CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »
Cerita ini hanyalah rekaan semata-mata ya. Tak ada kena mengena dengan yang masih hidup atau yang sudah meninggal dunia. Mungkin cerita ni macam tak logik skit tapi ini semua hanyalah untuk hiburan sahaja ya.. ^_^

Thursday, 18 December 2008

Bab 3



“Kenapa dengan Lina ni? Cam tak sihat je,” tegur Adam sambil duduk di sebelah Elina. Segera Elina melentokkan kepalanya di bahu abangnya. Dia tidak kisah walaupun ini masih kawasan sekolah. Dia betul-betul perlukan tempat menyandar sekarang. Kepalanya terasa pening. Mungkin kerana dia tidak biasa menghadiri persembahan sebegitu. Persembahan tadi juga adalah persembahan pertama X-Music yang dihadirinya.

“Macam mana persembahan X-Music tadi? Abang tengok ramai betul yang datang. Bunyi muzik dan jeritan kuat betul. Sampai luar dewan boleh dengar,” kata Adam. Dia membiarkan sahaja Elina melentokkan kepalanya di bahunya. Elina mengeluh perlahan.

“Dashyat betul. Sesak sangat dalam sana. Bunyi muzik pun kuat sangat. Elina tak tahan,” kata Elina perlahan. Adam tersenyum kecil.

“Ye ke? Yang lain gembira je,” kata Adam lagi. Elina mencebikkan bibirnya.

“Mereka tak apalah. Tadi hampir nak roboh dewan sebab mereka menjerit dan terlompat-lompat. Kenapa mereka minat sangat kumpulan tu?” Elina melepaskan geram. Adm tersenyum kecil lagi.

“Ini persembahan pertama mereka tahun ini. Tentu ramai nak tengok. Lagipun mereka kan baru balik dari pertandingan,” kata Adam. Elina hanya diam. Pening kepalanya masih lagi ada.

“Jom kita balik. Dah lewat ni. Sekolah pun dah tak ada orang,” kata Adam sambil menolong Elina berdiri. Adam kemudian memimpin tangan adiknya dan berjalan untuk meninggalkan kawasan sekolah. Beg adiknya turut dipegang dengan tangannya yang sebelah lagi. Elina mengeluh. Dia berjanji, dia tak akan datang ke persembahan mereka lagi. Buat sakit badan je. Tiba-tiba kepala Elina berdenyut-denyut dan tiba-tiba sebiji objek mengenai kepalanya. Serta-merta Elina terduduk. Dia memegang kepalanya. Sakit.

“Apa ni? Botol air?!” Elina melihat botol air yang masih belum dibuka itu dengan perasaan geram. Tiba-tiba sekumpulan lelaki datang menghampiri Elina dan Adam. Mereka berdua dengan mudah dapat mengecam sekumpulan lelaki itu. X-Music!

“Gomen nasai. Er, maksud saya..minta maaf,” kata Ryosuke apabila melihat Elina yang masih menggosok kepalanya. Dia segera mentafsirkan bahasa Jepunnya tadi apabila menyedari bahawa gadis itu tidak akan faham. Adam segera membantu Elina berdiri.

“Lain kali, hati-hatilah sikit,” suara Adam kedengaran sedikit keras. Elina segera memegang tangan abangnya dan mengisyaratkan supaya bertenang. Dia memandang ahli kumpulan X-Music di hadapannya.

“Maa ii dashou(tak apa)” balas Elina dalam bahasa jepun juga. Dia kemudian menarik abangnya dan berlalu pergi. Kelihatan wajah kelima-lima ahli kumpulan X-Music itu terkejut sebelum mereka juga berlalu pergi.

**************************

“Menyesal betul saya pergi semalam,” kata Elina sambil memicit-micit kepalanya yang masih berdenyut sedikit. Mira menggeleng.

“Best jugak diorang tu. Suara, muzik dan tarian. Semuanya bagus. Patutlah ramai yang gilakan mereka tapi saya tetap tak minat. Bukan taste saya,” kata Mira. Elina bersetuju.

“Ya, bukan taste kita,” kata Elina. Zila dan Amni segera menarik muka apabila mereka berkata begitu.

“Awak berdua ni pelik,” komen Zila.

“Biarlah. Asalkan saya bahagia,” kata Mira. Elina tersenyum. Tiba-tiba Adam datang menghampiri mereka sambil memberikan panadol kepada Elina.

“Pening lagi ke? Makan panadol ini,” kata Adam. Kawan-kawannya terlopong apabila Elina mengambilnya dan terus menelan panadol itu.

“Latihan hari ini dibatalkan. Lina tunggu ya. Kita balik sama-sama,” kata Adam. Dia kemudian keluar dari kelas Elina.

“Elina, siapa tadi tu?” tanya Amni segera. Dia memandang tepat wajah wajah Elina. Mira dan Zila juga berkelakuan seperti Amni.

“Er…” Elina teragak-agak. Dia sebenarnya tidak mahu mendedahkan hubungannya dengan Adam di sekolah ini. Apabila perkara ini terbongkar, peminat abangnya yang sememangnya ramai pasti akan mencarinya.

Status abangnya sebagai wakil badminton sekolah membuatnya popular dan para peminatnya pasti mahu mencungkil rahsia abangnya daripadanya. Oleh sebab itulah, apabila dia berpindah ke sekolah ini tahun lepas abangnya menyuruhnya merahsiakan hubungan mereka. Pada mulanya, dia pelik juga tapi akhirnya dia faham. Entah kenapa hari ini abangnya menunjukkan sikap prihatinnya di hadapan orang ramai walaupun orang lain pasti akan syak. Hm, mungkin abang risaukannya.

“Pakwe awak ke?” teka Zila.

“Tak adalah!” Elina segera menangkal namun kelihatan kawan-kawannya tidak percaya. Mereka merenungnya dengan pandangan tajam. Yang paling Elina tidak percaya, Mira turut merenungnya sebegitu.

“Tipu. Dia tu taste awak, kan? Dia pakai glasses,” kata Zila sambil mengangkat sebelah keningnya. Elina terpaku seketika. Dia terlupa, Adam memakai glasses. Hm, patutlah nampak handsome je.

“Kenapa senyum sorang-sorang ni? Betul, kan? Dia pakwe awak,” kata Amni. Elina tersenyum lagi.

“Suka hati awak semualah nak fikir macam apa. Saya tak akan jawab,” kata Elina. Mira, Amni dan Zila kelihtan lebih curiga.

“Awak tau tak, dia tu popular juga di sekolah ni. Boleh kata, dia tu ramai peminatlah,” kata Zila. Elina mengangguk sambil tersenyum.

“Kan saya dah kata, pakai glasses lebih menarik,” kata Elina. Serta-merta Zila dan Amni mencebikkan bibirnya.

**************************

Beg bewarna biru disandang di bahu Elina sebelum dia menuruni tangga. Dia membawa beg yang berat dengan tangannya di sebelah lagi. Apabila sampai di tempai yang dituju, Elina segera menunggu abangnya sambil menilik jam.

“Kenapa ni? Dah lama tunggu,” rungut Elina apabila Adam masih tidak muncul. Para pelajar juga sudah tiada di perkarangan sekolah. Namun, gelisahnya hilang apabila Adam menghampiri dengan raut wajah berkerut.

“Maaf. Abang ada hal tiba-tiba. Boleh Lina tunggu sekejap? Sebentar je,” pinta Adam. Elina mengeluh perlahan tetapi apabila melihat raut wajah serba salah Adam, dia mengangguk.

“Yelah, Lina tunggu tapi jangan lama sangat tau,” Elina mengingatkan. Adam tersenyum lalu terus berlari meninggalkan Elina. Sekali lagi, Elina mengeluh.

“Maaf, pelajar sekolah ini, ke?” tanya seorang lelaki 20-an pada Elina. Serta-merta Elina berdiri. Dia mengamati lelaki itu. Alamak, cikgu la.

“Ya, Cikgu Zul,” kata Elina pada gurunya itu. Tiba-tiba lelaki itu menghulurkan satu bungkusan kepada Elina.

“Boleh saya minta tolong awak? Awak tolong hantarkan bungkusan ini ke dalam bilik muzik sekolah ini,” minta Cikgu Zul berharap. Kelihatan jelas guru itu gelisah dalam raut wajahnya. Pasti ada masalah. Elina tiba-tiba berasa simpati.

“Tiada masalah cuma bilik muzik yang mana? Ada dua bilik muzik di sekolah ini,” ujar Elina. Cikgu Zul tersenyum.

“Bilik muzik kumpulan X-Music. Tolong hantarkan ya. Letak je atas meja di mana-mana sudut. Jangan risau, bilik muzik tu tak berkunci,” kata Cikgu Zul. Elina mengangguk. Dia kemudian berpisah dengan guru itu apabila dia mendaki semula tangga sekolah itu. Hm, sekali sekala menolong guru apa salahnya. Lagipun, dia juga tiada apa yang hendak di buat sekarang.

Tiga minit kemudian, Elina berada betul-betul di hadapan pintu bilik muzik. Di depannya tertanda ‘Private’. Elina jadi serba-salah. Setahunya, tiada pelajar pernah menyejakkan kakinya di situ. Malah hanya beberapa guru yang dibenarkan masuk termasuk Cikgu Zul yang memang seorang guru muzik. Elina berlegar-legar sebentar di hadapan pintu itu. Berkira-kira sama ada ingin masuk atau tidak tetapi apabila mengingati dia datang ke sini atas arahan Cikgu Zul, Elina memutuskan untuk masuk.

“Masuk ajalah,” kata Elina perlahan lalu menolak pintu itu. benar, tidak berkunci. Saat kakinya melangkah ke dalam bilik muzik itu, mulutnya memang sukar untuk ditutup.

“Cantiknya,” kata Elina perlahan. Dia memandang hiasan dalaman bilik itu yang bertemakan urban. Perabot yang moden seperti sofa dan meja kopi sungguh cantik apabila bersatu dengan dinding yang dicat putih dan kelabu. Elina melangkah lebih jauh. Kali ini dia melihat sebuah dapur kecil dan meja makan. Elina menggaru kepala. Ini bilik muzik ke apa??

“Wah,” hanya itu mampu diucapkan Elina apabila sampai di satu sudut yang dipenuhi pelbagai alat muzik, stereo, tv dan dvd player. Da juga sebuah almari yang disusun dengan berpuluh cd. Alat-alat muzik yang terdapat di situ disusun dengan baik. Antaranya adalah beberapa guitar, sebuah bass drum, sebuah piano, guitar bass dan violin? Hm, sejak bila ada ahli kumpulan ini yang reti main violin? Hm, lantaklah.

“Cantiknya guitar ni,” kata Elina perlahan sambil jari runcingnya menyentuh guitar di satu sudut. Jarinya menari-nari di situ.

“Apa kau buat di sini?” kedengaran suara dingin di belakangnya. Elina betul-betul terkejut. Dia segera segera beraksi spontan dengan berpaling pantas ke belakang. Tanpa diduga, lengan baju sekolahnya tersekat di tali guitar tersebut dan…

Dumm!!

“Alamak,” Elina memandang guitar di lantai yang sudah hancur dengan hati yang gelisah. Dia perlahan-lahan berpaling kebelakang. Matanya bertembung dengan mata dingin lelaki itu. Serta-merta Elina merasakan tangannya menggigil.

“Lee…”

3 comments:

Anonymous said...

alamak, guitar dah pecah!

cocktail said...

asal rase cte nei mcm cite hana yori dango or boys over flower..hurmm..x pe la bace la dulu..

Balqis Maizah said...

hwrrmmmm...cerita ney ada kena mengena ngan amir tuh tak?