CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »
Cerita ini hanyalah rekaan semata-mata ya. Tak ada kena mengena dengan yang masih hidup atau yang sudah meninggal dunia. Mungkin cerita ni macam tak logik skit tapi ini semua hanyalah untuk hiburan sahaja ya.. ^_^

Wednesday, 11 February 2009

Bab 23


Langkah diatur Elina perlahan. Dia sudah terlewat sekarang. Dia takut ditinggalkan bas. Habislah kalau itu benar-benar berlaku.

“Lina!” Elina berpaling. Bibirnya menguntumkan senyuman. Adam merapatinya.

“Dah habis berlatih?” tanya Elina. Adam mengangguk. Sebelah tangannya menyandangkan beg di bahunya. Dia mengikuti langkah Elina.

“Er, maaf bang. Lina nak ke tandas sekejap. Abang tunggu Lina ya,” pinta Elina dengan wajah berkerut. Adam ketawa kecil.

“Yalah, pergilah. Abang pegang beg Lina,” Adam mengambil beg dari bahu Elina dengan senyuman. Elina tersengeh lalu menghilang. Adam berjalan duduk di bangku yang berdekatan. Beg Elina dan begnya diletak di tepi. Tiba-tiba dia merasakan sesuatu yang keras.

“Lina bawak batu ke dalam beg dia?” Adam tersengeh lalu terus membuka beg adiknya itu. Wajahnya berkerut melihat kamera video di dalam beg itu.


“Kamera video?” Adam mengambil kamera video itu dengan tangannya. Hatinya meronta-ronta ingin tahu apa yang dirakam di dalam itu. Jari-jarinya bergerak sehingga wajah Lee yang sedang tidur sedang terlayar di skrin.

“Cak,” suara Elina kedengaran saat Lee membuka mata. Adam menggigit bibir. Dia meneruskan rakaman itu.

“Maaf ganggu awak tidur,”

“Kalau tahu menganggu, kenapa tak berambus je?” dingin wajah Lee dan suaranya di skrin itu.

“Boleh tak jangan cakap begitu? Sepatutnya awak cakap begini. Tak apa. Saya pun dah nak bangun tadi. Ha, macam tulah,” kedengaran mesra suara Elina. Lee beralih pandang.

“Awak tahu, kalau awak buat macam tu, orang akan ingat awak sombong,” kedengaran lagi suara mesra itu. Adam mengetap bibir. Tangannya terasa menggigil.

“Aku tak peduli,” dingin sekali suara lelaki itu pada Elina. Adam menahan geram.

“Awak harus peduli. Awak perlukan orang lain juga. Teman, keluarga. Barulah awak tak sunyi,”

“Aku dah biasa,”

“Kau suka pada aku, ke?” saat Lee berkata begitu, Adam segera menutup kasar kamera video itu. Ikutkan hati, mahu sahaja mencampakkan alat eletronik itu ke tanah. Biar hancur sehancur hatinya sekarang. Dia mengepal peumbuk. Seketika kemudian, kamera video itu dimasukkan kembali ke dalam beg Elina. Elina tidak boleh tahu.

“Abang, maaf tunggu lambat. Tadi Lina terserempak dengan X-Music,” ujar Elina dalam ketawa. Adam mengalihkan pandangan kasar. Asyik-asyik X-Music. Sejak adiknya menjadi pembantu mereka, masa mereka bersama sudah menjadi sangat sedikit. Dan adiknya asyik-asyik bercerita tentang X-Music. Macamlah bagus sangat!

“Abang, tunggulah Lina,” Elina cuba mengejarnya yang sedang berjalan pantas menuju ke perhentian bas. Dia tidak peduli. Rasa amarah di dalam dirinya sekarang sedang memarak. Elina yang sedang mengejar pula pelik. Tadi okay, sekarang macam bad mood je. Kenapa eh?

*****************************************


“Kenapa muram je ni?” bahu Elina ditepuk perlahan. Dia memandang Mira yang menepuk bahunya tadi. Sekuntum senyuman hambar dihadiahkan kepada kawannya itu.

“Tak ada apa-apalah. Saya baik aja,” dalih Elina. Mira tersenyum kecil. Dia tahu ada yang disembunyikan Elina sekarang. Tengok muka Elina pun dia sudah tahu.

“Jangan bohong,” gesa Mira. Elina menggeleng lagi. Mira mengeluh. Jika Elina tidak mahu menceritakan masalahnya, dia tidak dapat menghalang. Elina pula hanya menundukkan kepalanya. Dia rasa pelik. Semalam, dia terjaga di tengah malam dan dia mendengar bunyi bising. Rupa-rupanya ibunya dan Adam sedang bergaduh. Punca pertengkaran mereka, Elina tidak tahu. Yang pasti, dia melihat wajah abangnya itu begitu kelat. Apa yang sedang berlaku?

“Wow, kamera video,” Amni tersenyum. Dia tangannya terdapat kamera video yang diberikan Ryosuke kepadanya beberapa hari yang lepas. Elina cuba mengambilnya tetapi tangan Amni lebih cepat.

“Please....” Amni membuat muka seposennya. Elina mengeluh perlahan lalu mengangguk. Amni dan Zila tersenyum lalu terus membuka kamera video itu. Mata mereka membulat melihat isi rakaman itu.

“Kyaaa!” jerit Zila dan Amni. Elina dan seluruh kelas terkejut melihat mereka berdua yang sedang menjerit-jerit sambil tersenyum lebar. Beberapa pelajar menghampiri Amni dan Zila dan turut menjerit.

“Wah, X-Music lah,” jerit seorang budak perempuan. Berpusu-pusu pelajar lain mengelilingi Amni dan Zila. Elina menepuk dahi. Habislah.

“Cool betul!” mereka semua semua sedang melihat rakaman Elina sewaktu mereka berlima sedang berlatih menari. Memang tidak dinafikan, tarian itu memang hebat.

“Tunggu-tunggu. Macam ada yang tak kena. Mereka semua ni….apa?!” jerit Amni. Dia segera berdiri dan menutup kamera video itu. Beberapa pelajar merungut dengan tindakan Amni itu tetapi dia tidak peduli. Dia berpaling ke arah Elina dan menariknya keluar kelas. Elina dan yang lain terpingga-pingga dengan tindakan Amni.

“Kenapa ni?” tanya Elina apabila mereka sudah berda di dalam tandas. Amni mnegelatkan wajahnya.

“Kenapa tak beritahu saya?” tanya Amni. Elina makin bingung.

“Beritahu apa?” tanya Elina. Amni membuka kembali kamera video itu. Saat itu, Mira dan Zila menghampiri.

“Mereka berlima pakai glasses!” Elina tersentak. Dia tersengeh-sengeh. La, rupanya itu.

“Apa? Mereka pakai glasses?” Zila merenung Elina tajam.

“Mereka pakai bila dalam bilik muzik tu je. Kat luar tak pakai. Sebab tu saya tak beritahu,” ujar Elina. Amni dan Zila memandangnya tajam.

“Awak minat pada siapa? Kan mereka dah taste awak. Pakai glasses!” tanya Zila. Elina segera menggeleng tetapi entah kenapa dia terbayangkan Lee sedang memakai glases. Dia menggeleng sekali lagi menghilangkan bayangan itu.

“Tipu. Siapa? Wu?” tanya Amni pula. Elina meneguk liur.

“Mereka semua manalah nak kat saya yang serba sederhana ni. Jangan risau ya,” kata Elina dalam tersenyum. Wajah Zila dan Amni berubah kelat.

“Ala, pikatlah sorang. Lebih baik awak yang jadi girlfriend diorang daripada orang lain. Kalau awak dating salah sorang dari mereka, bolehlah kami tahu perkembangan diorang selalu,” sengeh Zila. Elina tersenyum kecil. Ingatkan nak marah, rupanya aku beri dorongan supaya menggoda. Kelakar betul.

“Tak naklah,” Elina menolak. Mulut Zila memuncung.

“Awak semua dah berkemas ke nak berkhemah esok?” tanya Amira mengalih tajuk. Elina menggeleng.

“Tak lagi tapi aban…saya dah kemas,” Elina hampir terlepas cakap tentang abangnya tadi. Memang abangnya sudah berkemas. Dia yang terpaksa kemaskan. Ingatkan apabila dia berbuat begitu, abangnya akan mesra kembali dengannya tapi nampaknya rancangan itu tidak menjadi. ‘Ish, susah-susah je aku kemas beg dia!’ rungut Elina dalam hati.

“Dah kemas ke tidak?” tanya Amni. Elina mengangguk. Tiba-tiba Amni tersenyum.

“Seronoknya. X-Music pun ikut sekali. Tentu diorang buat persembahan,” ujar Zila. Elina tersentak. Senyumannya segera mati.

“Mereka ikut sekali?!” tanya Elina tidak percaya. Zila dan Amni mengangguk. “Awak kan pembantu mereka. Takkan awak tak tau,” kata Zila. Elina berpaling ke arah lain. Maid lah! Elina menepuk dahi. Habislah kalau mereka ikut!!!!!

p/s : Ada pihak yg x suka Alya gunakan dbsk/tvxq sebagai watak dlm cite ni. Jadi, harap korang boleh berikan pendapat tentang patutkah Alya terus gunakan tvxq/dbsk sebagai watak. Kalau ramai yg tak senang, Alya akan hentikan. Alya x nak cari musuh. Alya cuma mahu berkarya dan harap orang lain enjoy baca cerita yg Alya tulis...

30 comments:

Anonymous said...

tak payah la. pedulikan sahaja mereka tu.

noorhayaty85 said...

knp plak ni alya?ade mslh ke?

BlueRose said...

Hm, ada peminat dbsk/tvxq ni x senang alya gunakan artis ni sebagai watak dlm cite ni. alya cuma nak pendapat semua tentang apa yg patut alya buat.

Anonymous said...

bler alya gnew dorg sbg watak lar sy jd minat nk bc n ikut prkmbangan cter niey..
jd x yah pdulikan org lain...

xslh gnew dorg sbg wtk lm cter niey!!!
juz enjoy~~~~

Nemo^0^eriMo said...

xkesah pun... hak kita la nk jdkan sape watak kite... nieh kn blog alya... alya punye suker lah... hahaha... lgpun... bkn diorg btul2 pun kn? bile alya dh jdkan bebudak dbsk tuh sbg watak, atleast.... peminat-kipas-susah-mati diorg tuh leh la berangan... cube korg bygkan hero jd cm dlm citer nieh.... cm sronok kn??? kn??? kn??? pe2 pun alya... chaiyok2

Mimi Nurisya said...

lowh...
sebab watak dia dbsk la saya suka baca...huhu...sweet..
abaikan je mereka yang x berkenaan 2..

Anonymous said...

sy rse x yah pedulikan diorg tu alya, juz continue this nivel... ape yg diorg x puas ati sgt tu, ngade2 lak..kalo x ske ngan novel ni x yah la nk komen lebey2, sian kat penulis die...heheh..btul x?
lgpon xkan la diorg x tau, cite ni xde kene mengena ngan sape2, juz pinjam nme je...i think laa..
hehehe..
go go alya..i always sokong u..
hehehehe....

Anonymous said...

cite die dh fun..name watak tu??whose care??dh name pn cerite je..then kalo org tu anti dgn diaorg, xkn plak nk slhkan penulis cerite..hello, this just a story..bkn real life story pn..hope penulis xpyh tukar name watak..just go on je..nti kalo tukar, tkot new readers plak confuse..

Humairah said...

jgn...jgn...please jgn tukar watak.
saya sngt suka dgn watak2 ni.sy x nampak pun kesalahan dgn menjadikan mereka sbg watak utama...pada mereka yg x puas hati tu, dah tau x suka...x payah baca lah...
kami yang membaca ni akan terus menyokong alya...
chayok2...

Anonymous said...

sy xkenal group yg awk ckp tu.. tapi rasanya xkisah kot sbbnya tuan punya gmbar pun x ckp apa2.. hehe

by the way group tu famous dlm cita apa. handsome ar..

Anonymous said...

teruskan je..saya suka klu ada pic..sng nak imagine..x kisah lah die org 2 nak ckp apa..saya sntiasa menyokong..teruskan ye..

Anonymous said...

kenape lak x leh gune tvxq? diorang cute ape? jganla t'lampau fanatik sangat pade diorang sampai x leh jadikan diorang character dlm cite ni...

Anonymous said...

kenapa guna oppa kami sebagai chractr? buat orang sakit hati je. tukar jelah!!!

Anonymous said...

yang kau fanatik sangat ni, apasal?! suka hati dialah. blog dia, kan?!

Anonymous said...

hello alya..aku rasa takyah lah nak delete sgala..lg pn kenapa ceta ni smpi bab 23,baru dorg mau cakap2 cam tu kan?dan..sebab ceta alya la aku blh knal dbsk..so,aku suka.jan buang dbsk ya?satu lagi..dbsk milik semua org..

Anonymous said...

gnew jer dorg sbgai wtak...
kte juz enjoy bc...
x yah lar nk fanatik sgt...
sy pun pminat tvxq gak..
x de lar smpai mrah2 gtu...~~

truk ar org yg complain tue...
hwaiting alya!!!

Anonymous said...

haha
klaka la dorg yg marah alya tu
mcm budak2
hmm..bhs baik nye
xyah la nk delete or ubah pape
juz truskn cite alya yg besh gilos ni
bhs kasar nye..
blog ni alya yg punye
ske ati la alya nk letak sape2 pn as watak cite ni
sape yg xpuas ati leh la wat blog sndri n wat ape2 yg korg ske
jgn nk memandai ngarah org wat ape yg dorg ske kt blog dia

niway alya..
awk da wat cite n blog ni sgt bes
jgn disebabkn org len awk nk kuragkn ke'best'an blog awk
chaiyok gurl!! ^_^

-che na-

Anonymous said...

Takyah tukar...
Wtk-wtknye cool apa..!!

Anonymous said...

toksah r tuka..
troskn jew..
biaq pi r depa..

Anonymous said...

nice story..
x sbr nk taw smbngnnye...
byl lg ke episodnye..he3..
x thnla nk tnggu..
cayOOk!!!

bidadari cinta said...

hai..alya..
cite awk ni best..knp nak tukar watak pulak..?
kerana watak ini cite Alya popular..pedulikan apa org lain kata, sebab kalau naluri kita mengatakan itu yg terbaik untuk menghiburkan pembaca di sini, teruskan saje..
alya ada peminat tsendiri kan??puaskan hati pembaca okey...

Fatin Cullen. said...

betul kata geng2 yang lain...
bukan salah pn alya nak guna yg mna satu... sbb alya gunakan tvxq larrhhh, sy suka novel alya ne.... hehehehe... upload n3 seterusnya tau!!!

Anonymous said...

alahh
peduli apa nan owg yg ta shuke tu ?!
pigi mmpos lah dorg k ?
:P

sy TERHIBUR bace cite awk
suke suke suke
suke na mmpos
sy suke daniel and wuuuu :P
wakakaka

ta paya dgr la ckp2 sumbang tu
dorg jeles nan awk
dorg ta pndy pon wat cite bes cmny
hnye tao kutuk owg
:)

teros kan usaha
ganbatteeee :D

hazlyana said...

abaikn je..
isy,sy0k pe gne gr0up 2 as chrcters..
dun change ya..
kal x..da xsy0k nk bce
hihi

Anonymous said...

xyah tukar la alya...
shuke citer...
haha...sape2 yg ngaku oppa die ke hape ke bia je....perasan...
mcm la dieorg knal pon...hahaha

truskan mnulis alya...i like dis story....

ain osman said...

urm...tak pyh la tkr..da mmg best pun..senang nk bygkn..trsengih2 ak baca cte nih..hehe..
cuma nsht ak,pasni jgn la gune lg watak2 cmni..mksd ak cm plz be original la..cte ko ni jd feymes sbb watak2 dorng ni kan..kalau bkn dbsk yg jd wataknyer,mgkn tak rmai yg bace kot..sori,ayt kejam skit..
overall,novel ko ni best la..tp dah cm biasa dah..dh trlalu byk cte2 cmni...n cm trpengaruh byk ngn cte jepun n korea..hehe..trbyk plk komen..gomen~

nway..i like ur story..gambatte..!!

Unknown said...

Tak payah pedulikan. Saya ni salah seorang TVXQ punya die-hard-fan. Lagipun, ni blog Alya. Bukannya milik orang orang lain.

Anonymous said...

xyah tukar..
lgipun perangai watak dlm novel alya bukannya sama dgn perangai TVXQ yg sebenar pown...

aka said...

saya yakin 100% yg Adam tu suka kat elina!!

nur said...

cik writer,ko tulis je ape y ko nk tulis n ko gune je artis mane² y ko suke.pedulikan org lain.ni cite ko,suke ati ko je y tulis mcm mane.klu ade org xsuke,xyahla dorang bace.yg nk pegi bace tu wtpe.ko bt je pe² yg penting ko tahu ko xsalah