CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »
Cerita ini hanyalah rekaan semata-mata ya. Tak ada kena mengena dengan yang masih hidup atau yang sudah meninggal dunia. Mungkin cerita ni macam tak logik skit tapi ini semua hanyalah untuk hiburan sahaja ya.. ^_^

Wednesday, 24 December 2008

Bab 6



“Lina, bangun!” terdengar suara di cuping telinganya tetapi mata Elina masih tetap terpejam. Dia begitu letih apabila pulang dari sekolah semalam. Badannya terasa sakit-sakit. Terpaksalah dia tidur awal semalam.

“Mega sameru!(Bangun!)” Elina merasakan ada tangan yang mencubit pipinya. Segera Elina mengusap pipi itu. Sakit.

“Sakitlah,” kata Elina apabila membuka mata. Adam sedang berada berdiri di tepi katilnya sambil tersenyum.

“Tulah, kenapa liat sangat nak bangun? Semalam pun balik lambat dari sekolah,” kata Adam. Elina mengeluh perlahan. Dia bangun dari pembaringan dan duduk di atas katil itu.

“Banyak sangat ke kerja yang mereka bagi pada Lina?” tanya Adam. Elina menggeleng. Dia tidak mahu membuat abangnya susah hati dengan keterpaksaannya menjadi pembantu kumpulan a.k.a maid X-Music.

“Taklah. Pukul berapa sekarang?” tanya Elina apabila melihat Adam sudah siap berpakian seragam. Sekali lagi Adam tersenyum.

“7.15,”

“Apa?!” Elina segera melompat turun dari katil. Dia mencapai tuala dan segera menghilang di balik pintu bilik air. Adam tergelak kecil melihat gelagat adiknya.

********************************

“Macam mana hari pertama awak kerja dengan mereka?” tanya Zila. Elina tidak menghiraukan kawannya itu dan meneruskan kiraannya.

“Mereka macam mana?” tanya Amni pula sambil duduk di sebelah Elina.


“Dashyat!” kata Elina sambil mengetap bibir geram. Zila dan Amni kelihatan terkejut.

“Tak percayalah,” kata Zila. Amni mengangguk mempertujui kata-kata Zila.

“Mereka bukan sebaik yang awak semua kira terutamanya Lee. Dia memang dasyat betul!” ujar Elina. Dia terasa geram setiap kali teringatkan jejaka dingin itu.

“Ye ke? Dia nampak pendiam. Macam mana dengan Wu?” tanya Amni. Elina berfikir seketika. Setahunya, Wu tidak pernah bercakap kasar dengannya. Dia juga selalu tersenyum.

“Wu baik,” kata Elina. Amni dan Zila tersenyum-senyum.

“Saya dah agak. Dia memang sempurna,” kata mereka. Elina meneruskan kerjanya. Dia malas melayan orang yang sedang angau seperti mereka berdua.

“Hari ini awak kena kerja juga ke?” tanya Mira apabila tiba-tiba muncul di hadapan Elina.

“Ya. Setiap hari persekolahan,” kata Elina. Zila dan Amni mengelatkan mukanya.

“Kami betul-betul cemburu pada awak,” kata Zila. Elina hanya tersenyum kelat.

"Saya lagi cemburukan awak berdua yang tak perlu layan mereka semua tu!”

0 comments: