Elina melangkah perlahan-lahan ke arah stesen bas. Niatnya, dia mahu membeli sedikit barang untuk dibawa berkhemah. Kebetulan, mamanya memesan dia membli sedikit keperluan rumah dan bahan basar di pasar raya nanti.
“Mana bas ni?” Elina menilik jam tangan di tangan halusnya. Dia resah sendiri. Dia berharap dia dapat pergi dengan cepat. Dengan ini, sempatlah dia pulang ke rumah sebelum senja. Malam nanti, dia mahu mengemas segala keperluan untuk berkhemah esok. Mujurlah dia sudah memohon cuti daripada Wu. Ala, tak payah bagi MC kalau nak mintak cuti. Hehe. Senang je dia bagi.
“Jama shinai-dekure!(Berhenti ganggu aku!)” Elina hampir terlompat mendengar suara tengkingan itu.
“Ish, siapalah yang menjerit ni? Buat sakit telinga je aku dengar,” rungut Elina perlahan.
“Yamero-yo!(Stop it!)” sekali lagi suara itu kedengaran. Elina memanjangkan lehernya. Mencari-cari pemilik suara itu. Serentak itu, dia terlopong.
“Lee, apa dia buat di sini?” Elina tertanya-tanya. Matanya masih terlekap pada Lee di atas motor besar Yamaha RXZ dan disisi lelaki itu ada seorang wanita awal empat puluhan berdiri. Lee kelihatan berang manakala wanita itu kelihatan sedih. Apa terjadi antara mereka?
“Jebal,(Please)” wanita itu berkata perlahan sambil merenung tepat mata Lee dengan wajah sayu. Lee mendengus kasar dan segera menghidupkan motosikalnya. Tangan wanita itu yang melekap di motosikal besarnya ditepis dan dia segera berlalu meninggalkan wanita itu dengan lagak sedih. Elina terpaku dengan kejadian di hadapan matanya itu. Tidak disangka Lee bertindak sekasar itu. Wanita itu pula, siapakah dia? Peminat Lee ke? Tapi, Lee ada ke peminat di kalangan orang dewasa? Ish, bingung aku!
“Gwayn-chan-ah-yo?(Awak tak apa-apa ke?),” tanya Elina dalam bahasa Korea setelah menghampiri wanita itu. Dia bertutur dalam bahasa itu kerana tadi wanita itu bertutur dalam bahasa korea dan wajahnya juga seperti wanita korea. Lee pula menjawab dalam bahasa Jepun. Pelik, kan?
“Ya. Saya tak apa-apa,” jawab wanita itu dalam bahasa Melayu. Elina tersentak mendengarnya.
“Puan reti cakap bahasa Melayu?” tanya Elina tidak percaya. Wanita di hadapannya tersenyum kelat.
“Saya tak akan lupakannya,” ujar wanita itu. Elina mengerutkan dahi. Kenapa dia macam sedih je? Serentak itu, mata Elina terpandang bekas bento yang sudah terbuka di tanah. Sushi bertaburan di atas tanah. Elina segera meluru ke arah bento itu.
“Lee tak patut buat macam ni,” Elina berkata kesal apabila melihat sushi-sushi itu. Habis kotor semuanya. Langsung tidak boleh dimakan lagi. Sayangnya..
“Kamu kenal Lee?” tanya wanita itu menghampiri Elina. Wajahnya kelihatan sedikit bercahaya. Elina mengangguk perlahan-lahan.
“Saya pembantu kumpulan muzik dia,” entah kenapa ayat itu mudah terluncur dari mulutnya. Sebelum ini, dia tidak suka mengakui statusnya di samping X-Music. Tapi kenapa hari ini berbeza? Serta-merta, mata wanita itu bersinar mendengar Elina berkata begitu.
“Boleh tolong auntie?” tanya wanita penuh harap. Elina serba-salah.
“Er, apa? Kalau saya boleh tolong, saya tolong,” jawab Elina sopan.
“Auntie akan datang ke sekolah kamu esok. Auntie nak serahkan sesuatu dan harap kamu berikannya pada Lee. Boleh tak?” terang wanita itu. Elina semakin serba-salah.
“Er…” Elina sedang keliru. Patutkah dia menolong wanita itu? Tentu ada sebab kenapa Lee begitu memarahi wanita ini. Adakah kerana dia berbahaya? Tapi kenapa dia langsung tidak nampak begitu? Sinaran matanya begitu tulus. Seperti sinaran mata seorang…
“Baiklah,” lancar jawapan Elina. Dia tidak sampai hati mengecewakan wanita itu. Kenapa ya?
“Maaf, auntie. Bas dah sampai ni. Jumpa esok ya. Saya janji,” kata Elina dalam senyuman. Wanita itu juga tersenyum manis denganya. Elina senang melihat senyuman itu.
****************************************
Bungkusan di tangan dipandang lama. Kenapa wanita itu menyuruhnya memberi sushi itu kepada Lee? Semalam sushi. Hari ini pun sushi??
“Elina. Cepatlah. Bas dah nak bertolak ni,” gesa Amni. Elina tersentak. Segera dia memasukkan begnya ke dalam tempat yang disediakan dan duduk di sebelah Mira. Elina tersenyum manis pada gadis di sebelahnya itu. dia tidak sabar-sabar untuk sampai di tempat perkemahan itu. Selain kerana dia tidak pernah berkhemah di kawasan bukit, dia juga terlepas daripada melayan X-Music untuk tiga hari. Kenapa dia gembira sangat? Yalah, walaupun mereka mengikuti perkhemahan ini, pelajar sudah dibahagikan kepada 12 kumpulan. Setiap kumpulan akan diberikan tapak perkhemahan yang berbeza. Malah aktiviti harus dijalankan sesama ahli kumpulan. Jadi, dia terlepaslah daripada terpaksa melayan mereka. Yay!
“Apa di tangan awak tu?” tanya Mira sambil melihat bungkusannya. Elina tersenyum.
“Sesuatu untuk Lee. Saya tolong hantarkan,” jawab Elina jujur. Selepas ini dia harus mencari Lee untuk menyerahkan bungkusan ini. Lagipun, di iklim tropika begini, sushi akan mudah rosak. Dia tidak mahu menyerahkan sesuatu yang sudah tidak boleh dimakan kepada lelaki itu.
“Siapa yang bagi?” tanya Mira. Elina mengetap bibir.
“Saya pun tak kenal tapi saya tak sampai hatilah nak tolak permintaan dia,” terang Elina. Mira tersenyum mendengar permintaanya. Elina memandang keluar tingkap. Rasa terujanya bertambah.
***********************************
“Mana Lee ni? “ Elina mengurut-ngurut lehernya yang terasa lenguh akibat terlalu lama duduk di atas bas tadi. Mujulah tadi dia tidak mengalami mabuk bas yang teruk. Hanya pening-pening lalat je tapi itu pun sudah cukup meyeksakannya.
“Maaf, ada nampak Lee tak?” tanya Elina pada seorang budak perempuan yang dikenalnya sebagai Laila. Keadaan sedang sesak dengan para pelajar sedang memunggah barangan dan beg dari dua buah bas yang membawa mereka semua. Keadaan menjadi riuh rendah.
“Saya ada nampak dia tadi kat belakang bas,” jawab Laila. Elina tersenyum dan mengucapkan terima kasih pada Laila sebelum bergerak ke tempat yang dikatakan Laila. Dia bernafas lega apabila melihat kelibat Lee dan ahli X-Music yang lain.
“Maaf, saya nak cepat ni. Saya cuma nak serahkan…”
“Jumpa pun kau! Kau pergi mana tadi?” tanya Daniel memotong percakapannya.
“Saya dengan kawan-kawan saya tadi. Dengar ni, Lee…”
“Mana beg awak? Pergi ambik beg dan barang-barang awak,” kata-kata Wu seperti satu arahan. Elina pula terasa bengang kerana percakapannya dipotong. Lagipun, dia betul-betul sedang kalut ini kerana guru sedang menentukan kumpulan sekarang. Dia mahu sekumpulan dengan kawan-kawannya.
“Kenapa pulak dengan beg saya?” tanya Elina kebingungan.
“Ambik jelah,” Ken pula bersuara. Elina mengeluh perlahan lalu meredah lautan pelajar pula untuk memunggah barang-barangnya yang berat itu.
“Kenapa ni?” tanya Elina tercungap-cungat akibat keletihan. Mereka semua berpandangan.
“Tak ada apa-apa. Jom, Zul-sensei dah panggil tu. Dia nak tunjukkan tapak khemah,” kata Wu selamba. Elina terlopong.
“Awak semua suruh saya alihkan beg saya dari tempat Zul-sensei tadi dan bawa ke sini. Dan sekarang, awak suruh saya angkat beg ini semula ke sana?!” suara Elina mula meninggi. Dia sungguh sakit hati dengan perlakuan mereka. Letih dia mengangkut beg itu tadi. Walaupun tidak berat, tetapi dia terpaksa meredah para pelajar yang sedang berkerumun di situ tadi. Tentulah letih. Mujurlah semua pelajar yang mengikuti perkhemahan ini sudah menukar baju sekolah dengan tshirt dan seluar. Jikalau dia memakai baju sekolah tadi, mahu terjatuh dia dibuatnya.
“Maaf, kami ingat awak tak keluarkan lagi beg dari bas,” kata Wu. Elina memandang ke arah lain. Rasa sebalnya mula datang.
“Ikimashou!(Jom pergi!),” Daniel menolak Elina ke hadapan. Elina terkial-kial melangkah.
“Okay, mari kita betolak,” sesampainya Elina dan X-Music di sana, Cikgu Zul sudah selesai memberi ucapan. Elina tersenyum kelat.
“Kita dah terlepas. Okaylah. Saya nak pergi ke kawan saya. Kami nak pasang khemah,” ujar Elina perlahan. Dia mula melangkah tetapi tiba-tiba dia merasakan dirinya terdorong ke belakang.
“Kau nak pergi mana?” tanya Daniel. Elina berpaling ke belakang dan merentap kembali tali beg sandangnya yang ditarik Daniel tadi. Dia memandang mereka berlima dengan wajah kelat.
“Nak pergi pada kumpulan sayalah,” jawab Elina bosan. Mereka tersenyum-senyum kecuali Lee. Elina pelik.
“Kenapa senyum? Muka saya tiga segi ke?” tempelak Elina. Kali ini senyuman itu bertukar sengehan. Elina memegang dahi. Ish, pelik betul diorang ni.
“Ha, ni pun kamu semua. Nah, ini semua kelengkapan berkhemah. Jom, ikut cikgu ke tapak khemah kamu,” kata Cikgu Zul. Elina tersentak.
“Cikgu, mana tapak khemah untuk kumpulan Mira, Amni dan Zila?” tanya Elina. Cikgu Zul kelihatan membelek ketas di tangannya.
“Mereka dalam kumpulan 4. Baru je bertolak tadi,” kata Cikgu Zul. Elina tersenyum lalu memulakan langkah untuk ke sana.
“Kau nak pergi mana?” kali ini giliran Lee pula yang menarik beg sandangnya. Elina semakin bengang.
“Nak pergi kat tempat diorang lah. Takkan saya nak satu kumpulan dengan awak semua pulak,” tempelak Elina. Tiba-tiba keadaan menjadi senyap sunyi. Cikgu Zul pun tidak bersuara. Elina menelan liur. Takkanlah…
“Saya tak sekumpulan dengan awak semua, kan?” tanya Elena dalam debar. Mereka semua berpandangan seketika.
“Malangnya, kau sekumpulan dengan kami,” jawab Daniel. Elina terpaku seketika. Sekumpulan bermakna tapak perkhemahan yang sama. Jadi, hanya dia perempuan di situ. Satu kumpulan bermakna melakukan aktiviti bersama. Maknanya, tiadalah masa rehatnya tanpa X-Music.
“Tak nak!!!!”
12 comments:
apa hubungan prempuan tu ngan lee he? musyil ni!
mustahila x-gf..
mama die kowt..
cpt smbg k
thnk alya...
cOz stil cOn n3 niey...
best ar bab niey...
ermmm... sape erk pOmpuan tu????
mst mama Lee tu..maybe Lee benci sebab dia jadi mangsa penceraian kot..hehe..agak2 aje..ape smbg cpt k!!!
mama lee kot..
hehe..,
ader perkembangn hbgn lee ngn elina nie..
lee da mle nk menegor..
ske2..
smbung2..
sambung cepat eh! x sabar2 nak nak baca new n3!
hahahaha..
kene dera la elena..
cian dia...
hmm..
wanita berusia tu mak lee kah???
eee..bestnye..cpt smbung ye..
sy rasa msti pmpn 2 mak lee..
cpat2 la smbg ek..
x sabar dah nie..
sambong cpt2 :D
cpt sambungg!!!!yerk!!
hehehehehe..
hehehehe.. erm, wanna say that..
+why yunho oppa name daniel??
hehehe.. like an english man..
nyway, cute name.^^
+erm.. about the camping,
why just u the only one girl??
also u can sleep wif dbsk oppa..
hhuuhhu.. so lucky!! hahahha
nice story!! gambate.ne!~
Post a Comment