CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »
Cerita ini hanyalah rekaan semata-mata ya. Tak ada kena mengena dengan yang masih hidup atau yang sudah meninggal dunia. Mungkin cerita ni macam tak logik skit tapi ini semua hanyalah untuk hiburan sahaja ya.. ^_^

Tuesday, 30 December 2008

Bab 14


Elina melontarkan pandangan ke arah persekitaran sekolah itu yang agak besar. Dia kagum dengan keindahan taman di sekolah itu, sungguh cantik dan teliti. Malah, terdapat air terjur buatan dan kolam yang agak besar.

“Cantik, kan?” ada suara menegurnya. Elina segera berpaling.

“Cikgu Anita! Ya, cantik sangat,” ujar Elina dalam senyuman. Tiba-tiba matanya menangkap kelibat Lee berlalu di hadapannya sebelum menghilang.

“Lee, dia mahu ke mana?” tanya Elina. Cikgu Anita tersenyum.

“Tentu ke dewan. Dia pegi jumpa dengan ahli kumpulan X-Music yang lain,” jawab Cikgu Anita. Dia kemudian duduk di satu bangku di situ. Elina mengikut sahaja.

“Cikgu pun uruskan X-Music juga?” tanya Elina. Sebenarnya dia keliru sebenarnya. Dia langsung tidak tahu apa-apa tentang X-Music.

“Ya, tapi Cikgu Zul yang lebih banyak melibatkan diri. Cikgu Zul macam pengurus mereka. Cikgu membantu Cikgu Zul saja,” kata Cikgu Anita. Elina makin kehairanan.

“Mereka tak nak gubah lagu sendiri dan pasarkan album? Kenapa asyik nyanyi lagu orang lain?” tanya Elina lagi.

“Itu cikgu tak tahu. Elina tanyalah mereka sendiri,” Cikgu Anita tersenyum. Elina menopang dagu dengan tangan. Hm, mereka ni memang…..misteri. Terutamanya Lee!

“Seronok jadi pembantu mereka?” tanya Cikgu Anita. Elina mencebik bibir.

“Bukan pembantu tapi maid! Hm, macam nanny mereka pun ada juga,” ujar Elina dengan wajah kelat. Cikgu Anita ketawa kecil.

“Macam Tiffany. Dia pun ada cakap macam tu,” ujar Cikgu Anita sambil ketawa. Elina mengangkat kening.

“Siapa Tiffany?” tanya Elina. Cikgu Anita menghentikan tawanya sebelum tersenyum.

“Jom, ke dewan,” Cikgu Anita berdiri dan mula beredar. Elina termanggu. Kenapa soalannya tidak berjawab?
**********************************

“Elina-chan,” Elina terkejut apabila Daniel memanggilnya begitu apabila dia sampai ke dewan.

“Chan?” Elina mengurut leher perlahan. Daniel ketawa kecil.

“Kau ingat aku akan panggil kau macam tu? Jangan harap. Ee,” Daniel menahan ketawa dengan menekan-nekan perutnya. Elina menampar perlahan bahu Daniel.

“Daniel-senpai!” Elina mengelatkan wajah. Tiba-tiba barulah dia perasan yang pakaian Daniel sudah bertukar. Dari pakaian sekolah, Daniel sekarang memakai kemeja putih dengan tali leher hitam yang tidak kemas. Elina menarik tali leher itu, menyebabkan lelaki itu yang jauh lebih tinggi daripadanya, menunduk. Elina tersenyum kecil.

“Kenapa pakai tali leher macam ni? Mari saya betulkan,” Elina mula membetulkan tali leher itu dengan kedua belah tangannya. Daniel memandang ke arah lain.

“Kenapa tak pandang saya?” tanya Elina. Daniel diam.

“Kalau dia pandang awak, kena ciumlah awak,” Ryosuke menghampiri mereka berdua sambil tergelak kecil. Elina mengerutkan leher sedangkan Daniel sudah mula menjeling tajam Ryosuke seperti memberi amaran.

“Kenapa pulak? Ops, lupa pula. Awak dekat sangat dengan saya. Hm, dah kemas pun. Ish, Ryosuke-senpai, tali leher awak pun tak kemas. Mari saya betulkan,” Elina melepaskan tali leher Daniel dan menghampiri Ryosuke pula. Kali ini, Ryosuke-senpai sendiri yang menundukkan wajahnya. Memudahkan Elina tanpa perlu menarik lelaki itu menunduk. Daniel pula memandang ke arah lain. Entah ekspresi apa terpapar di wajahnya sekarang.

“Ryosuke dan Daniel saja ke? Kami, Elina-kun tak nak betulkan ke?” Wu menghampiri dengan Ken sambil tersenyum. Elina membalas senyuman lelaki itu. Dia menghampiri Ken dan membetulkan tali lehernya.

“Gahm-sah-hahm-ni-da!(terima kasih)” Elina hanya tersenyum mendengar kata-kata itu. Dia menghampiri Wu. Keningnya berkerut.

“Macam mana saya nak betulkan tali leher awak kalau awak tak pakai tali leher?” Elina memeluk tubuh. Wu tersenyum lalu menghulurkan tali leher hitam di tangan kanannya.

“Tolong saya. Boleh?” tanya Wu. Elina tersenyum kecil. Dia mengambil tali leher itu dari tangan Wu

“Mestilah boleh tapi awak tunduk sikit ya. Awak semua ni tinggi betul,” Elina melilitkan tali leher di sekelliling leher kemeja Wu. Beberapa saat kemudian, Elina melepaskan tali leher Wu sambil tersenyum.

“Lee, ke sini,” Ken melaung ke arah Lee di atas pentas. Elina memandang ke arah lain. Dia tidak selesa sebenarnya dengan Lee.

“Ada apa?” tanya Lee apabila sudah berada di sebelah Ken. Ryosuke tersenyum.

“Ni, tali leher kami semua dah dibetulkan Elina-kun. Jadi, sekarang dia betulkan tali leher kaulah pulak,” kata Ryosuke selamba. Elina terlopong? Betulkan tali leher untuk Mr.Cold tu? Tak naklah!

“Tak payah. Nanti lebih teruk jadinya,” jawab Lee dingin lalu berlalu. Elina menggigit bibir. ‘Siapa nak tolong kau, ha? Aku pun tak nak!’ Elina menjerit geram di dalam hati.

0 comments: