CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »
Cerita ini hanyalah rekaan semata-mata ya. Tak ada kena mengena dengan yang masih hidup atau yang sudah meninggal dunia. Mungkin cerita ni macam tak logik skit tapi ini semua hanyalah untuk hiburan sahaja ya.. ^_^

Tuesday, 6 January 2009

Bab 17

Leher yang lenguh diurut Elina perlahan dengan jari-jari runcingnya. Dia masuk ke rumah dan segera menutup pintu perlahan. Langkahnya lesu menuju ke bilik.

“Lina-chan,” Elina berpaling ke arah Adam. Dia melontarkan senyuman hambar pada abangnya itu. Letihnya dia! Dia baru balik selepas dibuli oleh kelima-lima ahli kumpulan X-Music di persembahan mereka. Hadiah dan kad untuk Lee hanya ditinggalkan berselerak di dalam ruang tamu mini di bilik muzik. Dia merancang untuk mengemaskan semua itu esok kerana hari ini dia betul-betul-betul letih!

“Letih, ke?” tanya Adam. Elina hanya menggeleng perlahan lalu masuk ke biliknya. Adam mengekori langkahnya.

“Oniichan! Lina nak mandi lah,” Elina menolak Adam supaya keluar dari biliknya tapi Adam kekal tidak bergerak.

“Tak apa. Lina mandilah. Abang di sini,” ujar Adam. Elina membulatkan matanya dan memukul perlahan bahu abangnya itu sebelum tersenyum kecil.

“Berhenti jadi pembantu mereka, X-Music,” tiba-tiba wajah abangnya menjadi serius. Elina terpaku. Dia kemudian duduk di atas katil.

“Kenapa?” tanya Elina. Adam memandang marah ke arah dinding sebelum memandang Elina kembali.

“Abang tak suka. Lina pasti balik rumah, lesu dan letih. Lina tidur lambat sebab terpaksa siapkan kerja sekolah dan ulangkaji. Sebelum ini, Lina tak macam ni. Sejak jadi pembantu mereka, semuanya berubah!” bentak Adam. Elina terdiam seketika sebelum tersenyum kecil.

“Tak apa. Lina baik-baik saja, abang. Lagipun Lia kena ganti balik guitar yang Lina pecahkan tu,” ujar Elina. Adam kelihatan tidak puas hati dengan jawapannya.

“Biar abang je yang bayarkan,” kata Adam. Elina menggeleng.

“Dari mana abang nak dapat duit tu? Guitar tu mahal tau!” Elina mengeluh perlahan. Tentu lama lagi baru dia dapat melangsaikan hutangnya. Waa!

“Adalah,” Adam memandang ke arah dinding. Elina seperti dapat merasakan yang abangnya sedang merahsiakan sesuatu. Apa ya?

“Tak payahla, abang. Ini semua berpunca daripada Lina. Jadi, biarlah Lina yang selesaikan sendiri,” ujar Elina. Adam memandangnya tajam. Segera mulut Elina terkunci.

“Lina tak nak berhenti jadi pembantu mereka sebab Lina suka pada salah seorang dari mereka, kan?!” tuduh Adam. Elina terlopong. Sebelum ini abangnya tidak pernah bercakap sekasar itu. Sedikit sebanyak, hatinya tercalar.

“Tak adalah!” Elina menunduk wajahnya marah. Adam mendengus kasar.

“Jangan nak bohong. Abang tahu. Siapa yang Lina suka? Wu atau Ryosuke?!” tanya abangnya kasar lagi. Suhu Elina menaik. Segera dia bangun dan menolak Adam keluar dari biliknya.

“Lina nak mandi. Kalau abang nak tuduh Lina bukan-bukan, baik abang keluar dari bilik Lina!” Elina menutup pintu kuat. Dia kemudian dapat mendengar dentuman di pintu. Tentu Adam menyepak kuat pintunya. Nampaknya Adam begitu marah tapi bukan dia seorang begitu. Elina juga arah kerana dituduh sebegitu. Dia hanya tidak mahu menyusahkan abangnya tetapi nampaknya Adam sudah salah sangka dengannya. Perlahan-lahan, Elina menyandarkan badannya ke pintu sambil mengeluh perlahan.

****************************

“Arghhhhh!” Elina menjerit sekuat hati melihat keadaan bilik muzik yang sangat-sangat-sangat kotor! Seingatnya, bilik muzik ini masih bersih sewaktu dia meletakkan bungkusan dan kad Lee semalam. Dia juga merancang untuk menyusun hadiah yang diterima Lee saja hari ini. Tapi nampaknya, hari ini kerjanya menjadi jauuhhhhhh lebih banyak dari biasa!

“Apa sudah jadi ni? Ada stunami ke?” Elina bertanya marah pada dirinya sendiri. Dia menyepak tin minuman yang kosong dengan kaki. Tepat-tepat tin minuman tu melanggar pintu.

“Pasti kerja diorang tu. Tak puas lagi ke diorang susahkan aku, semalam?” Elina mengetap bibir sambil mengurut perlahan dadanya. Lama-lama macam ni, darahnya boleh naik. Tak naklah ada darah tinggi! Dia muda lagi, boyfriend pun tak de lagi.

“Berjuta kali aku pesan jangan sepahkan cd ni! Kenapa diorang tak pernah dengar?!” Elina menjerit lagi melepaskan geram. Mujurlah bilik muzik ini jauh sikit daripada kelas. Jikalau tidak, mungkin guru boleh mendengar suaranya. Elina mengetap bibir. Dia mengutip cd yang berselerakan dengan hati yang begitu sebal. Dia masih letih akibat semalam. Moodnya juga tidak baik kerana Adam masih marah padanya. Dia juga masih marah pada abangnya itu! Jika hari ini tidak cukup teruk, tadi dia baru dimarahi guru matematiknya kerana dia terlupa membuat kerja sekolah. Semuanya disebabkan dia terlena semalam akibat terlalu letih. Merah mukanya menahan malu dimarahi di hadapan kelas. Salah siapa dia dimarahi?! Korang pun tahu, kan? Dan sekarang, mereka menambah satu lagi benda yang melengkapkan harinya yang cukup teruk dengan keadaan bilik ini yang……..arghh!

“Arggh!” Elina menyusun cd kasar ke alamari. Selepas itu dia memandang keadaan bilik yang bersepah. Dia sudah tidak peduli lagi. Dia betul-betul tiada hati hendak mengemas sekarang. Yang dirasakan perlu sekarang, dia harus melepaskan marahnya sebelum dia menyembur mana-mana ahli kumpulan X-Music. Jika itu berlaku, sumpah stunami akan melanda bilik ini untuk kali kedua!

“Lagu apa ya?” Elina berfikir seketika sebelum menguntumkan senyuman. Dia baru mendapat satu idea yang betul-betul jahat. Hahaha! Tangannya menarik getah pengikat dari rambutnya. Segera rambut itu terlepas.

“Nasib kaulah drum!” Elina tersenyum jahat sebelum memukul drum itu dengan drum stick atau yang entah apa namanya itu kuat. Dia sudah tidak peduli sekarang. Yang penting, drum itu mengeluarkan bunyi yang betul-betul kuat setiap kali Elina menghayunkan drum stick itu. Dia mula menyanyi kuat.

Na na na na na na na na na na na na

I guess I just lost my ‘brother’,
I don't know where he went,
So I'm gonna drink my money,
I'm not gonna pay his rent,


I gotta a brand new attitude and I'm gonna wear it tonight,
I wanna get in trouble,
I wanna start a fight,
na na na na na na na I wanna start a fight,
na na na na na na na I wanna start a fight.

Elina meninggalkan drum itu dan beralih pada guitar Wu. Bibirnya mengukir senyum sinis lalu dia segera memetik guitar itu kuat. Dia main hentam sahaja! Bunyi yang dikeluarkan oleh guitar itu betul-betul teruk! Elina tak peduli. Rambutnya yang lurus dilepaskan mengikut hayunan kepalanya. Yang pasti, dia betul-betul seronok melepaskan geram sekarang! Yay!

So, so what

I'm still a rock star,
I got my rock moves,
And I don't need you,
And guess what,
I'm having more fun,
And now that were done,
I'm gonna show you tonight,

Elina pergi ke piano dan menekan not-not piano itu sesuka hati. Memang sudah dijangka, pemainannya teruk betul! Boleh pekak telinga mendengarnya. Hehe.. seronoknya buat macam ni.

I'm alright,
I'm just fine,
And your a tool,
So, so what,
I am a rock star,
I got my rock moves,
And I don't want you tonight

Elina meninggalkan piano itu dan melompat-lompat sekeliling bilik latihan itu. Dia menyepahkan bilik itu menjadi lebih teruk dari sebelumnya. Cd-cd disepahkan ke lantai. Sampah juga dicurahkan ke atas lantai disekeliling bilik muzik.

Na Na Na Na Na Na Na

He's gonna start a fight
Na Na Na Na Na Na Na
We're all gonna get in a fight!

“Maaf ya. Lepas ni aku kemaskan semula,” kata Elina sinis. Puas hatinya boleh berbuat begitu. Selama ini dia sudah lama menahan sabar. Elina menendang kuat tin-tin minuman yang berselerakan. Akhirnya dia puas melihat bilik muzik itu sudah seperti dilanda stunami betul! Baguslah.


“Yay,” Elina membaringkan badannya ke arah lantai sambil dikelilingi dengan pelbagai barang bertaburan di lantai. Terasa ringan badannya sekarang setelah dia melepaskan segalanya dengan menjahanamkan barang-barang di dalam bilik latihan ini. Elina membetulkan rambutnya yang sedikit kusut setelah kelakuan tidak betulnya tadi. Dia ketawa kecil. Tidak disangka dia boleh membuat aksi gila macam tu. Kalaulah Adam tengok! Tentu teruk dia dibebelnya.

Tiba-tiba Elina bangun dan berdiri. Dia merapati piano tempat dia melepaskan geram tadi. Piano itu, memang cantik. Elina menyentuh perlahan piano itu. Dia duduk di bangku di hadapan piano itu. Dia teringatkan ayahnya. Dulu, ayahnya selalu mengajarkannya bermain piano. Dan piano kesayangan ayahnya sudah hancur, tenggelam dalam kebakaran dua tahun lepas. Tanpa diduga, jarinya bermain-main di not piano itu dan mencipta satu melodi. Melodi lagu Heavenly days…

Mezamashi ga na ru mae ni oki te toki wo tomeru,

(I wake up before my alarm clock rings and turn it off)
Omoidaseru no wa mou nantonaku da kedo kimi no koto,
(Somehow or another, i could remember all about you)
Ichi okubou no kimi ni ae ta kiseki nanka mo,
(there was a one in million chance of meeting you, so it’s something of a miracle)
Itsu no ma ni ka wasure chau ka na,
(Have i forgotten that without noticing?)
Wasure ta koto sae mo kitto wasure te shimau no,
(Are forgotten things really gone forever?)
Heavenly days

Mune no poketto no heya,
(are in the room of the pocket on my chest,)

Kimi no kie ta nukumori wo sagasu yo,
(your faded warmth is what I search for )
Mou nidoto kimi wo omou koto wa naku te mo,
(even if I never again remember you,)
Mada sukoshi atataka ano hibi ni kagi o kake te,
(I’ll find a key to those few warm days)

Aruki tsukare te suwarikon de tohou ni kure te,
(tired of walking, I’ll sit and enjoy, then continue down the same road)
Kanawa nai yume yu’ni toka futari nara ie ta,
(unfulfilled dreams like ‘fate’, we used to talk about things like that)
Kaisatsu guchi de ie nakatta ii takatta,
(at the ticket gate, I could never say what I wanted to say)
‘ arigatou’tte kotoba wa tabun,
(word like ‘thank you’ are probably)
‘sayonara’ yori mo kanashii katoba ni omou no,
(more sad than word like ‘good bye’ I think)
Heavenly days,

Umaku warae te ta ka na,
(I wonder if you can smile easily?)

Saigo no kisusu kurueru kimi no te o,
(in our final kiss scene, your hand is trembling)

Nigire nakatta namida sae ochi nakatta,
(I couldn’t hold it, tears didn’t even drop)

Hitoripocchi ni nari imasara afure dasu yo,
(now that I’m alone, the tears are overflowing)

Heavenly days,

Mune no poketto no heya,
(are in the room of the pocket on my chest,)

Kimi no kie ta nukumori wo sagasu yo,
(your faded warmth is what I search for)

Mou nidoto kimi wo omou koto wa nakutemo,
(even if I never again remember you)

Te o nobashi te mi te mo koko ni wa mou i nai yo,
(even if I reached my hands out, you’re not here anymore)

Atarashii hikari no shita aruki dasu yo,
(under a new light, I begin to walk again)

Elina menarik semula tangannya ke dada. Tidak disangka, dia masih mengingati lagu ini. Lagu ini, masih segar dalam ingatannya. Serta merta ingatannya mengingati ayahnya. Elina mengeluh perlahan. Kenapa hari ini dia menyanyikan lagu ini semula? Sedangkan dia sudah berjanji, lagu ini takkan diingatinya lagi. Elina mengeluh sekali lagi. Dia bangun dan berpusing ke belakang. Dia mahu pulang. Kelibat X-Music langsung tidak muncul hari ini. Bagus juga. Bolehlah dia balik awal dan berehat. Saat matanya tertumpu pada lima orang jejaka yang sedang bersandar pada dinding dan merenunginya, mulut Elina terlopong.


“Se…sejak bila awak semua ada di situ?” tanya Elina terketar-ketar.

“Sejak awak melompat-lompat da menyanyi macam orang gila dan menjahanamkan alat muzik kami!” ujar Daniel dengan senyum sinis. Elina segera berpaling ke belakang. Alamak, malunya!!!

5 comments:

DianaTakyuddin said...

lirik lgu tu ade slah r..cek r semula..tp lgu tu mmg best..hehe

Anonymous said...

ye ke? takpe ar. asalkan cite ni best...hihi

eija said...

bile nk sbg nie...

Anonymous said...

lawak gileer bab ni. rasa nak terguling2 bce. hehehe

,;syacky;, said...

wo0~ dhsyat2,, malu siot