CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »
Cerita ini hanyalah rekaan semata-mata ya. Tak ada kena mengena dengan yang masih hidup atau yang sudah meninggal dunia. Mungkin cerita ni macam tak logik skit tapi ini semua hanyalah untuk hiburan sahaja ya.. ^_^

Friday, 24 April 2009

Bab 28


“Ahhh, letihnyaaaaa,” Elina mengelap dahinya yang berpeluh dengan sapu tangan. Dia tercungap-cungap perlahan.

“Cepatlah,” gesa Daniel di belakang. Elina menahan geram. Sejak dari pagi tadi lagi jejaka itu membangunkannya dari tidur untuk menyediakan bekal untuk mereka berlima. Sekarang, mereka sedang mendaki bukit tetapi dia yang terpaksa membawa semua bekal yang berat itu. Tak adil betul! Akibatnya, merekalah kumpulan yang paling akhir. Entah-entah, sudah ada kumpulan yang sudah sampai di puncak.

“Berat lah bekal ni,” balas Elina pula. Daniel berhenti seketika.

“Ala, bukannya berat mana pun. Takkan tu pun tak larat,” sindir Daniel. Elina mengetap bibir. Dia menurunkan bekal yang dibawanya di atas tanah.

“Yalah, takkan tu pun tak larat. Awak semua ni kan lelaki. Takkan nak suruh perempuan angkat. Saya tak kira. Awak semua angkat bekal masing-masing. Saya angkat bekal saya je,” Elina menjelirkan sedikit lidahnya pada mereka berlima di belakangnya. Dia kemudian cepat-cepat berlalu.

“Elina!” Elina tersenyum apabila namanya dilaungkan. Padan muka! Tak gentleman langsung! Macam manalah ada orang boleh berkenan pada mereka? Orang itu memang bodoh. Hm, tapi…

“Elina!” Elina tersentak apabila pinggangnya dirangkul kemas oleh seseorang. Badannya terdorong ke belakang akibat rangkulan itu. Untuk seketika Elina terpaku. Perlahan-lahan, dia mendongak untuk mengetahui siapakah yang sedang merangkul pinggangnya sekarang. Nafas Elina terhenti. Lee!

“Jangan berangan,” tegas suara itu. Elina menahan nafas. Dia memandang ke hadapan semula. Ada lubang besar di situ. Jika Lee tidak menariknya, pasti dia akan cedera teruk. Perlahan-lahan, dia menarik tangan Lee daripada terus melekap di pinggangnya. Debaran di jantungnya terasa menggila. Darah menyerbu ke mukanya.

“Shibui(Cool),” ucap Ryosuke sambil tersengeh. Yang lain hanya diam. Elina semakin tidak keruan. Dia terasa seperti ingin terjun je ke dalam lubang itu.

“Domo arigato gozaimasu(terima kasih),” ucap Elina perlahan. Keadaan menjadi senyap sunyi.

“Macam inilah. Biar saya dan Lee yang jalan di depan. Elina di belakang kami. Ken, Daniel dan Ryosuke pula dibelakang Elina. Barulah tak bahaya sikit untuk Elina,” cadang Wu. Elina hanya mengangguk. Wu dan Lee segera melepasinya. Elina mengikut langkah mereka dengan hati yang berdebar.
******************************************


“Yay, dah sampai,” jerit Elina riang. Dia tersenyum lebar sambil memerhatikan air terjun di hadapannnya. Jarinya di selamkan ke dalam air yang jernih.

“Sejuk,” Elina tersenyum lebar. Dia memandang kawasan air terjun yang sudah dipenuhi pelajar. Memang benar, merekalah kumpulan yang paling akhir sampai. Tiba-tiba Wu datang merapatinya. Kawanan gadis di hadapan mereka yang sedeng duduk di batu-batu besar kelihatan teruja dengan kehadiran Wu. Dia berkira-kira juga untuk mencari Amni, Zila, Mira dan Adam dalam kolompok pelajar di sini tapi akhirnya dia berubah fikiran. Mana mungkin dia boleh mencari mereka dalam tempat yang sudah sesak ini.

“Ramai peminat awak di sini,” usik Elina beserta senyuman. Wu hanya tersenyum kecil. Dia duduk di batu yang berhampiran Elina.

“Bagaimana hubungan awak dengan Lee?” tanya Wu tiba-tiba. Elina tersentak. Soalan apa itu?????

“Er, kenapa awak tanya macam tu?” tanya Elina kembali. Wu memandang Elina lama.

“Saja,” jawab Wu ringkas. Belum sempat Elina menjawab, Lee dan yang lain menghampir mereka berdua. Elina tersenyum perlahan. Mungkin lega kerana dia tidak perlu menjawab soalan itu. Kenapa? Dia sendiri sebenarnya keliru apa hubungannya dengan Lee. Adakah kawan? Atau masih orang luar?

“Awak semua nak makan? Ramai yang sudah makan tengah hari,” tanya Elina perlahan. Wu memandangnya lama. Mungkin tidak senang dengan lagaknya yang menukar topik.

“Boleh juga. Tapi nak makan di mana? Tempat macam dah penuh je,” jawab Ken. Elina memandang kawasan air terjun yang memang sudah penuh benar.

“Cubalah mintak dengan peminat awak. Sumpah diorang bagi tempat pada awak,” usik Elina sambil tersenyum lebar. Daniel mencebikkan bibirnya.

“Yalah. Jom kita cari tempat,” Elina bangun dari duduk. Begitu juga dengan Wu. Mereka mencari-cari kawasan lapang jauh daripada para pelajar yang lain. Elina perasan, setiap kali X-Music melalui tempat para pelajar makan, pasti keadaan menjadi sedikit riuh rendah. Mereka semua teruja dengan kehadiran X-Music di sini.

“Ha, dah jumpa pun. Awak semua makanlah di sini,” Elina menghamparkan tikar di atas tanah yang diliputi daun-daun kering. Dia membuka satu-persatu bekal yang disediakan tadi dan diletakkan di atas tikar. Elina kemudian memandang pemandangan air terjun di situ. Cantik dan tiada siapa di situ kecuali dia dan X-Music. Bunyi deruan air dan nyanyian burung jelas kedengaran. Elina tersenyum riang.

“Elina! Awak nak ke mana?” tanya Wu apabila Elina mula melangkah meninggalkan mereka bersama bekal di tangan. Elina tersenyum kecil.

“Saya nak makan di tempat lain. Lepas ni saya datang balik ya,” jawab Elina. Belum sempat Wu berkata apa-apa, dia sudah melangkah jauh dari mereka semua. Elina memandang sekeliling. Dia mencari tempat yang sesuai untuk dia duduk. Akhirnya dia menjumpai satu kawasan yang cantik. Jauh lebih cantik daripada tempat yang X-Music duduki. Airnya jauh lebih jernih dan sejuk. Kelihatan jelas air menderu-deru mengalir turun dari atas bukit. Elina melompat riang dan melangkah ke sebuah batu besar. Dia duduk di atas batu itu dan membiarkan kakinya menyentuh air sejuk yang mengalir.

“Tenangnya,” komen Elina perlahan. Dia memasukkan tangannya ke dalam poket dan mencapai MP3 bewarna biru. Earphone dilekapkan ke telinga. MP3 ini kepunyaan Adam. Adam yang memberinya pinjam selepas dia mengadu yang perjalannya di atas bas pasti bosan. Dia terlupa tentang MP3 ini semalam. Baru tadi dia teringat setelah menyelongkar begnya. Jika dia teringat, tak perlulah dia takut untuk tidur semalam. Ketakutannya akan hilang apabila mendengar lagu-lagu kegemarannya. Tangan Elina menekan butang play. Dia sudah memasukkan beberapa buah lagu pilihannya sendiri. Jika diharapkan citarasa Adam, terpaksalah dia menadah telinga mendengar lagu R&B dan rock. Tak naklah!

“One love,” Elina segera mengenali lagu daripada Loveholic itu sebaik sahaja mendengar melodinya. Lagu ini memang salah satu lagu kegemarannya. Elina menutup mata. Tanpa sedar, dia menyanyi mengikut retak lagu itu.

Mahl geh gae een juh noh peun hah neul geu pu reum boh dah
(The clouds pinned up clearly on the high sky)
Bahl geh bee choon noon boo sheen haet sahl
(Or the warmth of the eye blinding sunshine)
Geu ddah seu hahm boh dah duh gah seum buhk chahn dahn hah nah
(The only thing that makes my heart full besides these)
Geu guhn sarang ee geht jyo
(Is probably love)

Hwahl jjahk pi uh oh reun juh kkoh cheh geu hyang gee boh dah
(The scent of the flowers that are blooming)
Cchohk hah geh juhk shee neun bohm bee
(Or the sweetness of the wetness of the spring rain)
Geu dahl kohm hahm boh dah duh gahm mee roh oon dahn hah nah
(The only sweetness greater than these)
Ee seh sang hah nah ppoon een ONE LOVE
(Is the one and only love in this world)

I love you so
Love is the beautiful one
I love you so
Love is the beautiful one
All we need is love, real love

“Lagu ni bagus,” satu suara mengejutkan Elina. Dia segera membuka mata dan memandang ke arah suara itu. Lee lagi! Eliana menundukkan wajahnya. Malu kerana Lee mendengar nyanyiannya. Lebih terkejut apabila Lee duduk di sebelahnya di atas batu itu. Kalau boleh mahu sahaja dia meneggelamkan dirinya di dalam air yang mengalir itu! Waaaa!

“Kau nak dengar bersama?” tanya Lee sambil memandang MP3nya. Elina mengetap bibir sebelum menanggalkan sebelah earphone dan diberikannya pada Lee. Mereka duduk agak rapat kerana earphone itu menyambungkan mereka. Elina menahan debar di hati.

“Kau sambunglah nyanyi,” ujar Lee perlahan. Elina menahan nafas lalu tersenyum kecil memandang Lee. Dia kemudian kembali memandang pemandangan air terjun itu.

Choh rohk mool geel nuhm chee neun deul pahn geu suhl leh eem boh dah
(The fluttering excitement of the green fields overflowing)
Hahn kkuht soo noh ah jeen moo jee gae
(Or the play of colors of the embroidered rainbow)
Geu chahn rahn hahm boh dah duh ah reum dah oon dahn hah nah
(The only thing more beautiful than these)
Ee seh sang hah nah ppoon een ONE LOVE
(Is the one and only love in this world)

I love you so
Love is the beautiful one
I love you soLove is the beautiful one
All we need is love, real love


*************************************


Tanpa Elina dan Lee sedari, ada mata yang memerhati kemesraan yang mulai bercambah itu. Pokok yang terdekat ditendang kuat. Tangannya dikepal geram. Tiba-tiba bahunya ditepuk perlahan.

“Kenapa ni?” Adam menjeling tajam rakannya itu. Tidak suka diganggu waktu-waktu sebegini. Moodnya betul-betul teruk.

“Janganlah jeling aku macam tu. Eh, siapa tu? Elina, kan? Budak form four tu, kan? Kenapa dia dengan Lee X-Music? Ah, lupa pulak! Diakan pembantu mereka tapi mesra semacam je. Diorang tu ada apa-apa ke?” tanya jejaka itu tidak henti-henti. Adam diam.

“Kalau ada pun apa salahnya. Lee tu kan muka boleh tahan, bijak dan kaya pulak. Melepaslah aku nak pikat Elina. Kau jugak! Aku tengok dulu kau rapat dengan Elina tapi sekarang tak lagi. Yelah, manalah kita boleh menang dengan Lee tu. Elina pun takkan nak lepas je peluang keemasan di depan mata. Dah sempurna Lee tu. Kau setuju tak dengan aku?” tanya jejaka itu lagi. Adam mendengus kasar. Tangannya mengepal penumbuk. Dia menendang kembali perdu pokok besar itu lalu meninggalkan kawannya termanggu-manggu sendirian.

“Kenapa dengan dia ni?” rungut jejaka itu sambil menggaru kepala yang tidak gatal.
*************************************

Bukan Adam sahaja merasai bahang dari kemesraan itu. Rupanya ada yang memerhatikan mereka dengan pandangan tajam yang sukar dimerngetikan.

“Apa rancangan kau sekarang?” seorang gadis berpeluk tubuh sambil menyandarkan badannya ke pokok yang besar. Dia memandang seorang lagi gadis dihadapannya dengan ekor mata. Rakannya tersenyum kecil.

“Kau hendak biarkan sahaja? Dah lama kita biarkan,” sambung gadis itu lagi apabila rakannya tidak menjawab. Rakannya itu masih lagi tersenyum kecil.

“Segalanya akan bermula dari sekarang,” rakannya berkata perlahan dalam nada keras. Gadis itu tersentak.

“Apa yang kau nak buat?” tanya gadis itu lagi. Dia menegakkan badannya. Tidak sabar untuk mendengar jawapan kepada soalannya namun gadis itu hanya terus tersenyum dan tersenyum…

******************
p/s: Alya betul2 mintak maaf sbb lambt poskan new n3 ni. Mujur tulisan yg alya dah save dulu x hilang. Kalau hilang....... Maaf kalau n3 ni x best ya. Alya kurang idea skit waktu tulis yg ni. Oh ya, kalau nak dengar lagu one love atau apa2 lagu yg liriknya alya masukkan dalam cite ni, ada dlm playlist kat ats ya. ^_^

11 comments:

Anonymous said...

x la. best je n3 ni. sweetnya elina ngan lee! ske2!

keSENGALan teserlah.. said...

waaaaa....
ellina ngn lee bru nk bek2..
da ader orng xpuas aty..
tp yg lebey musykil,,
npe abg elina pon xske..
huhu...
smbung cp2t taw..

Anonymous said...

so sweet...good job alya! hope lee&elina last in happy ending...okey...keep it up!congratze!

Zety Zainal said...

huhu.adam tu mcm overlah jeles die.mcm bkn jeles yg protective seorang abg kpd adik

mcm lebih pade jeles seorang lelaki yg xdpt perempuan idaman.hee

tp papepun best je n3 ni..cpt2 pos yg baru ye~

Anonymous said...

entry ni bes!
hope cik penulis smbg cepat2!
tak sabar rasenye :)

lee and elina : wowwww!
hahahaha

tp hope kalo dorang dah baik2, jgn la gedik2 cm couple2 len
bergesel tak tentu pasal
biar la cool2 je :D

Anonymous said...

hehehh
aku musykil laa sal si adam tu..
apsal ek..die marah2 gitu..
bile si elina rpat ngan xmusic..
biarlaa

sbgai abg..jgn over jeles ngat..
ni cm jeles kt makwe pojaan ati jep..
hak3

well alya good job..
luv it..
cpt smbung
eheee x sabar nk bca lar

bedaksojuk said...

cte ni beshh....
nak2 lee n elina tuh...
lee maintain cool..
bgus2...hehe
uplod cpat2 eyh...

Yume Hime said...

bestnye..cepat smbung ye..

••♥shidaradzali♥•• said...

["“Kau nak dengar bersama?” tanya Lee sambil memandang MP3nya. Elina mengetap bibir sebelum menanggalkan sebelah earphone dan diberikannya pada Lee. Mereka duduk agak rapat kerana earphone itu menyambungkan mereka. Elina menahan debar di hati."]

sorry writer mcm ade sket kemusykilan la kat part tu...
sape tnye sapa?
bkn ke sepatutnya mp3 tu elina pnye?

Anonymous said...

Lee nak dengar lah tu. sebab tu dia ajak Elina bagi dia dengar satu earphone tu. sy agak je. hehehe

••♥shidaradzali♥•• said...

hehehe...
:)