CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »
Cerita ini hanyalah rekaan semata-mata ya. Tak ada kena mengena dengan yang masih hidup atau yang sudah meninggal dunia. Mungkin cerita ni macam tak logik skit tapi ini semua hanyalah untuk hiburan sahaja ya.. ^_^

Thursday, 25 December 2008

Bab 10


“Lambat kau hari ini,” Daniel datang menghampirinya dengan senyum kelat. Elina hanya tersenyum.

“Ini bukan salah saya. Salahkan kawan awak ni,” kata Elina sambil menuding Wu yang sedang menjinjing beg palstik berisi bekas polisterina. Daniel menjungkitkan kening, mungkin mengharapkan penjelasan.

“Elina-kun tak tempah lunch untuk dia. Terpaksalah tunggu pesanan untuk dia siap,” kata Wu. Daniel mengangguk faham.

“Lain kali, belikan untuk awak sekali. Kami makan bersama-sama dengan awak,” kata Wu. Elina hanya mengangguk lemah.

“Jom, makan,” Wu duduk di salah satu kerusi di meja makan. Daniel mengambil tempat di sebelah Wu. Dia segera mengeluarkan bekas polisterina dari beg plastik tidak sabar.

“Tunggulah yang lain duduk dulu,” Elina menegur lembut. Daniel menjeling Elina.

“Yalah,” Daniel meletakkan kembali beg palstik itu. Elina tersenyum kecil.

“Biar saya yang buat,” Elina mula mengelurkan kesemua bekas mengandungi makanan dan disusun dia atas meja makan itu. Minuman juga dilakukan seperti itu. Setelah kerjanya siap, meja makan sudah hampir penuh.

“Lee-senpai mana?” tanya Elina. Wu dan yang lain berpandangan sesama sendiri. Ken bangun dari duduknya.

“Tentu dia di bilik hujung itu. Biar saya pergi panggil dia,” kata Ken. Dia sudah mula melangkah untuk beredar sebelum Elina menahannya.

“Biar saya yang pergi. Awak semua tunggu di sini saja,” ujar Elina lembut. Ken mengangguk sebelum duduk semula. Elina mula mengatur langkah ke bilik paling hujung itu. Dia masih ingat lagi hampir dua minggu lepas, dia dimarahi Lee kerana mengemaskan bilik ini. Hm, kenapa ya?

************************************

“Lee-senpai,” Elina membuka pintu perlahan. Dia memasuki bilik itu sambil memandang sekeliling. Nampaknya barangan di dalam bilik itu masih kemas tersusun cuma sedikit berhabuk. Susun atur bungkusan dan surat-surat juga lansung tidak berubah seperti yang disusunnya dulu.

“Lee-senpai,” Elina memanggil nama Lee lagi namun tiada siapa yang menyahut. Elina melangkah lebih jauh. Lee kelihatan sedang bersandar pada dinding. Kepalanya terlentok pada bungkusan besar di atas lantai.

Elina datang mendekati Lee. Barulah dia faham, Lee sedang tidur. Elina duduk di hadapan Lee sambil memandang wajah kacak itu. Rambut hitamnya yang agak panjang menutupi sebahagian kecil wajahnya. Walaupun tidur, Lee langsung tidak menanggalkan kaca matanya. Wajahnya kelihatan begitu cute! Lagipun, langsung tidak terpancar sinar dingin yang biasanya mengelilingi lelaki ini setiap kali Elina melihatnya. Dia kelihatan begitu berbeza ketika tidur. Bagaikan kanak-kanak yang sungguh comel.

Elina tidak sedar dia menongkat dagu memerhatikan Lee tidur untuk beberapa ketika. Dia tersedar kembali apabila melihat ada kotak di sebelah Lee. Hm, kotak itu tidak pernah dilihatnya sewaktu dia membersihkan bilik ini dulu. Kotak apa tu? Tanpa disedari, tangan Elina dihulur ke arah kotak itu. Hatinya meronta-ronta untuk mengetahui isi kandungan kotak berwarna hitam itu. Tiba-tiba tangannya direntap kasar. Elina terdorong ke depan dan hampir melanggar Lee.

“Nante kotta koko de yatte runo desu ka?!(What the hell are you doing here?!)” kata Lee dingin sambil merenungnya tajam. Elina meneguk liur perlahan. Lee begitu dekat dengannya malah tangan Lee masih memegang kuat tangan halusnya. Tiba-tiba dadanya berdegup kencang walaupun dia begitu kecut melihat renungan tajam Lee.

“Er, mereka…mereka semua sedang tunggu awak untuk makan lunch,” kata Elina tergagap-gagap. Dia mengalihkan pandangannya daripada terus bertembung dengan mata dingin Lee. Pegangan kejap Lee mulai terlerai. Elina segera menarik kembali tangannya ke dada.

“Deteike!(Kau keluar!). Aku pergi selepas ni,” kata Lee dingin. Wajahnya dialihkan ke arah lain. Elina segera bangun dan meluru keluar dari bilik itu.

***************************************

“Mana Lee?” tanya Wu apabila Elina duduk di kerusi. Elina terdiam seketika.

“Dia kata, dia datang selepas ni,” jawab Elina perlahan. Dia menguis-nguis alas meja dengan jari runcingnya. Tangan yang sebelah lagi mengusap-ngusap kejap pegangan Lee tadi yang merah. Agak kuat dan sakit pegangan Lee tadi.

“Kenapa pipi kau merah?” tanya Ken. Elina tersentak. Dia segera memegang pipinya. Elina mula gelisah.

“Er, hari ni panas,” kata Elina sambil mengibaskan badannya dengan tangan. Ken dan yang lain memandangnya curiga.

“Hari ni panas, kan?” tanya Elina. Dia memandang mereka semua sambil cuba tersenyum, mahu menyembunyikan kegugupannya. ‘Ah pipi! Kenapa kau cepat sangat merah?’ Elina meyalahkan pipinya di dalam hati. Tanpa disedari, Lee sudah duduk di kerusi disebelahnya.

“Kau lambat,” kata Ryosuke. Lee hanya mendiamkan diri. Elina pula bagi cacing kepanasan. Dia tidak selesa dengan Lee disebelahnya. Apatah lagi setelah apa yang berlaku tadi. Jantungnya terasa berdegup dengan kuat. Lee pula kelihatan selamba sahaja. Langsung tiada perubahan apa-apa pada sikapnya. Malah, dia kelihatan lebih dingin dan menakutkan.

“Itadakimasu!(Jom makan)” tempik Daniel lantas membuka bekas polisterinanya tidak sabar. Elina tersentak. Dia memandang sekeliling. Kelima-lima ahli kumpulan X-Music sudah mula memakan makanan mereka. Wu dan yang lain sedang sibuk berbual. Hanya Lee yang diam dan hanya mendengar perbualan kawannya.

“Kenapa awak tak makan?” tanya Wu sambil melihat bekas polisterina Elina yang langsung tidak terusik. Elina tersenyum kecil.

“Yalah, saya makanlah ni,” kata Elina sambil mula menyuapkan makanan itu kedalam mulut.

“Oishii!(Sedap)” ujar Elina sambil tersenyum lebar. Wu ketawa kecil.

“Kenapa ketawa?” tanya Elina. Matanya sudah dikecilkan. Ketawa Wu semakin galak malah disusuli dengan ketawa ahli kumpulan yang lain. Elina semakin bingung.

“Elina-kun, mulut awak comot,” kata Wu lalu mencapai kertas tisu. Dia mengelap mulut Elina dengan tisu itu. Elina terpaku dengan tindakan itu. Dia segera menjauhkan dirinya dan mengambil kertas tisu itu dari tangan Wu.

“Domo arigato gozaimasu(Terima kasih banyak-banyak). Tapi, biar saya buat sendiri,” ujar Elina. Wu mengangguk lalu kembali berbual dengan rakannya. Elina mengeluh perlahan sambil mengurut lehernya.

“Awak semua dah siap makan?” tanya Elina apabila melihat bekas-bekas polisterina ynag sudah kosong.

“Mestilah. Apa lagi yang hendak dimakan?” tanya Daniel dengan nada bosan. Elina tersenyum.

“Jadi, tentu awak semua boleh tolong saya buat sedikit perkara kecil,” ujar Elina. Wu dan yang lain mengerutkan kening kecuali Lee. Dia kelihatan biasa sahaja dan semestinya..dingin!

“Apa dia?” tanya Ryosuke. Sekali lagi Elina tersenyum lalu meletakkan beg plstik sampah yang masih kosong di atas meja. Tangan kananya menompang dagunya.

“Tolong tutup semula bekas makanan awak bersama dengan sudu dan garpu tu dan letak dalam beg plastik ni. Tak susah pun,” kata Elina. Keadaan menjadi senyap sunyi seketika.

“Apa?” tanya Daniel. Elina meletakkan kembali tanganya di atas meja. Dia menutup bekas polosterina itu bersama dengan sudu dan garpu lalu diletakkan ke dalam beg plastik di hadapannya.

“Macam ni. Awak semua tak boleh buat ke? Ringan je kerja ni. Tak guna tenaga pun,” kata Elina lembut. Wu tersenyum kecil lalu melakukan perkara seperti yang ditunjukkan Elina.

“Ala, kenapa kami kenapa buat macam tu pulak?” rungut Daniel.

“Supaya meja ni tak kotor sangat nanti,” jawan Elina. Daniel masih tidak puas hati.

“Kau kan ada. Kaulah yang kemas,” kata Ken pula. Elina tersenyum.

“Ada masanya saya tak ada juga. Waktu saya tak ada, awak semua nak biarkan saja sampah-sampah ni? Awak semua tak takut ke kalau ada tikus dalam bilik muzik ni?” tanya Elina menguji.

“Tikus?” Serta-merta wajah Daniel berubah kelat. Elina ketawa kecil.

“Awak takut pada tikus ke?” tanya Elina sambil menahan gelak. Daniel mendengus kasar.

“Aku kan lelaki. Manalah aku takut! Aku tak nak buat ini semua!” bentak Daniel kuat. Elina menghentikan gelak. Dia memandang Daniel dengan pandangan berharap. Daniel segera memalingkan wajah.

“Yalah, ini pun nak kecoh!” Daniel melakukan apa yang ditunjukkan Elina dengan kasar. Ken dan Ryosuke juga melakukan hal yang sama. Ada sisa-sisa dari bekas polisterina itu tertumpah ke lantai tetapi Elina tetap tersenyum. Sekurang-kurangnya, ini satu perubahan. Tiba-tiba Elina teringatkan sesuatu. Dia memandang ke arah Lee. Bukan dia sahaja, malah keempat-empah ahli kumpulan X-Music turut memandang ke arah Lee.

“Kenapa pandang aku?” tanya Lee dengan suara dingin. Elina segera mengalihkan wajah. Mukanya terasa membahang.

“Buat jelah, Lee. Bukannya susah sangat!” kata Wu. Lee mendengus kasar lalu mencampakkan bekas polisterina itu kedalam beg plastik. Terdengar bunyi dari beg palstik itu. Elina yakin, isi bekas polisterina itu sudah tertumpah.

“Puas hati?!” tanya Lee kasar. Elina mengangkat wajah dan memandang tepat Lee. Degup jantungnya dan bahang pipinya sudah menghilang entah ke mana. Yang pasti, dia tidak boleh bertahan dengan sikap bongkak lelaki itu.

“Ya. Arigatoh! Cuma, kalau awak tak tumpahkan, lebih baik,” kata Elina tegas tetapi masih lembut. Lee mendengus kasar lalu bangun meninggalkan meja. Keadaan menjadi senyap sunyi di meja makan itu.

“Gomen nasai(Saya minta maaf),” kata Elina perlahan. Wu memandangnya.

“Kenapa awak mintak maaf?” tanya Wu. Elina mengeluh perlahan.

“Nampaknya saya tak boleh nak bergaul mesra dengan Lee. Dia macam benci je dengan saya. Mungkin sebab saya pecahkan guitar kesayangan dia dulu,” ujar Elina. Dia menopang dagunya sambil memandang kosong ke arah meja.

“Lee, dia memang macam tu. Dia pendiam dan tidak bergaul dengan orang tapi dia baik. Kau cuma perlukan lebih masa saja lagi. Lepas ni, pasti hubungan kau berdua pasti lebih baik,” kata Ken. Elina mengangkat wajah. Dia masih tidak yakin.

“Ye ke? Saya dah cuba tapi…” Elina menghentikan kata-katanya di situ. Dia pelik, kenapa dia perlu kisah tentang penerimaan Lee terhadapnya? Sebelum ini dia tidak pernah ambik kisah pun. ‘Elina, kau tak perlu takut. Putus asa? Lagilah tak boleh!’ hati Elina berbicara. Bibirnya mula menguntumkan senyuman.

“Gahm-sah-hahm-ni-da(Terima kasih), Ken,” ucap Elina dalam bahasa Korea pada Ken. Dia yakin, mereka bertiga juga faham.

“Chon-mahn-eh-yo!(Sama-sama)” ujar Ken sambil tersenyum kecil.

2 comments:

-Ain-Dak In- said...

bukan kamsahamnida(tq) ke????
sori klu salah...

ANGAH said...

gamsahamnida lah.