Elina menepuk dahi apabila melihat keadaan ruang tamu mini dan ruang makan kotor dan tunggang-langgang.
“Mereka semua ni memang monster!” rungut Elina sambil mencapai plastik sampah. Boleh pengsan kalau dia terpaksa melakukan semua kerja ini setiap hari.
“Tak boleh ke makan tanpa kotorkan meja?!” Elina merungut lagi apabila melihat bekas-bekas polisterina berada di atas meja tanpa dibuang. Pemalas betul!
“Patutlah pembantu lama resign,” kata Elina lagi. malangnya dia tidak boleh pergi sesuka hati. Huhu…
“Cepatnya awak sampai,” Wu datang menghampirinya dengan senyuman. Elina membalas senyuman itu. Kunci pendua bilik ini telah diberikan kepadanya semalam. Jadi, dia tidak perlulah menunggu bilik ini dibuka dulu oleh salah satu ahli kumpulan itu.
“Teeburu o katazukeru(Saya nak bersihkan meja ni),” kata Elina. Wu mengangguk.
“Maaf la. Kami semua memang macam ni. Kalau buat apa-apa, tak pernah kemas semula. Kami dah biasa ada pembantu yang tolong kemaskan,” kata Wu. Elina tersenyum kelat. ‘Bertuahnya badan. Tak perlu buat apa-apa pun. Hanya arahkan saja, ada orang yang tolong buatkan,’ kata hati Elina.
“Tak apa. Ini memang kerja saya,” kata Elina lembut. Walaupun dia memang tak faham mengapalah mereka ni malas sesangat, dia tak boleh buat apa-apa kecuali….pasrah!
“Konochiwa!(hi)” Ryosuke datang sambil menepuk perlahan bahu Wu.
“Konochiwa!” kata Elina dan Wu serentak.
“Apa yang kamu berdua bualkan?” tanya Ryosuke. Wu mengangkat bahu.
“Sesuatu yang berkisar tentang pembantu,” kata Elina lalu meneruskan kembali kerjanya mengutip sampah ke dalam plastik.
“Oh, ya. Wu, guitar baru dah sampai. Guitar yang gantikan yang dah pecah itu,” kata Ryosuke sambil memandang Elina. Elina segera mengalihkan wajahnya apabila memahami maksud renungan itu.
“Li nyuusu dane(Itu berita baik),” kata Elina perlahan. Dia mengangkat satu bungkusan dengan tangannya.
“Apa ni?” tanya Elina. Ryosuke dan Wu memandang objek itu lalu tersenyum.
“Hadiah dari peminat selepas persembahan. Mungkin tercicir,” kata Ryosuke. Elina tersenyum lalu dia terpandangkan nama Lee tertulis di satu kad yang tertampal di bungkusan itu.
“Untuk Lee,” kata Elina lalu menyerahkan bungkusan itu kepada Wu.
“Misete(Biar saya tengok). Hm, patutlah. Lee tak pernah ambik hadiah untuknya. Dia selalu tinggalkan sahaja hadiah dan semua kad di sini,” kata Wu. Elina mengerutkan kening.
“Naze(Kenapa)?” tanya Elina. Wu dan Ryosuke mengangkat bahu.
“Di mana tempat simpan hadiah dan kad untuk Lee?” tanya Elina lagi. Dia berkira-kira untuk meletakkan hadiah ini di sana. Walaupun dia tidak berapa sukakan Lee, dia patutnya menghormati pemberian orang lain terhadap lelaki itu.
“Di bilik kecil yang paling hujung,” kata Ryosuke. Elina mengangguk sebelum berjalan ke arah yang dikatan Ryosuke. Matanya menangkap sebuah pintu berdekatan dengan piano. Segera Elina memulas tombol pintu itu yang tidak terkunci.
“Kotornya!” hanya itu yang boleh dikatakan Elina apabila melihat bilik itu yang berselerak dengan bungkusan hadiah pelbagai saiz dan warna bungkusan. Terdapat juga satu almari yang diletakkan pelbagai surat. Hm, mungkin kad. Elina melangkah perlahan-lahan ke dalam bilik itu. Dia berusaha untuk tidak memijak bungkusan-bungkusan yang bertaburan di lantai.
“Popular jugak Mr.Cold ni,” kata Elina. Dia boleh melihat betapa popularnya lelaki itu dengan betapa banyaknya hadiah dan kad yang diterima lelaki itu.
“Nampaknya kena kemas ni,” kata Elina perlahan. Dia betul-betul tidak selesa dengan tempat kotor ini. Sekelip mata, Elina memulakan kerja.
********************************************
Bungkusan yang terakhir diletak Elina di atas almari. Selepas itu dia tersenyum puas apabila melihat bilik itu sudah kemas dan bersih. Terasa ringan je tangannya hendak membuka bungkusan hadiah itu dan membaca surat-surat dari peminat utuk lelaki dingin itu. kenapalah lelaki itu tidak mahu menerima semua ini? Hm, misteri betul.
Bungkusan yang terakhir diletak Elina di atas almari. Selepas itu dia tersenyum puas apabila melihat bilik itu sudah kemas dan bersih. Terasa ringan je tangannya hendak membuka bungkusan hadiah itu dan membaca surat-surat dari peminat utuk lelaki dingin itu. kenapalah lelaki itu tidak mahu menerima semua ini? Hm, misteri betul.
“Mereka dah mula berlatih,” kata Elina perlahan apabila telinganya menangkap bunyi muzik yang agak kuat. Maklumlah, dia berada di bilik yang dekat dengan ruang mereka berlatih.
Elina dengan sedaya-upaya keluar dari bilik itu dengan sesenyap mungkin. Malas mahu mengganggu latihan mereka tapi terlambat apabila mata Lee sudah menangkap kelibatnya.
“Apa yang kau buat dalam tu?” tanya Lee dingin. Dia berhenti memainkan guitar. Matanya tajam memandang Elina. Elina pula memandang ke arah lain. Malas bertembung pandang dengan mata dingin itu.
“Saya bersihkan,” ringkas jawapan Elina. Kesemua ahli kumpulan serta-merta memberhentikan latihan dan memandang mereka berdua. Mungkin mereka ingin melihat apa yang terjadi seterusnya.
“Nande sonna-koto shita-no?(Kenapa kau buat begitu?) Siapa benarkan kau masuk?” tanya Lee lagi. Kali ini suaranya sudah meninggi. Elina memalingkan mukanya ke arah Lee dan merenung lelaki itu dengan pandangan bosan.
“Dah memang kerja saya,” kata Elina. Lee mendengus kasar. Wajahnya yang cerah sudah memerah. Mungkin marah.
“Itta-tori-ni shite!(Buat apa yang aku suruh!) Jangan nak memandai,” kata Lee keras. Elina mengangguk.
“Wakatta(Saya faham). Teruskan latihan awak semua ya. Saya beli makanan tengah hari,” kata Elina sambil tersenyum. Matanya dialihkan dari Lee ke arah ahli kumpulan yang lain. Dia tidak kuasa hendak bertekak dengan jejaka itu. Lagipun, bergaduh bukan sikapnya.
“Jangan lupa belikan untuk kau juga,” kata Daniel. Elina tersenyum lalu memulakan langkah.
1 comments:
*konnichiwa.
bukan konnochiwa... :)
Post a Comment