CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »
Cerita ini hanyalah rekaan semata-mata ya. Tak ada kena mengena dengan yang masih hidup atau yang sudah meninggal dunia. Mungkin cerita ni macam tak logik skit tapi ini semua hanyalah untuk hiburan sahaja ya.. ^_^

Saturday 26 December 2009

Bab 46




“Sesuai baju tu dengan Rina!” Adam tersengeh-sengeh. Elina memakai one shoulder dress berwarna hitam dan menyerlahkan kulit cerahnya. Rambutnya juga digaya ala French twist. Memang cantik. Elina merenung abangnya kembali. Dia sudah siap berpakaian kemas. Memang segak tapi Elina mengerutkan kening.

“Abang, tak rasa over sangat ke?”

“Biasa je abang tengok,”

“Suka hati abanglah,” Elina mengurut lehernya. Dia betul rasa tidak sedap hati. Apa niat sebenar abangnya mahu ke parti itu? Abangnya sekarang bukan boleh percaya sangat. Licik! X-Music pun satu. Dah tahu Adam benci kat diorang, yang pergi jemput tu siapa suruh?!

“Abang,” langkah Adam terhenti.

“Ada apa?”

“Abang jangan nak buat macam-macam. Jangan nak mula gaduh dengan diorang. Jangan…”

“Bla..bla..bla.. Kuat membebel lah Lina ni!” hidungnya dicuit. Wajah Elina kelat.

“Abang takkan nak buat jahat, Lina,” dia tersenyum lagi. Namun Elina memang tak percaya kata-kata itu. Ah, biarlah. Aku dah tak peduli lagi. Lantak dialah nak buat apa pun!

********************************


Elina melihat Adam memakai mask yang bewarna perak. Hm, nampak cool!

“Nah,” Adam menghulurkan sesuatu di tangannya.

“Apa ni?”

“Ini masquerade party. Jadi ini masquerade mask,” Adam tersenyum. Elina mengambil mask di tangan Adam. Cantik. Berkilau-kilau.

“Mari abang pakaikan,” Adam tersenyum. Elina hanya membiarkan abangnya memakaikan topeng itu kewajahnya.

“Jom kita keluar,” drivernya membukakan pintu. Kening Elina berkerut seribu. Apatah lagi apabila melihat para tetamu yang diundang.

“Abang, ni bukan parti biasa, kan?” dia memandang abangnya lama. Adam tersenyum.

“Mestilah. Ayah Ken ada syarikat rakaman antara yang terbesar di Asia. Tetamu yang dijemput kebanyakannya terdiri daripada rakan kongsi syarikat dan artis-artis yang bernaung di bawah syarikat dia,” tenang Adam menerangkan tetapi mulut Elina sudah terlopong besar.

“Apa? Jadi, kebanyakan yang pakai topeng tu, artis lah?” matanya membulat. Adam mengangguk.

“Jom kita pergi,” Adam menarik tangannya. Elina kekal kaku.

“Macam mana abang tahu semua ni?”

“Abang bukan naif macam dulu lagi,” sinis senyumannya. Elina menarik nafas panjang. Tiba-tiba kedengaran riuh rendah. Elina dan Adam serentak berpaling. X-Music. Diorang baru tiba. Tetapi mereka tidak memakai topeng. Malah Ken tiada bersama mereka.

“Kacak betul mereka semua,” kedengaran bisik-bisik kedengaran. Elina berdiri di belakang Adam apabila mereka melintasinya. Elina tahu dengan memakai topeng pasti mereka tidak akan dapat mengenalinya tetapi dia terdesak mahu bersembunyi dari Lee. Dia kelihatan…macam biasalah…terlebih kacak!

“Mari, Lina,” Adam tiba-tiba menarik tangannya dan berdiri di

hadapan X-Music. Elina tergaman. Sah, abangnya nak buat hal lagi.

“Kau orang memang tak boleh berpisah, kan?” nada Adam sinis. Elina mengetap bibir. Mereka berempat merenung tajam abangnya. Elina menunduk.

“Lina, cantiknya awak malam ni,” Ryosuke tersenyum sambil mendekatinya. Elina mengangkat wajah.

“Terima kasih,” dia memandang mereka semua tetapi akhirnya pandangannya berhenti seketika di wajah Lee. Dia kelihatan tenang. Wajahnya muram kembali. Dia betul tidak tahu apa yang ada di dalam fikiran lelaki ini.

“Cantik, kan? Bertuah aku sebab dia jadi pasangan aku. Mana pasangan korang?” Adam meraih pinggangnya dan menjauhkannya dari mereka berempat. Elina mengetap bibir.Alamak, Adam memang nak cari pasal.

“Kami tak perlu bawa pasangan,” Daniel membalas kasar.

“Ye ke? Atau pun kau orang terlalu popular ke, tak tahu nak pilih yang mana?”

“Abang..,” Elina menarik lengan abangnya agar tidak meneruskan bicara. Dia sudah dapat melihat bunga-bunga pertengkaran. Apatah lagi melihat wajah Daniel yang mula memerah.

“Aku rasa lebih baik aku masuk dulu. Lina pun macam dah tak selesa,” dia tersenyum sinis pada X-Music. Sebelum beredar, sempat dia memberikan jelingan tajam pada Lee.

“Abang!” muka Elina kelat. Adam tersenyum. Sesungguhnya dia gembira apabila melihat riak Wu dan Daniel yang cemburu melihat dia merangkul Elina. Yalah, Elina begitu cantik malam ini. Dia yakin ramai yang akan cemburukannya. Cuma satu sahaja, riak Lee memang sukar dibaca!

**********************************

Elina menepuk tangan. Satu persembahan daripada artis popular baru sahaja selesai. Elina betul-betul terkejut. Parti ini memang bertaraf tinggi.

“Lina, apa yang dimenungkan?” Elina memandang Adam yang berlindung disebalik topeng perak itu. Dia perasan ada gadis-gadis yang mencuri pandang pada abangnya ini.

“Abang pergilah menari dengan tetamu lain. Tak payah pedulikan Lina,

” Elina tersenyum kecil. Adam menggeleng.

“Abang tak nak tinggalkan Lina,” minuman dibawa ke bibirnya. Elina terus mengalihkan pandangan ke pentas. Kini ada sekumpulan jejaka yang mengambil alih. Masing-masing dengan alat muzik tersendiri dan bertopeng. Persembahan dimulakan dengan gesekan violin oleh seorang lelaki bertopeng emas. Keadaan dewan senyap sunyi. Jejaka itu terus memainkan iramanya.

“Lee,” nama itu meluncur dari bibirnya. Adam segera memandang Elina, terkejut dengan reaksi Elina.

When I am down and, oh my soul, so weary,
When troubles come and my heart burdened be,
Then, I am still and wait here in the silence,Until you come and sit awhile with me.

Elina tersenyum. Ini suara Ryosuke. Dan selepas itu Wu pula menyambung sambil menekan not-not piano.

You raise me up, so I can stand on mountains,

You raise me up, to walk on stormy seas,

I am strong, when I am on your shoulders;

You raise me up... To more than I can be.

Elina kembali memandang Lee. Kali ini Elina memandangnya sedang menggesek violin, dia kelihatan lebih tenang. Dia juga lebih berkeyakinan. Adakah lagu ini ditujukan untuk seseorang?

You raise me up, so I can stand on mountains,

You raise me up, to walk on stormy seas,

I am strong, when I am on your shoulders,
You raise me up... To more than I can be.

“Mungkin tidak….”

**********************************

“Elina!” ada seorang gadis memakai mask bewarna merah menarik tangannya. Elina yang sedang sibuk minum hampir sahaja tersedak.

“Kenapa ni? Siapa awak?” keningnya berkerut seribu. Gadis itu tersenyum.

“Takkan awak tak kenal saya?” senyumannya bertukar sinis. Elina terpana. Dia tidak dapat berbuat apa-apa apabila dirinya ditarik ke pentas.

“Oleh kerana saya tidak dapat membuat persembahan, saya akan diganti dengan gadis ini,” jelingannya tajam menikam terhadap Elina. Dia mendekatkan bibirnya ke telinganya. “Selamat bergembira,” terus Tiffany turun ke bawah. Elina kaku. Dia memandang para tetamu dengan perasaan gerun. Sampai hati Tiffany mengenakannya seteruk ini.

“Wu!” hampir sahaja Elina menangis di situ juga. Wajahnya sudah merah padam menahan malu.

“Jangan risau. Anggap je mereka semua ni anak patung ke, barang ke. Buat biasa je, Elina,” Wu yang memakai topeng emas berbisik ke telinganya. Elina menggeleng.

“Tapi kenapa boleh jadi macam ni. Ini kan parti bertaraf tinggi. Mana boleh ganti gitu je, kan? Tiffany sengaja nak kenakan saya,” dia menunduk. Ahli-ahli X-Music yang sudah bersedia dengan alat muzik masing-masing terdiam. Dalam hati mengakui kata-kata itu.

“Elina, jangan risau. Kalau kau tak boleh, kami sambung, okay,” Daniel tersenyum. Elina terdiam. Yalah, terharu. Dia mendekatkan bibirnya di telinga Wu dan membisikkan sesuatu. Wajah Wu berubah.

“Awak yakin?”

“Yakin sangat!” Elina mengangguk. Wu berbisik ke telinga rakan-rakannya. Reaksi mereka sama. Cuma Elina tidak menjeling ke arah Lee untuk melihat reaksinya. Sudah pasti dia sentiasa cool! Muzik bermula. Elina menarik nafas, mencari kekuatan.

I lie awake at night
See things in black and white
I've only got you inside my mind. You know you have made me blind

Dia memandang ke hadapan. Mereka semua sedang memandangnya. Mungkin tidak menyangka dia akan menyanyikan lagu ini. Pretty boy, siapa yang sangka?

I lie awake and pray
That you will look my way I have all this longing in my heart
I knew it right from the start

Jujurnya dia terbayangkan seseorang apabila menyanyikan lagu ini. Siapa? Tentunya sudah boleh diagak. Dia teringatkan kata-kata dinginnya, perlakuannya yang sentiasa bersahaja…

Oh my pretty pretty boy I love you
Like I never ever loved no one before you
Pretty pretty boy of mine
Just tell me you love me too

…senyumannya yang jarang-jarang dilihat….

Oh my pretty pretty boy
I need you
Oh my pretty pretty boy I do
Let me insideMake me stay right beside you

…dan wajah sayunya. Semuanya muncul satu persatu. Dan dia tidak punya kekuatan untuk menyekatnya…

******************************************

“Pretty boy. Siapa pretty boy kau tu?” Tiffany muncul. Wajahnya disebalik topeng itu jelas kelat.

“Siapa eh?” Elina mengembalikan soalan. Tiffany mengetap bibir.

“Kau ni memang…..!” Tiffany beredar sebelum menghabiskan ayatnya. Elina menarik nafas panjang. Dia pun tidak tahu hantu apa yang merasuk dia menyanyikan lagu itu. Memalukan saja. Lagipun sah-sah Lee tahu lagu itu ditujukan untuknya. Kan dia sendiri dah mengaku dia sukakan Lee. Tentu dia sekarang sedang diketawakan. Malunya!

“Parti ni bosan ke?” Ken muncul dari belakangnya. Elina menggeleng.

“Taklah. Hebat betul parti ni. Saya tak tahu pun papa awak ada syarikat rakaman,” Elina tersenyum kecil. Dia sudah melihat ibu bapa kesemua X-Music. Adam yang menunjukkan. Entah dari mana dia tahu, Elina tidak ambil kisah. Yang penting, kesemua ibu bapa X-Music kelihatan sangat bepengaruh. Cuma ibu tiri Lee sahaja, dia sudah kelihatan begitu dingin walaupun dari jauh. Patutlah Lee berperangai sebegitu.

“Tiffany cakap apa tadi?” Wu pula datang menghampirinya dan diikuti oleh ahli X-Music yang lain. Hanya Lee yang tiada. Dia menjeling dengan ekor mata. Dia sedang bersama Tiffany.

“Hanya tanya siapa pretty boy saya. Mestilah awak semua, pretty boys,” dia tersenyum. Wu mendekat dengannya.

“Nak dengar satu cerita?”

“Apa dia? Ceritalah!” minuman dibawa kebibir.

“Tiffany dan Lee,” Ken menyampuk. Elina terdiam seketika. Malas sebenarnya dia nak mendengar kisah cinta mereka berdua itu tetapi dia tetap tersenyum. Menggesa mereka memulakan cerita.

“Tiffany anak kepada kawan ayah Lee. Lee, awak faham sendirilah sikap dia selepas dia balik pada ayahnya. Dia jadi pendiam. Dia larikan diri daripada orang. Cuma seorang yang sentiasa tidak jemu berada di sisinya, Tiffany,”

“Tiffany sentiasa ada di sampingnya. Tapi waktu mereka umur dua belas tahun, Tiffany ikut papanya ke French. Selepas itu Lee tidak ada kawan lagi. Sehinggalah dua tahun lepas, Tiffany datang balik. Dia yang jadi pengurus pertama kami bila kami menubuhkan X-Music. Lepas itu Lee menjadi lebih terbuka, tetapi hanya dengan Tiffany. Dan sekali lagi, Tiffany pergi,” Ryosuke memandang Wu. Mengisyaratkan dia menyambung cerita.

“Sejak itu kami bertukar-tukar pengurus. Lee tidak selesa dengan mereka semua. Dia tidak mahu dengan orang luar sehinggalah awak muncul,” Wu terdiam. Elina mengangkat wajah.

“Tentu dia bencikan saya, kan? Yalah, saya rosakkan guitar dia, saya cerobohi privasi dia, saya buat dia cedera. Berbeza benar saya dan Tiffany,” dia tersenyum nipis.

“Awak orang pertama yang boleh buat dia hilang cool dia, tau! Tak pernah saya tengok dia macam tu!” Ken menyampuk.

“Sekarang Tiffany dah balik. Apa bezanya?” dia bersuara perlahan. Mereka berempat terdiam.

“Perangai dia memang pelik,” Wu mengakui. “Tapi…”

“Itu maknanya dia tidak perlukan sesiapa selain Tiffany. Sekali saya jadi orang luar, sampai bila-bila saya tetap orang luar,” Elina cuba tersenyum. Pahit…

“Awak jangan salah faham, Elina. Pada mulanya kami memang fikir yang dia rapat dengan awak sebab kadang-kadang awak macam Tiffany tau,” Wu terseyum kecil apabila kening Elina berkerut. “Hanya Tiffany yang mengarah kami sebegitu. Ingat tak awak pakai dress putih waktu persembahan kami dulu. Awak kata cikgu yang bagi pinjam,” Elina hanya mengangguk. “Baju itu sebenarnya baju Tiffany,” Elina terus terlopong. Baju Tiffany? Patutlah diorang renung aku semacam je. Malunya!

“Tapi lama-kelamaan kami sedar. Dia langsng tak anggap awak macam Tiffany. Awak sendiri tahu perangai Lee, kan? Dia sentiasa pendam isi hatinya. Dia tidak luahkan. Tapi kami tahu perasaan sebenarnya kepada awak. Cuma mungkin perangainya berubah kerana sikap ingin melindungi,”

“Melindungi? Dari siapa?” matanya membulat.

“Kami tahu pasal hubungan awak dan Adam. Kami tahu semuanya,”

“Apa? Jadi awak tahulah yang kami adik berdik..eh..bukan adik beradik..”

“Yup, kami tahu semuanya tapi jangan tanya dari mana kami tahu sebab aku takkan cakap,” Ken bersuara. Kening Elina berkerut lagi.

“Berbalik pada topik utama, dia mungkin mahu melindungi awak daripada Adam dan dirinya sendiri,” Wu menyambung sambil membetulkang topengnya yang senget. Elina semakin berkerut. Apa pelik sangat yang diorang cakap ni?

“Mungkin dia rasa rendah diri. Merasakan awak layak mendapat seseorang yang lebih baik dari dirinya. Mendapat seseoarang yang lebih pandai meluahkan perasaannya,” Ryosuke tersenyum. Elina perlahan-lahan tersenyum. Entah kenapa hatinya terasa lapang. Walaupun percakapan mereka banyak ‘mungkin’, dan bukan fakta, dia tetap gembira sebab itu adalah kemungkinan yang baik. Dia juga faham jika Lee benar-benar berfikiran begitu. Macam mana tak faham, dua minggu dia memikirkan bagaimana caranya mahu memujuk Lee berjumpa dengan Auntie Hyun.

“Siapa yang nakkan saya? Tak adalah!” dia menggeleng. Namun X-Music perpandangan sesama sendiri namun Wu dan Daniel memandang ke arah lain. Entah apa ekspresi wajah mereka. Wu berdehem.

“Well, tentu ada yang sukakan awak. Adam contohnya,” Elina tersenyum apabila Wu berkata begitu. Dia tidak mahu mengulas lanjut pasal itu. Namun dia membuat isyarat untuk pergi. Belum sempat dia melangkah, mereka semua menghalang.

“Kau tak dengar yang paling penting lagi,” Daniel bersuara bersahaja. Elina kembali berpaling.

“Apa dia?”

“Tiffany menjadi orang yang paling rapat dengan Lee tetapi sejak dia pergi, perangai Lee berubah. Kali kedua dia pergi, Lee sudah tidak percaya yang orang kesayangannya akan kekal lama. Sebab itu, dia juga tidak yakin dengan awak. Dia rasakan suatu hari nanti awak akan tinggalkan dia sama seperti Tiffany,”

“Tapi Tiffany sudah pulang..”

“Tetapi perasaanya sudah berubah. Tiffany sekarang bagaikan adik yang harus dilindungi,”

“Tapi Tiffany tidak faham. Dia tidak mahu Lee menjadi sekadar abangnya tapi kami tahu, dia juga sudah mula menerima. Sebab itu kau tidak patut kecil hati atas apa yang Tiffany katakan,” Ken pula menyambung. Elina pening kepala. Mereka ini bergilir-gilir bercerita sehingga Elina kadang-kadang tidak tahu siapa dia harus berpaling.

“Dan kau juga tak patut kecil hati atas apa yang pernah Lee katakan sebab dia bukan bermaksud itu semua,”

“Apa sebenarnya awak nak cakap ni? Terus terang jelah. Saya dah pening ni,” dia memicit dahinya. Mereka berempat tersenyum.

“Maknanya, dia sukakan awak!” mereka serentak menjerit di telinganya. Elina hampir sahaja melompat kerana terkejut.

“Awak semua ni,” pipinya merah padam apabila orang ramai memerhatikan mereka.

“Kami gerenti, Elina. Dia memang…” Elina terus memukul lengan Ryosuke.

“Kuat sangat tu!” sedaya upaya dia cuba menyembunyikan pipinya namun mereka berempat lebih cekap. Terus ketawa meletus dari jejaka X-Music ni. Elina menggigit bibir malu.

******************************************

Dia sedang mencari Lee ketika seorang jejaka memakai topeng silver yang menutupi seluruh wajahnya mendekati. Dia memakai tuxedo bewarna hitam. Dari ekor mata pun sudah tahu pakaian itu berjenama mahal.

“Maaf,” Elina cuba untuk beredar tetapi jejaka itu menghulurkan tangannya dan menjeling ke ruang tarian. Elina terpana. Adakah jejaka ini mengajaknya menari?

“Tapi…,” Elina tidak dapat mengecam wajahnya namun mereka bertentang mata. Matanya, bagaikan memperlihatkan keikhlasanya. Dia ragu-ragu namun tanpa sedar jarinya sudah berada di gengaman lelaki itu. Dia dibawa ke pentas tarian. Alunan muzik yang perlahan mengikuti langkahnya.

Mereka tidak berbicara. Hanya alunan irama yang didengar. Tubuh badan mereka digerakkan mengikut alunan lagu. Elina merenung mata jejaka itu lama. Sinarnya, bagaikan pernah dilihat.

“Saya kenal awak ke?” dia bersuara perlahan. Jejaka itu kekal diam namun tubuhnya diraih mendekat. Elina dapat merasakan jantungnya berdegup kencang. Apa yang sudah terjadi ni?

“Saya kenal awak, kan? Siapa awak?” namun sama seperti tadi, dia dipeluk lebih erat. Perasaan Elina berbaur namun dia hanya membiarkan. Lama mereka berkelakuan begitu. Akhirnya lelaki itu melepaskan pelukan. Matanya tajam menikam. Bibirnya dibawa ke telinganya.

“Maaf,” nadanya sangat perlahan. Hampir sahaja tidak didengar.

Elina terpaku. Serentak itu muzik terhenti dan jejaka itu beredar. Sekelip mata sahaja dia menghilang.

*************************************

“Lina,” Adam tersenyum memandangnya. “Pergi mana tadi? Lama abang cari,” Adam menghampirinya namun Elina terdiam. Dia mengetap bibir lama.

“Abang, X-Music mana?” dia tercari-cari kelibat mereka dengan ekor mata. Wajah Adam berubah.

“Yang Lina nak cari mereka, apasal? Jom balik!” tangannya digenggam dan dia dibawa ke arahnya.

“Abang, Lina kena cari X-Music. Penting ni,” Elina sedikit meronta tetapi abangnya tetap mengheretnya. Elina akhirnya mengalah namun apabila melihat kelibat Wu, dia cepat-cepat melepaskan pegangan.

“Wu, ada nampak Lee tak?” Elina terus bertanya. Wajah Wu berubah. Elina tahu ada yang tidak kena.

“Wu, mana Lee?” dia menggesa. Apabila ahli X-Music yang lain menyertai mereka, Elina bertanya perkara yang sama. Ekspresi wajah mereka turut berubah.

“Lee mana?” sekali lagi dia bertanya. Wu merapatinya.

“Elina, Lee sudah pergi,” perlahan nadanya. Elina merasakan bagaikan tubuhnya dirempuh lori.

“Ke mana?”

“Dia ikut Auntie Hyun mendapatkan rawatan di luar negara. Selepas ini dia turut akan belajar ke sana,” kata-kata itu bagaikan sembilu yang menikam hatinya. Betullkah Lee sukakannya? Jika benar, kenapa dia diperlakukan sebegini?

“Kami ingat dia dah beritahu awak,” Ryosuke memandang Elina dengan pandangan simpati. Elina menggeleng.

“Mana mungkin. Kami jarang bercakap,” suara Elina lemah. Hatinya sakit..benar-benar sakit…

“Tapi tadi dia menari dengan kau. Aku ingat dia dah beritahu,” Daniel mengetap bibir setelah bersuara. Elina terus terpaku. Lelaki itu Lee! Lelaki yang memakai tuxedo yang berbeza, lelaki yang memakai topeng perak, yang menari bersamanya tadi adalah Lee! Kenapa dia tidak mengecam dari awal lagi? Kenapa bila ada sangsi di hatinya tetapi akalnya menidakkan? Adakah kerana dia tidak tahu apa maknanya maaf itu, apa ertinya maaf yang diucapkannya itu?

“Lina..,” Adam berdiri di sisinya. Bahunya dicengkam. Elina beralih memandang abangnya. Bibirnya diketap.

“Abang, dia sudah pergi….,”


9 comments:

Anonymous said...

bestlah n3 ni! tp kenape Lee pergi? n knape lak lee pakai mask ble dance ngan Lina? x sabar nak bce ending!

Anonymous said...

what??
lee dh pergi???
besh gler part dorg nari tu..
n tyme x music cite sumenye sal lee kt lina!
besh..
kak..plez smbung..
da epi akhir kn?
cpt la kak!!!

Anonymous said...

sonoknyer bce yg n3 kali nie..hehe:)..nape lee pergi xgtaw elina?sedenyer...dia tnggalkn elina cm2 jak ke?cptlaaa smbg...hehe:)

aNisLuVkEdAh said...

l0rh..lee...knp wt mcm neh..
n3 yg neh pling best..pnjg lk 2..
hee~..akak smbg cpt taw..
huu..i'm waiting 4 ur next n3..
ganbatte..
thanks..

azzakiah said...

aaaaa.. sedeyh nye lee pergi... :((..
sy dapat rase kesedihan lina.. :((.. aduhai.. nape lee wat cam tu.. huhuhuuu.. :(

cpt2 sambung ye.. da x sabar sangat ni!

sinichies_girl88 said...

tak sabaunya nk tau ending dia huhuhuhu...
cpt2 masukkan n3 erk...heheh
bagilah lee luah kat lina..
harap2 happy ending...
:)

keSENGALan teserlah.. said...

whoaa..
makin suspen nieh..c
cpt2 abeskan..
huhu..

sweetlavender said...

best r cite ney..
lee mmg hensem le..
dbsk semua mmg handsome

Anonymous said...

best giller! macam bleh bayangkan je cite ni dalam kepala! x sabar nak tau ending! = D