CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »
Cerita ini hanyalah rekaan semata-mata ya. Tak ada kena mengena dengan yang masih hidup atau yang sudah meninggal dunia. Mungkin cerita ni macam tak logik skit tapi ini semua hanyalah untuk hiburan sahaja ya.. ^_^

Friday, 20 March 2009

Bab 26


Saat matanya terlayar kelibat lima jejaka idaman sekolah itu, Elina tersenyum kecil. Dia segera menyembunyikan senyumannya. Dia merapati mereka semua selepas masing-masing sudah mengambil tempat di atas tikar itu.

“Makanlah sementara masih panas lagi,” ujar Elina. Dia segera menyuapkan nasi gorengnya ke dalam mulut sebelum sempat mereka menjawab kata-katanya. Elina terpaku. ‘Hm, sedap jugak! Pandai jugak aku masak!’ kata hati Elina.

“Makanlah. Tadi suruh saya masak sangat,” gesa Elina lagi. Mereka berlima memandang nasi goreng itu.

“Oishisio!(Nampak sedap). Tapi, boleh makan ke?” Daniel kelihatan ragu-ragu. Elina diam seketika sambil menyuap sesudu lagi nasi goreng ke dalam mulutnya.

“Awak ada nampak saya muntah ke makan nasi goreng ni?” tempelak Elina setelah selesai mengunyah. Daniel dan yang lain tersengeh kecuali Lee. Dia masih senyap. Seingat Elina, dari tadi tiada satu patah perkataan pun yang keluar dari bibir merah lelaki itu.

“Li yo!(Yalah). Kami makanlah ni,” kata Daniel. Serentak itu tangan mereka berlima menyuapkan nasi goreng itu kedalam mulut. Serta-merta wajah mereka berubah. Elina menahan ketawa dan sedaya upanya mengekalkan wajah selamba. Satu lagi suapan nasi goreng masuk ke dalam mulutnya sambil memerhatikan jejaka berlima itu.

“Kenapa? Makanlah lagi,” desak Elina. Mereka yang perlahan mengunyah memandang tepat padanya. Elina memandang mereka dengan muka berpura tak bersalahnya. Perlahan-lahan, satu lagi suapan masuk ke mulut mereka. Kali ini, wajah mereka sudah berubah merah padam dan berkerut-kerut. Elina mengetap bibir menahan ketawa. ‘Padan muka! Hehe..’ kata hati Elina nakal.

“Pedas siot!” Daniel tiba-tiba berdiri dan mencapai botol air dan meneguk rakus air mineral itu. Ryosuke, Ken dan Wu turut melakukan perkara yang sama. Kelakar betul apabila melihat mereka terkial-kial untuk menghilangkan rasa pedas di dalam mulut.

“Apa yang kau masak ni, hah?” tanya Daniel garang. Matanya kelihatan berair kerana menahan pedas. Elina ingin ketawa tetapi ditahannya. Masih mahu mengenakan mereka.

“La, masak nasi goreng la. Nasi goreng pun tak kenal ke?” balas Elina selamba. Daniel memandangnya tajam lalu duduk kembali di tempatnya. Dia meneguk air mineral semula.

“Kami tahulah nasi goreng tapi apa yang awak taruk dalam nasi goreng tu sampai jadi pedas camtu?” tanya Ryosuke sambil mengelap matanya yang berair. Dia kemudian memasukkan gula-gula ke dalam mulutnya untuk menghilangkan rasa pedas. Elina geli hati.

“Wei, aku nak jugak. Pedas giller!” kata Daniel sambil menghulurkan tangannya. Ken juga berbuat begitu. Akhirnya Ryosuke menghulurkan gula-gula di dalam koceknya kepada Daniel, Ken dan Wu.

“Kan awak yang suruh saya masak pedas-pedas. Kenapa merungut pulak?” tanya Elina dengan lagak selamba. Dia menjadi sasaran lima pasang mata tiba-tiba.

“Ini bukan pedas yang boleh dimakan. Kau nak kenakan kami, ke?!” tanya Daniel dengan nada geram. Elina ketawa kecil.

“Taklah. Memang saya sengaja buat pedas sebab awak semua suruh. Bukannya pedas sangat pun. Tak sangka awak semua tak tahan pedas,” perli Elina lalu memasukkan sesudu nasi goreng lagi ke dalam mulutnya. Dia tersenyum dalam hati apabila melihat Daniel, Ryosuke, Wu dan Ken terlopong melihatnya memakan nasi goreng itu dengan wajah tenang.

“Sedap je,” sambung Elina lagi. Mereka semua berpandangan sesama sendiri.

“Tak nak makan ke? Kalau gitu, saya tak naklah masak untuk awak semua lagi. susah payah saya masak, awak semua tak nak makan. Lain kali masaklah sendiri,” Elina berpura-pura jauh hati. Sedangkan dia sedaya upaya menahan ketawa. Memang niatnya, dia tak mahu memasak untuk mereka lagi.

“Eh, janganlah camtu. Kami nak makan apa lepas ni?” Ryosuke mula serba-salah. Elina tersenyum sinis.

“Makan jelah apa-apa. Saya tak peduli dan saya nak balik ke kumpulan kawan saya sekarang!” Elina mula bangun. Dari tadi lagi dia berkira-kira untuk beredar. Tiba-tiba tangannya direntap Wu.

“Apa yang kami perlu buat barulah awak setuju masuk dalam kumpulan kami?” tanya Wu perlahan. Elina tersentak. Dia berfikir seketika.

“Hm, apa kata kalau salah sorang daripada awak semua habiskan masakan saya. kalau tak, saya nak balik semula,” jawab Elina. Wu dan yang lain kelihatan terpaku.

“Kenapa? Teruk sangat ke saya masak? Kalau macam tu, saya nak balik semula. Kan saya tak reti masak, buat apa saya dalam kumpulan ni. Lebih baik awak cari orang yang pandai masak kat kumpulan lain. Bukan setakat setuju, berebut-rebut nanti orang nak masuk kumpulan awak,” kata Elina dengan senyum nipis. Dia sengaja memberi syarat sebegitu kerana mereka semua takkan sanggup memenuhi permintaanya. Perlahan-lahan, senyuman lebar terukir di bibirnya. Kemenangan sudah di pihaknya.

“Hm, baik saya pergi sekarang. Jumpa awak semua di sekolah nanti, ya,” ujar Elina perlahan lalu menyandang begnya di bahu. Dia sudah mula melangkah sebelum…

“Kalau aku boleh habiskan?” tanya satu suara tiba-tiba. Serentak itu Elina berpaling pantas. Lee! Ah, hampir dia terlupa kewujudan lelaki itu tadi. Hm, itu bukan salahnya pun. Lelaki itu yang duduk sedikit terlindung. Malah, langsung tidak bersuara. Dia pula sedang teruja mempermainkan Wu dan yang lain tadi. Tidak terlintas langsung tentang Lee di benaknya tadi. Elina tersenyum.

“Awak tak akan habiskan,” kata Elina perlahan. Dia begitu yakin. Masakan Lee boleh menghabiskan nasi goreng yang begitu pedas itu. Kawan-kawannya pun tidak bertahan hanya dengan dua suap. Dia yakin, Lee juga pasti begitu. Elina memandang tepat Lee. Begitu juga dengan empat pasang mata yang lain.

“Honto desuka?(Ye ke?) Tapi sayang, aku dah habiskan,” ujar Lee lalu membalikkan pinggannya yang kosong. Elina terpaku. Beg di bahunya melorot jatuh ke tanah. Betul ke ni?

“Yada!(Tak mungkin!)?” Elina tergagap-gagap. Serentak itu ketawa bergema di antara Wu, Daniel, Ken dan Ryosuke. Elina semakin pelik. Ish, apa yang kelakar nye?

“Jadi, sekarang baik kau simpan balik beg kau tu. Kau tetap kena masuk kumpulan kami,” kata Daniel dengan sinis. Elina bangun dan mencampakkan begnya kuat sebagai tanda protes. Mereka semua hanya tersenyum-senyum melihat keakuannya. Elina menghentak sebelah kakinya dan duduk kembali di atas tikar. Wajahnya kelat.
"Kenapa tak makan? Sebab kalah, kau dah hilang selera?” sindir Daniel. Elina mengetap bibir. Dia memandang tajam Daniel sambil menyuap sesusu nasi goreng ke dalam mulutnya. Serentak itu wajahnya berubah dan sudu terjatuh dari tangannya.

“Pedas!” Elina mengibas-ngibas mulutnya. Telinganya terasa berasap, mulutnya terasa seperti berapi. Matanya berair menahan pedas di alam mulutnya.

“Air!” hampir menjerit Elina dibuatnya. Wu menghulurkan botol berisi minuman sambil tersengeh-sengeh. Elina langsung tidak ada masa untuk melayan sengihan itu. Dia segera meneguk air di dalam botol itu tetapi pedas di mulutnya langsung tidak hilang. Semakin menyengat lagi, adalah. Mata Elina kembali berair.

“Nah, ambik gula-gula ni,” Daniel meletakkan gula-gula di tangan Elina yang sudah mula terlompat-lompat. Tanpa membuang masa, Elina memasukkan gula-gula ke dalam mulutnya. Pedasnya mula berkurang. Elina terduduk sambil mengesap air mata yang mengalir di pipi.

“Pedas ke? Tadi kau kata nasi goreng ni tak pedas,” sindir Ken. Elina mengesat air mata sambil mengetap bibir. Patutlah Lee boleh habiskan nasi goreng tu. Tentu pinggannya ditukar di saat dia bangun dan mengambil beg tadi. Kurang ajar betul! Elina mengenggam penumbuk.

“Awak semua ni memang…….!” Elina menghentak kakinya beberapa kali lagi menahan geram. Namun mereka berlima hanya ketawa dan tersengeh-sengeh. Elina memuncungkan mulut. Aku nak kenakan mereka, aku pula yang kena! Tak adil!!

“Jangan marah. Kami cuma nak bagi awak rasa apa yang kami rasa,” ujar Ryosuke selepas meneguk air. Elina duduk kembali di atas tikar dengan wajah kelat. Tiba-tiba Elina teringatkan sesuatu. Dia menepuk dahinya kuat.

“Aduh! Macam mana aku boleh lupa?” Elina menyalahkan dirinya sendiri. Dia mencari-cari sesuatu di sekeliling tapak khemah. Kelihatan cemas sekali. Mereka semua yang memerhati kelihatan hairan.

“Dia dah tak betul ke?” tanya Daniel.

“Shiranai(Entah),” jawab Ryosuke. Matanya tak lepas-lepas memandang Elina yang kelihatan pelik itu. Tadi marah-marah, sekarang cemas pula. Apa kena dengan dia ni?

“Ha, jumpa pun!” teriak Elina riang. Jejaka berlima itu terkejut mendengar teriakan Elina tiba-tiba. Masing-masing menggaru kepala yang tidak gatal. Terutamanya apabila Elina menghampiri mereka dengan sebuah bungkusan di tangan.
“Dia nak balas dendam ke?” tanya Daniel sedikit gelisah. Dia memandang Wu dan rakan-rakannya yang lain.

“Yelah kot. Kanojo wa ika teiru!(Dia tengah marah!). Baik aku cabut dulu,” kata Ken lalu berdiri. Belum sempat dia melangkah, Elina sudah berdiri di hadapanya.

“Awak nak pergi mana?” tanya Elina dengan renungan tajam. Ken tersenyum kelat.

“Ala, Elina. Janganlah marah,” Ken cuba menennagkan Elina yang mencuka wajahnya. Segera muka Elina berubah semakin kelat.

“Tak marah tapi geram!” balas Elina. Ken dan Daniel tersenyum kecil. Elina berjalan menghampiri Lee dan menghulurkan bungkusan itu kepada Lee yang mengangkat wajah memandangnya.

“Ambiklah,” kata Elina lembut. Lee diam sebentar sebelum meyambut huluran itu. Elina tersenyum kecil.

“Bukalah,” ujar Elina lagi. Dia melihat Lee membuka penutup bento itu dengan hati yang riang.

“Woi, sushilah! Elina, kenapa bagi pada Lee sorang. Tak adil!” Daniel merungut tidak puas hati. Dia menghampiri Lee dan cuba untuk mengambil sushi di dalam bento itu. Elina segera menampar tangan Daniel yang mencuba untuk mengambil sushi di dalam bekas bento itu.

“Tak boleh. Ini untuk Lee. Bukan untuk awak,” Elina mengingatkan. Daniel mendengus perlahan.

“Ambiklah,” kata Lee perlahan. Elina segera membulatkan mata.

“Ha, Lee pun dah bagi. Kami nak makanlah,” Ryosuke merapati Lee sambil tersenyum. Elina menggigit bibir.

“Tak boleh! Kan saya dah cakap, ini untuk Lee. Lagipun bukan saya yang buat. Ada orang yang suruh saya berikan pada Lee,” kata Elina. Wajah Lee segera berubah. Dia bangun dan menyerahkan bento itu pada Wu. Dia berjalan perlahan-lahan ke arah hutan. Elina menggenggam penumbuk.

“Lee tak naklah. Daripada membazir, lebih baik kami makan,” Daniel mengambil bento itu daripada tangan Wu tetapi Elina segera merampas bento itu balik dengan wajah kelat. Dia mengambil bekas plastik berisi nasi goreng dengan pantas.

“Kalau lapar sangat, makan ni,” Elina menyerahkan bekas plastik itu kepada Daniel. Daniel mendengus.

“Tak naklah. Pedas sangat,” rungut Daniel. Elina mengetap bibir.

“Yang ini saya tak letak cili langsung. Makanlah atau campur dengan nasi goreng dalam pinggan tu,” kata Elina lembut. Cuba berharap Daniel akan menerimanya dan melupakan pasal sushi itu. Dia tersenyum apabila Daniel dan yang lain mengangguk.

“Makanlah ya. Saya nak jumpa Lee kejap,” pinta Elina. Wu dan yang lain hanya memandang Elina menghilang bersama bekas bento itu. Wu tahu, apa yang sedang Elina fikirkan dan akan dia buat. Perlahan-lahan, keluhan dilepaskan.

********************************************

Elina berjalan pantas dengan hati yang sebal. Bekas bento di tangan dipegang dengan geram.

“Orang bagi, ambiklah. Banyak songeh pulak dia,” bebel Elina sendirian tanpa mengurangkan kelajuan langkahnya. Dia betul-betul geram dengan sikap Lee. Apa salahnya menghormati pemberian orang. Bukannnya suruh dia makan racun pun!

“Ish, geram betul aku,” Elina menghentakkan sebelah kakinya dan di saat itu dia ternampak Lee sedang enak bersandar di bawah pokok sambil di telinganya terselip earphone yang disambung dengan sebuah ipod nano berwarna hitam. Cermin mata disarung ke matanya. Elina mengetap bibir.

“Dia ni, cam tahu-tahu je aku nak marah dia,” kata Elina perlahan. Dia perasan setiap kali dia mula hendak memarahi Lee, jejaka itu pasti menyarung glasses ke batang hidungnya. Macam tahu je dia tak sanggup marah apabila melihat glasses di wajah lelaki itu.

“Lee-senpai, awak tak patut buat macam ni, tau. Awak kena terima bento ni juga. Dia dan saya dah hadapi banyak kesukaran nak bagi bento ni pada awak tau. Ambiklah,” kata Elina lembut. Dia mahu Lee lembut hati menerima pemberian wanita itu. Dia tidak sanggup menghampakan harapan wanita itu yang mahukan Lee memakan hasil masakannya. Namun, taktiknya tidak berjaya apabila Lee hanya mendiamkan diri dan selamba sehaja beriak seolah-olah Elina tiada di situ. Elina mengetap bibir.

“Lee-senpai!” jerit Elina sedikit kuat. Kali ini juga tiada jawapan. Elina menahan marah.

“Awak ni kenapa? Orang bagi ambiklah. Tak kesian ke peminat-peminat awak? Diorang susah payah pilih dan buatkan hadiah untuk awak dengan harapan awak akan menghargai pemberian mereka tapi apa balasan awak? Awak bertentangan dengan apa yang mereka harapkan. Tak baik tau! Hadiah dan kad awak dah penuh dalam bilik tu. Dan sekarang, bento ni pun awak tak nak makan. Bukannya beracun. Kalau awak…”

“Damare-yo!(Diam!)” pintas Lee. Elina menggigit bibir apabila melihat Lee kembali beraksi seperti tadi. Geram betul!

“Saya tak nak diam. Susah payah saya punggah dan susun semua hadiah yang peminat awak bagi. Bento ni pun, susah payah saya bawak ke sini. Hargailah sikit. Kalau awak risau sangat bento ni beracun atau ada ubat pengasih dalamnya, saya boleh tolong rasakan untuk awak. Tapi lepas tu, awak kena habiskan semua!” hambur Elina geram. Dia membuka bekas bento itu dan mengambil sebiji sushi dengan tangan kanannya. Belum sempat sushi itu masuk ke dalam mulut Elina, Lee merentap tangannya. Elina terpaku.

“Gatagata itten-ja nëyo!(Berhenti membebel!). Kenapa kau nak makan pulak? Kan kau tak suka sushi,” ujar Lee. Elina terdiam seketika. Lee tahu, dia tidak suka sushi.

“Sebab awak tak nak makan sushi ni,” jawab Elina perlahan. Dia menahan degup di jantungnya. Dadanya seolah-olah ingat pecah. Apatah lagi tangan Lee masih lagi memaut tangannya. Untuk seketika, tiada sesiapa bergerak dan bersuara.

“Fuzakeruna-yo!(Jangan buat perkara bodoh!)” ujar Lee. Dia melepaskan tangan Elina dan mengambil sushi di tangan Elina. Sushi itu dimasukkan ke dalam mulutnya sekaligus. Elina terpaku. Dia segera duduk di atas tanah berhadapan dengan Lee. Memandang Lee perlahan-lahan memakan makanan di dalam bento itu.

“Saya bukan buat perkara bodoh. Saya cuma ingin rasa je,” balas Elina perlahan. Lee berhenti makan seketika.

“Buat perkara dan makan sesuatu yang kita tak suka memang perbuatan bodoh,” balas Lee. Elina terdiam seketika.

“Kenapa awak tak nak terima hadiah dari peminat awak? Tentu ada sesuatu, kan?” tanya Elina. Lee kembali memakan sushinya.

“Bukan urusan kau,” jawab Lee namun tiada kedengaran nada dingin dari suara itu. Elina tersenyum kecil. Dia terus memandang Lee dan menemani jejaka itu makan tanpa mengetahui apa sebabnya dia berbuat begitu
...

11 comments:

Anonymous said...

Nak agi...
Best..best...

bidadari cinta said...

haha..lawak!nak kenakan org,elina sndiri terkena..knp perangai lee mcm tu erk??keras hati betul la...cepat smbung!!!!!!!!!!

Anonymous said...

makin mesra nampak lee ngan elina tu. best la. sambung lg ye!

ceritaku MEMORIKU said...

bhahahaha.
memang dh leleh air mata cz gelak sakan.
bhahahaha.
nak kenakan org pastu terkena diri sendiri.
smbung2
lee ceritalah psl kisah lalu.
xsuke tggu.he3
penungguan satu penyeksaan.
smbung2
-na'dz

keSENGALan teserlah.. said...

eeii..;
suwett bangat..
smbung2..
ske2..

Anonymous said...

eeii,
dh nk blik ostel dh
x sbar nk tggu smbungan dye.
nnt lps blik nnt hope
dh bnyk lahh
smbungan dye ;D

hazlyana said...

bluer0se...
please,upd8 cpt2 cte ni
uwa...smbg la cpt!!!
da xsba ni..
cdyh ni,s0b2
nk tw pe jd next
lee y c0ol..ehek

ZeRn said...

waduh2..
sw3et bgt sih lee+elina...
cpt2 msok n3 bwu...
sonok la bce...
thbu sket ble hti tgh tluke...

Anonymous said...

mmhh..besh6
nk ag...
x sbr r nk tau...huhu

Anonymous said...

haha..
bagus..ade perkembangan..
lee da ok sket nmpk..
ble la nk tau kesah sbnr lee ni..
smbg lg ye ^_^

-che na-

Anonymous said...

best nyer..........
nape lame x update?????
rndu tau... cpt smbng yer....
chaiyok3!!!!!!!!!!!!