CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »
Cerita ini hanyalah rekaan semata-mata ya. Tak ada kena mengena dengan yang masih hidup atau yang sudah meninggal dunia. Mungkin cerita ni macam tak logik skit tapi ini semua hanyalah untuk hiburan sahaja ya.. ^_^

Saturday, 27 December 2008

Bab 11


Elina berjalan ke kawasan sekolah dengan rasa hairan. Entah kenapa, hari ini semua oarang dia terserempak, pasti memandangnya tepat. Ada yang tersenyum-senyum dan ada juga yang menjelingnya benci. Apa yang sudah terjadi ni?

“Saya yang berkhayal atau memang semua orang sedang pandang saya?” bisik Elina pada Mira. Mira memandang Elina.

“Awak tak berkhayal ataupun perasan. Mereka semua memang pandang awak sekarang,” bisik Mira pula rapat di telinga Elina. Elina tersenyum kelat pada semua yang memandangnya.

“Hai,” ucap Elina perlahan. Mereka semua langsung tidak membalas ucapannya malah mereka berbisik-bisik. Ada yang kelihatan sedang menjelingnya tajam sebelum beredar. Elina semakin bingung.

“Elina!” Amni dan Zila datang merapatinya. Mereka berdua kemudian menarik kuat tangannya dan Mira mengikuti langkah mereka yang laju.

“Kenapa ni?” tanya Elina bingung. Wajah Zila dan Amni kelihatan tegang. Mereka lansung tidak menjawab soalan Elina. Beberapa saat kemudian, Amni dan Zila berhenti mengejut. Elina dan Mira langsung tidak bersedia menyebabkan mereka bertembung sesama sendiri.

“Ouch! Kenapa dengan awak berdua ni? Nampak hantu ke?” sindir Mira sambil mengusap dahinya. Elina juga begitu.

“Tengok ni!” Zila dan Amni menuding ke arah papan kenyataan. Elina menghampiri mereka dan meneliti papan kenyataan itu. Apa?

“Mac…macam mana gambar ni boleh ada di sini?” tanya Elina dengan riak terkejut. Dia memandang sekeliling. Ada beberapa pelajar perempuan yang sedang memandangnya dengan senyum sinis. Elina kembali meneliti gambar yang ditampal di papan kenyataan itu. Itu gambarnya dengan Wu! Mungkin diambil sewaktu Wu dan dia pergi ke restoran itu. Malah, ketika itu Wu masih memakai kaca matanya.

“Macam mana bukan soalnya. Sekarang ni, semua orang dah sibuk bercerita pasal ni. sampai cikgu pun tahu. Gambar ni ada beberapa copy lagi dan ditampal di seluruh sekolah tau! Ish, kalaulah saya tahu siapa yang buat, nahas dia!” kata Amni. Elina menepuk dahi. Patutlah semua orang memandangnya semacam je. Tiba-tiba Elina terpandang tulisan di bawah gambar itu. Teman wanita Wu?

“Mengarut. Saya bukan girlfriend Wu!” bentak Elina sedikit kuat.

“Habis, kenapa ada gambar kau dengan dia?” tanya seorang pelajar perempuan yang mungkin setahun lebih tua daripada Elina. Dia dan kumpulannnya memandang Elina dengan pandangan tajam.

“Sebab saya….” kata-kata Elina terhenti di situ. Dia tidak boleh mendedahkan yang dia adalah pembantu kumpulan X-Music. Dia sudah berjanji dengan mereka berlima dan dia tidak mahu mungkir janji.

“Er, saya..” Elina serba-slah. Renungan para pelajar juga semakin tajam. Malah, semakin ramai yang mengelilingi Elina dan rakan-rakannnya.

“Saya rasa lebih baik kalau awak beritahu saja yang awak ni pembantu mereka,’ bisik Zila di telinga Elina. Elina segera menggelengkan kepalanya.

“Tak boleh. Saya dah berjanji,” kata Elina. Zila dan Amni menggaru kepala yang tidak gatal.

“Dengar ni. Ini semua hanya salah faham. Saya dengan Wu tak ada apa-apa hubungan istimewa pun,” Elina cuba menerangkan tetapi suara bisikan dan bualan semakin menjadi-jadi.

“Memang kau tak layak pun ada hubungan istimewa dengan dia. Jangan nak perasan lah!” kata seorang budak perempuan kasar. Yang mengejutkan, hampir kesemua pelajar di situ menyetujui kata-kata itu. Elina menundukkan wajah.

“Hei, suka hati dialah nak rapat ke tak dengan sesiapa pun. Korang mana ada hak nak halang. Lagipun, ini hanya salah faham,” marah Zila. Bunga-bunga pertengkaran mula tercetus apabila budak-budak perempuan itu juga berteriak marah. Elina menarik tangan Zila dan Amni dari terus bertengkar dengan mereka.

“Jangan, nanti mereka anggap awak musuh mereka,” kata Elina perlahan. Amni dan Zila mendengus kasar.

“Tapi mereka dah tengok awak macam musuh mereka. Awak nampak tak?” tanya Zila. Elina mengerutkan kening.

“Apa?” tanya Elina.

“Aura jahat. Mereka ada aura jahat yang hitam,” kata Mira dengan suara halus mistik sambil tengannya menerawang ke atas udara. Kelihatan sama seperti tukang tilik. Elina menahan gelak.

“Kenapa ketawa? Kau ingat kami ni main-main ke? Kami betul-betul tak suka dengan kau!” tengking budak perempuan lain dengan kasar. Elina menarik nafas panjang. Mereka ini seniornya, dia tidak boleh melawan.

“Hm, lebih baik kita ke kelas sekarang. Kelas dah nak mula ni,” kata Elina perlahan lalu beredar dari situ pantas. Mira, Zila dan Amni mengikutinya dari belakang.

“Saya yakin perkara ini tak akan selesai di sini saja. Saya berani sumpah, mereka semua ada banyak agenda untuk menyusahkan awak. Hidup awak tak akan tenang selepas ni,” Amni memberi peringatan. Elina mengetap bibir perlahan.

*********************************

Pen yang dipegang di Elina diputar-putar perlahan. Selepas itu dia memandang ke sebelah kanan. Matanya menangkap renungan para pelajar sekelasnya yang sedang memandangnya. Elina kembali memandang ke meja. Selepas itu dia menoleh ke sebelah kiri. Sekali lagi, mereka semua sedang memandangnya tepat. Elina cepat-cepat meraut mukanya.

“Teruk juga keadaan awak ni,” bisik Amira disebelahnya. Elina menunduk wajah dan mengurut lehernya perlahan. Tidak disangka, akibat gambar dia berjalan dengan Wu sahaja, dia akan dilayan seolah dia adalah makhluk asing. Setiap kali dia berjalan, pasti perhatian mereka semua akan beralih padanya. Ini tentu disebabkan Wu dan ahli X-Music yang lain jarang bergaul. Jadi, mereka pelik melihat gambarnya yang…hm, mungkin kelihatan mesra dengan Wu?

“Maaf, awak pun terkena tempiasnya,” ucap Elina sambil memandang Mira. Gadis itu tersenyum mendengar kata-kata Elina. Dia mencuit hidung mancung Elina.

“Tak apa. saya pun popular sikit,” kata Mira sambil tersenyum.

“Ehem! Ehem!” Elina dan Mira segera bemandang ke depan. Cik Ros sedang memandangnya tepat wajahnya. Elina segera menunduk wajah.

“Datang sekolah ni nak belajar ke apa? Jangan nak asyik menggatal,” kata Cik Ros lantang. Elina mengetap bibir. Dia tahu, Cik Ros sedang menyindirnya. Lagipun, Amni sudah memberitahu yang gosipnya dengan Wu sudah tersebar hingga ke pengetahuan para guru. Mira menepuk perlahan peha Elina sambil menunjukkan raut wajah simpati. Elina tersenyum hambar.

0 comments: