“Alamak! Macam mana ni? Takkan nak tengok persembahan mereka dengan pakai baju sekolah? Mana boleh!” Elina terjerit kecil apabila teringatkan perkara itu. Tadi, dia langsung terfikir untuk membawa baju lain. X-Music juga tidak mengingatkannya. Memang dia hanya berada di belakang pentas sahaja tetapi dia tetap tak selesa dangan berpakaian sekolah. Tentu janggal dikelilingi dengan para pelajar yang lain.
“Macam mana ni? Nak balik ambil ke? Tapi takut tak sempat. Lagipun nak pergi dengan apa? Argh!” Elina menggenggam erat tangan kanannya. Macam mana ni? Dewan sudah mula dipenuhi dengan orang ramai. Dia juga sudah mula dipandang dengan pendangan aneh apabila dia memakai pakaian sekolah yang bukan terlekat lencana sekolah mereka.
“Elina, kenapa tak tukar baju lagi?” Cikgu Anita menghampirinya. Elina menggigit bibir.
“Maaf, cikgu tapi saya tak bawak baju tukar. Saya tak ingat langsung. Macam mana ni, cikgu? Saya kena pakai baju ni sampai petang ke?” tanya Elina cemas. Cikgu Anita terdiam seketika sebelum tersenyum.
“Ambik kunci ni. Dalam bonet kereta Cikgu Zul ada beg kertas. Dalam beg kertas tu ada baju dan kasut. Elina pakailah baju tu,” ujar Cikgu Anita. Elina tersenyum lega.
“Terima kasih cikgu. Tapi tu baju siapa? Cikgu ke?” tanya Elina lagi. Kenapa ada baju perempuan dalam bonet kereta Cikgu Zul?
“Cepatlah pergi. Nanti tak sempat tukar pula,” sekali lagi Cikgu Anita tidak menjawab soalannya. Elina semakin pelik. Walaupun begitu, dia tetap beredar ke arah kereta Cikgu Zul. Dia perlu cepat.
“Jumpa pun!” Elina menutup bonet kereta dengan senyuman lebar. Sekarang, dia tidak perlulah memakai pakaian sekolah lagi. Yahoo!
“Er, kat mana bilik persalinan ha? Tandas ke?” Elina tercari-cari di sekitar sekolah itu. Hm, nilah susahnya kalau sekolah besar sangat. Tapi, sekolah dia pun sama besar je ngan sekolah ni. Hehe, cari alasan je sebenarnya sebab tak jumpa tandas.
“Ha, ni pun,” Elina segera berlari ke bilik persalinan yang ditulis besar di muka pintu. Elina segera menolak pintu tersebut. Sekumpulan pelajar wanita yang sedang membelek-belek pakaian mereka terpampang di hadapan matanya. Elina kaku apabila semua mata di dalam bilik persalinan itu tertumpu kepadanya. Dia tersenyum kelat. Tentu ini semua peminat X-music.
“Hai,” Elina masuk dengan pantas untuk menyalin pakaiannya. Namun tanpa diduga, tangannya direntap kasar. Elina terdorong ke dinding. Perit bahunya berlanggar dengan dinding keras itu.
“Kenapa ni?” Elina merentap kembali tangannya daripada terus digenggam erat salah seorang pelajar wanita tersebut. Namun sekarang, dia sudah dikepung mereka semua. Elina semakin cemas.
“Jadi nampaknya, khabar angin itu benar,” pelajar perempuan yang merentap tangannya tadi merenung Elina dengan tajam. Elina mengerutkan kening.
“Khabar angin apa?” tanya Elina. Pelajar perempuan itu merenungnya dengan semakin tajam.
“Er…” Elina serba-salah. Kalau dia mengiyakan, apa yang mereka semua ini akan lakukan?
“Kau, jauh lebih teruk dari andaian aku. Kau ingat, kau boleh dekati mereka berlima kalau kau jadi pembantu mereka? Kau tak akan berjaya!” kata mereka kasar. Elina mula membahang.
“Kenapa?” tanya Elina berani. Tiba-tiba tangannya direntap kasar. Elina mengetap bibir kesakitan.
“Sebab kau tak akan dapat kalahkan Kak Tiffany!” tangannya dilepaskan. Elina terpaku. Tiffany! Siapa dia? Dia memandang kosong ke arah para pelajar yang mulai berpecah dan keluar dari bilik persalinan itu. Apa semua ni?
Elina serba-salah. Mahu sahaja dia menyorok sekarang dan tidak masuk ke dewan. Malulah!
“Kenapa Cikgu Anita bagi baju ni? Takkan aku nak keluar dengan pakai baju ni?” Elina memandang tubuhnya yang diliputi dress putih bawah lutut lengan panjang. Baju itu semuat tubuhnya tetapi Elina dapat menjangka pemilik sebenar dress itu tentu bertubuh tinggi. Mujur kasut yang ada di dalam beg kertas itu tidaklah terlalu tinggi.
“Macam mana ni?” Elina berjalan perlahan-lahan melewati koridor untuk ke koridor. Dia menyeka rambutnya yang lurus panjang dilepaskan tanpa diikat. Dirinya masih ragu-ragu untuk masuk ke dalam dewan.
“Elina,” terkejut Elina apabila namanya dipanggil kuat. Dia memandang pantas ke arah datangnya suara itu.
“Cikgu Anita!” Elina meluru ke arah guru wanita itu. Dia betul-betul sedang keliru sekrang.
“Cantik Elina pakai baju ni,” puji Cikgu Anita. Elina mengetap bibir.
“Tak naklah cikgu. Nampak pelik je. Cikgu tak ada baju lain ke?” tanya Elina tergesa-gesa. Cikgu Anita tersenyum lalu menarik tangannya ke arah dewan. Elina semakin cemas.
“Malulah cikgu,” Elina cuba melepaskan pegangan Cikgu Anita tetapi tidak berjaya.
“Tak ada apa yang hendak dimalukan. Lagipun Elina kan duduk di belakang pentas je. Tak ada yang tengok,” pujuk Cikgu Anita. Elina memberhentikan langkahnya tiba-tiba.
“Kalau macam tu lebih baik saya pakai baju sekolah saja,” Elina mahu kembali ke bilik persalinan semula tetapi tangannya ditarik.
“Dah tak sempat. Dengar tak? Pesembahan dah bermula. Mereka berlima tentu tak suka kalau awak tak ada di dalam dewan sekarang. Jom,” Cikgu Anita menarik tangannya lagi. Elina menyerah dan menurut sahaja. Betul kata Cikgu Anita. Persembahan sudah bermula. Dia sudah boleh mendengar suara riuh rendah walaupun belum memasuki dewan.
“Ha, dah sampai pun. Tengok, sikit je orang di sini. Elina duduk di sini ya. Cikgu nak jumpa dengan Cikgu Zul sekejap,” kata Cikgu Anita. Elina mengangguk lemah. Apa yang perlu dilakukan sekarang? Hm, buat bodoh!
“Bising betul!” Elina menekup telinganya dengan tangan. Dia betul-betul tak suka berada di sini dan dia tidak mahu berada di sini.
Entah berapa lama masa berlalu apabila Elina hanya diam dan menopang dagunya dengan tangan. Yang pasti, dia mahu persembahan mereka cepat-cepat berakhir. Dia rimas dan lemas dalam suara hingar bingar dalam dewan ini. Tanpa diduga, Elina menutup mata perlahan-lahan.
Berikan Aku HidayahMu 6(End)
15 years ago
0 comments:
Post a Comment