CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »
Cerita ini hanyalah rekaan semata-mata ya. Tak ada kena mengena dengan yang masih hidup atau yang sudah meninggal dunia. Mungkin cerita ni macam tak logik skit tapi ini semua hanyalah untuk hiburan sahaja ya.. ^_^

Wednesday, 10 December 2008

Prolog


Elina membaca novel yang baru belinya dengan kusyuk. Perbualan rakan-rakannya yang rancak di sebelah langsung tidak diendahkan. Lagipun pada waktu rehat ini sajalah dia boleh membaca novel.


“Elina, apa ciri-ciri lelaki idaman awak?” tanya Amni tiba-tiba. Serta-merta pembacaan Elina terhenti. Topik menarik ni.


“Awak bagitau dululah,” katanya sambil membetulkan duduk. Tak selesa selepas duduk untuk beberapa lama. Amni pula tersenyum jahat. Entah macam mana Elina rasa tak sedap hati dengan kawannya ni.


“Mastilah handsome. Kalau boleh, handsome macam Hero Jae Joong dalam kumpulan TVXQ tu. Kalau saya dapat dia, tak payah makan, tidur dan mandi pun. Asyik tengok dia je!” kata Amni kuat. Elina segera menutup mulut Amni dengan tangannya. Kalau suka sangat pun, janganlah jerit. Habis satu kelas tengok diorang.


“Ish, perlahan sikit. Semua orang tengok tu,” Elina mengingatkan. Amni tersegeh-sengeh seperti kerang busuk.


“Saya suka orang kaya!” tiba-tiba ada seseorang menjerit di belakang Elina. Hampir terjatuh dia dari kerusi. Segera Elina berpaling ke belakang. Kelihatan Zila dan Mira dibelakang sedang tersengeh-sengeh.


“Ye ke? Contohnya?” tanya Amni teruja. Segera Zila dan Mira datang menghampiri mereka.


“Hm, kaya macam Warren Buffett dan Bill Gates pun jadilah,” kata Zila sambil tersegeh. Amni segera menepuk bahu Zila dengan novel Elina.


“Mereka tu nombor satu dan ketiga orang terkaya di dunialah. Terlebih kaya tu,” kata Elina. Zila tersengeh. Selepas itu Elina meneruskan pembacaannya.


“Kalau boleh, aku mahu yang baik dan beriman. Barulah hubungan aman bahagia,” kata Mira. Zila dan Amni mengangkat kening. Mira ke kata macam tu? Alim semacam je.


“Ha, kami dah beritahu. Sekarang giliran awak pulak. Jenis apa lelaki idaman awak?” tanya Amni. Elina hanya diam dan langsung tak menglihkan pandangan mata dari novel. Part best ni, jangan kacau!


“Hei, berhentilah baca sekejab. Bagitau kitaorang!” Zila merentap novel itu dari tangan Elina. Segera dia merampas kembali novel itu.


“Tak naklah,” kata Emilia perlahan. Dia menyelak novel tu dan kembali membaca.


“Okey, saya tanya je. Awak cuma perlu jawab ya atau tidak je tau,” kata Amni mengalah. Elina mengangguk kepala perlahan. Amni mula tersenyum.


“Kacak?”


“Tak,”


“Kaya?


“Tak,”


“Cerdik?”


“Tak,”


“Rajin?”


“Tak,”


“Romantik?”


“Tak,”


“Beriman?


“Tak,”


“Tinggi?”


“Tak,”


“Badan tegap?”


“Tak,”


“Bermisai?”


“Habis, apa ciri-ciri lelaki idaman awak?!” jerit Amni dengan wajah merah padam. Zila dan Mira pun begitu juga. Elina berfikir seketika.


“Glasses,”


“Apa?!!!!!!”

4 comments:

Anonymous said...

pa sebenarnya yang dye nak?
kenapa dye nak yang pakai cermin mata...
tau ark..orang yang pakai cermin mata tuh sebenarnya orang cacat! mcm saya...hahahahaha

kakak strawberi said...

lawak ar..
elina ni unik la..
xprnh pn dgr ciri2 lelaki idaman.... glasses..

nexx said...

hehe.. teringat my member sorang yang pun gile kan lelaki pakai cermin mata..

Unknown said...

Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
Jika ya, silahkan kunjungi website kami www.kumpulbagi.com atau www.facebook.com/kumpulbagi/ untuk info selengkapnya.

Di sana anda bisa dengan bebas share dan mendowload foto-foto keluarga dan trip, music, video, filem dll dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)