CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »
Cerita ini hanyalah rekaan semata-mata ya. Tak ada kena mengena dengan yang masih hidup atau yang sudah meninggal dunia. Mungkin cerita ni macam tak logik skit tapi ini semua hanyalah untuk hiburan sahaja ya.. ^_^

Saturday 3 January 2009

Bab 16

"Dia nampak macam Tiffany bila tidur," Elina mendengar sayup-sayup suara menerjah cuping telinganya. Dia mahu membuka matanya tetapi entah kenapa, fikirannya menolak cadangan itu.


“Entah apa reaksi Lee nanti,” satu suara lain kedengaran. Kali ini Elina sudah malas untuk mencuri dengar lagi. Dia membuka matanya perlahan-lahan. Tangannya menggosok lembut matanya yang terasa berat.

“Awak dah bangun?” Elina dapat melihat wajah Wu samar-samar. Dia menggosk matanya perlahan. Kali ini penglihatannya kembali jelas.

“Maaf, saya tertidur,” kata Elina perlahan. Dia takut suaranya menjadi garau kerana dia baru bangun dari tidur. Wu tersenyum.

“Hebat jugak kau ni. Boleh kau tidur dalam bising-bising ni,” sindir Daniel di sebelah Wu sambil ketawa kecil. Elina tidak peduli. Dia bangun dari kerusi itu sambil memandang sekeliling. Baru dia perasan tali leher Wu dan Daniel sudah tidak kemas lagi. Tentu mereka yang sengaja membiarkan tali leher itu sebegitu.

“Awak memang nak tali leher yang tak kemas, kan? Jadi, kenapa suruh saya betulkan?” tanya Elina. Wu tersenyum.

“Kau yang tarik tali leher aku. Bukan aku yang mintak!” jawab Daniel. Elina mencebikkan mulutnya.

“Persembahan dah habis ke? Mana yang lain?” tanta Elina. Dia memanjangkan lehernya mencari-cari. Daniel menghentikan tawanya.

“Persembahan dah habis. Yang lain sedang layan peminat diorang. Elina, baju ni…”

“Cikgu Anita yang suruh saya pakai sebab saya tak bawak baju ganti. Saya nampak hodoh kan pakai baju ni? Saya nak tukar semula tapi Cikgu Anita tak bagi. Teruk sangat ke?” Elina bersuara cemas apabila Daniel dan Wu memandangnya tanpa kelip. Akhirnya Wu dan Daniel tersenyum kecil.

“Tak adalah. Awak nampak cantik. Kawaii!(cantik)” Wu memandang Elina lama. Elina memalingkan wajahnya sambil tersipu malu.

“Hm, sekarang kau dah bangun, keluarlah dari sini,” wajah Daniel sudah berubah. Begitu juga dengan nada suaranya. Elina pelik.

“Keluar, keluar ke mana?” tanya Elina kehairanan. Daniel mengalihkan pandangan ke arah lain.

“Ke atas pentaslah. Takkan kau nak berdiri kat sini sampai malam. Dah, cepat keluar,” Daniel menolak Elina ke arah pentas. Elina serba-salah. Dia memandang Wu dan berharap agar Wu akan membantunya.

“Ya, keluarlah ya. Semoga bergembira,” Wu melambaikan tangannya ke arah Elina. Terlopong Elina dibuatnya. Baru tadi dia berharap agar Wu akan membantunya tetapi Wu malah menyokong Daniel!

“Keluar sekarang dan jangan lupa bawak ni juga,” Daniel meletakkan sebuah bakul yang tidak kurang besarnya di atas tangan Elina. Elina tercegang.

“Untuk apa ni?” Elina memegang bakul itu dengan kedua tangannya.

“Berhenti bertanya. Sekarang, keluar!” Daniel menolak Elina melepasi tirai yang membahagikan bahagian belakang tabir dan pestas. Elina yang ditolak berusaha sedaya upaya untuk berhenti melangkah akibat tolakan dan mengangkat wajah perlahan-lahan. Serentak itu, matanya bertembung dengan berpuluh-puluh mata yang lain di bawah pentas. Elina cuba tersenyum tetapi senyumannya hambar.

“Girl, you look great!” Ryosuke yang memang di atas pentas mendekatinya sambil tersenyum.
“Thanks,” Elina tersenyum kelat sambil menundukkan wajahnya. Sebenarnya dia malu berdiri di atas pentas ni. Masih ramai manusia di bawah pentas itu dan pandangan mereka semua sedang tertumpu padanya. Perlahan-lahan, Elina dapat merasakan yang pipinya sudah berubah merah. Malunya!

“See, I told you, so,” Wu dan Daniel keluar ke atas pentas sambil tersenyum. Pandangan ke arah Elina beralih kepada mereka. Ramai peminatnya di bawah pentas tersenyum-senyum melihat mereka berdua sambil menghulurkan bungkusan dan kad. Wu tersenyum lalu merapati peminatnya.

Elina kagum melihat betapa popularnya X-Music ini. Begitu banyak hadiah dan kad yang dihulurkan kepada setiap seorang ahli kumpulannya. Ada yang hanya memberi hadiah kepada ahli kegemaran dan ada yang memberikan hadiah kepada kelima-lima mereka. Elina tersenyum apabila melihat Ryosuke mesra betul dengan peminatnya. Lelaki itu memang begitu. Dia memang bermulut manis a.k.a kaki perempuan. Mungkin disebabkan itulah, dia diantara ahli kumpulan X-Music yang paling digemari.

“Elina, ke sini,” Ken melambaikan tangan ke arahnya. Elina tersenyum lalu bergerak ke arah Ken.

“Ada apa?” Elina cuba mengelakkan bertembung dengan pandangan tajam daripada peminat lelaki itu. Ken tersenyum.

“Dia ni pembantu kami. Dah hampir sebulan,” kata Ken pada orang ramai di bawah. Sekarang barulah Elina mengerti.

“Gosip itu semua tidak benar. Kami tak lebih dari kawan biasa. Betul, kan?” Elina tersenyum pada Ken yang mengangguk. Tiba-tiba Elina merasakan yang dirinya ditenung. Dia mula tidak selesa. Kenapa ni? Mata Elina berlaga dengan pandangan dingin Lee. Elina mula kalut. Dia memandang ke arah bawah pentas dan tersenyum pada manusia disitu untuk menutup kegugupannya. Beberapa saat berlalu, Lee masih tetap tajam merenungnya. Elina makin gelisah.

“Elina, tolong ambilkan ini,” Daniel menghulurkan tangannya yang dipenuhi dengan hadiah dan kad-kad dari peminat. Elina tercegang.

“Ambil? Letak di mana?” tanya Elina kebingungan.

“Dalam bakul tadi. Cepatlah,” ujar Daniel. Elina segera menghulurkan tangannya. Sesaat kemudian, bungkusan dan kad-kad itu bertukar tangan. Daniel kembali melayani peminatnya. Segera Elina memasukkan itu semua ke dalam bakul tadi. Tiba-tiba, Ryosuke melambaikan tangannya. Dia menghulurkan hadiah dan kad-kad yang diterimanya kepada Elina.

“Habislah aku!” segera Elina mengambilnya dan memindahkannya ke dalam bakul. Kali ini giliran Ken pula. Elina menyabarkan diri. Dia mengelap peluh yang mulai muncul akibat kerjanya tadi. Dia asyik berulang alik dari satu tempat ke bakul itu. Pakaiannya pula membataskan pergerakannya. Kali ini Daniel kembali melambaikan tangannya. Elina bergerak ke sana lambat-lambat.

“Nah,” Elina terlopong melihat betapa selambanya diaorang ni. Tak boleh ke angkat sendiri? Atau longgokkan sahaja di atas pentas sebelum dipunggah? Mereka semua ni, memang sengaja mahu menyeksa dia!

“Bakul sudah penuh la,” Elina memandang bakul itu. Daniel tersenyum.

“Ambil bakul tu dan letak di belakang pentas. Lepas tu, bawak bakul yang lain pula ke sini,” arah Daniel. Elina terlopong. Apabila bakul itu sudah penuh, dia terpaksa membawa bakul yang berat itu ke belakang pentas dan membawa bakul yang lain pula?! Elina berjalan lambat-lambat sambil menahan geram. Perkara sama berulang-ulang semula sehingga Elina terduduk penat di atas pentas. Dewan sudah mulai kosong dan Elina dapat melihat jam sudah menunjukkan pukul 6 petang. Dia menarik nafas lega. Akhirnya kerjanya sudah selesai.

“Letih ke?” Wu bertanya sambil duduk di sebelahnya. Elina tidak menjawab. Wu, dia menyerahkan bungkusan dan kad-kad hampir dua kali ganda lebih dari ahli kumpulannya kepadanya. Seksa betul apabila terpaksa memunggah semua itu. Terasa tulang tangan dan kakinya hampir tercabut dibuatnya.

“Boleh saya balik sekarang?” tanya Elina menahan geram. Wu tersenyum.

“Tak boleh lagi,” jawab Wu. Elina tersentak.

“Kenapa?” tanya Elina tidak puas hati. Daniel duduk di sebelah Elina.

“Tu, kau kena punggah tu jugak!” Daniel menudingkan jarinya ke arah sesuatu tempat. Elina secara spontan memandang ke arah tempat yang dituding. Serta-merta Elina terlopong.

“Tu semua hadiah dan kad untuk Lee. Kalau tak ada orang punggah, dia akan tinggalkan saja semua itu di sini. Kerja awak, ambik semua itu dan letak dalam bilik muzik,” kata Daniel sambil tersengeh. Elina menepuk dahi. Dia memandang timbunan hadiah dan kad di atas pentas itu. Hampir sama banyaknya dengan yang apa yang diterima Wu. Tadi Lee langsung tidak memanggilnya untuk memunggah hadiah dan kad yang diterimanya. Dia bersyukur seketika tadi tetapi sekarang dia merasakan perlu untuk membelasah lelaki itu. Alamak, habisalah dia!

“Baik-baik ya. Ada yang mudah pecah dalam tu,” Wu tersenyum lalu berlalu ke belakang pentas.

“Ganbatte!” Daniel ketawa kecil lalu mengikuti langkah Wu. Elina bangun dan menghantakkan sebelah kakinya tidak puas hati.

“Diorang semua tu, memang……..arghh!” Elina berjalan ke arah timbunan hadiah itu dengan hati yang sebal. Mak oi, banyaknya! Elina menarik nafas panjang lalu mengangkat beberapa bungkusan hadiah dengan tangannya.

“Kenapa kau pakai baju ni?” ada suara dingin di belakangnya. Elina tersentak. Hampir-hampir sahaja bungkusan yang banyak terlepas dari tangan halusnya. Dia duduk dan mengurut dada perlahan. Terkejut dia dibuatnya.

“Apa?” tanya Elina pula. Lee memandangnya tajam. Elina memandang ke arah lagi. Betul-betul takut dengan renungan tajam Lee.

“Jangan buat aku ulang soalan aku,” jawab Lee dingin. Elina kecut.

“Err, Cikgu Anita yang bagi saya pakai baju ni sebab saya tak bawa baju ganti. Kenapa?” Elina memandang Lee yang tampan dalam pakaian persembahannya. Kalau Lee sedang memakai glasses sekarang, sudah pasti Elina akan jatuh hati. Hehe..

“Yang kau sengeh ni, kenapa?” tanya Lee dingin. serta-merta lamunan Elina terhenti. Alamak, lelaki ini memang menakutkan.

“Tak ada apa-apalah. Hm, okay tak saya pakai macam ni? Sesuai tak?” tanya Elina dengan senyuman. Lee memandangnya lama. Hampir sahaja wajah Elina berubah merah sebelum Lee..…

……..meninggalkan Elina seorang diri di atas pentas. Elina menarik nafas panjang dan meneruskan kerjaya. Hm...

3 comments:

Anonymous said...

hmm..lee mesti ade pape ngn tiffany
cpt la n3 baru
xsaba nk tau smbgn citer ni cmne
gambatte!!

-che na-

Anonymous said...

yup..
i also think lee ade pape ngn tiffany..

Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ iezA-

Anonymous said...

kawaii tu comella..bukan cantik..karenda(lovely)