CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »
Cerita ini hanyalah rekaan semata-mata ya. Tak ada kena mengena dengan yang masih hidup atau yang sudah meninggal dunia. Mungkin cerita ni macam tak logik skit tapi ini semua hanyalah untuk hiburan sahaja ya.. ^_^

Saturday 10 October 2009

Bab 42



Ish, tension betul! Kenapalah aku terperangkap begini? Buat sesak nafas je!

Elina berjalan pantas tanpa memperdulikan orang ramai yang memerhatikannya. ‘Ah, buat bodoh je!’ langkahnya dipercepatkan. ‘Ish, bila diorang nak berhenti renung ni? Ni Adam punya pasallah!’

“Lina,” suara Adam kedengarang sayup-sayup dari belakang. Elina tidak memperdulikan teriakan itu. Malah, dia berlari. Terdesak mahu melarikan diri dari Adam.

“Lina, kenapa lari ni?” tanpa diduga lariannya dipintas Adam. Terkejut betul dia dibuatnya. Mujur dia sempak berhenti, kalau tak, dah tersemban dah atas simen ni!

“Kenapa Adam kat sini? Tak masuk kelas ke?” dia mengeluh. Sumpah, dia betul-betul rimas dengan segala renungan dan bisikan di sekelilingnya. Apatah lagi selepas Adam memaksanya pergi ke sekolah bersama-sama. Pelbagai versi khabar angin tentangnya dan Adam menular di sekolah ni. Semuanya menunjukkan dia perempuan gatal dan gedik!

“Huhu,” wajahnya ditundukkan. Letih betul melayan semua ini. Dulu ketika dengan X-Music pun dia hebat dilanda gosip. Dengan Adam, lagi hebat! Macam keluar mulut harimau masuk mulut buaya. Sekarang guru-guru lagilah memandangnya semacam.

“Lina tunggu Adam berlatih hari ni,” selepas itu Adam berlalu meningalkannya. Elina hanya melihat dari belakang. Jelas setiap manusia dia sekelilingnya menoleh apabila Adam melepasi mereka. Hm, dah jadi pelajar paling hot sekarang!

“Amni, Zila, Mira!” Elina menjerit riang apabila bertemu ketiga sahabatnya. Segera dia mendekat namun alangkah terkejutnya apabila Zila dan Amni segera berlalu. Dia terkaku di situ. Tidak tahu mahu memberi reaksi apa.

“Lina,” Mira menyentuh perlahan bahunya. Elina tersedar kembali. Matanya tepat memandang Mira. Mira menarik nafas panjang dan menunduk.

“Mereka salah faham. Tak apa, saya tahu suatu hari keadaan akan pulih semula,” senyuman nipis terukir di bibir Mira. “Jom kita ke kelas,”

“Mira..,” tiada kata dapat diluahkan sekarang. Dulu sebaik dia berhenti jadi pembantu X-Music, Zila dan Amni tidak bercakap dengannya. Sekarang, bila gosipnya dengan Adam tersebar luas, mereka langsung tidak mahu berkawan dengannya. Dia sedih namun dia juga gembira. Mira sungguh baik, dia tidak cepat melatah dan menuduhnya macam-macam.

“Terima kasih,”

*******************************************



“Oh my god!” Elina hanya diam apabila kata-kata itu keluar dari mulut seoarang pelajar senior. Dia sudah tahu, kepada siapa ditujukan kata-kata itu. Siapa lagi, Adam yang sedang berlawan badmintonlah!

“Tengok tak cara dia smash tadi? Cool betul!” suara lain pula. Elina mengeluh lagi. Dia memandang ke hadapan. Kebetulan tepat Adam sedang memandangnya sambil tersenyum.

“Dia senyumlah!” sekumpulan pelajar di hadapannya berbisik-bisik teruja. Elina tersenyum kecil. Tidak pernah disangka abangnya akan menjadi buruan wanita seramai ini. Adakah kerana penampilannya yang sudah berubah, atau harta yang di warisinya, atau kedua-duanya? Entah, dia pun tak tahu!

“Lina, tolong hulurkan botol tu,” Adam menghampirinya. Elina mengetap bibir. suara bisik-bisik kedengaran. Kerana inilah dia ingin menjauhkan diri dari Adam di sekolah. Dia tidak mahu susah tapi Adam nampaknya suka melihat dia susah! Adam semakin giat berbual mesra dengannya di tempat awam. Semakin ramai manusia di situ, semakin mesra suaranya. Entah apa tujuannya!


“Lina,” keningnya dinaikkan. Elina menghulurkan botol air tanpa suara. Dia juga meneguk tanpa suara. Senyuman curi-curi diukir apabila melihat sekumpulan lelaki menjeling ke arah mereka. Dia memang sengaja mendekat dengan Elina di hadapan orang ramai. Dia tahu Lina mempunyai ramai peminat rahsia. Bila berbuat begini, tidak akan ada sesiapa yang akan berani dengan dengan Lina lagi. Tujuannya? Senang sahaja. Lina hanya miliknya seorang!

“Abang kan dah nak exam. Patutnya..,” ayatnya terhenti di situ. “Lina nak balik,” begnya dicapai dan dia berlari meninggalkan Adam yang terpinga-pinga. Jejaka itu mencapai barangnya dan mengejarnya.

“Lina tak faham apa tujan Adam buat Lina macam ni? Adam nak kenakan Lina, kan?” luahnya geram. Tangan yang digenggam Adam direntap kasar. Wajah Adam berubah, tidak pernah mendengar Lina sekasar itu.

“Kenapa dengan Lina ni? Dah kurang ajar sangat?” matanya dijengilkan. Elina mendengus kasar. Mulutnya herot berot. Adam tersenyum kecil, dia tahu Elina sedang mengutuknya!

“Lina tak faham la. Berhentilah. Kenapa Adam buat macam ni?” kakinya dihentakkan tanda tidak puas hati. Wajahnya juga sudah memerah.


“Vous devriez en parler à son,” satu suara yang dikenali Elina membuatkan dia berpaling. Hampir hendak tercabut jantungnya melihat Lee dan Tiffany berjalan bergandingan. Lagi-lagi guna bahasa yang dia tak faham. Menyampah!

Mereka berdua juga sudah menyedari kehadirannya dengan Adam. Buat seketika Elina dan Lee berbalas pandang. Sudah agak lama dia tidak bertemu dengan kesemua ahli X-Music terutamanya Lee. Mungkin mereka sibuk dengan peperiksaaan besar yang hampir tiba.

“Lo hago a propósito!( Saya sengaja melakukannya!)” Adam bersuara lantang. Elina terlopong. Kenapa pulak keluar bahasa sepanyol ni?

“Por qué?(Kenapa?)” Elina menjeling ke arah Tiffany dan Lee yang kelihatan terkejut mendengar perbualan mereka. Dia tersenyum sinis. Padan muka. Kau ingat kau sorang je tahu bahasa asing?!

“Porque te amo, Elina! (Kerana saya cintakan awak, Elina!)” Mata Elina membulat! Dia tak salah dengar ke? Atau memang bahasa sepanyol dia ada masalah?

“No digas tonterías( Jangan mengarut!)” dia mula cemas. Entahlah, dia pun tak tahu kalau bahasa sepanyolnya tunggang-langgang. Dia mahu beredar namun Adam merentap tangannya dan menarik dia dekat padanya.

“Lodigo en serio!(Saya serius)” Adam menatap matanya tajam. Elina menggelang pantas. Dia takut melihat Adam begini. Perlahan tangannya dilepaskan dari genggaman Adam. Dia menjeling pada Lee yang Tiffany yang berdiam diri sebelum terus berlari dari situ. Adam meraut rambut dan menarik nafas panjang.

***************************************



My God, kenapa semuanya bolah jadi begini? Fikiran Elina kucar-kacir. Dia tidak tahu kemana dia ingin pergi lagi.

“Porque te amo, Elina!” kata-kata itu berulang kali diulang dalam otaknya. Elina menekup telinga. Ingatannya kembali kepada layanan dan tingkah laku Adam yang berbeza bermula apabila dia menjadi pembantu X-Music. Kenapa Adam marah? Cemburu barangkali?

“Alamak!” bibirnya diketap kuat. Adam memang kelihatan serius. Apa yang akan terjadi kalau Adam mahu hubungan yang lebih daripada abang dan adik.

“Tak boleh!” tanpa sedar Elina menjerit. Dia betul-betul tidak dapat membayangkan dia dan Adam selain adik beradik dan kawan. Betul-betul tak boleh!

“Ops, maaf,” Elina menjarakkan diri. Namun matanya terbeliak apabila melihat yang dihadapannya adalah Auntie Hyun. Senyuman dilebarkan.

“Dah lama tak jumpa Auntie,”

“Auntie sibuk sikit,” wajah Auntie Hyun kelihatan pucat dan tidak bermaya. Kelihatan dia seperti sedang menanggung masalah berat.

“Kenapa ni, auntie?”

“Auntie,” tangannya dicapai. “Auntie nak mintak tolong sangat-sangat,” matanya bersinar harapan. Elina tersnetak. dia tidak berani berjanji. Risau jika tugasan itu tidak mampu dilaksanakan.

“Lina akan cuba,” jawabnya ringkas. Auntie Hyun mengangguk.

“Boleh tak, Lina temukan auntie dengan Lee?” Elina tersentak. Memang tugasan susah. Macam mana ni?

“Susah la, auntie. Lina dah tak jadi pembantu mereka. Lee pulak macam dan anggap Lina ni musuh dia,” ucapnya perlahan. Auntie Hyun menggenggam tangannya lebih erat.

“Lina tolonglah,” wanita ini keliahtan terdesak benar. Elina menarik nafas panjang.

“Lina akan cuba sedaya-upanya Lina tapi auntie kena beritahu apa hubungan sebenar auntie dengan Lee,” dia perasan Auntie Hyun terkejut dengan permintaaannya. Kali ini dia pula yang menggenggam tangan Auntie Hyun. “Auntie ni mama Lee ke? Auntie, beritahu Lina. Auntie ni mama Lee ke?” lama wanita itu terdiam dan menundukkan wajah. Elina semakin tidak sabar.

“Auntie,” Elina sedikit mendesak.

“Bukan,”

“Bukan apa?”

“Auntie bukan mama Lee. Auntie emak saudara Lee,” ucapnya tenang. Elina terpaku di situ.

“Apa?”

p/s: Cite ni dah nak habis pun. mungkin dua tiga bab lagi. Alya pun tak nak panjang sangat. nanti meleret-leret. ^_^

13 comments:

Anonymous said...

eh, bukan mama dia ke? sye ingat mama lee. pelik. apa rahsia diorang ye?

Farah Shamsudin said...

jeng2...
huhu..
suspen jerp..
he~

keSENGALan teserlah.. said...

huhu..
da nk abes..
cpt2 smbung..
byk agy persoalan nieh...

madi kiut said...

a'ahhh..suspen jerkkk,
nk tau gak las2 lina ngn sapa

LiNa said...

ish..mesti stop bab suspen..
sambung lagi yer..
xsabar nak tau ending nie..

azzakiah said...

can't wait for the next n3..
hehehee...
pe yg akan jd seterusnye.. suspen sangat!
cpt2 sambung k.. :D

Anonymous said...

sye igt auntie hyun tu mak lee...alaaa alya!cter nie dh nk abes??sedey.,.

``~farah97~``

umYrah daRWis said...

lorh..igtkn mama lee..
huhuhu

hahahha dah agk dah..adam suka elina..
kuang3
>_<

Anonymous said...

alah... xnak dia dgn Adam...

Anonymous said...

ala..
okla tu kalau lina dgn adam..
nak ckp lina dgn lee teruk sgt la...coz lee tu xreti menghargai lina...
asyik2 ckp kaar n marah lina jek..
ish..
xsuke2...
anyway, cpatla sambung yek..
tp citer ni nak abis da ek..
huhu..sediy2.. T_T

Pharmacy 3rdbatch said...

bile nak smbung..rindu gler kt cter ni.huhu

aLya said...

bes cte nie..
nak lina ngan lee..
lee cool..dye x tau cmner nak luah prasaan dye..
maybe ngan gado ngan lina dye dpt trik prhatian lina kan..
hehe..
ske2..
cpt smbung k..

safya said...

bile nak smbg lagi nie..x sabr menunggu...