CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »
Cerita ini hanyalah rekaan semata-mata ya. Tak ada kena mengena dengan yang masih hidup atau yang sudah meninggal dunia. Mungkin cerita ni macam tak logik skit tapi ini semua hanyalah untuk hiburan sahaja ya.. ^_^

Thursday, 30 April 2009

Bab 29

"Elina!?” satu tangan menepuk kuat bahu Elina. Dia segera mengeraskan badannya. Kepalanya dipalingkan ke sebelah. Senyuman nipis terukir di bibirnya.

“Seronok jumpa awak semua balik!” Elina segera memeluk Mira. Mira tersenyum lebar lalu duduk di sebelah Elina. Zila dan Amni pula mengambil tempat di kerusi di hadapannya. Elina kemudian berpaling ke arah X-Music yang duduk di tempat duduk paling belakang di dalam bas.

“Ini kawan-kawan saya,” Elina memperkenalkan rakannnya kepada X-Music. Amni dan Zila tersengeh-sengeh. Seronok boleh duduk berdekatan dengan pujaan hati mereka.

“Kami tahu,” ringkas jawapan Wu. Senyuman terukir di bibirnya. Elina tersentak.

“Dari mana awak semua tahu?” tanya Elina kehairanan. Wu mengangkat bahu. Elina mengeluh perlahan lalu kembali berpaling mengadap rakan-rakannya.

“Dari mana awak semua tahu saya ada di sini?” tanya Elina. Amni, Zila dan Mira kelihatan tersenyum dengan pertayaan Elina.

“Awak lupa ke? Kan awak duduk dengan idola sekolah. Dengan senang kami boleh cam mana awak duduk. Tengoklah sekeliling awak!” Amni menepuk perlahan pipi Elina. Segera Elina tersedar. Dia memandang sekeliling bas yang sudah sesak dipenuhi para pelajar. Er, mungkin terlalu sesak adalah perkataan yang paling sesuai. Keadaan dalam bas diibaratkan seperti berada di dalam tin sardin. Pelajar terpaksa berhimpit-himpit sedangkan dua bas lagi masih lenggang. Sesekali Elina perasan ada liritan dan bisikan para pelajar ke arahnya dan X-Music. Barulah Elina sedar, bas ini sesak kerana X-Music berada di dalamnya. Perlahan-lahan, senyuman dilebarkan.

“Yalah. Lupa pulak. Hm, sesak sangatlah di sini. Lagipun saya tak selesalah asyik kena jeling je. Jom tukar bas,” pelawa Elina. Amni dan Zila kelihatan kecewa.

“Tak naklah. Susah payah saya nak dapakan tempat duduk dekat mereka,” Zila menggelengkan kepalanya. Elina tersenyum kecil.

“Saya tahu itu tapi kita bukan duduk dalam bas ni setengah jam. Berjam-jam, tau. Tentulah tak selesa nanti. Saya tak sanggup,” Mira bersetuju dengan cadangan Elina. Zila dan Amni memuncungkan mulutnya.

“Yalah, yalah. Jom kita tukar bas,” Zila dan Amni masih tidak menghilangkan raut kelat itu. Elina dan Mira ketawa kecil. Elina segera bangun dan mengambil beg sandangnya dan disandang ke bahu.

“Kau nak kemana?” Hanya beberapa langkah melangkah, satu suara menghentikan langkahnya. Elina mengeluh perlahan. Dia pasti, itu suara salah seorang ahli X-Music tapi siapa eh? Bunyi hingar-bingar di dalam bas ini menyukarkannya mengecam suara siapakah itu. Lagipun keadaan yangs sesak menyukarkannya berpaling ke belakang untuk mendapat jawapannya. Hm, diantara Daniel, Ken dan Lee. Mereka bertiga itu bercakap dengannya dengan panggilan aku kau. Wu dan Ryosuke lebih pula menggunakan panggilan saya, awak. Jadi, mungkin Daniel.

“Kenapa, Daniel?” segera Elina berpaling kebelakang selepas susah payah cuba menyelitkan diri dari kesesakan. Dia menggalkan rakan-rakannya. Sangkaannya betul, memang Daniel.

“Awak nak pergi mana?” kali ini Ryosuke pula bertanya.

“Saya nak tukar bas,” jawab Elina sedikit kuat. Cuba melawan hingar-bingar di dalam bas. Dia bergerak sedikit menghampiri X-Music. Tangannya segera ditarik Daniel supaya menunduk. Daniel tersenyum kecil.

“Rilekslah. Kenapa nak tukar bas pulak?” Daniel tersenyum. Elina segera menarik kembali tangannya apabila terpandangkan jelingan yang tajam dilemparkan oleh para penghuni bas itu.

“Sesak sangatlah di sini,” Elina menggigit bibirnya. Dia mahu cepat-cepat keluar dari bas ini dan sekaligus keluar dari terus dijeling oleh peminat-peminat X-Music yang mungkin sudah mula salah sangka dengannya.

“Tak boleh. Kau pembantu kami. Jadi, kau kena duduk dekat dengan kami,” balas Ken. Elina memeluk tubuh.

“Waktu datang sini saya tak satu bas pun dengan awak. Tak ada masalah pun!” Elina menahan sabar apabila melihat mereka berlima..er, berlima kecuali Lee tersengeh-sengeh.

“Waktu itu berbeza sebab kami tak dapat cari awak. Sekarang awak dah ada di depan mata, jadi tak boleh!” suara Wu lembut tetapi kedengaran tegas. Senyuman nipis masih terlakar di bibirnya. Elina cuba memprotes.
Tap…”

“Bila kitaorang kami tak boleh, maknanya tak boleh!” Daniel memotong percakapannya. Elina menggigit bibir dan memandang tajam Daniel.

“Nanka yo?(Kau ada apa-apa nak cakap ke?)” sindir Daniel. Elina menahan diri daripada menghentakkan kakinya di hadapan orang ramai. Apatah lagi X-Music!

“Awak semua memang nak kenakan saya, kan?!” tanya Elina geram. Daniel ketawa lagi.

“Yup! Kau betul,” selamba Lee menjawab bagi pihak Daniel. Elina merenung tajam mereka berlima namun sedikit pun tidak menggerunkan mereka terutamanya Lee. Hati batu betul!

“Huh!” Elina berpaling kebelakang dan duduk kembali di tempatnya dengan wajah yang masam. Mira, Zila dan Amni ketawa melihat raut wajah Elina itu.

“Kenapa ketawa?” tanya Elina geram. Zila tersengeh.

“Kami dah agak. Pasti mereka tak bagi. Kan awak maid kesayangan mereka,” sindir Zila. Elina menampar perlahan tangan Zila. Wajahnya kini sudah betul-betul kelat. Sekali lagi, tawa mereka bertiga meletus.
****************************************

“Bosanlah!” Zila berpaling ke belakang sambil memuncungkan mulutnya. Elina yang sedang leka memandang pemandangan di luar tingkap berpaling ke arah Zila.

“Awak nak dengar lagu, tak? Saya ada MP3,” tanya Elina. Dia menyelukkan tangan ke dalam beg untuk mengambil MP3 kepunyaan Adam. Mata Zila tiba-tiba bersinar dan kemudian sinar itu sirna serta-merta. Elina kehairanan.

“Kenapa ni?” tanya Elina lagi. Amni berpaling ke belakang. Keadaan dalam bas sudah tidak sesak lagi. Itupun selepas guru masuk campur dan mengarahkan pelajar yang tidak mempunyai tempat duduk supaya beredar ke bas yang lain. Barulah mereka boleh bernafas sedikit.

“Er, kalau boleh saya nak dengar lagu live,” ujar Zila perlahan. Amni menganggukkan kepalanya tanda menyetujui kata-kata Zila. Elina mengerutkan kening.

“Live? Manalah nak cari penyanyi di sini! Er..jangan awak kata…!” kata-kata Elina berhenti di situ. Zila dan Amni mengebil-ngebilkan mata mereka dan kemudian mengalih pandang ke arah X-Music di belakang. Seolah tahu apa yang akan diucapkan Elina.

“Tak naklah. Kalau awak nak dengar diorang menyanyi, pergilah minta sendiri. Jangan libatkan saya!” Elina menggelengkan kepalanya pantas. Dia kembali memandang ke luar tingkap tetapi Zila dan Amni menarik tangannya. Elina berpaling. Dia mengeluh perlahan apabila melihat Zila dan Amni membuat muka seposen. Buruknya!

“Ala, Elina. Turutkan saja. Manalah tahu, mereka akan ikut,” usik Mira. Elina berpaling tidak percaya pada rakan yang duduk di sbelahnya itu. Tidak disangkan Mira akan menyokong budak dua orang ni. Selalunya Mira tak masuk campur. Malah, Mira selalu membelanya. Kenapa hari ini lain pulak? Zila dan Amni pula tersengeh-sengeh apabila Mira berpihak kepada m,ereka. Ini kes luar biasa ni!

“Tak nak jugak!” Elina menggeleng sekali lagi. Dia kesian dengan Amni dan Zila. Mereka berharap sangat apabila X-Music mengikuti perkhemahan ini, mereka akan dapat melihat persembahan mereka. Namun tanpa disangka, aktiviti persembahan yang wajib dilakukan setiap kumpulan dibatalkan. Jadi sasau mereka dibuatnya. Namun, Elina tidak berani meminta yang bukan-bukan daripada kumpulan itu. Takut dicop gedik dan mengada-ngada sedangkan dia hanyalah pembantu a.k.a maid mereka. Namun, Zila dan Amni kelihatan kecewa. Elina mengeluh lagi.

“Maaflah. Saya tak berani,” Elina memegang tangan kawan berduanya itu. Zila dan Amni tersenyum tawar.

“Suasana dalam bas ini terlalu bosanlah. Awak semua setuju tak dengan saya?” Elina tiba-tiba terdengar satu suara. Dia dan rakan-rakannnya mencari arah suara itu. Mata mereka melekap pada seorang gadis yang berdiri di barisan hadapan dan sedang berpaling mengadap mereka. Seisi bas sedang memandangnya setelah dia menuturkan kata-kata itu.

“Apa kata kalau kita berhibur untuk menghilangkan bosan ini?” sekali lagi gadis itu bertanya. Suara-suara teruja mula muncul. Zila dan Amni mengerutkan kening.

“Kebetulan, idola sekolah berada di dalam bas ini…” kata-katanya terhenti di situ. Dia tersenyum sambil memandang tepat ke arah X-Music. Elina mengerti apa maksud kata-katanya. Suara-suara teruja kembali rancak. Sudah mula dapat menangkap maksud gadis itu, sama seperti Elina. Zila dan Amni tersenyum lebar.

“Apa maksud kau?” Elina segera berpaling ke belakang. Lee yang sedang bersuara itu. Wajah Lee kelihatan dingin. Elina kembali berpaling kepada gadis itu. Gadis itu masih tersenyum. Langsung tidak gentar dengan wajah dingin itu.

“Idola sekolah, sanggup menghampakan harapan peminat mereka? Itu sesuatu yang kurang baik,” Elina memandang gadis itu membalas renungan dingin Lee sambil tersenyum. Entah kenapa, Elina merasakan senyuman itu tidak ikhlas. Kelihatan seperti sangat sinis. Wajah Lee juga kelihatan menakutkan. Apa yang sedang berlaku ini?

“Kami setuju,” Wu bersuara sambil tersenyum kecil. Mungkin menyedari yang panghuni bas ini sudah mula tidak selesa dengan pertengkaran dingin itu. Elina manarik nafas lega. Bersyukur Wu menjadi penyelamat kali ini. Ah, memang selalunya Wu begitu. Elina berpaling ke belakang dan melemparkan senyuman kepada Wu dan yang lain. Zila dan Amni terjerit kecil dengan persetujuan itu. Kelihatan raut teruja terpancar di wajah mereka berdua.

“Baguslah. Hm, apa kata awak berlima membuat persembahan yang berbeza kali ini?” Elina terkejut mendengar itu. Apa lagi yang gadis itu tidak puas hati? Elina mengurut-ngurut lehernya sambil memandang hairan gadis itu.

“Maksud awak?” Ryosuke mengangkat sebelah keningnya, menyebabkan senyuman Amni dan Zila bertambah lebar. Elina menggelengkan kepalanya perlahan. Macam-macam!

“Asyik-asyik nyanyi lagu Inggeris je. Nyanyilah lagu lain juga. Khabar angin kata, awak berlima reti bertutur banyak bahasa. Jadi, kalau awak semua nyanyi dalam bahasa asing, tentu tak susah, kan?” Elina menarik nafas mendengar permintaan itu. Agak….agak apa ya? Elina tidak dapat memastikannnya tapi yang dia pasti, permintaan itu kedengaran seperti satu cabaran. Kenapa dia boleh terfikir sampai begitu? Hanya mainkan persaannya saja. Keadaan dalam bas menjadi senyap sunyi. X-Music tidak membarikan jawapan untuk permintaan itu manakala para peminat mereka sedang berdebar-debar menunggu jawapannya. Bagi mereka, permintaan gadis itu sama seperti kehendak mereka. Mereka betul-betul berharap.

“Baiklah,” Elina memandang Lee dengan pandangan tidak percaya. Lee setuju?! Biar betul!

“Tapi…” ayat Lee terhenti di situ. Elina memandang Mira yang turut memandangnya di sebelah. Dia tidak sabar-sabar mengetahui apa yang akan Lee katakan. Tapi…apa?

“….Elina akan menyanyi sekali,” Daniel menyambung ayat Lee. Elina terlopong.

“Apa?!!!” Elina segera berdiri. Serentak itu, pandangan seluruh manusia di dalam bas itu beralih padanya. Elina mengetap bibir menahan malu tetapi dia memandang X-Music dengan pandangan geram.

“Awak melawak je, kan? Tak LUCU!” Elina menekan perkataan itu. Dia membulatkan matanya memandang X-Music yang selamba memandangnya tanpa riak bersalah. Daniel tersenyum kecil.

“Kami tak melawak. Kami serius. Kami akan nyanyi tapi jika Elina nyanyi dengan kami. Jika dia tak nak…,” Ken tersenyum ketika menuturkan kata-kata itu. Elina menarik nafas panjang. Cuba mengumpul kesabaran yang makin menipis. ‘Diorang ni memang nak kena! Tak cukup ke diorang kenakan aku dulu? Geramnya!!’

“Kalau saya tak nak, apa yang awak akan buat?!” balas Elina. Daniel mengangkat bahu lalu melemparkan pandangan ke arah tingkap. Begitu juga dengan Wu, Ryosuke, Lee dan Ken. Mereka berlima sekerang sudah mula kembali melakukan hal masing-masing. Seolah-olah mereka terlupa yang mereka sudah bersetuju untuk membuat persembahan tadi. Elina mencengkam geram kerusi dengan tangan halusnya.

“Elina, tolonglah setuju!” Zila dan Amni segera menangkat kedua tangannya dan membuat muka kesian. Elina kaget. Semakin ramai yang mengerumuninya dan memintanya mengikuti sahaja permintaan X-Music.

“Er, saya…” Elina serba salah. Dia mencuba melepaskan tangannya daripada terus dipegang orang ramai.

“Saya tak rasa saya boleh. Maafkan saya,” Elina menundukkan sedikit wajahnya. Dia semakin serba salah apabila melihat wajah mereka semua bertukar hampa sehampanya. Er..

“Awak patut berfikir tentang orang lain juga. Bukan diri awak sahaja. Awak boleh berjumpa dengan mereka berlima, mendengar dan melihat persembahan mereka bila-bila masa sahaja. Tapi ingat, bukan semua orang sebertuah awak. Jangan hampakan permintaan kami,” gadis itu berdiri sambil memandang Elina tepat. Elina telan liur. Ucapan itu seperti menyindirnya. Tapi, apabila difikirkan kembali, memang betul kata-kata dia. Dia tidak patut fikirkan dirinya sahaja. Namun, dia sebenarnya langsung tidak ada kena-mengena langsung dengan persembahan X-Music. Jadi, kenapa dia yang menentukan sama ada X-Music akan membuat persembahan atau tidak? Memang X-Music mahu mengenakannya!

“Yalah, yalah,” Elina menjawab lemah. Mulutnya sedaya upaya tidak dimuncungkan. Gadis-gadis yang mengerumuninya bersorak riang terutamanya Amni dan Zila. Elina mengeluh perlahan. Dia berjalan lemah ke arah X-Music yang duduk di belakang. Rasa nak diketuk-ketuk je kepala mereka berlima. Buat muka innocent tapi perangai…huh!

“Puas hati?!” Elina menggenggam penumbuk sambil memandang tajam mereka berlima. Rasa tidak puas hati menyebunginya. Kalau boleh, mahu sahaja dia melompat-lompat menyatakan rasa tidak puas hatinya terhadap X-Music!

“Yup!” Daniel tersenyum nakal. Elina menyepak kaki kerusi yang diduduki Lee. Lee yang memulakan ini semua, jadi, dia patut paling marah dengan Lee. Lee bangun dan mendekatkan mulutnya ke telinga Elina.

“Kau marah ke?” Lee berbisik di telinganya. Elina terlopong. Dia terpaku di situ. Ekor matanya menjeling para penonton di hadapan mereka yang sudah kelat-sekelatnya wajah semuanya. Berani Lee berkelakuan begitu di hadapan peminatnya. Mati dia dibunuh peminat lelaki itu nanti!

“Er…,” Elina segera berundur beberapa langkah ke belakang. Lee tersenyum kecil. Elina kembali terpaku. Comeiiii nye!

“Kau reti nyanyi lagu Please Tell me Why?” tanya Daniel. Dia bangun dari kerusi dan berdiri di sebelah Lee. Elina berfikir seketika.

“Setahu saya lagu itu ada dua versi. Chinese dan Korean. Ops, ada versi Vietnam jugak. Awak nak nyanyi yang mana?” Elina menyeka anak rambutnya yang terjuntai di dahi. Rimas! Daniel tersenyum.

“Korean version,” jawab Daniel. Elina mengerutkan kening.

“Awak reti ke?” tanya Elina. Daniel dan yang lain ketawa. Hanya Wu dan Lee tersenyum kecil. Elina mengangkat bahu. Dia menganggap reaksi itu sebagai jawapan ‘ya’.

“Kami akan nyanyi lagu Korea, seperti permintaan cik yang manis tadi,” Ryosuke tersenyum lebar. Elina hanya tersenyum hambar. Keadaan tiba-tiba menjadi senyap-sunyi. Kemudian, Elina terdengar sesuatu. Dia memandang ke belakang. Lee sedang duduk dan memetik gitar sambil memandang ke arahnya. Elina terpaku. ‘Sejak bila pulak diorang ni bawak gitar? Tak nampak pun! Tiba-tiba je ada’ Elina menggaru kepala.

“Cepatlah nyanyi,” Ken menggesa di sebelahnya. Elina mengerutkan keningnya.

“Kenapa saya pulak. Awak semualah yang nyanyi. Saya penyanyi latar je,” jawab Elina. Ken dan Daniel menggelengkan kepalanya.

“Siapa penyanyi lagu itu?” tanya Daniel. Elina cuba untuk mengingati.

“Er, tak silap saya Freestyle y dan lagu tu berpasangan,” jawab Elina. Tiba-tiba sesuatu melintas di otaknya. Takkanlah…

“Er, bukan saya, kan?” Elina bertanya serba-salah. Daniel menepuk perlahan pipi Elina.

“Mestilah kau. Takkan aku nak nyanyi part yang perempuan nyanyi,” balas Daniel. Elina membuat muka kelat.

“Tak boleh tukar lagu lain ke? Banyak lagi lagu asing,” Elina cuba mengelak. Tiba-tiba renungan tajam Lee menikam matanya. Elina gugup. Dia menelan liur.

My baby~ I love you so much forever you and I
I love you oh~I love you so much forever you and I
My baby~ I love you so much forever you and I
I love you oh~I love you so much forever you and I

Elina berhenti menyanyi di situ. Nyanyian segera disambung oleh Wu dan Daniel.

Jinagan shigandurur moduda doedollirsun obgejyo
(There's no way to turn back times that past)

hana dul sahyo ganun gogjongdo modu ne thashigeji
(And all your worries, growing one by one, are my fault)

haruga jinagago ithur amu uimiga obso
(The day passes by, another one, they have no meaning to me)

no obnun isungani negenun amu nukimdo obso
(This place, without you, doesn't give me any sense of living.)
TELL ME~

**************************************


Elina menongkat dagu. Di telinganya terhidang muzik dan suara-suara yang bercantum menjadi sebuah lagu yang sedap didengar. Dia memandang X-Music yang dikelilingi peminat mereka di belakang bas. Elina sudah awal-awal lagi melarikan diri ke bahagian tempat duduknya semula. Tidak sanggup bersesak-sesak di belakang. Lagipun, dia mahu memberikan mereka semua pelung untuk melihat persembahan X-Music yang hanya jarang-jarang boleh dilihat.

Elina mengurut perlahan lehernya. Sebenarnya dia melarikan diri ke depan bukan sebab itu sahaja. Dia juga tidak mahu X-Music terus mengenakannya. Oleh sebab itulah selepas sahaja dia menyanyikan bahagiannya, dia terus lari. Tidak disangka, dengan hanya menggunakan sebuah gitar yang dimainkan Lee, persembahan X-Music sangat menarik. Sama seperti ketika mereka menyanyi dengan hanya diiringi piano. Mereka kelihatan bersahaja ketika menyanyi. Memang tidak dapat dinafikan, X-Music memang berbakat.

“Seronok betul mereka,” Elina tersenyum kecil ketika melihat gelagat Amni dan Zila yang tersengeh-sengeh melihat persembahan mereka. Dia gembira melihat rakannya gembira. Elina kemudian membuang pandang keluar tingkap. Pemandangan indah menjamu matanya. Elina mengeluh perlahan. Dia kemudian mencapai beg sandangnya dan mengambil sebuah novel bertajuk Eclipse dari dalam begnya. Dia tersenyum senang apabila membelek-belek novel itu. Dia sangat sukakan buku bersiri yang ditulis oleh Stephanie Meyer ini. Dia sudah membaca kesemua siri cerita ini dari Twilight sehinggalah ke Breaking Dawn. Dan sekarang, dia kembali mengulang membacanya. Kenapa? Mungkin kerana dia sukakan jalan cerita dan watak-watak yang diciptakan oleh penulis berbakat ini. Mungkin dia sudah jatuh cinta dengan Edward, vampire kacak yang sangat mencintai seorang manusia, Bella.

“Buku ni best, kan?” Elina terkejut apabila tiba-tiba dia ditegur. Dia segera berpaling. Ah, gadis yang…hm, gadis yang apa ya? Yang pasti, gadis inilah yang berani berbalas kata dengan Lee tadi. Elina tidak tahu beriaksi bagaimana. Dia hanya tersenyum tawar. Gadis itu membalas dengan senyuman manis dan duduk di sebelah Elina tanpa dipelawa.

“Awak dah baca kesemua sirinya?” tanya gadis itu lagi. Elina mengangguk perlahan. Entah kenapa, dia terasa janggal dan tidak selesa berada berhampiran dengan gadis ini.

“Er, ya. Awak?” Elina sekadar berbasa-basi. Gadis itu mengangguk.

“Cerita ni best sangat tapi kelakarlah,” Gadis itu ketawa kecil. Elina kehairanan.

“Kelakar?” tanya Elina. Gadis itu mengangguk dan mengambil buku Eclipse dari tangan Elina. Dia membelek-belek bku itu.

“Kelakar apabila manusia bermimpi untuk sesuatu yang mustahil,” balas gadis itu. Elina perasan senyuman gadis itu bertukar sinis.

“Maksud awak?” Elina memandang gadis itu tepat. Mata mereka berdua bertembung.

“Yalah, vampire! Tiada vampire di dalam dunia ini dan tiada makhluk dapat hidup selama-lamanya,” jawab gadis itu. Elina mengetap bibir.

“Biarlah. Nama lagi buku fiksyen. Hanya rekaan semata-mata,” Elina menangkal. Gadis itu tersenyum.

“Ya. Fiksyen semata-mata. Oleh sebab itulah kita harus kembali semula kepada realiti. Jangan bermimpi lagi. Harus sedar siapa diri kita sebenarnya. Jangan berangan lagi,” gadis itu merenungnya sinis. Elina tersentak. Apa tujuan gadis itu berkata begini kepadanya. Kata-kata itu bukan berkaitan dengan buku itu lagi. Kata-kata itu seperti khas ditujukan kepadanya. Apa ni?

“Apa maksud awak?” Elina menahan nafas. Gadis itu berdiri dan tersenyum kecil.

“Tiada apa-apa. Hm, biar saya kenalkan diri saya. Saya Sara. Hm, seronok boleh berbual dengan awak, Elina,” gadis itu segera berjalan ke tempat duduknya semula. Elina memerhatikan Sara. Kata-kata Sara masih terngiang-ngiang lagi. Apa maksudnya?

13 comments:

Anonymous said...

siapa Sara tu? nampak cam tak baik je..

LiNa said...

mcm jahat je sara tue..sambung lg yer..

ceritaku MEMORIKU said...

siapa sara tu?
pompuan yg ari tu kan?
aduhh!!!
dh mule pergaduhan.
smbung2
-na'dz

Farhaliza aka Ija said...

siapa sara tu????nak tahu cepat2...

Anonymous said...

aku lempang si sara tu baru tau
hishhh
bodo bebenoo
hahaha

( emonye aku )

ZeRn said...

ish sebok tol sara 2..
nk cr gado k..??
argghh..x ley jd nh...
(dgn pnoh kebenggangan...)hahaha

Unknown said...

bengong la si sara 2...sape die sbnrnye..nyibok je..kne jgk pnampo sbijik dgn aku..hahahaha...elina..i think lee is falling 4 u now..skenyeeeee...=)

** smbung lg...x sabo nk tau ksh elina n lee..hahahaha

Unknown said...

bengong la si sara 2...sape die sbnrnye..nyibok je..kne jgk pnampo sbijik dgn aku..hahahaha...elina..i think lee is falling 4 u now..skenyeeeee...=)

** smbung lg...x sabo nk tau ksh elina n lee..hahahaha

Anonymous said...

salam alya..
waa..best!!!
sya yg tgh exam ni pn bleh tinggalkan buku utk bacer ur novel..
huhu..
btol la, lee mmg da tangkap cintan ngan elina (prasan eroin coz nama seakan2 sma)huhu..
sowry..
suka la lee 2..

n alya pn ska stephenie meyer nyer buku gak ker?
sama la kita..
huhu..
apaper pn, keep up ur good work..
xsbr nk tunggu n3 br

::lina::

keSENGALan teserlah.. said...

sara nieh yg mengintai tuh ek??
huhu..jaat2,,
jup2.
tp npe ek ttbe si lee nieh berbaek ngn elina??
rse cm len je..even mmg nk dorang berbaek..but suddenly..
huhu...
sara n lee nieh cm bermusuh jer..
smbung2,,

Anonymous said...

lee + elina = falling in love
lee + sara = mmg cam musuh je

misteri betulla lee nie... mmg dari awal lg die dah suke kat elina tapi jual mahal je tu...
sukenye lee bila die pun sebenarnya tau elina suka Mr. Glassess..hehehe..

Love lee + elina forever

Anonymous said...

aahh sape sara tu? rasa mcm nak lempang je

azzakiah said...

alya, lepas abis exam cepat2 sambung taw..
x sabar2 sangat nak tunggu..
best sangat bace novel ni..

teruskan menulis taw!
mr. glasses mmg sangat comel bl dipandang.. de daya tarikan yang tersendiri..