Elina terjongket-jengket masuk ke dalam bilik muzik. Dia masuk dengan sesenyap mungkin agar kelima-lima manusia itu tidak akan menyedari kehadirannya. Saat matanya berhenti di bilik latihan, serta-merta langkahnya juga terhenti. Nampaknya mereka semua belum sampai lagi. Baguslah.
“Malunya!” Elina memegang kedua belah pipinya. Terbayang kembali kejadian memalukan semalam bagaikan baru berlaku tadi.
“Er, dari mana…kau belajar menari macam tu?” tanya Ken sambil mengetap bibirnya seperti sedang menahan ketawa. Daniel sudah menunduk badannya sambil menekan-nekan perutnya. Ryosuke memalingkan wajahnya. Bahunya terinjut-injut menahan ketawa. Wu pulak, terbatuk-batuk untuk menyembunyikan tawanya. Lee seorang sahaja yang kelihatan biasa. Yang lain bagaikan sedang menahan ketawa bersungguh-sungguh.
Elina menggigit bibir. Malunya! Kenapa dia tidak sedar mereka semua sedang memerhatikannya saat dia melakukan aksi gila-gilanya tadi? Aggh! Elina menyisir rambutnya dengan tangan menutupi wajahnya. Mungkin sekarang dia kelihatan seperti hantu dalam filem seram tetapi dia tidak peduli. Apa yang dia peduli sekarang, dia mahu menyorokkan mukanya. Pipinya juga sudah pasti berubah warna sekarang. Malunya!
“Waa!” Elina berjalan ke meja makan dan merangkak ke bawah meja makan. Tangannya mencapai kain langsir dan menutupi mukanya. Jadi sekarang mukanya sudah dilindungi dengan dua lapisan. Rambut dan kain langsir!
“Yang kau menyorok bawah meja ni, kenapa?” Daniel menarik tangan Elina keluar dari meja makan. Elina terduduk selepas ditarik keluar. Dia memandang wajah Daniel yang lain. Wajahnya kelihatan kemerah-merahan. Pasti disebabkan mereka menahan ketawa.
“Kalau nak ketawa, ketawalah!” ujar Elina. Daniel dan Ken perpandangan seketika. Serentak itu ketawa mereka semua pecah. Bergegar rasanya telinga Elina mendengar ketawa mereka. Daniel, Ken dan Ryosuke sudah terduduk sambil menekan-nekan perut. Hanya Wu dan Lee yang kekal berdiri tapi Wu memalingkan badannya mengadap dinding. Sebelah tangannya memegang dinding manakala sebelah lagi menekan perutnya. Lee pulak, kekal dengan wajah selambanya sambil bersandar ke dinding. Memerhatikan kawan-kawannya dengan renungan dingin. Wajah Elina kembali memerah. Dia merangkak semula ke bawah meja. Kain langsir ditarik menutupi wajahnya yang ditundukkan. Dia betul-betul malu.
“Sudahlah. Maaf ya sebab kami ketawakan awak,” Wu mencangkung mengadap Elina sambil menarik tangan Elina keluar dari situ. Hendak tak hendak, Elina terpaksa keluar. Wajahnya menunduk sambil rambutnya menutupi wajahnya. Dia masih malu. Wu mengangkat wajah Elina dengan tangan sambil meyelak rambut Elina ke telinga. Terserlah pipi Elina yang kemerah-merahan apabila dia selesai berbuat begitu. Wu tersenyum.
“Merah betul pipi kau,” komen Ken. Elina memandang Daniel yang masih teruduk sambil menekan perutnya. Pipinya menjadi semakin merah. Ryosuke yang menyedari perkara itu segera menyepak Daniel menyebabkan jejaka itu segera berdiri.
“Maaf la tapi kelakar betul cara kau pukul drum dan petik guitar tadi. Kau nyanyi sambil melompat pun kelakar jugak!” kata Daniel sambil tersengeh. Elina menunduk wajah. Segera Ken menyiku Daniel kuat. Serta-merta Daniel diam.
“Maaf sebab perkara tadi. Saya guna alat muzik awak tanpa kebenaran. Lagipun saya sepahkan bilik tadi,” pinta Elina perlahan. Wu tersenyum.
“Tak apa. Jarang kami dapat tengok persembahan live orang lain. Hari ini kira bertuahla,” jawab Wu. Elina menutup muka dengan kedua belah tangan.
“Malunya!” Wu ketawa kecil sambil menarik tangan Elina daripada terus menutup wajahnya.
“Bagus juga awak main piano tadi? Awak belajar dari mana?” tanya Wu. Elina mengerutkan kening.
“Saya main hentam je tadi. Bagus ke?” tanya Elina kembali. Daniel tersengeh.
“Bukan waktu kau nyanyi lagu So What. Waktu itu hampir pecah gegendang telinga kami tau! Teruk betul cara kau main,” komen Daniel. Elina hanya tersenyum malu.
“Oh, ayah saya yang ajarkan saya main waktu saya kecil,” ujar Elina. Mereka semua mengangguk.
“Saya tak tahu yang awak pandai nyanyi. Kenapa tak beritahu kami?” tanya Ryosuke. Elina hanya tersenyum.
“Suara saya biasa sahaja jika hendak dibandingkan dengan awak semua. Memalukan saja awak dengar saya nyanyi tadi!” Elina menampar perlahan kedua belah pipinya. Membuatkan pipinya menjadi jauh lebih merah dari tadi.
“Lee, apa pendapat kau?” Ryosuke bertanya pada Lee yang masih bersandar ke dinding sambil memeluk tubuh. Lee yang waktu itu dengan memandang ke tingkap memalingkan wajahnya ke arah Elina. Mata dinginnya bertembung dengan mata Elina.
***************************************
Elina tersentak. Dia segera meraut mukanya. Lamunannya tadi terlalu jauh. Dia teringat reaksi Lee semalam. Pelik, selalunya dia akan mengutuknya tetapi dia hanya mendiamkan diri semalam. Hm, betul-betul pelik. Wu ada mengajak dia mengikut mereka makan diluar kerana keadaan bilik muzik yang bersepah tidak memungkinkan mereka makan di situ. Lagipun dia tiada mood untuk membeli makanan . Apatah lagi mengikut mereka makan. Tentu terpaksa menahan rasa apabila dia diperhatikan seluruh pengunjung restoran nanti. Ish, tak sanggup! Akhirnya dia menolak sahaja.
Elina berjalan ke arah bunyi bising tadi. Rupanya bungkusan hadiah yang disusun tinggi sudah jatuh. Elina segera menerpa ke arah bungkusan itu. Dia takut jika barangan di dalam kotak-kotak itu pecah. Selepas Elina memerhatikannya, dia tersenyum lega apabila mendapati kandungan bungkusan itu ringan. Ini bermakna, di dalamnya bukanlah barangan kaca. Sekarang, dia harus mengemaskan semula semua sepah yang dia buat sekranag. Mujur semalam Wu memberi kelonggaran kepadanya dan dia dapat pulang awal. Mungkin dia memahami keadaannya.
Elina mengeluh perlahan sambil mengangkat beberapa kotak hadiah masuk ke bilik hujung itu. Masih diingat lagi, hanya dua kali dia masuk ke bilik ini. Mungkin kerana Lee sudah memberi amaran kepadanya tetapi sekarang dia harus masuk untuk menyimpan hadiah-hadiah ini. Takkan Lee hendak memarahinya. Dia sedang menolong jejaka itu. Lagipun tidak elok hadiah-hadiah ini bertaburan di lantai.
Saat Elina masuk ke bilik itu, keadaan masih sama. Penuh dengan hadiah dan kad sperti biasa cuma berhabuk! Elina mengeluh perlahan sebelum mula menyusun hadiah-hadiah di tangannya di ruang kosong di dalam bilik itu. Saat dia menyusun kad dan surat yang diterima Lee di almari di dalam bilik itu, matanya menangkap sebuah kotak hitam di atas almari. Pergerakan Elina terhenti seketika.
“Tak boleh!” Elina mengingatkan dirinya sendiri apabila tangannya mula bergerak untuk mencapai kotak itu. Dia masih ingat lagi, kotak itu kelihatan begitu penting kepada Lee. Sewaktu dia ingin mengambil kotak itu dulu, Lee kelihatan amat marah padanya. Lebih baik dia tidak mencari masalah dengan Lee lagi.
Elina keluar dari bilik dan mengambil beberapa kotak hadiah lagi. Dia keluar masuk ke bilik itu untuk memunggah semua hadiah dan kad yang diterima Lee. Kerjanya hampir siap apabila peluh sudah membasahi dahinya. Elina berasa rimas. Dia mengelap dahinya dengan lengan yang dipenuhi dengan kotak hadiah. Akibatnya, kotak hadiah di bahagian atas terjatuh ke lantai. Elina segera bereaksi spontan dengan berundur ke belakang agar hadiah itu tidak mengenai kakinya. Namun malang, dia melanggar almari di belakang. Sakit belakang badannya apatah lagi kepalanya dihempap dengan kotak yang terjatuh akibat perlanggaran itu.
“Ouch!” Elina terduduk sambil menggosok kepala dan pinggangnya yang perit. Matanya tiba-tiba membulat melihat kotak hitam milik Lee sudah terbuka penutupnya di atas lantai. Mendedahkan sebuah buku bewarna biru di dalamnya. Elina memandang buku itu lama sebelum tangannya bergerak perlahan-lahan ke arahnya…
3 comments:
ngeeee...
suspen2...
ape ader dlm kotak tuh ek..smbung2..
huhu..
debar,cemas..sume ade
ni yg wat mkin xsbr nk bc next n3
cpt2..nk tau smbgn dia ^_^
-che na-
cepat2..x sabar nak tau smbungan die..ske cite ni..
Post a Comment