, ha?!” Elina bertanya curiga. Letih keninganya kerana diangkat tinggi sangat. Lee membuat muka selamba.
“Entah,” jawab Lee. Elina memandang ahli kumpulan X-Music yang lain. Dia dapat merasakan ada sesuatu yang tidak kena. Tapi apa ya?
“Baik awak semua cakap, apa yang awak semua nak sebenarnya ni? Tak payah nak bodek-bodek saya atau selindung lagi,” akhirnya Elina berkata begitu. Mereka semua tersenyum apabila Elina berkata begitu. Semakin pelik Elina dibuatnya.
“Kami nak ringankan kerja awak sebenarnya. Awak dah tak payah susah-susah pergi tempah makanan untuk kami lagi..” Wu menghampirinya. Elina melopong tidak percaya.
“Betul ni?” Elina tersenyum lebar. Wu mengangguk.
“..sebab awak akan masak untuk kami!” serta-merta senyuman Elina hilang apabila Ryosuke menyambung kata-kata Wu. Wajahnya segera berubah kelat.
“Apa?! Tak nak!” Elina memalingkan wajahnya. Ada ke patut suruh aku masak. Aku ni dahlah tak reti nak masak!
“Kami tak kira, kau kena masak jugak!” segera Elina memandang tepat wajah Daniel. Geramnya!!!!
*****************************************
Kelima-lima jejaka yang sedang enak makan itu dipandang tajam. Selepas perbalahan yang memang sudah pastinya dimenangi oleh kelima jejaka ini, terpaksalah dia mengikhlaskan diri memasak untuk mereka. Tak pasal-pasal pulak dia kena mengikuti semua arahan mereka. Bosan!
“Tak nak makan ke?” Wu berhenti makan. Elina menggelengkan kepalanya.
“Awak semua makan jelah,” jawab Elina. Daniel segera mengangkat wajah.
“Tentu kau ada letak sesuatu dalam makanan ini. Sebab itulah kau tak nak makan,” Daniel selamba sahaja apabila berkata begitu. Elina mencebikkan wajahnya.
“Oh, ya. Saya terlupa sesuatu lah. Tunggu sebentar ya,” Elina bangun dari kerusinya dan menuju ke kebinet dapur. Tidak disangka sewakru dia mahu memasak tadi, segala bahan-bahan dan barang keperluan untuk memasak sedah tersedia. Malah, banyak pulak tu!
“Kau terlupa apa?” tanya Daniel. Matanya mengikuti setiap langkah Elina. Terdengar bunyi bising dari dapur. Mereka berlima berpandangan sesama sendiri. Apa yang dibuat Elina?
“Minuman. Takkan tak ada minuman kot. Tercekik awak semua nanti,” Elina menjerit dari dapur. Daniel tersenyum.
“Kau ni memang baik la. Air apa yang kau buat?” tanya Daniel lagi. Elina menghampiri mereka berlima dengan dulang berisi lima gelas.
“Jus lobak!” segera wajah Daniel berubah. Dia memandang Elina tidak percaya.
“Minum sampai habis tau. Kalau tak, lain kali buat sendiri!” Elina meberi amaran. Dia meletakkan gelas-gelas di atas meja. Dia tersenyum apabila menyerahkan gelas berisi jus lobak itu kepada Daniel. Macamlah dia tidak tahu, Daniel memang tidak sukakan carrot. Setiap kali dia memasak ketika berkhemah dahulu, pasti Daniel akan meninggalkan lebihan lobak merah itu.
“Awak semua dah habis makan, kan? Minumlah!” Elina tersenyum lebar. Mereka semua segera meneguk minuman itu kecuali Daniel. Elina tersenyum memandang Daniel yang sudah selop wajahnya. Padan muka!
“Minumlah. Kenapa? Awak tak suka lobak merah ke? Macam budak-budak!” segera Elina menyindir. Berubah wajah Daniel. Dia memandang Elina seolah-olah meminta simpati. Elina ketawa dalam hati.
“Minumlah,” Elina memandang Daniel tajam. Seolah-olah memberi amaran. Lambat-lambat Daniel mencapai gelas berisi jus carrot itu. Kawan-kawannya hanya memerhati dia dan Elina sambil tersenyum nakal. Jarang dapat melihat Daniel dikenakan. Biasanya, Elinalah yang selalu dikenakan Daniel.
Daniel memandang Elina untuk kali terakhir sebelum membawa gelas itu ke mulutnya. Takkan dia nak malukan dirinya di hadapan Elina pula. Takkan dia nak mengaku dia memang tidak sukakan lobak! Saat air itu masuk ke dalam mulutnya, warna wajahnya serta-merta berubah. Hampir menyamai warna jus itu. Elina tersenyum dalam hati.
“Sudahlah minum. Mari saya buatkan air lain untuk awak. Awak nak air apa?” Elina menarik gelas daripada tangan Daniel. Daniel dan keempat-empat jejaka di meja itu terkejut. Elina tersenyum kecil. Terasa kesian pula apabila melihat wajah Daniel. Dia bukannya kejam sangat!
“Awak nak air apa?” sekali lagi Elina bertanya dalam nada lembut. Daniel tersentak daripada terus terpaku. Namun, dia masih memandang Elina tidak percaya.
“Suka hati kaulah,” perlahan suara Daniel. Elina bangun dari kerusi.
“Milo ais jelah ye. Senang sikit,” Elina bergerak ke dapur semula. Daniel memandang megah ke arah keempat-empat rakannya.
“Mana aci. Aku pun tak suka minum jus ni,” Ken meluahkan ketidakpuasan hatinya. Serentak itu, Wu bangun dan melangkah ke dapur. Dia membawa pinggan dan gelas yang kotor bersamanya. Mata mereka semua mengekori langkah Wu.
**************************************
“Ish, susahnya!” Elina menggaru kepalanya yang tidak gatal. Macam mana nak buat ni? Susah betul add math ni!
“Ish, susahnya!” Elina menggaru kepalanya yang tidak gatal. Macam mana nak buat ni? Susah betul add math ni!
“Macam mana ni?” Elina menyembamkan mukanya ke meja. Terasa sebu otaknya membuat latihan yang diberikan cikgu semalam. Mahu pecah otaknya! Elina menarik nafas seketika. Alunan muzik segera menceroboh ke dalam gegendang telinganya menandakan X-Music masih berlatih. Selagi mereka tidak selesai berlatih, dia tidak boleh balik. Itu peraturan baru. Semakin geram dia dibuat X-Music.
“Kenapa ni, Elina,” segera dia mengangkat wajah. Ken!
“Tak ada apalah. Saya tengah buat kerja rumah,” jawab Elina. Ken datang menghampirinya dan meneliti buku latihan Elina.
“Kalau add math, Wu dan Daniel memang pakar. IQ pun tinggi!” ujar Ken. Elina membulatkan matanya. Betul ke?
“Daniel, Wu!” belum sempat Elina bersuara, Ken terlebih dahulu memanggil nama dua jejaka itu. Elina terpaku.
“Ada apa?” Wu dan Daniel datang menghampiri. Elina terdiam manakala Ken tersenyum kecil.
“Add Math. Aku bukan tak tahu tapi baik kau berdua yang ajar Elina,” Ken meninggalkan Elina bersama dengan Daniel dan Wu. Elina diam lagi. Dia serba salah sebenarnya. Daniel mengambil tempat di sebelah kiri Elina manakala Wu di sebelah kanan Elina.
“Yang ni ke? Kalau soalan ni, awak kena buat macam ni,” Wu membuat pengiraan di atas buku latihan itu. Elina memerhatikan sahaja.
“Hei, mana boleh macam tu. Kau kena kena ajar dia buat macam ni dulu. Barulah kira yang itu. Kalau tak macam mana dia nak faham!” Daniel menarik buku di tangan Wu dan membuat kirannnya pula. Elina terpaku dengan tindakan Daniel.
“Betullah apa yang aku buat. Bagi balik buku tu. Baik kau pergi berlatih semula. Biar aku je yang ajar Elina,” Wu menarik buku itu tetapi Daniel tidak melepaskannya.
“Apa pulak? Kau lah yang berlatih balik. Pergi nyanyi ke,” Daniel tidak mengalah. Buku itu tidak dilepaskan. Elina tersepit di antara Daniel dan Wu. Tangan Wu dan Daniel yang sedang berebut buku itu semakin menyukarkan Elina. Dia mahu berundur ke belakang tetapi kerusinya tersekat. Tiba-tiba kerusi yang tersekat itu berundur dengan mudah. Elina berpaling ke belakang. Lee!
“Apa susah sangat?! Bincanglah bersama-sama,” Lee bersuara sambil membetulkan kaca matanya. Wu dan Daniel segera berhenti. Ken dan Ryosuke yang dari tadi asyik memerhatikan mereka tersenyum kecil.
“Yalah, hari ini berlatih tamat awal. Mari kita buat add math pula!,” Ryosuke dan Ken menghampiri meja dan duduk di tempat masing-masing. Elina tersenyum kecil.
************************************
“Awak dah siapkan latihan add math semalam?” Amni bertanya dengan wajah berkerut. Elina mengangguk senang.
“Macam mana awak buat? Susahlah soalan tu,” Zila menggaru kepalanya yang tidak gatal. Elina yang sedang menguyah biskut tersenyum lagi.
“X-Music yang ajar saya. Memang betullah kata orang, mereka berlima memang bijaklah,” Elina memuji. Wajah Amni dan Zila serta-merta bercahaya. Mira disebelah Elina tersenyum kecil.
“Jadi, mereka ada tulislah pengiraan dalam buku awak?” tanya Zila dengan nafas tertahan-tahan. Teruja!
“Yalah. Setiap mereka selesaikan soalan yang berbeza. Selepas itu mereka terangkan macam mana nak untuk dapatkan jawapan,” Elina berkata jujur. Zila dan Amni berpandangan.
“Kyaaaa!” Zila dan Amni berpegangan kedua tangan lalu melompat-lompat kecil. Elina dan Mira segera menarik Zila dan Amni daripada terus terlompat-lompat.
“Kenapa dengan awak ni?” tanya Elina. Amni dan Zila tersengeh-sengeh.
“Saya nak kertas yang mereka tulis pengiraan itu,” Zila berkata dengan mata bersinar.
“Saya juga!” Amni juga tersenyum lebar. Elina dan Mira berpandangan.
“Awak tahu tak, tulisan mereka sama berharganya dengan tandatangan mereka. Malah lebih berharga sebab ramai yang dah ada tandatangan mereka tetapi bukan tulisan mereka!” teruja Amni menerangkan. Elina tersenyum geli hati. Alahai, kalau dah minat, semuanya berharga!
“Suka hati awaklah,” Elina tersenyum lebar apabila melihat rakan-rakannya senang. Amni dan Zila serta-merta berdiri.
“Jom kita pergi sekarang,” Amni menarik tangan Elina. Elina terkejut.
“Pergi mana?”
“Kelas lah. Saya nak kertas tu sekarang jugak!” Amni dan Zila tidak sabar-sabar. Elina menggeleng.
“Saya tak habis minum lagi,” Elina mengangkat kotak minuman yang masih lagi penuh. Amni dan Zila menggeleng.
“Apa yang susahnya. Bawak jelah air tu,” mereka berlari-lari anak menuju ke kelas. Elina terpaksa menurut masuk ke dalam kelas yang sunyi. Waktu rehat lah katakan.
“Mana kertas tu?” tanya Zila tidak sabar-sabar. Elina menyelongkar begnya. Saat itu, Mira datang menghampirinya. Dia sampai lambat sikit. Maklumlah, berjalan sahaja.
“Ha, dah jumpa pun!” Elina mengeluarkan buku dari begnya. Saat itu jantungnya terasa seperti berhenti berdegup. Tangannya terasa lemah. Buku itu terlepas ke lantai. Zila Amni, dan Mira memandang tidak percaya.
“Elina..buku tu…” kata-kata selepas itu terasa seperti semilar angin. Elina hanya terpaku memandang bukunya yang sudah tercerai kertas-kertasnya dan bertaburan di atas lantai dengan renungan tidak percaya!
****************************
p/s: alya mungkin x bleh poskan new n3 minggu dpn sbb ada exam. jadi, jgn marah ye... ^_^
13 comments:
kenapa ngan buku tu? elina kena buli ke????!
abg dye kot rosakkn?
buku die kena koyak??
what!!!!!!!
he3.
comfom yg xpuas hati dgn die tu.
asal nie.
xsuke2
sambung2
-na'dz
buku die koyak????
rase2 abg die kot...
sbb abg die jealose.....
hahahahah
buku dye koyak??
spe wat??
abg dye or si sara tuh?
isk2...
hurmmmm..
it's ok k.Alya...
tp nnt kalu dh abes exam tros mskkn n3 bru tau!!!
hehehe..
xsbr tggu n3 str0snya..
rsenyerrr..
adam yg wt k0wt..!!
hehehe...cam suspen je..rasanya kalo bkn adam mesti sara yg buat..takkan adam suke kat adik sendiri kot??? ke die ade prob ngn x-music??? nampaknya lee makin suka kt elina jer kan kan kan.....
hehehe...
lee nmpknye mkn +ve..
nape ek ngan adam tu...
ni mst da sumone da dgr elina n da geng sembang n dorg p koyakkn buku elina tu...
hehehe..
juz guessing...
to writer chaiyok2 4 ur exm!!!!!
wish u luck..
gud luck 4 ur xzam...
gambate!!!!!!1
wish me luck to..
sma pkt bz ngan xzam kn???
but pas tu, post new n3 byk2 spy x mti kebosann wktu cti nnt..
mst sara punya keja...
just assuming...
^-^
menarik rr cite nie..
haha..rasenye cam abg dye tu bkn abg kndung dye la...
n yg koyakkan buku tu plak sara...
btul x?hihihi kite tggu epi 31 nnt...
good luck alya..
hi, I'm new here..
citer ni mule2 nampak cam mengarut betul~ ade ke org kat msia tp name jepun... yg part parents org jepun tu cam xkisah lagi kot sbb ramai je malaysian yg parents diorg not malaysian..
tp bile dah bace sampai post yg ke30 ni rase cam faham sikit.. awak mesti suka citer2 jepun/korea/taiwan cam meteor garden n hana kimi sume tu kan~
btw, gud job... citer ni best la gak even though quite x mature... hehe~ i know u r still young~ =)
keep up a gud work~
No offence intended.. =)
kenapa buku nyer...?
kesian nyer...
Post a Comment