CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »
Cerita ini hanyalah rekaan semata-mata ya. Tak ada kena mengena dengan yang masih hidup atau yang sudah meninggal dunia. Mungkin cerita ni macam tak logik skit tapi ini semua hanyalah untuk hiburan sahaja ya.. ^_^

Sunday 25 January 2009

Bab 20


Pemandangan di luar tingkap langsung tidak dapat mententeramkan perasaan Elina yang gundah. Dia langsung tidak gembira walaupun hari ini dia dibenarkan pulang awal. Hal ini kerana dialah punca kenapa X-Music tidak dapat meneruskan latihan hari ini. Lee asyik berkurung di dalam bilik dan langsung tidak memperdulikan orang lain. Jadi, Wu menyuruhnya pulang sahaja tadi. Elina mengeluh lagi.

“Macam mana aku nak buat, barulah Lee tak marah aku lagi?” tanya Elina pada dirinya sendiri. Saat itu, bas sudah sampai di destinasinya. Elina segera turun dan berlari ke rumahnya. Dia mendapat satu akal.

“Mama!” tempik Elina dari luar rumah.

“Mama!” Elina mencampakkan bag di atas sofa dan berlari ke arah dapur.

“Kenapa ni, Lina? Menjerit-jerit,” Puan Mariana muncul bersama apron di badannya. Elina tercungap-cungat akibat berlari tadi.

“Mama ingat tak cara nak buat sushi?” tanya Elina. Puan Mariana terpaku sambil mengerutkan kening.

“Ingat. Kenapa?” tanya Puan Mariana. Elina tersenyum kecil.

“Mama ajar Lina buat sushi ya,” pinta Elina. Semakin berkerut muka Puan Mariana.

“Kan Lina tak sukan makan sushi. Kenapa tiba-tiba ni?” Puan Mariana pelik dengan tingkah anak gadisnya itu.

“Bukan Lina nak makan tapi Lina nak bagi pada kawan Lina kat sekolah sebab Lina dah buat salah pada dia. Lina nak mintak maaf,” ujar Elina dengan nada manja. Puan Mariana tersenyum kecil.

“Oh, kalau macam tu Lina belilah bahan-bahan. Kat rumah kita tak ada,” ujar Puan Marian. Elina mengangguk. Selepas itu Puan Mariana tunduk dan mencatatkan sesuatu di atas kertas lalu diberikan pada Elina.

“Lina pergi dulu, ya,” Elina mengatur langkah keluar dari rumah. Puan Mariana mengekori langkah Elina dengan ekor mata bersama senyuman di bibirnya.



**********************************************


“Okay, Lina dah sedia,” ujar Elina dengan senyuman. Puan Mariana ketawa kecil. Tidak disangka Elina begitu bersungguh-sungguh untuk belajar cara membuat sushi sedangkan dia kenal benar perangai anaknya yang tidak menggemari sushi. Setiap kali memakannya, wajah Elina akan berubah kelat. Tidak seperti Adam, anak lelakinya itu amat menggemari sushi seperti suaminya. Jadi, setiap kali dia membuat sushi, hanya Adam yang memakannya sedangkan dia dan Elina hanya menjamah sedikit sahaja.

“Betul Lina nak buat ni?” tanya Puan Mariana. Elina mengangguk pantas. Dia benar-benar berharap agar Lee akan memaafkan ketelanjurannya dengan cara ini. Dia betul-betul berharap.

“Mama, kita nak buat sushi apa?” tanya Elina. Puan Mariana kelihatan sedang mengenggam nasi sushi di telapak tangannya. Dia kemudian mengambil udang yang sudah dipotong rata dan disapu wasabi rata di bawah udang itu. Langkah seterusnya, udang itu dilekapkan di atas nasi yang sudah dicampur cuka, garam dan gula itu.

“Ini nagiri-zushi. Nagirizushi ini jenis sushi yang meletakkan makanan laut segar di atas gumpalan nasi sushi,” terang Puan Mariana. Elina mengangguk faham. Dia melihat tangan ibunya menekan-nekan udang itu malah kadang kala membalikkannya lalu menekan pula. Pelik Elina melihatnya.

“Cuba Lina buat,” kata Puan Mariana. Elina mengangguk lalu meniru apa yang dibuat ibunya tadi. Susah juga rupanya. Nampak aja senang tapi dia ada cara-cara tertentu agar sushi terbentuk elok. Berkerut-kerut juga Elina dibuatnya.

“Mama, kenapa Lina punya tak cantik?” tanya Elina. Puan Mariana tersenyum. Dia menunjukkan cara-cara yang betul melekapkan sushi dengan gumpalan nasi itu. Pertama tekan, balikkan, tekan, ke tepi, tekan..hah! Susah betul!

“Dah jadi pun,” Elina tersenyum riang. Puan Mariana turut tersenyum.

“Okay, sekarang kita buat maki-zushi pula,” ujar Puan Mariana. Elina yang sedang berusaha membentuk sushi tersentak. Maki-zushi?

“Apa tu?” tanya Elina. Puan Mariana tersenyum.

“Sejenis sushi juga tapi sedikit berbeza dengan nagiri-zushi. Maki-zushi adalah gulungan berisi tetimun atau neta dan dibungkus dengan nori( rumpai laut kering),” terang ibunya lagi. Elina tersenyum kecil. Maki-zushi yang sering dimakan masyarakat negara ini.

Puan Mariana mengambil sehelai tikar yang diperbuat daripada buluh(makisu) dan diletakkan di atas meja. Dia kemudian meletakkan nori dan nasi sushi ditekan rata di atas nori tersebut. Selepas itulah intinya disusun memanjang di atas nasi itu. Kali ini intinya ialah avacada, isi ketam, mayonnaise dan garam. Dia kemudian menggulungkan nori dan intimnya dengan makisu itu. Selepas siap digulung, sushi itu dipotng kepada beberapa bahagian. Sushi ini adalah california rolls. Selepas itu, Puan Mariana mengajarkan pula cara membuat susi berintikan tuna.

“Mama, biar Elinalah yang buat. Mama tidurlah ya,” kata Elina perlahan. Puan Mariana tersenyum lalu kembali ketempat tidur. Tadi, dia terpaksa bangun awal untuk menunjukkan cara-cara membuat sushi yang betul kepada anaknya. Dan sekarang, dia mahu kembali tidur sebelum bekerja.

“Ganbatte!” ucap Elina perlahan sambil meneruskan kerjanya.

7 comments:

Anonymous said...

sedapnye sushi..
da lame xmkn..
kecur liur bace psal sushi nih..
nnt nk beli la..haha ^_^

-che na-

Anonymous said...

yalah, nampak sedap je baca n tengok gambar sushi ni.

Unknown said...

beshnye sushi....!!
tbe2 rse nk mkn sushi ni...
yum2..
hahahaha

Anonymous said...

bl lg nak ada n3 br..x sabar nak bc

Anonymous said...

hehehe.. harap2 lee makan sushi tu.

Aka said...

sya pun tak suka sushi..tak suka lgsung..sori kat peminat sushi

Anonymous said...

bez cte ney..