“Elina, tolonglah kami!” rayu Amni sambil memegang kejap tangan Elina.
“Yalah, tolonglah kami. Kami nak pergi!” rayu Zila penuh harap pula. Elina semakin serba-salah. Apa yang perlu dia buat sekarang?
“Sa…saya tak tahu,” ujar Elina. Zila memegang sebelah tangan Elina lagi.
“Awak kan boleh minta daripada mereka semua tu. Kami bukannya minta percuma. Kami akan bayar. Cuma kami tak dapat beli tiketnya. Pasti mereka ada tiket lebih. Tolonglah, Elina,” rayu Amni lagi. Elina terdiam seketika. Sejak mereka berdua mendengar tentang persembahan X-Music di Sekolah Menengah M semalam, mereka berdua asyik mendesaknya agar mendapatkan tiket untuk ke sana. Masalahnya, Elina tidak tahu bagaimana untuk mendapatnya. Minta dari X-Music? Kelihatan seperti dia menyalahgunakan kedudukannya sebagai pembantu mereka pula.
“Awak berdua harus faham. Elina hanya pembantu. Dia tidak boleh meminta sesuka hati. Lagipun, tak adil bagi orang lain. Macam dia menyalah gunakan kedudukannya. Tentu semakin ramai yang tak puas hati dengan Elina,” tegur Mira. Elina memandang Mira sambil mengucapkan terima kash dari hujung bibir. Mira tersenyum kecil. Amni dan Zila pula melepaskan tangan Elina dengan senyum kelat.
“Yalah, yalah. Kami faham. Tapi, lain kali, awak harus beritahu saya cepat-cepat kalau X-Music nak buat persembahan. Bolehlah saya beli tiket diorang,” Zila duduk di hadapan Mira. Elina tersenyum.
“Baiklah, saya janji,” kata Elina. Perlahan-lahan, bibir Zila dan Amni mengukir senyuman.
********************************
“Apa? Sekarang?” tanya Elina dengan mata membulat. Daniel mengangguk.
“Ya, sekarang,” Daniel berjalan merapatinya. Elina mengurut perlahan bahunya.
“Er, saya ingat persembahan itu petang nanti,” ujar Elina perlahan. Daniel tiba-tiba ketawa. Elina mengangkat wajah kehairanan. Pelik dengan gelagat lelaki itu. Tiba-tiba je datang ke kelasnya tadi menyebabkan hampir kesemua budak perempuan di situ menarik nafas melihat jejaka itu tiba-tiba. Selepas itu, selamba je dia menyuruh Elina mengikutnya ke bilik muzik. Entah apa yang ada di dalam fikiran rakan sekelasnya sekarang terutamanya di kepala Amni dan Zila. Yang lebih mengejutkannya, Daniel menyuruh dia mengikut mereka ke Sekolah Menengah M sekarang!
Namun, tidak dinafikan selepas kejadian yang terbongkarnya rahsia yang dia adalah pembantu X-Music, hampir semuanya di sekelilingnya berubah. Hm, layanan kawan sekelas menjadi semakin baik. Adam, hm…dia macam marah je. Amni, Zila dan Mira? Diorang biasa je. Mungkin disebabkan mereka telah terlebih dulu tahu. Ahli-ahli kumpulan X-Music paling pelik. Mereka macam…hm, apa ya? Lebih mesra dan lebih kerap bersamanya di luar bilik muzik. Adakah sebab mereka semua dah tak perlu menjaga rahsia lagi? Hm, musykil, musykil.
“Kenapa awak ketawa?” Elina memandang Daniel dengan pandangan tajam. Jejaka itu hanya berlagak selamba sambil bergerak ke arah guitarnya.
“Kau ingat, kalau kita ke sana petang nanti, sempat ke nak sediakan semuanya?” Daniel memetik guitarnya kuat. Bingit bunyinya. Segera Elina menutup telinga.
“Bisinglah!” jerit Elina. Daniel ketawa kecil. Tiba-tiba, Wu dan Ken memasuki ruangan itu.
“Ohayo gozaimaz!(Selamat pagi!)” ucap Wu. Elina hanya tersenyum kelat.
“Junbi dekiteru?(Awak dah sedia?)” tanya Wu. Elina mengangkat wajah.
“Sedia? Sedia untuk apa?” tanya Elina kembali. Wu tersenyum kecil.
“Kita akan bertolak sekarang,” jawab Ken bagi pihak Wu. Elina mengangguk faham tetapi anggukannya lemah. Pergi persembahan mereka? Tak naklah!
“Er, biar saya kemas bilik ni dulu ya,” kata Elina dengan senyuman hambar. Wu, Daniel dan Ken hanya mengangguk sebelum hilang dari pandangan. Elina duduk di atas lantai sambil mengutip cd yang bertaburan. Walaupun sudah berbuih mulutnya mengingatkan mereka agar tidak menyepahkan cd di atas lantai, keadaan tetap tidak pernah berubah. Makin bersepah adalah. Cuma satu je yang berubah. Mereka sudah membuang sendiri bekas polisterina mereka ke dalam tong sampah tetapi yang pasti, keadaan meja makan menjadi jauh lebih kotor dari dulu. Entah dari mana sampah itu datang, Elina pun tidak tahu.
“Kenapalah bilik ni kotor sangat ha?!” Elina menghentakkan sebelah kakinya. Dia geram sebenarnya terpaksa membersihkan bilik ini setiap hari semenjak sebulan lalu. Apalah malang sangat nasibnya, ha? Tiba-tiba, ada bunyi benda jatuh bergema di dalam bilik muzik itu. Elina segera berlari ke arah datangnya bunyi itu.
“Lee-senpai,” Elina memandang Lee yang sedang memandang kosong pasu yang pecah di lantai. Elina merapati Lee.
“Daijoubu?(Awak tak apa-apa?)” tanya Elina sambil memandang kaki Lee dengan cemas. Macam mana jika Lee cedera sedangkan dia perlu mengadakan persembahan petang nanti? Elina semakin cemas apabila Lee tetap diam.
“Lee-senpai? Awak cedera ke?” tanya Elina lagi. Lee hanya melangkah meninggalkan Elina dan duduk di sofa. Elina mengerutkan kening.
“Damare-yo!(Diam!)” kata Lee selamba tanpa memandang Elina. Elina terpaku. Dia menarik nafas panjang. Setiap perkataan yang keluar dari mulut lelaki ini memang menyakitkan hatinya. Dia sudah cuba berbaik dengan Lee tetapi tak boleh! Mahu dicilikan sahaja mulut merah lelaki itu agar jangan bercakap sebegitu lagi. Harap muka je cute tapi perangai…..huh!
“Geramnya,” kata Elina perlahan sambil mengetap bibir. Dia menunduk mengutip cebisan kaca dari pasu yang pecah itu. Kalau terus dibiarkan, nanti seseoarang akan terpijaknya. Bahaya!
“Wu-senpai…,” Elina memanjangkan lehernya mencari Wu setelah membuang cebisan kaca itu ke dalam tong sampah.
“Daniel-senpai…Ken-senpai…Ryosuke-senpai…,” Elina mencari-cari pula kelibat Daniel, Ken dan Ryosuke di seluruh bilik muzik tetapi tidak ketemu. Akhirnya dia terduduk di atas sofa. Nampaknya, tiada seoarang pun ahli kumpulan X-Music di dalam bilik itu. Tiba-tiba dia teringat sesuatu. Segera dia melarikan matanya ke arah Lee yang duduk berhadapan dengannya di sofa. Elina duduk dengan tegak.
“Lee-senpai, Wu-senpai dan yang lain mana?” tanya Elina lembut. Lee kelihatan langsung tidak memperdulikan soalan itu. Elina menggigit bibir.
“Lee-senpai,” Elina menyebut nama Lee dengan begitu lembut sekali walaupun dia begitu membara sekarang. Cukup gula dan lemaknya namun Lee masih tidak mengendahkannya. Elina mengepal penumbuk. Tiba-tiba alunan muzik menyentuh gegendang telinganya.
“Ya, baiklah,” hanya sepatah itu yang keluar dari mulut Lee apabila dia melekapkan telefon bimbit di telinganya sejak tadi. Elina hanya memandang dengan hairan.
“Macam mana awak boleh bawak handphone? Ia diharamkan di sekolah!” tegur Elina. Seperti tadi, Lee langsung tidak mengendahkannya. Membuat Elina seperti bercakap dengan dinding.
“Huh!” Elina memandang ke arah lain sambil menongkat dagu. Dia betul-betul geram dengan lelaki itu.
“Tsuite kite!(Ikut aku!)” suara Lee masih lagi dingin. Elina pula terkejut mendengar kata-kata itu tetapi belum sempat dia berfikir, Lee sudah bangun dan berjalan meninggalkan Elina. Serta-merta Elina berdiri dan berlari untuk menyangi langkah kaki Lee yang panjang itu.
“Ke mana?” tanya Elina di belakang Lee tetapi soalannya tidak terjawab. Elina mengetap bibir. Tiada gunanya dia menanyakan soalan, Lee tak akan menjawab soalannya.
“Kenapa ni?” Elina menggerutkan keningnya apabila Lee memboloskan dirinya ke dalam tempat duduk penumpang sebuah kereta Waja berwarna hitam. Elina betul-betul keliru.
“Masuk,” arah Lee ringkas dari dalam kereta. Elina teragak-agak. Apabila dia melihat wajah Lee mula memerah dari luar kereta, segera dia memasuki kereta. Tidak mahu menyebabkan Lee marah.
“Kita hendak ke mana?” tanya Elina sambil memandang Lee yang langsung tidak memandangnya. Dia lebih memilih untuk memandang ke luar tingkap dari memandang muka Elina.
“Sekolah Menengah M,” jawab Lee tanpa mengalihkan pandangan. Kening Elina semakin berkerut.
“Yang lain mana? Wu-senpai, Ryosuke, Ken dan Daniel?” tanya Elina pantas. Dia mendegar Lee mendegus perlahan.
“Mereka dah pergi,” Elina terkejut mendengar itu. Segera dia menutup mulutnya.
“Mereka tinggalkan saya….dengan awak?!” Elina menumbuk tempat duduk pemandu di depan untuk melepaskan geram. Kenapa dia ditinggalkan dengan Lee? Tiada orang lain ke?! Lagipun, siapa akan pandu kereta ni? Lee? Tapi Lee tak ada lesen lagi. Lagipun, dia sudah duduk di tempat duduk penumpang. Mustahil dia yang memandu.
“Macam mana saya nak pastikan yang awak awak bawa saya ke sekolah tu dan tak akan culik saya?” tanya Elina sambil merenung tajam sebelah wajah Lee. Tiba-tiba, Lee berpaling sambil merenung tajam dia kembali.
“Anata wa baka desuka?(Are you stupid?)” tanya Lee dengan nada dingin. Mata Elina membulat? Stupid?
“Saya tanya je. Lagipun, manalah tahu. Mama saya cakap, sekarang ramai orang jahat,” balas Elina sambil berpeluk tubuh. Lee kembali memandang ke arah tingkap.
“Omaette honto ni baka dana a, busu!(You are really stupid, ugly girl!)” ujar Lee selamba. Elina menahan geram.
“Busu? Awaklah gesu(ugly boy)!” balas Elina. Lee langsung tidak menjawab. Elina segera melempar pandang ke arah kanan. Dia meramas-ramas tangan halusnya. Dia betul-betul geram dengan Lee.
“Elina, Lee, dah ada? Jom kita pergi!” Cikgu Zul duduk di tempat duduk pemandu. Sesaat kemudian, seorang guru wanita duduk di sebelah Cikgu Zul.
“Cikgu Anita,” Elina memandang guru wanita yang mengajar mata pelajaran kimia itu tidak percaya. Cikgu Anita hanya tersenyum.
“Ini kereta cikgu ke?” tanya Elina pada Cikgu Zul.
"Ya. Kita kan ke sekolah itu sekarang,” Cikgu Zul mula menghidupkan enjin. Elina bersandar ke kerusi sambil berusaha duduk sejauh mungkin dari Lee. Dia mengeluh perlahan.
0 comments:
Post a Comment