“Dah tak ada ciri lain ke yang awak suka? Kenapa glasses?” tanya Amni dengan muka berkerut. Elina hanya terus berjalan terus tanpa memperdulikan kata-kata Amni. Dia memegang buku teks fiziknya dengan kemas. Dia rimas sebenarnya. Dari semalam Amni asyik bertanyakan tentang hal itu.
“Elina, saya sedang cakap dengan awak ni,” kata Amni dengan geram. Dia menyaingi langkah Elina dan berdiri di hadapannya sambil bercekak pinggang.
“Kita kan lambat ke makmal ni. Saya cerita lain kalilah ya,” Elina cuba memujuk Amni. Kelihatan temannya itu terdiam. Elina segera tersenyum lalu memeluk tangan Amni.
“Jom,” Elina bergerak pantas. Tiba-tiba dia bertembung dengan seseorang. Matanya Elina tiba-tiba bersinar. Amni memandang temannya itu dengan pandangan aneh.
“Awak suka Amir?” tanya Amni apabila mereka sudah jauh dari lelaki itu.
“Dia nampak cute sangat pakai glasses!” kata Elina dengan mata bersinar. Amni menepuk dahi.
“Budak nerd tu awak kata cute? Tak betul ke?!” tanya Amni sambil menggeleng kepala.
“Asalkan dia pakai kaca mata, dia nampak cute sangat!” kata Elina bersungguh-sungguh. Amni terlopong. ‘Kawan aku memang betul-betul tak betul!’ jerit hati Amni.
************************
Elina membawa gelas berisi air milo dan berjalan ke sebuah meja sebelum duduk di situ. Tangannya mengoyak palstik yang membalut roti berisi sosej. Dia kemudian menguyah roti itu perlahan-lahan. Selepas itu telinganya menangkap bunyi batukan.
“Makan perlahan-lahan. Jangan gelojoh sangat,” nasihat Elina sambil menghulurkan air milonya pada Amni. Amni segera menyambut dan meneguk air milo itu sehingga air itu hanya berbaki separuh gelas. Elina menggeleng melihat telatah kawannya.
“Kuat betul awak makan,” kata Elina apabila melihat Amni mula memakan roti yang lain pula.
“Tak apa. Saya tak makan sarapan tadi,” jawab Amni selepas habis mengunyah. Elina tersenyum.
“Okey, saya dah kenyang,” kata Amni tiba-tiba. Elina tersentak. Cepatnya.
“Kenapa cepat sangat awak makan? Tak baik tau!” kata Elina. Amni tersengeh.
“Saya nak dengar cerita awak. Sekarang awak tak boleh mengelak lagi. Kenapa awak suka lelaki pakai kaca mata?” tanya Amni. Elina mengeluh. Dia terdiam seketika.
“Entahla. Saya pun tak pasti . Yang saya tahu, saya suka glasses. Saya tengok benda itu cute betul!” muka Elina mula nampak bercahaya apabila dia berkata begitu. Amni mengangkat sebelah keningnya.
“Hah?” Elina hanya tersenyum apabila Amni hanya mengluarkan perkataan itu. Dia sendiri pun tidak faham mengapa dia sukakan ciri itu dan tidak tertarik dengan ciri lain. Dia tidak kisah kalau jejaka itu tidak kacak. Asalkan seseorang itu memakai kaca mata, itu sudah cukup untuk kelihatan kacak dan cute di matanya. Mungkin orang lain akan mengatakan yang dia pelik, malah dia juga merasakan yang dirinya pelik tapi dia tidak kisah. Dia gembira sahaja.
“Kat sekolah ni jarang pelajar pakai glasses,” kata Amni. Emilia menganngguk. Ini satu sebab mengapa dia tidak suka belajar di sekolah ini. Bilangan pelajar yang memakai kaca mata di sekolah ini boleh dibilang dengan jari sahaja. Itupun mereka telah awal-awal dicop nerd oleh pelajar-pelajar. Walaupun begitu, dia tak kisah. Dia tetap sukakan glasses.
“Elina tidak kisah,” katanya. Amni segera mengalihkan pandangannya.
“Hai, dah siap makan?” sapa Mira sambil duduk di sebelah Amni. Elina menggeleng sebelum kembali menguyah rotinya.
“Awak tak makan ke?” tanya Amni. Dia memandang Zila yang sedang seyum berseri-seri.
“Kami dah kenyang,” jawab Zila. Amni semakin hairan. Elina juga begitu.
“Hei, selalunya awak yang paling banyak makan. Kenapa hari ini kenyang pulak?” sindir Amni. Elina tersenyum apabila mendengar sindiran kawannya itu. Mulut jahat betul!
“Kami tengah gembira tau!” kata Zila. Dia kelihatan sangat senang hati sehingga tidak memeperdulikan sindiran Amni. Elina mengangkat sebeleh keningnya. Apa yang digembirakan sangat?
“Maaf, bukan kami. Dia seorang je yang gembira,” balas Mira. Zila mencebikkan bibirnya.
“Apa yang gembira sangat?” tanya Elina. Zila tersengeh-sengeh.
“Sebenarnya…” Zila terhenti seketika.
“Sebenarnya apa? Beg duit awak kena curi ke?” tanya Amni tidak sabar. Serta-merta muka Zila berubah kelat.
“Tu bukan berita gembiralah. Hm, sebenarnya X-Music nak buat persembahan petang esok! Di dewan sekolah ni!” jerit Zila dan kemudian disusuli dengan jeritan Amni. Mereka berdua melompat-lompat sambil berpegangan tangan. Elina dan Mira pula segera menekup telinga mereka dengan tangan. Bising betul!
“Ye ke? Dari mana awak tahu?” tanya Amni teruja. Kelihatan senyum lebar di bibirnya.
“Tadi cikgu yang bagitau saya. Awak, seronoknya! Nak pergi tak?!” tanya Zila. Amni segera mengangguk setuju.
“Mestilah. Dah lama tak tengok persembahan diorang. Alamak, esok nak pakai baju apa ya?” Amni serta-merta menggelabah. Elina dan Mira saling berpandangan melihat gelagat dua orang rakannya itu.
“Yang awak berdua seronok sangat ni apasal? Entah-entah esok tak boleh tengok sebab dewan dah penuh,” kata Mira. Serta-merta wajah Zila dan Amni berubah muram. Mereka duduk di sebelah Elina dengan riak hampa.
“Yalah, lupa pulak. Tentu budak sekolah lain pun datang jugak. Campur dengan sekolah kita, manalah nak muat dewan tu. Kalau dapat masuk pun, tentu boleh tangok dari jauh saja,” kata Amni kecewa. Zila juga menganggukkan kepalanya. Mira dan Elina berpandangan. Terasa kesian lah pulak.
“Apa kata kalau awak berdua dan tandakan tenpat awal-awal. Tentu boleh,” kata Elina. Dia berharap kata-kata itu dapat menaikkan kembali semangan Zila dan Amni. Nampaknnya kata-katanya itu memberi kesan apabila mereka berdua mula menguntumkan senyuman.
“Yalah, kalau kami datang awal, tentu boleh. Awak berdua nak ikut tak?” tanya Zila. Elina dan Mira berpandangan.
“Er, tak naklah. Awak berdua sajalah yang pergi,” tolak Elina. Mira mengangguk kepalanya, menandakan yang dia juga sependapat dengan Elina. Mulut Zila dan Amni tiba-tiba memuncung.
“Kami tak kira. Awak berdua kena ikut juga!” kata Amni keras. Elina dan Mira menggigit bibir. Alamak!
2 comments:
nak komen sikit, boleh tak?
mana satu watak yang betul tu?
elina atau emilia??
sy pun suka mamat pakai spek. rasa comel jugak..
Post a Comment