“Apa ni?” Elina menarik balik tangannya yang sudah berisi sebuah buku bewarna biru. Kelihatan seperti diari sahaja. Ini diari Lee ke? Tangan Elina terketar-ketar saat tangannya menyelak buku itu. Kosong! Tiada tulisan langsung.
“Pelik,” Elina menyelak lagi. Tiba-tiba matanya terhenti pada sebuah gambar lama di tengah buku. Tangannya menyentuh gambar itu yang kelihatan sudah lama. Kelihatan seorang wanita cantik bersama dengan seorang kanak-kanak lelaki yang comel. Mereka berdua kelihatan amat mesra dan gembira. Elina kehairanan. Siapakah mereka?
Elina membelek kembali. Dia terjumpa sekeping gambar lagi. Gambar seorang wanita cantik. Silap, bukan cantik tetapi betul-betul cantik. Wajahnya seperti campuran asia dan barat. Elina kebingungan. Siapa wanita cantik ini? Kenapa gambarnya di dalam kotak ini? Ish, pening kepala. Elina kembali membelek.
“Footsteps!” Elina memandang lirik lagu Footsteps ditulis kemas di belakang buku. Elina semakin bingung. Footsteps, kenapa ditulis di situ. Adakah maksud lagu ini ada memberi makna kepada Lee. Adakah dia yang menulisnya? Ish, betul-betul bingung. Menyesal pula kerana gatal-gatal ingin menyelongkar isi kandungan buku ini. Sekarang, dia betul-betul bingung.
Dumm!!!
Elina tersentak apabila mendengar bunyi bising. Segera dia mengangkat wajah. Matanya bertembung dengan mata tajam Lee yang memandangnya. Elina menahan nafas. Lee sedang berdiri di sudut bilik itu dan bertaburan bungkusan hadiah di kakinya. Tentu kerja Lee tu. Sedangkan tadi dia baru mengemaskannya. Elina kecut perut. Tentu teruk dia dimarahi jejak itu nanti. Macam mana ni?!
“Lee-senpai, tangan awak luka,” Elina meluru ke arah Lee apabila melihat tangan Lee yang sedikit berdarah. Dia harus merawat luka itu agar tidak melarat. Namun Lee merentap kembali tangannya kasar. Elina terkedu.
“Sawannai-de!(Jangan sentuh aku!)” tengking Lee. Elina terpana. Alamak, Lee betul-betul marah!
“Maaf, tadi saya kemaskan hadiah dan kad awak dalam bilik ini. Waktu tengah sibuk itu, saya terlanggar almari dan kotak itu jatuh. Saya tak berniat nak…”
“Uso!(Liar!)” dengus Lee kasar. Elina serta-merta terdiam. Wajah Lee sekarang amat menakutkannya.
“Achi ike-yo!(Keluar dari sini!)” Lee menuding ke arah pintu tanpa memandang wajah Elina. Elina menggigit bibir lalu meluru keluar. Dia juga tidak mahu terus berada di situ. Lee kelihatan amat-amat-amat menakutkan. Saat Elina keluar dari bilik itu, wajah Wu segera terpapar di skin matanya.
“Awak buka kotak itu?” tanya Wu perlahan. Elina menunduk sebelum mengangguk kecil. Wu mengeluh perlahan.
“Elina, awak tak patut buat macam tu. Lee tentu tengah marah sekarang,” ujar Wu. Elina mengetap bibir. Dia berasa bersalah sangat dan dia tahu itu memang salahnya.
“Maaf,” Elina masih menundukkan wajah. Wu meraut rambutnya perlahan sebelum menarik Elina duduk di sofa.
“Salah kami juga sebab tak terus terang dengan awak. Sebenarnya, bilik itu tempat rahsia Lee. Dia akan duduk di situ hampir setiap hari. Kotak hitam itu amat bermakna kepadanya. Dia memang betul-betul marah jika kami menyentuh kotak itu apatah lagi jika menyelongkar isi kandungannya. Kami pun tak pernah tahu apa yang ada dalam kotak itu sebab bila kami cuba sentuh saja, Lee akan mengamuk dan barang-barang dalam bilik itu akan jadi mangsa,” terang Wu. Elina mengetap bibir. Tahu dia baru sahaja melakukan kesalahan besar dengan menceroboh kotak hitam itu tetapi dia tidak berniat pada mulanya. Jika kotak hitam itu tidak terjatuh dan terbuka penutupnya, pasti dia tidak akan…argh! Tak guna salahkan apa-apa sekarang. Memang sudah pasti, itu salahnya. Patutlah tadi Lee mengatakan dia menipu.
“Saya rasa bersalah sangat. Saya hendak minta maaf,” Elina segera meluru masuk ke dalam bilik itu tanpa sempat dihalang Wu. Dia melewati kotak-kotak hadiah yang masih berterabur dan mencari-cari kelibat Lee. Akhirnya dia terjumpa Lee yang sedang duduk bersandar di dinding. Kapalanya ditundukkan dan disebelahnya kotak itu sudah ditutup dengan penutupnya. Elina menarik nafas sebelum bejalan perlahan-lahan ke arah Lee.
“Nanda-yo?(Apa yang kau nak?)” tanya Lee dengan suara dingin tanpa mengangkat wajahnya. Elina menahan nafas melihat Lee sebegitu.
“Saya nak minta maaf. Saya bersalah. Tolong maafkan saya,” Elina meminta penuh harap. Lee kelihatan diam seketika.
“Jama shinai-dekure!(Berhenti ganggu aku!)” suara Lee keras. Elina menggigit bibir.
“Apa?” tanya Elina. Lee mengangkat wajah. Dia merenung tajam wajah Elina. Semakin kecut Elina dibuatnya.
“Kalau aku maafkan kau, boleh kau tak akan ganggu aku lagi?” keras suara Lee apabila menuturkan pertanyaan itu. Elina terkedu.
“Er, mana boleh. Say..”
“Hottoite-kure-yo!(Tinggalkan aku sendirian!)” tengking Lee. Elina menahan nafas. Dia berundur setapak. Takut dengan suara tengkingan itu.
“Tapi..”
“Dokka ichimë-yo!(Get lost!)” tengking Lee sekali lagi. Elina berpaling dan segera keluar dari bilik itu. Seperti tadi, Wu sudah sedia berdiri di hadapannya. Elina memalingkan wajahnya ke arah lain.
“Hottoke-yo (Biarkan dia sendiri),” ujar Wu lembut. Elina hanya mengagguk lemah.
“Hei, apasal dekat-dekat ni?” Daniel datang merapati Elina dan Wu dengan wajah kelat. Elina dan Wu berpandangan seketika sebelum berjalan meninggalkan Daniel termanggu-manggu sendirian.
Berikan Aku HidayahMu 6(End)
15 years ago
3 comments:
salam
naper sikit sgt n3
rindunyer kt citer ni
alah pendek nye...dah lme tgu tau..
nice story..:p
sy suke.
Post a Comment