Elina berlegar-legar di hadapan pintu bilik muzik dengan resah. Dia betul-betul serba salah samada ingin masuk atau tidak ke dalam bilik muzik itu. Dia tak mahu berhadapan dengan lima ahli kumpulan tu terutamanya Lee. Dia tu memang menakutkan dan dingin seperti ais.
“Tak payah masukla,” kata Elina perlahan. Dia sudah berkira-kira untuk pulang terus ke rumah. Dia tidak mahu menjadi pembantu mereka.
“Kenapa kau tak masuk?” kedengaran suara dingin di belakangnya. Elina tersemban ke pintu kerana terkejut. ‘La, janganlah dia lagi. Haraplah bukan Lee’ pinta Elina dalam hati. Perlahan-lahan dia berpaling ke belakang tetapi pemilik suara itu lebih pantas. Dia terus meluru ke depan dan membuka pintu dengan kuat sehingga Elina terdorong ke tepi dan bertembung dengan dinding batu. Elina segera memegang kepalanya.
“Auch!” Elina mengusap kepalanya yang perit. Dia segera memandang ke pintu. Lelaki tadi juga memandangnya dengan pandangan selamba.
“Ops,” kata Lee ringkas lalu terus menghilangkan diri di belakang pintu. Elina mengetap bibir geram. Dia mengepal penumbuk dengan tangan halusnya dan menendang pintu kuat. Selepas itu dia terduduk sambil memegang kakinya.
“Sakitnya,” kata Elina. Kakinya terasa berdenyut kerana dia menendang kuat pintu yang keras tadi. Terasa menyesal pula. Selepas sakit itu sedikit berkurangan, Elina memberanikan diri untuk membukakan pintu.
“Apa sudah jadi ni?” Elina membeliakkan matanya apabila melihat ruang tamu yang bersih semlam sudah tunggang-langgang dan dipenuhi sampah.
“Ada taufan ke semalam?” Elina menggelengkan kepalanya. Dia kemudian melangkah perlahan-lahan melewati sofa untuk menuju ke bilik yang dilengkapi dengan alat muzik. Keadaan dalam ruang itu senyap sunyi.
“Mana pergi semua orang?” Elina berkata-kata sendirian. Dia berjalan lebih jauh lagi sementara matanya meliar mencari manusia di dalam bilik muzik. Apabila langkah kakinya sudah sampai ke tempat yang dituju, dia melihat kesemua ahli kumpulan X-Music sedang berdiri dengan alat muzik masing-masing di tangan.
“Yohkoso!(Welcome)” kata Ryosuke sambil tersenyum. Di tangannya ada satu guitar bewarna hitam. Bukan Ryosuke sahaja yang tersenyum padanya, kesemua ahli kumpulan itu juga turut tersenyum kecuali…Lee!
“Arigatoh!(Terima kasih)” kata Elina sambil membalas senyuman mereka semua. Dia mencuba sedaya upaya untuk tidak memandang Lee kerana apabila melihat wajah dingin lelaki itu, rasa marahnya pasti akan meluap-luap. Lebih baik elakkan.
“Kamu semua sedang berlatih?” tanya Elina. Wu mengangguk.
“Kami berlatih setiap hari kecuali hari minggu,” kata Wu sambil tersenyum.
“Er, apa yang perlu saya buat sekarang?” tanya Elina sambil memandang ruang itu. Tidak seperti keadaan di ruang tamu mini dan meja makan yang tunggang langgang, kawasan ini kelihatan bersih.
“Kau hanya perlu lakukan sedikit kerja je,” kata Daniel. Elina tersenyum. Baguslah kalau begitu. Tak perlulah dia berpenat-lelah.
“Tapi awak harus lakukan kerja ini setiap hari,” kata Wu. Elina hanya tersenyum kelat.
“Pertama, kemas ruang tamu mini dan meja makan,” sambung Ryosuke pula. Elina terpaku.
“Kemas…kemas ruang tamu mini dan meja makan setiap hari?” tanya Elina tergagap-gagap.
Ryosuke mengangguk sementara Wu tersenyum. Serta-merta wajah Elina berubah.
“Okey, mulakan kerja kau. Kami hendak berlatih sekarang,” kata Daniel. Elina mengangguk lemah. Dia berjalan ke arah ruang tamu mini. Kedengaran muzik dan nyanyian di belakangnya. Nampaknya mereka sudah mulakan latihan.
“Alamak!” Elina menutup mulutnya dengan tangan apabila melihat keadaan ruang tamu dan meja makan. Macam sarang ular! Sekarang barulah dia dapat melihat dengan jelas betapa kotornya tempat itu. Elina menepuk dahi. Dia mencapai beg plastik hitam dan mula membuang sampah di ruang tamu dan ruang makan. Dia kemudian menyusun atur kembali perabut yang tunggang-langgang. Setelah selesai, dia menyapu seluruh kawasan itu dengan susah payah.
“Akhirnya siap juga,” kata Elina sambil menyeka peluhnya dengan sapu tangan. Dia menarik nafas lega. Perlahan-lahan, dia kembali ke ruang berlatih. Muzik dan nyanyian masih lagi kedengaran tetapi apabila Elina sampai di sana, muzik sudah berhenti.
“Saya dah kemaskan,” kata Elina. Ryosuke meninggalkan mikrofon lalu menghampiri Elina. Dia menghulurkan kad kredit kepadanya.
“Kore wa nan desu ka?(Apa ni?)” tanya Elina. Ryosuke tersenyum.
“Ini kad kredit untuk pembantu kami. Sebelum ini, kad kredit ni dipegang oleh pambantu lama,” kata Ryosuke. Elina mengangguk tetapi masih tidak mengerti kenapa kad itu diserahkan kepadanya.
“Untuk apa awak semua serahkan kad ini pada saya?” tanya Elina.
“Sebab awak yang akan beli makan tengah hari kami,” kata Ken. Elina tersentak. Makan tengah hari?
“Beli je apa-apa. Kami makan semuanya,” kata Daniel pula.
“Kecuali batu dan kayu,” sambung Wu sambil tersenyum. Elina mengeluh perlahan sambil mengambil kad kredit itu dari tangan Ryosuke.
“Iiyo(Baiklah). Saya akan beli di kantin,” kata Elina. Dia yakin kantin tentu masih ada makanan waktu ini. Ryosuke menggelengkan kepalanya.
“Kami tak makan makanan kantin. Kami beli makanan di restoran,” kata Ryosuke. Elina membulatkan mata? Restoran? Setahunya, restoran paling dekat dengan sekolah ini jauhnya hampir 800 meter. Alamak!
“Er, awak semua mahu masakan panas ke?” tanya Elina.
“Hai(Ya),” Mereka semua mengangguk kecuali Lee. Elina mengeluh perlahan.
**********************************
Terik matahari di atas kepala menyilaukan mata Elina. Peluh sudah merencik di dahinya. Elina bersusah payah menjinjing beg plastik berisi makanan dengan kedua belah tangannya.
Terik matahari di atas kepala menyilaukan mata Elina. Peluh sudah merencik di dahinya. Elina bersusah payah menjinjing beg plastik berisi makanan dengan kedua belah tangannya.
“Jauh lagi,” kata Elina sambil mengeluh perlahan. Memang nasibnya kerana restoran yang paling dekat dengan sekolah tutup hari ini. Jadi, terpaksalah dia berjalan ke restoran lain. Apabila sampai, terlalu ramai pelanggan di restoran itu dan dia terpaksa menunggu lama. Apabila makanan sudah siap, dia terpaksa berjalan semula sambil membawa makanan yang berat ini lebih dari 1 kilometer!
Elina meneruskan kembali langkahnya setelah mengelap peluhnya dengan sapu tangan. Rambutnya yang panjang sudah diikat toncang kuda. Rimas! Setelah beberapa lama, kelibat sekolahnya sudah mula kelihatan. Elina menghela nafas lega. Segera dia memasuki kawasan sekolah yang lenggang. Kakinya yang sakit tidak dihiraukan. Dia hanya mahu cepat menghantarkan makanan ini pada mereka dan pulang berehat.
“Ini makan tengah hari awak semua,” kata Elina sambil meletakkan beg plastik berisi makanan ke atas meja makan. Dia menarik nafas panjang melepaskan lelah.
“Ini bukan makan tengah hari. Dah petang ni,” kata Lee dingin. Elina menjeling jejaka itu.
“Yelah, penat kami menunggu,” rungut Ryosuke pula. Elina mengetap bibir geram.
“Saya nak balik sekarang. Awak semua makanlah,” kata Elina. Ingin sahaja dia meluahkan rasa tidak puas hatinya kepada jejaka tidak tahu berterima kasih ni. Susah payah dia membeli makanan, mereka hanya tahu bersungut sahaja. Elina mula mengatur langkah untuk beredar. Rasa penat betul-betul mencengkam tubuhnya sekarang. Rasanya dia perlu menyapu minyak urut di seluruh badan nanti. Habis sakit-sakit badannya.
“Eh, kau tak boleh balik lagi,” kata Daniel. Langkah Elina segera terhenti.
“Apa lagi yang saya perlu buat?” tanya Elina. Dia sedaya upaya tidak mengelatkan mukanya. Wu tersenyum.
“Jom makan bersama kami,” kata Wu. Elina membulatkan mata.
“Apa?” tanya Elina bingung.
“Kau tak beli makanan untuk kau ke? Ada lima je ni,” kata Daniel sambil mengeluarkan bekas polisterina dari beg plastik.
“Buat apa beli untuk saya? Itu makanan tengah hari awak semua,” kata Elina. Ryosuke tersenyum dan duduk di salah satu kerusi di meja makan itu.
“Tapi awak pun tak makan lagi. Kami memang biasa makan dengan pembantu kami dulu,” kata Ryosuke. Elina mengangguk faham.
“Oh, tak apalah. Saya dah makan tadi,” kata Elina sambil tersenyum nipis. ‘Hm, baik juga mereka ini’ kata hati Elina. Tiba-tiba muncul Cikgu Zul di ruang makan itu.
“Zul-sensei, inilah pembantu kami yang baru,” kata Wu sopan. Elina tersenyum pada guru muda itu. Guru itu juga membalas senyumannya.
“Oh, jadi saya tak perlulah susah-susah carikan pembantu yang baru dan tak perlulah susah-susah kemaskan bilik ni lagi. Awak dah menyelamatkan saya,” kata Cikgu Zul ramah sebelum hilang semula di balik pintu. Elina tersenyum kelat. ‘Cikgu Zul senang, aku pulak sensara. Jadi maid! Waa!!’ jerit hari Elina.
“Lupa pulak. Susun semula cd yang bersepah sebelum kau pulang. Sikit je. Wakarimasu-ka?(Kau faham tak?)” tanya Daniel sambil membuka bekas polisterina itu dan mula makan. Elina mengeluh. ‘Susun cd, mujurlah bukan kerja berat’ Elina menarik nafas lega.
“Wakatta(Saya faham),” kata Elina perlahan sambil berjalan ke ruang berlatih. Apabila sampai di sana, matanya terbeliak melihat berpuluh-puluh cd di atas berselerakan di lantai di seluruh ruang itu. Elina terduduk di situ.
“Alamak!!!”
1 comments:
wOw!!
best ar cter find mr glasses nie..
excited to wait sambungan dier..
Post a Comment