CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »
Cerita ini hanyalah rekaan semata-mata ya. Tak ada kena mengena dengan yang masih hidup atau yang sudah meninggal dunia. Mungkin cerita ni macam tak logik skit tapi ini semua hanyalah untuk hiburan sahaja ya.. ^_^

Tuesday, 16 December 2008

Bab 2


Langit yang cerah tanpa dilindungi awan dipandang Elina dengan kusyuk. Bintang-bintang yang bertaburan di langit malam sungguh cantik. Leka Elina seketika. Dia kemudian merenung gambar seorang lelaki jepun di tangannya. Gambar itu adalah gambar ayahnya.

“Lina, jom turun makan,” panggil satu suara dari balik pintu. Elina segera menutup tingkap biliknya dan meletakkan bingkai gambar itu di atas meja. Dia kemudian membuka pintu. Seorang wanita akhir tiga puluhan sedang tersenyum dihadapannya.

“Mama, kenapa tak panggil Lina? Lina boleh tolong mama sediakan makan malam,” kata Elina sambil memeluk tangan Puan Mariana. Dia kesian dengan ibunya sebenarnya. Sejak kematian bapanya sewaktu dia berumur sepuluh tahun, ibunya bekerja keras untuk membesarkannya dan abangnya. Sekarang, walaupun kehidupan mereka tidak mewah, Elina sudah rasa bersyukur. Mariana hanya tersenyum sambil berjalan ke arah dapur.

“Tak apa. Mama cuma perlu panaskan lauk aja,” kata Puan Mariana. Seketika kemudian, mereka berdua sampai di dapur. Seorang jejaka sedang menunggu di meja makan.

“Onii-chan(abang), dah balik? Lambat abang balik hari ini,” Elina menegur abangnya yang hanya tua setahun daripadanya itu. Adam tersenyum melihat adik perempuannya.

“Abang tak sedar dah lewat bila berlatih dengan kawan tadi,” kata Adam. Elina mencebikkan bibirnya.

“Kalau pasal badminton, terus lupakan semuanya,” kata Elina. Adam menarik hidung adiknya. Segera Elina menepis. Adam ketawa.

“Lina-chan cemburu ke? La, dengan bedminton pun nak cemburu. Apalah adik abang ni. manja sangat,” usik Adam. Muka Elina semakin kelat.

“Sudahlah tu. Makan cepat. Nanti sejuk pula,” celah Puan Mariana. Elina dan Adam mengangguk lalu mula makan. Puan Mariana kembali menghilang di dapur.

“Abang dengar, esok kumpulan X-Music nak buat persembahan kat sekolah kita esok. Lina pergi tengok tak?” tanya Adam tiba-tiba. Elina tersentak. Dia terdiam seketika.

“Lina tak nak pergi tapi kawan Lina nak pergi sangat. Dia paksa Lina pergi jugak,” kata Lina bosan. Adam ketawa kecil. Elina mengerutkan kening.

“Kenapa ketawa?” tanya Elina. Adam berhenti ketawa dan hanya tersenyum.

“Takkan Lina tak nak pergi. Abang dengar tadi ramai yang nak pergi. Pelajar sekolah lain jugak,” kata Adam. Elina mengeluh.

“Ni yang Lina malas ni. Tentu ramai orang,” kata Elina. Dia berkira-kira untuk tidak pergi tetapi apabila teringat kata-kata Amni yang keras tadi, niat itu mati serta-merta.

“Ramai yang sanggup pergi. Diorang tu pujaan wanita,” kata Adam. Elina mencebik.

“Maaf, diorang tu bukan taste Lina,” kata Elina. Adam mengangkat sebelah keningnya.

“Habis, Lina suka jenis yang mana?” tanya Adam. Elina tersenyum.

“Himitsu(rahsia)….”

*******************************



Peluh yang keluar di dahi diseka Elina dengan sapu tangan. Dia memandang sekeliling. Kawasan dewan sudah sesak dengan orang ramai walaupun masa persembahan hanya akan bermula setengah jam lagi. Rata-ratanya yang adalah wanita dan pelajar sekolah menengah. Pelajar lelaki dan beberapa orang guru juga kelihatan di dalam dewan sekolah yang besar ini. Elina mengeluh lagi. Rambut lurus panjang yang dilepaskan segera diikat toncang kuda. Rimas.

“Panaslah di sini,” rungut Elina. Mira di sebelahnya mengangguk.

“Yalah. Kenapa kita ikut mereka ha? Lebih baik tidur kat rumah,” kata Mira. Dia mengibas-ngibas badannya dengan kertas. Suasanya yang sesak menyebabkan suasana menjadi panas namun tiada seorang pun yang menghiraukannya. Mereka lebih sanggup menunggu semata-mata mahu melihat pujaan mereka. Namun Elina dan Mira berbeza. Mereka bukan peminat kumpulan ini dan mereka tidak mahu langsung berada di sini.

“Ramai betul pelajar sekolah lain. Habis sesak dewan,” kata Zila. Dia turut mengebaskan badannya dengan kertas.

“Macam mana mereka tahu, ha? Kalau sekolah kita je, tentu selesa sikit,” rungut Amni pula. Mira dengan bersusah payah menepuk bahu Amni dan Zila.

“Awak berdua pun ada datang ke sekolah mereka bila X-Music buat persembahan di sana. Bertolak ansurlah,” tegur Mira. Dia terpaksa menguatkan suaranya kerana suasana bising di dalam dewan itu. Amni dan Zila hanya mencebik.

“Mujur kita tukar baju biasa. Kalau pakai baju sekolah, memang lencun dengan peluh jadinya,” kata Elina. Kawan-kawannya segera bersetuju. Elina kembali diam, menunggu ketibaan kumpulan itu dengan bosan. Setengah jam berlalu namun kelibat kumpulan itu masih tidak kelihatan.

“Lambat lagi ke? Saya dah nak patah kaki berdiri ni,” kata Elina sambil mengurut-ngurut kakinya. Zila dan Mira juga kelihatan gelisah. Bukan mereka sahaja, malah hampir kesemua manusia di dalam dawan itu kelihatan gelisah. Tidak lama kemudian, pintu dewan tertutup dan keadaan menjadi senyap sunyi.

“Mereka dah sampai lah!” jerit Zila. Elina segera memandang ke tempat yang ditunjukkan Zila. Serta-merta dewan itu dipenuhi sorakan apabila lampu pentas dibuka. Mata Elina serta-merta melekap pada lima orang jejaka di atas pentas. Tiga orang bersedia dengan alat muzik masing-masing iaitu guitar, bass guitar dan bass drum. Dua orang pula memegang mikrofon di tangan. Mereka semua memakai pakaian yang hampir sama walaupun sedikit berbeza. Jaket hitam bersama dengan t shirt putih. Seluar mereka juga agak berbeza walaupun dibuat daripada bahan yang sama, khakis. Panampilan mereka memang hebat, Elina akui itu. Dengan stail rambut yang berbeza-beza yang amat sesuai dengan wajah seperti cina dan jepun mereka, kelihatan sangat menarik.

“Selamat datang ke persembahan kami, X-Music!” salah seorang jejaka yang memegang mikrofon menjerit. Para penonton menjerit dengan lebih kuat. Bergegar otak Elina jadinya. Dia menekupkan telinganya dengan tangan.

“Kami akan mempersembahkan lagu yang dipopularkan oleh Yellowcard, Only One,” kata jejaka seorang lagi yang memegang mikrofon. Selepas itu, muzik mula kedengaran daripada sepeaker di sekeliling dewan. Ketiga-tiga ahli kumpulan itu juga mula memainkan alat muzik mereka. Elina menekup telinganya. Muzik yang bingit itu ditambah dengan jeritan penonton yang seperti histeria itu, merimaskan Elina.

Broken this fragile thing now

And I can't, I can't pick up the pieces
And I've thrown my words all around

But I can't, I can't give you a reason


“Wu handsome betul, kan?” tanya Zila sambil menjerit.

“Yalah, Ryosuke pun handsome jugak. Cool betul cara diorang berdua menyanyi!” kata Amni kuat di telinga Zila.

I feel so broken up (so broken up)
And I give up (I give up)

I just want to tell you so you know


“Muka ahli kumpulan betul-betul seiras macam kumpulan TVXQ. Tengok Lee tu. Seiras sangat macam Hero Jae Joong. Kalau saya tak dapat Hero, dapat Lee pun jadilah,” kata Amni kuat agar suaranya tidak tenggelam dalam bingit muzik dan jeritan yang kuat.

“Tapi dia pendiam sikit,” kata Zila pula. Elina dan Mira pula mengalihkan pandangan pada Lee yang ditunjukkan oleh Amni. Mereka dapat melihat persembahan dengan jelas kerana dekat dengan pentas. Kelihatan jejaka itu begitu cool dengan guitar bassnya. Tiba-tiba ketiga-tiga ahli pasukan itu meninggalkan alat muzik mereka dan menyertai dua orang kawannya dan mereka semua mula menari.

Here I go, scream my lungs out and try to get to you
You are my only one
I let go, but there's just no one that gets me like you
You are my only, my only one

Teriakan daripada penonton semakin kuat. Elina mula tidak tahan dengan suasana ini. Dia memang tidak suka dengan tempat yang sesak. Terasa menyasal datang ke sini.
“Awak, saya nak pergi tempat lain,” jerit Elina. Zila dan Amni langsung tidak memeperdulikannya. Mereka sibuk menikmati persembahan itu sambil turut menari mengikut alunnan muzik. Bukan mereka berdua sahaja, malah hampir kesemua penonton kelihatan begitu seronok. Mira pula dia tidak bergerak. Nampaknya dia masih dapat bertahan dalam keadaan serba sesak ini.

Elina bersusah payah meredah para penonton dan pergi ke belakang. Akhirnya Elina sampai ke belakang. Di sana, keadaan lebih tenang. Elina menyandarkan badannya pada dinding sambil memerhati kumpulan itu dari jauh.


Made my mistakes, let you down
And I can't, I can't hold on for too long
Ran my whole life in the ground
And I can't, I can't get up when you're gone

Keadaan menjadi lebih kecoh apabila kelima-lima ahli kumpulan itu menyanyi dan menari bersama-sama. Pelajar-pelajar permpuan semuanya kelihatan seperti diserang histeria. Menjerit-jerit dan menari-nari. Elina menggelengkan kepalanya. Terasa berat kepalanya mendengar semua hiruk pikuk ini. Walaupun dia berada di belakang, muzik dan nyanyian begitu jelas kedengaran.

And something's breaking up (breaking up)
I feel like giving up (like giving up)
I won't walk out until you know

“Menakutkan,” kata Elina perlahan. Maksud kata-katanya adalah betapa popular menakutkan mereka berlima ini. Untk pengetahuan semua, mereka ini adalah pelajar tingkatan lima sekolah ini yang masing-masing bernama Ken, Daniel, Lee, Wu dan Ryosuke. Kumpulan ini baru ditubuhkan tahun lepas dan sejak itu, mereka aktif membuat persembahan di sekolah ini malah di sekolah-sekolah lain juga. Mereka juga menyertai pertandingan nyanyian seluruh negara. Sekarang pun mereka baru pulang dari sebuah pertandingan nyanyian di Pulau Pinang. Oleh sebab itulah mereka amat terkenal di kalangan pelajar sekolah.

Here I go, scream my lungs out and try to get to you
You are my only one
I let go, but there's just no one that gets me like you
You are my only my only one

Mereka menjadi kesayangan guru ditambah dengan kecemerlangan akademik yang langsung tidak terjejas walaupun banyak masa mereka dihabiskan untuk berlatih dan membuat persembahan. Mereka juga berasal daripada keluarga yang kaya raya dan mempunyai wajah yang cukup menarik. Kebanyakan ahli kumpulan itu kacukan daripada jepun, korea dan China. Selain itu, ada satu bilik muzik yang dikhaskan untuk kumpulan X-Music ini berlatih. Tiada pelajar yang boleh menjejakkan kaki di sana kecuali mereka sendiri dan guru terpilih sahaja. Dia juga hairan mengapa mereka berlima ini boleh mempelbagaikan stail rambut mereka dan tidak terikut langsung dengan peraturan sekolah. Selamba je. Guru-guru juga tak melarang mereka. Oh, bertuahnya. Walaupun begitu, mereka masih tidak mempunyai lagu sendiri. Dalam setiap persembahan, mereka menukar-nukar menyanyikan lagu penyanyi lain tetapi menitipkan sedikit kelainan dalam setiap persembahan mereka.

Here I go so dishonestly
Leave a note for you my only one
And I know you can see right through me
So let me go and you will find someone

Elina kembali merenung ahli kumpulan itu yang rancak di pentas. Mereka semua memang berbakat. Baik dalam vokal, tarian dan juga alat muzik. Kesemua mereka mempunyai bakat tersebut walaupun kelebihan dalam alat muzik adalah berbeza. Wu adalah vokalis utama dan dia boleh bermain piano dan guitar dengan baik, kelebihan Lee adalah guitar, Daniel juga guitar, Ken drum dan Ryosuke, drum dan guitar. Macam mana dia tahu semua itu? Dua orang rakannya adalah peminat fanatik diorang. Hm, dua orang ahli kumpulan yang menyanyi pada permulaan persembahan adalah Wu dan Ryosuke. Memang selalunya hanya mereka yang menyanyi manakala yang selebihnya hanya memainkan alat muzik mereka. Entah kenapa hari ini ketiga-tiga jejaka itu turut menyanyi namun tidak dinafikan, suara mereka semua memang best.


Here I go, scream my lungs out and try to get to you
You are my only one
I let go, but there's just no one, no one like you
You are my only, my only one
My only one
My only one

Sekali lagi jeritan daripada penonton bergema. Entah kenapa tetapi Elina yakin pasti berkaitan dengan kumpulan itu. Serentak itu Elina menekupkan telinganya dengan tangan. Bising betul!

1 comments:

Anonymous said...

Waaa!!!!