CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »
Cerita ini hanyalah rekaan semata-mata ya. Tak ada kena mengena dengan yang masih hidup atau yang sudah meninggal dunia. Mungkin cerita ni macam tak logik skit tapi ini semua hanyalah untuk hiburan sahaja ya.. ^_^

Friday, 30 January 2009

Bab 21


Elina tersenyum kecil sambil berjalan menuju ke gelanggang. Dia membawa juga bekas bento berisi sushi yang dibuatnya pagi tadi. Saat kakinya tiba di gelanggang, Elina tersenyum apabila melihat Adam sedang menyeka peluh di dahinya.

“Abang!” Elina sedikit menjerit. Adam segera berpaling kepadanya. Dia kemudian beralih pandang ke gelanggang. Elina mengeluh kecil.

“Kenapa Lina di sini? Kan Lina kena layan ‘mereka’ tu,” kata Adam sambil duduk. Elina tahu Adam sedang menyindirnya tetapi dia tidak kisah. Dia hanya mahu berbaik semula dengan abangnya.

“Nah. Abang makan, ya,” Elina menghulurkan bekas bento berisi sushi yang dibuat khas untuk abangnya. Adam tersentak.

“Apa ni?” tanya Adam. Elina duduk di sebelah Adam sambil tersenyum kecil.

“Sushi. Kan abang suka makan,” ujar Elina. Adam menyambut bento itu sambil mengerutkan kening.

“Kan Lina buat untuk ‘mereka’,” kata Adam ringkas sambil membuat wajah kelat. Elina tersenyum.

“Mereka tu ada nama. X-Music. Hm, memang Lina buat untuk mereka sebab Lina ada buat salah dengan mereka. Sekarang ni, Lina buat juga untuk abang sebab Lina tahu, abang suka makan,” ujar Elina. Adam membuka penutup bento itu lalu mengambil maki-zushi dan memasukannya ke dalam mulut sekaligus. Elina tersenyum kecil. Dia sudah menyusun sushi-sushi itu di dalam bento yang memang sudah ada dirumahnya. Ibunya yang memberi kepadanya pagi tadi.

“Sedap tak?” tanya Elina. Adam mengangguk sambil mengambil sebiji sushi lagi. Elina tersenyum. Masih diingat lagi betapa kelatnya muka Adam ketika ibunya memberitahu bahawa dia membuat sushi khas untuk X-Music. Sekarang, Adam sudah melayannya seperti biasa. Ah, abangnya bersikap keanak-anakkan tetapi tidak apa. Dia tidak kisah! ^_^
*******************************************

Pintu bilik muzik ditolak Elina perlahan. Dia berdebar-debar seketika apabila memikirkan reaksi Lee nanti. Diharap Lee tidak akan marah lagi. Elina meletakkan bekas bento itu di atas meja makan lalu bergerak ke ruang latihan. Kelihatan mereka berlima sedang sibuk berlatih menari. Bunyi muzik kuat kedengaran.

“Maaf, saya lambat,” ucap Elina perlahan. Latihan segera terhenti. Dia direnung tepat kecuali Lee yang memandang ke arah lain. Masih marahkah dia?

“Awak dah beli lunch? Laparlah,” ujar Ryosuke sambil mengelap peluh yang keluar dari dahinya akibat berlatih menari tadi. Elina tersenyum kecil.

“Dah. Jom makan,” ujar Elina lalu bergerak kembali ke meja makan. Langkah mereka semua mengikutinya.

“Bento?” Daniel mengerutkan kening. Elina tersenyum kecil lalu mengelurkan lima bento dari beg kertas.

“Ya. Saya yang buat sendiri. Hari ini saya tak beli,” kata Elina. Daniel dan yang lain mengambil tempat di meja makan. Elina mengangihkan bento kepada mereka semua.

“Wah, sushi! Er, boleh makan ke?” Daniel kelihatan ragu-ragu. Elina mengetuk lengan lelaki itu dengan penyepit yang dibawanya.

“Tak nak makan sudah!” Elina mengambil kembali bento di hadapan Daniel. Daniel segera menghalang.

“Aku gurau jelah,” kata Daniel sambil tersenyum kecil. Elina tersenyum.

“Bertuah kita dapat makan sushi yang Elina buat hari ini,” komen Ryosuke. Ken mengangguk.

“Oishii(Sedap),” kata Wu setelah mengunyah sepotong maki-zushi. Daniel mengangguk menyutujui kata-kata Wu.

“Terima kasih,” Elina tersenyum. Selepas itu barulah Elina perasan yang Lee tidak ada.

“Mana Lee-senpai?” tanya Elina. Wu dan yang lain berpandangan. Elina mengerti sekarang. Lee masih marah dan dia pasti sedang berkurung di dalam bilik itu lagi. Elina segera bangun.

“Saya berikan ini kepadanya,” Elina mengambil bento dengan tangannya. Mata Daniel membulat.

“Kenapa bekas bento dia lebih besar dari kami?” tanya Daniel sambil berusaha bersungguh-sungguh untuk tidak mengelatkan wajahnya. Wu memandangnya sambil tersenyum lalu membetulkan kaca matanya. Elina mengenyitkan sebelah matanya ke arah Wu. Dia tahu Wu pasti faham.

“Kenapa kau kenyit mata pada Wu?” tanya Daniel lagi. Kali ini wajahnya betul-betul kelat. Ryosuke menepuk perlahan bahu Daniel sambil tersengeh. Wu mengangkat bahunya lalu meneruskan makan. Elina segera bergerak ke bilik itu. Dia mengetuk pintu.

“Boleh saya masuk?” tanya Elina. Tiada sahutan. Elina mengeluh lalu memasuki bilik itu. Matanya menangkap kelibat Lee sedang duduk bersandar di dinding sambil menunduk. Keadaannya sama seperti semalam.

“Saya minta maaf pasal semalam. Saya betul-betul minta maaf,” pinta Elina sambil berdiri di hadapan Lee. Jejaka itu membetulkan kaca matanya perlahan.

“Sudahlah,” Lee berkata perlahan. Elina duduk dihadapan Lee sambil menghulurkan bento itu pada Lee. Lee mengangkat wajah dan memandangnya seolah bertanya apakah benda yang diberikan padanya itu. Elina tersenyum lalu membuka penutup bento itu.

“Sushi. Saya buat sendiri. Harap awak makan,” ujar Elina sambil menghulurkan penyepit. Lee terdiam seketika. Elina menggigit bibir. Entah apa reaksi Lee. Adakah Lee tidak akan menerima pemberiannya. Masih marahkah dia?

Ah, dia berasa bersalah sekarang. Dia berharap agar Lee akan menyambut pemberiannya itu. Dia betul-betul ikhlas. Tentang apa yang dilihat dalam buku biru itu, dia sudah berjanji pada dirinya sendiri agar melupakan semua itu. Dia sudah mengganggu privasi Lee dan menyebabkan marah Lee kepadanya bertambah namun dia sudah betul-betul menyesal. Diharap agar Lee dapat memaafkan kesilapannya.

Elina terkejut apabila Lee menyambut penyepit dan mengambil bento itu dari tangannya. Elina memang betul-betul terkejut. Seketika dia terkaku apabila melihat Lee memakan sushi buatannya. Entah kenapa, dia seperti berada di awangan sekarang.

“Kenapa pandang aku?” tanya Lee. Elina tersentak. Dia bergerak dan duduk bersandar di dinding bersebelahan Lee. Entah mengapa, hari ini dia berani berbuat begitu. Mungkin kerana dia yakin Lee tiak akan menengkingnya hari ini. Dia juga tidak menyangka Lee betul-betul memakan sushi buatannya.

“Kau makanlah juga,” ujar Lee. Elina betul-betul terkejut dengan kata-kata itu sehingga dia tidak menyedari tangannya bergerak sendiri mengambil sushi dalam bento itu. Saat sushi itu memasuki mulutnya, barulah Elina menyedari apa yang dibuatnya. Segera dia menutup mulut. Dia betul-betul tidak sukakan sushi!

“Tak sedap,” ujar Elina spontan. Elina tersentak. Barulah dia sedar, dia sedang mengutuk hasil buatannya sendiri. Dia cepat-cepat menelan sushi itu. Merah padam mukanya dibuatnya. Lee hanya diam lalu memasukkan sepotong sushi lagi ke dalam mulutnya. Elina terdiam juga terdiam. Seketika, keadaan menjadi senyap sunyi.

“Kenapa awak benci saya? Sebab saya pecahkan guitar awak ke?” tanya Elina sambil memeluk lututnya. Pergerakan Lee tiba-tiba terhenti.

“Aku tak benci kau,” jawab Lee lalu meneruskan suapannya. Elina tersentak. Lee tidak membencinya? Jadi kenapa Lee kelihatan tidak suka padanya. Elina terdiam seketika.

“Awak tahu tak, awak ni pelik,” komen Elina spontan. Secepat kilat Elina menutup mulutnya. Dia sudah terlanjur berkata begitu tentu Lee marah. Habislah! Namun, Lee langsung tidak marah-marah dan hanya berdiam diri. Elina semakin pelik. Berkerut-berut wajahnya.

“Awak betul-betul pelik,” sengaja Elina berkata begitu untuk mencetuskan kemarahan Lee tetapi tiada amarah yang keluar dari bibir itu. Malah, dia hanya berdiam diri sahaja. Elina berputus asa. Dia mengeluh perlahan.

“Kadang-kadang, kita harus luahkan masalah dan perasaan pada orang lain tau. Supaya hati kita lebih tenang. Awak pun perlu begitu. Kenapa pendam perasaan awak sedangkan awak ada teman untuk berkongsi masalah?” ujar Elina memberanikan diri. Pergerakan Lee segera terhenti.

“Aku tidak memendam apa-apa!” suara Lee kembali keras. Elina tersenyum kecil. Rupanya selama ini dia salah. Lee bukan dingin. Dia hanya pendiam dan sukar untuk meluahkan perasannya. Lee bukan membencinya. Lee hanya sukar untuk menyesuaikan diri dengannya. Ah, selama ini dia berfikir bukan-bukan sahaja.

“Yalah. Awak tak pendam apa-apa,” ajuk Elina. Lee segera bangun dan berjalan ke arah pintu. Elina turut bangun.

“Tunggu. Sedap tak sushi yang saya buat?” tanya Elina. Lee terus berjalan ke pintu.

“Tak sedap,” ujar Lee lalu terus hilang di balik pintu. Elina memandang ke arah bekas bento yang kosong. ‘Kalau tak sedap, mengapa habiskan?’ kata hati Elina nakal lalu terus tersenyum kecil.

9 comments:

NuRa said...

salam...
sy mmg suka sgt citer awk..
dan sy x sbar nk thu kesudahan citer nie.
mmg best la citer nie.

Anonymous said...

Lee makan sushi smapai habis la! hehehe..cute lah cite ni. adam dan Lee juga!

Anonymous said...

ee...tak caye lah..
lee blh jdi camtu....
tpi ok jgk..
lee..btambah cute le..hi2...~~~

Anonymous said...

la, takpe la. dia dah jadi makin baik. mmg cute betul!

Anonymous said...

eeiii bestnyer...ble la lee 2 blh baek2 ngn lina....xsbr nk tnggu next n3./....=)

-Ain-Dak In- said...

aduiii..
jatuh chenta la ngan cite ni......
adessss......
tahniah writer..
good job...
huhuhu.....

Anonymous said...

sape g made diz story nie??tok tol la..klau ye pun nak brangn x yah la gune oppa ktorang as charctr..wat org sakit hati je..u bettr tkr pics tue..nie kalu bgatu kat cass lain truk kna maki gaknye...

Anonymous said...

biarlah. dah biasa blog tls cite2 guna pic artis ni. apa salahnya...

aka said...

sya ade satu kemusykilan..adam tu mcm suka dkat elina je..diorang tu betul ke adik-beradik??sbb adam tu mcm jealous smcm je kat x-music