Elina duduk diam di sofa itu sambil menundukkan wajahnya. Walaupun sofa itu begitu lembut dan selesa, namun itu tidak dapat menghilangkan kegelisahan Elina apabila dia dipandang tajam oleh lima jejaka sekaligus.
“Untuk pengetahuan kami berlima, boleh awak bagitau kenapa awak boleh ada di sini?” tanya Ryosuke. Elina gelisah.
“Hm, sebenarnya Cikgu Zul suruh saya letak ini dalam bilik ini,” kata Elina sambil cuba mengawal gemuruhnya. Dia mengangkat bungkusan yang diserahkan Encik Zul tinggi. Daniel mengambil bungkusan itu dari tangannya Elina.
“Oh, terima kasih,” kata Daniel. Elina hanya tersenyum hambar. Mata kelima-lima ahli kumpulan itu masih tertumpu padanya dan yang paling tajam datang daripada Lee. Segera Elina menundukkan wajahnya semula.
“Dan macam mana guitar itu boleh rosak?” Wu bersuara. Elina semakin gelisah.
“Er, lengan baju saya tersangkut pada tali guitar itu dan apabila saya berpaling…guitar itu pecah,” Elina bersuara lambat-lambat. Suasana senyap sunyi seketika.
“Guitar itu baru..” kata Ryosuke. Elina mengangkat wajah.
“Saya akan ganti,” ujar Elina pantas. Dia berharap masalah ini berhenti setakat ini sahaja.
“..dan mahal,” Ken menyambung ayat Ryosuke. Serta-merta wajah Elina berubah murung. Dari mana dia hendak dapatkan duit untuk gantikan guitar itu? Minta dari mamanya? Mana boleh! Mamanya dah cukup susah. Dia tidak mahu menambah beban mamanya lagi. Keadaan senyap sunyi sementara.
“Baik kita lupakan sahaja,” kata Wu tiba-tiba. Elina terkejut memandang Wu. Begitu juga dengan rakan-rakannya.
“Mana boleh!” Lee yang asyik mendiamkan diri dari tadi tiba-tiba menyergah. Elina terkejut mendengarnya namun kelihatan Wu dan yang lain hanya tenang.
“Yalah, itu kesukaan Lee. Mana boleh kita lepaskan dia begitu saja,” kata Ken pula. Wu terdiam seketika.
“Apa kata kalau awak bayar melalui tenaga?” kata Daniel. Pandangan semua orang disitu beralih pada Daniel.
“Maksud kau?” tanya Ryosuke pada rakannya itu. Daniel tersenyum nipis.
“Jadikan dia pembantu kita. Kan pembantu kita baru resign,” cadang Daniel. Serta-merta keadaan menjadi senyap-sunyi. Elina berpeluh dingin. ‘Jadi pembantu? Tak nak!! Jangan biarkan mereka semua setuju’ Elina berharap di dalam hati.
“Hm, cadangan kau boleh diterima. Kita boleh jadikan dia pembantu sementara kita,” kata Wu. Mata Elina membulat. Tak mungkin.
“Saya setuju saja,” kata Ken. Ryosuke pula hanya mengangguk. Kini, pandangan beralih pada Lee yang masih diam. Mereka semua menunggu keputusan daripadanya.
“Dia jadi pembantu? Nampak macam baka(bodoh) je,” kata Lee. Serta-merta badan Elina berasap. ‘Dia ingat aku tak faham ke bahasa jepun? Aku fahamlah’ marah hati Elina.
“Siapa baka? Sesuka hati je nak panggil saya baka,” marah Elina. Lee segera menjeling dingin Elina dan meninggalkan Elina bersama empat lagi ahli kumpulan X-Music. Elina berpeluk tubuh. Marahnya masih bersisa.
“Awak faham bahasa jepun?” tanya Wu. Elina mengalihkan pandangannya pada Wu dan mengangguk perlahan-lahan.
“Ayah saya orang jepun,” kata Elina. Wu tersenyum.
“Baguslah kalau begitu. Kami kadang-kadang gunakan bahasa jepun untuk berbual. Awak boleh mulakan kerja awak esok,” kata Wu. Elina segera tersentak.
“Saya? Jadi pembantu awak semua? Macam….macam maid gitu?” tanya Elina tidak percaya. Keempat-empat pemuda itu mengangguk. Elina menunduk wajah hampa. Habislah!
******************************
“Apa?!!!!” Elina menutup kedua-dua belah telinganya dengan tangannya apabila Amni dan Zila menjerit di telinganya.
“Apa?!!!!” Elina menutup kedua-dua belah telinganya dengan tangannya apabila Amni dan Zila menjerit di telinganya.
“Apa? Macam mana” Kenapa?!” tanya Zila sambil menutup mulutnya yang terlopong.
“Siapa? Bagaimana?Apa?” kata Amni pula lalu membulatkan mata.
“Apa yang awak nak tanya sebenarnya ni?” tanya Elina pula. Dia tidak faham dengan soalan mereka itu.
“Maksud mereka, awak harus ceritakan semuanya,” kata Mira tenang. Zila dan Amni mengangguk pantas. Elina mengeluh perlahan.
“Kan saya dah ceritakan tadi. Saya disuruh Cikgu Zul hantar bungkusan ke bilik muzik X-Music. Bila saya masuk, saya sentuh satu gitar dalam bilik tu. Lepas tu, tiba-tiba je Lee ada di belakang saya. Er, saya pun terkejutlah dan berpaling ke belakang Dan..er tanpa diduga..er..lengan baju saya tersekat di gitar tu dan..gitar itu jatuh ke lantai lalu…pecah,” kata Elina tersekat-sekat. Dia terasa gerun pula bila teringatkan betapa menakutkan pandangan Lee terhadapnya apabila melihat gitarnya sudah hancur di lantai. Zila dan Amni pula terlopong. Mereka cuba untuk berkata-kata tetapi suaranya tidak kedengaran.
“Jadi untuk menggantikan gitar yang awak pecahkan itu, mereka suruh awak jadi maid mereka?” tanya Mira tenang. Elina berat untuk mengiakan tetapi akhirnya dia mengangguk juga. Amni dan Zila menahan nafas.
“Jangan, jangan jadi maid mereka,” kata Amni. Zila juga mengiyakan. Elina tersenyum, nampaknya kawan-kawannya begitu mengambil berat terhadapnya.
“Terima kasih kerana mengambil berat. Saya amat menghargainya,” kata Elina. Zila dan Amni menggeleng. Mereka berdua memegang tangan Elina.
“Biar kami sahaja yang menggantikan awak. Awak tak perlu,” kata Zila. Amni mengangguk. Elina berasa terlalu terharu.
“Terima kasih atas tawaran itu tapi ini memang salah saya. Jadi, saya harus menanggungnya sendiri. Saya tak boleh libatkan kamu berdua,” kata Elina. Zila dan Amni menggeleng lebih kuat.
“Tapi saya nak juga!” kata Zila sambil berpegang tangan dengan Zila.
“Saya juga!” Zila mula meraung. Elina pula mulai bingung. Kenapa dengan mereka berdua? Mereka berdua terlalu sedih dengan kesusahannyakah?
“Mereka sebenarnya nak jadi pembantu kumpulan X-Music tu. Mereka bukannya bersempati dengan awak tetapi cemburu,” kata Mira sambil memandang Amni dan Zila sambil mencebik. Elina pula tersentak.
“La, kenapa pulak? Saya kena kerjalah. Buat apa cemburu?” tanya Elina pula. Mira menpuk perlahan dahi Elina.
“Diorang nak jumpa kumpulan tu salalu lah. Kan mereka peminat fanatik,” kata Mira. Elina akhirnya mengerti. Dia memasamkan mukanya.
“Saya pun nak tukar tempat dengan awak,” kata Elina. Dia teringatkan kata-kata mereka pada akhir perbualan mereka.
“Jangan benarkan sesiapa pun masuk ke dalam bilik muzik ni termasuk kawan-kawan awak!” keras bunyi arahan itu. Mereka juga memintanya merahsiakan tentang pekerjaannya nanti. Mungkin untuk tidak menimbulkan masalah. Cuma, mereka juga memberikan sedikit pengecualian. Hanya beberapa orang dia betul-betul percayai sahaja yang boleh diberitahu. Hendak tak hendak, dia terpaksa mengikut.
“Saya nak jadi pembantu mereka!” kata Zila dan Amni sambil menghentakkan kaki. Mira dan Elina hanya memerhati mereka berdua melepaskan rasa sedih. Kesian….
3 comments:
hehe, kesian....
hehe.. mcm ade persamaan ngan citer ouran host club..tp enjoy..(^_^)V
mcm cite korea je..hurmm.. mcm boy over flower.
Post a Comment