“Lina, pandang sini!”
*Flash
“Apa ni?” Elina segera menutup matanya akibat silauan cahaya tadi. Setelah membuka mata, dia melihat Ryosuke berdiri di hadapannya sambil tersengeh. Di tangannya terdapat sebuah kamera digital dan kamera video digital.
“Kenapa ambik gambar tak bagitau?” tanya Elina. Ryosuke hanya tersenyum lalu menyerahkan kamera video digital kepadanya.
“Untuk apa?” tanya Elina. Wu datang dan duduk di sisisnya.
“Kami ingat nak buat video. Untuk kenangan,” ujar Wu. Elina mengerutkan kening.
“Jadi, ini bermakna saya yang akan rakam semua itu, kan?” tanya Elina meminta kepastian. Wu dan Ryosuke mengangguk pantas. Elina pula mengeluh perlahan. Bertambah satu lagi kerja!
“Hm, baiklah. Lagipun, seronok juga rakam video ni,” ujar Elina dalam senyuman. Wu dan Ryosuke meninggalkannya dan kembali ke bilik berlatih. Elina memandang kamera video itu. Senyuman nakal mula terbit di bibirnya.
“Hehe, baik aku rakam waktu diorang berlatih,” Elina berjalan terjengket-jengket ke arah ruang berlatih. Sedaya upaya tidak mengeluarkan bunyi agar mereka semua tak menyedari kehadirannya. Jika mereka tahu dia sedang merakam pergerakan mereka, nescaya meraka hanya berpura-pura macho. Macamlah Elina tak tau!
Elina menyorok di balik dinding dan mula merakam mereka semua. Sedaya upaya tidak ketawa apabila melihat Daniel dan Ken bertengkar mulut tentang pergerakan tarian mereka. Selepas itu, wajah keduanya menjadi kelat. Hehehe, macam budak-budak!
“Kenapa kau menyorok di sini?” Elina terkejut apabila mendengar suara itu. Serentak itu kamera video terlepas dari genggaman tangannya. Alamak!
Lee segera menyambut dan menghulurkan kembali kamera video itu. Elina mengurut dada. Mujur Lee sempat menyambut kamera video itu dari jatuh dan pecah. Kalau tidak, dia terpaka menjadi pembantu mereka untuk jangka masa yang sungguhhhhh lama!
“Yang awak tiba-tiba sergah saya ni, kenapa? Terkejut tau,” marah Elina kembali. Selepas itu dia tersenyum kecil apabila Lee sudah menukar cermin matanya. Warna cermin matanya sudah bertukar dari biru gelap kepada hitam. Cute sangat bila tengok Lee pakai. Hehe. Alamak, gatal lah pulak. Lee pula mengangkat bahu lalu bergerak ke arah rakan-rakannya. Elina sudah malas menyorok. Lagipun Lee sudah tahu tempat persembunyiannya. Dia menuju ke arah mereka.
“Kau pergi tak perkemahan minggu depan?” tanya Daniel. Elina tersentak. Baru dia teringat tentang perkhemahan di bukit minggu depan. Sudah heboh di sekolah kerana sekolah jarang-jarang merancang perkhemahan ke hutan atau bukit sebelum ini. Jadi, ramai juga yang berminat. Adam juga sudah menyatakan persetujuan untuk mengikuti perkemahan itu bersama dengan ahli kelab badminton yang lain.
“Pergi. Dah daftar pun. Kenapa tanya?” tanya Elina. Daniel hanya berpandangan dengan Wu sambil mengangkat bahu. Elina berjalan-jalan ke sekeliling ruang berlatih. Saat matanya memandang violin, dia berpaling ke arah kelima-lima ahli kumpulan X-Music.
“Dah lama saya nak tanya ni. Siapa antara awak semua reti mainkan violin ni?” tanya Elina. Mereka semua kelihatan berpandangan sesama sendiri. Hanya Lee yang kelihatan tenang sambil memetik perlahan guitarnya. Elina memadang curiga.
“Kenapa diam?” tanya Elina. Mereka semua semakin resah.
“Itu violin aku,” perlahan jawapan Lee tanpa langsung mengangkat wajah. Elina mengeluh perlahan. Dia kembali berjalan-jalan. Entah mengapa, setiap kata-kata atau perbuatan Lee yang mungkin agak dingin kepadanya, langsung tidak mengecilkan hatinya kini. Mungkin kerana dia tahu Lee tidak membencinya dan kerana dia sedar, memang itulah cara Lee sebenarnya. Dia bukannya bermaksud untuk menyakiti sesiapa. Mungkin kerana dia tidak reti untuk bergaul mesra. Hm, pelik kan?
Alunan piano mengejutkan lamunan Elina. Dia memandang ke arah piano. Ryosuke sedang menekan not-not piano itu menjadi melodi yang agak merdu. Hm, macam pernah dengar. Elina segera merakam gelagat Ryosuke dengan kamera video.
The best thing about tonight's that we're not fighting
It could it be that we have been this way before?
I know you don't think that I am trying
I know you're wearing thin down to the core
Saat Ryosuke menyanyikan lirik itu, serta-merta Elina menangkap tajuk lagu itu. Fall for you. Suara Ryosuke, sungguh merdu. Elina duduk sambil memerhatikan Ryosuke. Lee, Wu, Ken dan Daniel merapati Ryosuke. Mungkin untuk menyanyikan bersama. Elina tersenyum saat kamera video merakam nyanyian Daniel pula.
But hold your breath
Because tonight will be the night
That I will fall for you over again
Don't make me change my mind
Or I won't live to see another day
I swear it's true
Because a girl like you is impossible to find
You're impossible to find
Reti juga mereka semua ni nyanyi lagu jiwang. Ingatkan reti nyanyi lagu rock yang menyakitkan telinga je. Elina ketawa kecil. Sekarang giliran Ken pula.
This is not what I intended
I always swore to you I'd never fall apart
You always thought that I was stronger
I may have failed, but I have loved you from the start
Dan giliran Wu. Elina teruskan merakam sambil bibirnya terus-terusan tersenyum.
Dan giliran Wu. Elina teruskan merakam sambil bibirnya terus-terusan tersenyum.
Ohh, but hold your breath
Because tonight will be the night
That I will fall for you over again
Don't make me change my mind
Or I won't live to see another day
I swear it's true
Because a girl like you is impossible to find
It's impossible
So breathe in so deep
Breathe me in, I'm yours to keep
And hold on to your words 'cause talk is cheap
And remember me tonight when you're asleep
Elina memandang ke arah Lee. Mereka semua juga memandang Lee. Sekarang sudah giliran Lee tetapi dia langsung tidak bersuara. Ryosuke mengulang kembali melodi piano. Lee menarik nafas.
Because tonight will be the night
That I will fall for you over again
Don't make me change my mind
Or I won't live to see another day
I swear it's true
Because a girl like you is impossible to find
Elina pula yang menahan nafas. Kali pertama dia mendengar suara Lee sejelas ini. Memang merdu. Semerdu Ryosuke dan Wu. Kenapa dia tidak menjadi penyanyi utama? Elina menundukkan wajah tetapi tetap mengekalkan tangannya agar dia dapat terus merakam. Entah mengapa, pipinya membahang. Serentak itu, suara mereka berlima bergabung.
Elina pula yang menahan nafas. Kali pertama dia mendengar suara Lee sejelas ini. Memang merdu. Semerdu Ryosuke dan Wu. Kenapa dia tidak menjadi penyanyi utama? Elina menundukkan wajah tetapi tetap mengekalkan tangannya agar dia dapat terus merakam. Entah mengapa, pipinya membahang. Serentak itu, suara mereka berlima bergabung.
Tonight will be the night
That I will fall for you over again
Don't make me change my mind
Or I won't live to see another day
I swear it's true
Because a girl like you is impossible to find
You're impossible to find
“Wah, hebat betul awak semua menyanyi. Ryosuke-senpai, pandai awak mainkan piano,” puji Elina sambil bertepuk tangan. Kamera video diletak tepi lalu dia bergerak ke arah mereka. Mereka semua senyum kecuali Lee. Ah, Elina sudah kenal benar perangai lelaki itu. Tidak pernah dia melihat Lee tersenyum. Kenapa ya?
“Wah, hebat betul awak semua menyanyi. Ryosuke-senpai, pandai awak mainkan piano,” puji Elina sambil bertepuk tangan. Kamera video diletak tepi lalu dia bergerak ke arah mereka. Mereka semua senyum kecuali Lee. Ah, Elina sudah kenal benar perangai lelaki itu. Tidak pernah dia melihat Lee tersenyum. Kenapa ya?
“Nak mainkan piano?” tawar Ryosuke. Elina menggeleng.
“Elina tak reti sangat la. Malu. Hm, macam mana mainkan guitar ni, ya?” tanya Elina lalu menyentuh perlahan guitar Wu. Wu tersenyum lalu merapatinya.
“Tak payahla kau belajar main guitar. Sakit lagi telinga aku bila teringat cara kau goreng guitar dulu,” sindir Daniel. Elina mencebikkan bibirnya sebelum ketawa kecil. Dia juga geli hati bila teringat aksi gilanya itu.
So, so what
I'm still a rock star,
I got my rock moves,
And I don't need you,
And guess what,
I'm having more fun,
And now that were done,
I'm gonna show you tonight,
Daniel dan yang lain mengajuk cara dia menyanyikan lagu itu dulu. Siap dengan gaya bermain gitar dan libasan kepala lagi. Elina malu sendiri. Dia ketawa kecil. Selepas itu dia mencari kelibat Lee. Tiada. Hm, pasti di dalam bilik itu lagi. Entah apa istimewanya bilik itu sehingga Lee pasti akan berkurung di situ. Elina meninggalkan keempat-empat jekaka yang kini sedang meniru gaya penyanyi Pink dengan begitu bersungguh-sungguh. Elina ketawa kecil. Dia mengambil kamera video dan bergerak menuju ke bilik. Idea nakal menjengah otaknya.
Daniel dan yang lain mengajuk cara dia menyanyikan lagu itu dulu. Siap dengan gaya bermain gitar dan libasan kepala lagi. Elina malu sendiri. Dia ketawa kecil. Selepas itu dia mencari kelibat Lee. Tiada. Hm, pasti di dalam bilik itu lagi. Entah apa istimewanya bilik itu sehingga Lee pasti akan berkurung di situ. Elina meninggalkan keempat-empat jekaka yang kini sedang meniru gaya penyanyi Pink dengan begitu bersungguh-sungguh. Elina ketawa kecil. Dia mengambil kamera video dan bergerak menuju ke bilik. Idea nakal menjengah otaknya.
“Aik, mana Lee ni? Tak ada pun,” Elina mengurut lehernya apabila melihat Lee tiada di dalam bilik. Dia berfkir seketika. ‘Hm, mungkin di sofa’ fikir Elina. Serentak itu kakinya bergerak ke ruang tamu mini. Ya, ada pun.
Elina berjalan ke rah Lee. ‘La, tidur rupanya. Hm, malaslah nak ganggu’ detik hati Elina. Dia memandang Lee kembali. Kali kedua dia melihat Lee tidur. Bibirnya menguntum senyuman. Cute betul Lee tidur. Macam budak kecil je. Tiba-tiba Elina terfikirkan sesuatu. Dia mencapai kamera videonya. Dia mahu merakam Lee tidur. Pasti gempak nanti. Elina ketawa kecil lalu menundukkan wajahnya merakam.
Saat matanya menangkap sedikit gerakan Lee, dia sudah bersedia. Dan apabila mata Lee terbuka…
“Cak!” Elina tersenyum kecil. Lee membetulkan badannya dan meraut rambutnya. Habis kusut rambutnya. Selepas itu dia menanggalkan kaca matanya dan mengurut pangkal hidungnya. Elina berdiri tegak kembali.
“Maaf ganggu awak tidur,” ujar Elina. Lee tidak bersuara. Elina mengeluh perlahan. Dia sekarang dalam usaha supaya Lee dapat lebih mesra dengan semua orang. Dan dia begitu berharap jejaka itu tidak akan terus-terusan dingin seperti ais.
“Kalau tahu menganggu, kenapa tak berambus je?” dingin suara itu. Elina mencebik. Dia dah mula dah!
“Boleh tak jangan cakap begitu? Sepatutnya awak cakap begini. Tak apa. Saya pun dah nak bangun tadi. Ha, macam tulah,” ujar Elina. Lee tidak menjawab tetapi memandang ke arah lain.
“Awak tahu, kalau awak buat macam tu, orang akan ingat awak sombong,” nasihat Elina lagi. Lee mendengus perlahan.
“Aku tak peduli,” jawab Lee. Elina menggeleng.
“Awak harus peduli. Awak perlukan orang lain juga. Teman, keluarga. Barulah awak tak sunyi,” Elina tersenyum. Lee mendongak.
“Aku dah biasa,” ujar Lee perlahan. Elina berpaling ke arah Lee pantas. Entah mengapa, dia dapat menangkap nada sayu saat Lee menuturkan kata-kata itu. Tapi kenapa?
“Kau suka pada aku, ke?” tiba-tiba Lee berkata begitu. Elina terlopong. Serentak itu, dia bergerak ke belakang. Betul-betul terkejut dengan kata-kata itu.
“Perasan. Awak tak tahu siapa yang saya suka,” Elina berpaling ke arah lain kerana dia tahu, Lee sedang memandangnya. Membuatkan dia tidak selesa.
“Setahu aku, kau suka lelaki pakai glasses,” kata Lee. Elina semakin terlopong. Dia menelan air liurnya dengan wajah kelat. Macam mana Lee tahu dia suka lelaki pakai glasses? Elina cuba menenangkan dirinya Selepas itu, dia memandang Lee kembali.
“Ye ke?” tanya Elina dengan lagak selamba.
“Ya. Sebab kau jarang marah aku bila aku pakai glasses,” jawab Lee lalu memakai kembali glassesnya. Elina membulatkan matanya. Lee tersenyum kecil dan bangun meninggalkan Elina. Elina pula masih kaku di situ. Kali pertama dia melihat senyum Lee. Cute betul!
6 comments:
hehe, lee senyum! senyum!
hehe..nice story..
em?mcm ne lee thu dia suka boy pakai glasses?
anyway x sbar tggu smbungan..
('_')
hahaha...bez ah bab niey...
x sbar nk tggu smbungan...
ouu2...
smbung2..
ala2 cam cte hana yori dango pon ad gak..
tp..x kesa r..
troskn tulih..
ekseted nih..
Aduhhh!!!...
maraton aku baca cite nih...
best gak....sambung lagi...
kantoi elina..
adeessss..
camne la hensemnya si lee ni..
tgok pic je x puas ati..
huhuhuhu..
Post a Comment