CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »
Cerita ini hanyalah rekaan semata-mata ya. Tak ada kena mengena dengan yang masih hidup atau yang sudah meninggal dunia. Mungkin cerita ni macam tak logik skit tapi ini semua hanyalah untuk hiburan sahaja ya.. ^_^

Sunday, 29 March 2009

Bab 27


“Banyak nyamuk la kat sini,” rungut Daniel sambil memukul nyamuk di lengannya dengan tangan kanannya. Selepas itu dia menggaru lehernya. Kelihatan gelisah sahaja lagaknya. Elina tersenyum kecil.

“Memanglah banyak nyamuk kalau berkhemah dalam hutan. Siapa suruh awak datang kalau tak nak kena nyamuk?” sindir Elina. Daniel mencebikkan mulutnya. Sekali lagi Elina tersenyum kecil. Dia memandang sekelilingnya. Dia dan X-Music sedang mengelilingi unggun api yang dibuat Wu dan Lee tadi selepas makan malam. Terasa hangat sedikit berdekatan dengan unggun api dalam kedinginan malam ini.

“Esok kita ada aktiviti apa?” tanya Ken. Elina berfikir seketika.

“Tidak silap saya, esok kita daki bukit. La, takkan awak tak tahu,” ujar Elina sambil memandang tepat wajah Wu yang disinari cahaya unggun api. Kelihatan wajah itu makin menarik.

“Saya tak tahu. Kami ambil keputusan nak ikut perkhemahan ini di saat-saat akhir,” jawab Wu sambil membetulkan cermin matanya. Elina memandang ke arah lain.

“Hm, kalaulah saya tahu awak semua ikut, saya..”

“..takkan ikut, kan? Kami tahulah. Sebab tu kami tak beritahu awak,” sambung Ken sambil tersengeh. Elina mengetap bibir geram. Tak habis-habis dia dikenakan mereka berlima ni.

“Ish, nyamuk ni memang menyusahkan!” rungutan Daniel semakin kerap. Elina mengeluh perlahan sambil memandang Daniel yang jelas memang tak selesa dengan keadaan itu. Elina tiba-tiba bangun dan meninggalkan mereka berlima ke khemah tanpa sepatah kata. Menjadikan suasana senyap sunyi kerana berlima itu langsung tidak dapat menjangka tindakan Elina seterusnya.

“Nah, sapu ni,” Elina muncul kembali sambil menghulurkan sebuah botol di tangannya. Daniel mengerutkan kening.

“Apa ni?” tanya Daniel. Elina tersenyum kecil.

“Minyak. Amni kata, kalau sapu minyak ni ke kulit, nyamuk tak gigit,” jawab Elina. Daniel tersenyum kecil. Dia mengambil botol minyak dari tangan Elina. Wu dan yang lain hanya memerhatikan sahaja.

“Kenapa kau tak cakap awal-awal? Dah nak kering darah aku kena hisap dek nyamuk,” Daniel mencuba untuk membuka botol minyak itu. Dia berkira-kira untuk segera menyapu minyak itu di kulit lengannya. Dia sudah tidak tahan dengan nyamuk-nyamuk yang mengerumuninya.

“Tapi bau minyak tu busuk..” balas Elina. Serentak itu, wajah Daniel berkerut apabila bau dari botol minyak itu menusuk hidungnya. Elina tersenyum kecil.

“Busuk betul. Macam mana aku nak sapu?” rungut Daniel. Dia membetulkan cermin matanya. Elina tersenyum kecil.

“Lantak awakla. Kalau awak sanggup kena gigit dengan nyamuk, tak payah sapulah,” tempelak Elina. Geli hati apabila melihat wajah Daniel yang semakin kelat. Namun, dia tetap menyapu mintak itu di kulitnya. Elina kembali duduk di tempat asalnya. Dia memandang Lee di sebelahnya.

“Lee-senpai, awak tak nak sapu ke?” tanya Elina. Dia pelik melihat Lee tenang-tenang aja. Tiada langsung rungutan keluar dari mulutnya.

“Bak sini minyak itu,” pinta Lee. Dia menghulurkan tangannya ke arah Wu yang sedang menyapu minyak ke lengannya. Wu menghulurkan botol minyak itu.

“Memang busuk minyak ni,” komen Wu namun wajahnya langsung tiada tanda kerutan. Elina tersenyum kecil.

“Sekejap je bau busuk tu. Lepas ni awak semua biasalah,” kata Elina. Dia menguis-nguis tanah dengan ranting sambil matanya langsung tidak dialihkan daripada terus memandang Lee tanpa kelip. Sejak dia menemani Lee makan tadi, dia asyik memandang Lee secara curi-curi. Kenapa? Dia sendiri pun tidak tahu. Dia sendiri tidak faham mengapa dia berbuat begitu. Pelik, kan?

“Sunyi betul malam dalam hutan ni, kan?” Wu memecahkan kesunyian di antara mereka. Elina tersentak dan segera mengalihkan pandangannya daripada Lee. Dia memandang Wu yang sedang tepat memandangnya. Mata mereka berdua bertembung.

“Hm, biasalah. Dalam hutan, kan?” balas Elina. Dia segera mengalihkan pandangan. Dia tidak selesa bertentang mata dengan mata Wu. Dia dapat merasakan sesuatu di dalam mata itu untuknya. Ah, mungkin dia yang salah lihat. Dia kembali memandang Lee. Kali ini reaksi Lee menarik perhatiannya. Lee sedang memandang cermin matanya di atas tanah lama. Dia kemudian memandang tangannya yang digenggam sebentar. Selepas itu, Lee kembali memandang ungun api. Elina tersenyum kecil

“Lee-senpai,” sahut Elina perlahan. Sesaat kemudian, wajah Lee beralih padanya. Elina segera mengambil cermin mata Lee di atas tanah dan disarungkan di pangkal hidung Lee. Lee kelihatan terkedu dengan tindakannya. Bukan Lee sahaja, malah dia dapat merasakan keempat jejaka di situ sedang terpaku melihat apa yang sudah dilakukannya. Senyuman terukir di bibir merah Elina.

“Awak nak pakai glasses tapi tangan awak berminyak, kan? Jadi saya tolong sarungkan. Salah ke?” tanya Elina dengan lagak selamba. Lee mengalihkan wajahnya ke hadapan berkata apa-apa. Dia membetulkan kaca matanya dengan hujung jari. Elina memerhatikan Lee sebelum mengalihkan pandangan ke arah unggun api. Dia terkejut apabila melihat Daniel dan Wu masih terpaku.

“Kenapa dengan awak berdua ni?” tanya Elina. Serentak itu wajah mereka berdua kelihatan tersentak. Daniel menundukkan wajahnya manakala Wu berdehem perlahan.

“Ehem! Sugoku nemutai(Saya mengantuklah). Dah lewat ni. Masukklah ke dalam khemah masing-masing,” kata Wu. Selepas itu dia mengangkat punggung dan menuju ke khemah. Sebelum Elina sempat berkata apa-apa, kelima-lima jejaka itu sudah bergerak ke khemah masing-masing. Elina mengeluh perlahan.

“Saya takutlah…”


************************************


Elina mengalihkan badannya be kanan. Selepas itu dia mengalihkan semula badannya ke kiri. Akhirnya Elina bangun dan duduk. Dia memandang sekeliling khemah itu. Besar tapi hanya ada dia seorang di dalamnya. Suasana gelap menyelubunginya. Hanya ada samar-masar cahaya unggun api di sebalik kanvas khemah itu. Tiba-tiba bunyi sesuatu mengejutkannya. Elina segera membaringkan badannya dan menyelibungkan badannya dengan selimut. Tangannya menekup telinga namun bunyi itu semakin kuat kedengaran.

“Mama, abang. Lina takut,” kata Elina perlahan. Inilah sebabnya dia beria-ria menolak untuk sekumpulan dengan X-Music. Tentu dia terpaksa tidur sendirian di dalam khemah. Dia tidak mahu, dia takut tidur sendirian di dalam hutan ini. Dia takut dengan kegelapan ini.

“Ahh,” Elina segera bangun dan mencapai sweaternya. Sweater itu disarung ke badannya. Dia membuka zip khemah dan keluar bersama lampu suluh dari khemahnya. Dia menuju ke unggun api yang masih marak. Langkahnya kaku apabila melihat Lee disitu. Dia menahan nafas seketika. Dia sudah berkira-kira untuk kembali ke hemahanya tapi dia takut tidur seoarang diri. Dia betul-betul takut. Belum sempat dia membuat keputusan, Lee sudah menyedari kehadirannya di situ. Matanya memandang tepat Elina yang jelas sedang serba salah. Selepas itu, dia kembali mengalihkan pandangannya ke arah unggun api. Elina berjalan ke arah unggun api dan duduk tidak jauh dari Lee.

“Kenapa tak tidur lagi?” Elina memecahkan kesunyian di antara mereka berdua.

“Kau, kenapa tak tidur?” tanya Lee kembali. Elina yang sedang ralit memerhatikan wajah Lee tersentak.

“Hm, saya…” ..takut. Elina menyambung dalam hati sahaja. Dia malu untuk mengakui. Memalukan sahaja. Lee meraut perlahan rambutnya, membuatkan dia kelihatan lebih menarik. Elina menahan nafas. Dia tidak tahu apa yang sedang berlaku padanya sekarang. Dia seperti sudah tidak dapat mampu mengawal dirinya sendiri. Tidak mampu mengalihkan matanya daripada terus melabuhkan pandangannya di wajah menarik Lee.

“Kau tak sejuk ke?” tanya Lee tiba-tiba. Sekali lagi Elina tersentak. Tiba-tiba dia menyedari kedinginan yang mencengkam tubuhnya. Elina mengetap bibir dan menarik sweater lebih rapat ke badannya. Nafasnya yang hangat dihembus ke kedua belah tangannya. Matanya mendongak ke langit. Tiba-tiba dia tersenyum.

“Cuba tengok tu. Cantik, kan?” Elina menuding ke langit. Lee mendongakkan kepalanya seperti yang ditunjukkan Elina. Segera matanya terlayar beribu-ribu dan mungkin berjuta-juta bintang di langit kelam membentuk pelbagai pelbagai corak. Lebih mencantikkan pemandangan itu, bulan kelihatan paling menyerlah di kalangan bintang.

“Di bandar kita takkan boleh lihat semua ni,” ujar Elina lagi. Lee masih diam tetapi matanya masih tidak dialihkan daripada merenung langit yang cantik. Elina mengambil kesempatan itu dengan mengamati lagak tenang Lee sambil meningkat dagu. Selepas itu matanya tiba-tiba menjadi layu. Dia menahan mengantuk kerana dia takut untuk tidur sendirian.

“Pergilah tidur,” kata-kata dari Lee itu mengejutkan Elina yang sedang menutup mulutnya menahan kuapan. Dia membuka matanya seluas mungkin dan memandang Lee.

“Tapi…” Elina tidak tahu bagaimana dia hendak beritahu Lee yang dia takut tidur dalam gelap begitu. Nanti dia diketawakan pula.

“Tak apa. Aku akan lama di sini. Pergilah tidur,” ujar Lee. Ada nada lembut di dalam suara itu. Elina terpaku seketika. Lee seakan-akan tahu tentang ketakutannya. Elina bangun dan mengebas-ngebaskan seluarnya yang sedikit kotor akibat duduk di atas tanah.

“Oyasuminasai(Selamat malam),” ucap Elina perlahan lalu masuk ke dalam khemahnya. Dia sengaja tidak menutup sepenuhnya zip khemah itu. Dia berbaring dan menyelimuti badannya. Matanya terlekat pada bayangan samar-samar Lee yang masih kekal di hadapan unggun api. Ketakutan di dalam dirinya terasa menghilang. Bibirnya mengukir senyuman. Perlahan-lahan, dia menutup matanya…


15 comments:

Anonymous said...

waa! sweetnya elina ngan lee. walaupun lee msh dingin tp dia dah mula ambit berat pd elina! nak lg!

ceritaku MEMORIKU said...

warghhhhhhhhh.
sukenye.
lee dh gune nada lembut.
lee xde pasaan ke kat elina?
elina nye prasaan dh mule berputik.
suke2
smbung2
-na'dz

ZeRn said...

alahai...
x puas la bce...
pjg kn lg bley..??
plzzz...

Anonymous said...

Great !!!
cepat la smbung lagi.
x sabar2 dh ni..huhuhu

Mimi Nurisya said...

sweet...
lee dh jd a better guy...huhu
dh jadi baik skit....
cepat2 sambung ye...

bidadari cinta said...

warghhh..bestnyer bile lee ambik berat pasal elina..nmpknye lee x la sedingin mane pun..mst nnt lee jtuh cinta ngan elina kan..??hihi..pandainye sy teka..huhu..

Anonymous said...

besh!!
nk lagi.. ^_^

-che na-

asmi said...

comelnye...
a'ahla... ble lee nak tunjukkan minat pd elina.
n... nape lee b'sikap dingin.
nak tahu sngt!

hul said...

i think biar la bluerose pnjg kan
ckit citer nie..
buat konon2 lee x ske tp sbnrnye ske giler..
sj je buat gempak..

KaNaFee said...

suke..sweet sgt lee ngan elina..even dingin sikap si lee tu but still concern bout elina..sweet sgt:)

HPS said...

cita ni mmg sweet n bes...
senyum n ketwa sorg2 bla bca...
klu lyn tngh mlm...
bes siot...
mula baca dr awai cm skima skit ayat dia(sorry, iklas nya komen)
tp lma2 cm ada improvement...
mkin ok la ayt dia...
pepun...
mmg bes habis...
^-^
www.AyaAkira1011.blogspot.com

Anonymous said...

alaaa..
bila nk upload cte baru???
xsbo neh..
coz cte neh wt sye trtunggu-tggu..
xbley thn sbr lew...
hihi.. best sgt..
two thumbs up!!!!
kak Lya.. plezz upload cpt..
hehe

Anonymous said...

lameeeeeeeeeenyeeeeeeee... lambat lg ke? episod baru......... cepat2la postkan citer k.
waiting 4 da next chapter of this novel......

Iba said...

cepatlah sambung. a good story.

Anonymous said...

ble nk upload ag...x sbr r nk tau...~~huhu~~