Pintu bilik muzik ditolak Elina perlahan. Dia meletakkan plastik berisi makanan dan minuman di atas meja makan sebelum duduk di kerusi.
“Tentu mereka tak habis berlatih lagi,” kata Elina sambil menilik jam birunya. Hari ini senang sedikit kerjanya. Dia awal-awal sudah menempah makanan di restoran. Dengan ini, dia hanya perlu mengambil tempahan tanpa menunggu lama di sana.
“Lebih baik aku panggil diorang makan sebelum sejuk,” kata Elina pada dirinya sendiri. Dia tersenyum-senyum apabila teringatkan pertemuannya dengan seorang budak sekolah berkaca mata di restoran tadi. Apabila berjumpa dengan budak lelaki berkaca mata, serta-merta dia menjadi angau. Ish, teruk juga penyakit dia ni!
“Mana diorang ni?” Elina tercari-cari kelibat mereka berlima.
“Elina, kami di sini,” satu suara memasuki gegendang telinganya. Elina tersenyum sebelum berjalan ke arah arah datangnya suara itu. Matanya menangkap belakang mereka berlima yang sedang menonton persembahan sebuah kumpulan di tv.
“Saya dah beli makanan tengah hari. Makanlah sebelum sejuk,” kata Elina lembut. Serentak itu, kelima-lima mereka berpaling. Elina terpaku seketika. Dia merasakan yang kakinya tidak memijak lantai. ‘Aku bermimpi ke atau mereka semua memang pakai glasses?!!!!’ tanya hati Elina.
“Elina, jom makan,” Wu datang menghampirinya. Elina memandang glasses di wajah Wu. Dia kemudian memandang ahli kumpulan yang lain. Serentak itu dia mencubit pipinya. Ouch! Sakit. Ini bermakna dia tidak bermimpi tapi kenapa dia terasa seperti awangan. Serentak itu, wajah mereke semua mulai kabur dan…
“Elina!”
***********************************
“Elina! Elina!” Elina mendengar namanya dilaung beberapa kali tetapi matanya terasa berat untuk terbuka. Setelah beberapa lama mencuba, Elina membuka matanya.
“Elina! Elina!” Elina mendengar namanya dilaung beberapa kali tetapi matanya terasa berat untuk terbuka. Setelah beberapa lama mencuba, Elina membuka matanya.
“Awak dah sedar?” kata suara garau itu lagi. Elina memandang sekeliling. Dia sedang berbaring di atas sofa panjang. Kesemua ahli kumpulan itu berada di sisinya kecuali Lee yang kelihatan berada sebatu jauh darinya. Lee langsung tidak memandangnya. Dia kelihatan sibuk memandang lantai.
“Kenapa awak pengsan? Awak tak sihat ke?” tanya Wu. Elina menggigit bibir apabila melihat Wu memakai glasses. Bukan Wu sahaja, malah kelima-lima ahli kumpulan X-music memakai glasses. Dia merasakan seperti dia dikelilingi dengan lima putera yang betul-betul kacak. Hm, barulah sekarang dia dapat melihat betapa kacaknya mereka berlima ni!
“Daijoubu?(Awak tak apa-apa ke?)” tanya Ryosuke pula. Elina merasakan wajahnya membahang apabila wajah Wu dan Ryosuke dekat dengannya. Dia yakin, pipinya pasti sudah merah padam sekarang.
“Pipi kau merah,” kata Ken. Elina segera memegang pipinya.
“Kau demam ke?” tanya Daniel pula. Elina hanya mendiamkan diri. Takkanlah dia hendak memberitahu yang dia pengsan kerana terkejut melihat mereka memakai glasses! Memalukan!
“Dia datang bulan,” kata Lee perlahan. Elina memandang tajam Lee tetapi pandangan tajam itu ditarik balik apabila melihat glasses di wajah Lee. Cutenya!
“Honto?(Ye ke?)” Daniel menahan ketawa. Elina mengetap bibir.
“Tak adalah. Mungkin sebab saya tak makan sejak pagi tadi,” kata Elina. Wajah mereka semua kelihatan terkejut. Er, semua terkejut kecuali Lee.
“Apa? Patutlah. Nah, makan ni,” Wu menghulurkan bekas polisterina kepadanya. Elina menyambut dengan wajah yang merah padam. Alamak, aku boleh jadi gila bayang macam ni!
“Kenapa awak semua wear glasses?” tanya Elina untuk menyembunyikan kegugupan dan pipi merahnya. Wu dan Ryosuke tersenyum.
“Kami memang pakai glasses tapi sejak masuk sekolah menengah, kami pakai contact lens. Kami pakai 8 jam sehari. Jadi, lepas lapan jam kami pakai glasses balik tapi hanya di dalam bilik atau di rumah sahaja. Kami tak pernah pakai di hadapan orang ramai,” kata Wu. Elina mengerutkan kening.
“Kenapa tak pakai depan public?” tanya Elina.
“Pakai glasses macam nerd je. Tak naklah,” kata Ken. Elina mahu membuka mulut untuk mengatakan betapa kacak dan cutenya mereka memakai glasses tetapi apabila teringatkan betapa mereka akan menjadi perasan nanti, ayat itu tersekat di kerongkong.
“Jadi, saya antara manusia yang tak berapa bertuah dapat tengok wajah nerd awak semua lah?” tanya Elina sambil ketawa kecil. Wu tersenyum lalu menanggalkan kaca matanya lalu dipakaikan pada Elina. Mak oi, tebalnya kaca mata.
“Kami juga tak berapa bertuah dapat tengok muka nerd awak!” balas Wu pula. Serentak itu, ketawa bergema di dalam bilik muzik itu. Er, sekali lagi, semua orang ketawa kecuali Lee. Hehe….
2 comments:
hehehe, pengsan sbb tengok lima org tu pakai glasses!
best r cite nie...
Post a Comment