Kakinya berjalan di lorong sepi itu. Sesekali memori menerjah fikirannya. Sudah empat tahun berlalu sejak X-Music dibubarkan dan ahli-ahli mereka pergi menurut haluan masing-masing. Seorang demi seorang pergi dan meninggalkan bilik muzik dan kini X-Music hanya tinggal nama namun sekalipun tidak dilupakan. Dan Elina juga tidak pernah melupakan X-Music. Ken yang periang, Ryosuke yang kaki perempuan, Daniel yang nakal, Wu yang baik hati dan Lee…Lee yang tidak ada perasaan!
“Huh!” rasa marahnya meluap-luap terhadap lelaki itu. Berani dia pergi tanpa ucapkan selamat tinggal. Memang melampau. Berbeza dengan keempat-empat ahli X-Music yang lain. Malah Elina masih berhubungan dengan mereka semua cuma Lee sahaja yang dia tidak tahu apa-apa perkembangannya. Dia juga tidak mahu bertanya. Buat apa menambahkan luka di hatinya. Ken akan mewarisi syarikat rakaman papanya, Ryosuke mengambil jurusan kejuruteraan, Daniel bakal peguam dan Wu, perubatan. Elina tersenyum, mereka memang hebat!
Tiffany? Dia ada juga melihat gambar-gambar Tiffany di majalah dan akhbar. Dia sudah popular di negara ini. Sebelum ini dia hanya menjadi model di Perancis. Ada juga desas-desus dia berpacaran dengan artis lelaki popular yang baru melonjak naik. Kesahihan berita itu, Elina pun tak tahu.
I’d never lived before your love, I’d never felt before your touch
Tiba-tiba alunan before your love memenuhi ruang. Elina terus mencapai telefon bimbitnya dari kocek seluarnya.
“Abang,” dia tersenyum. Abangnya baru balik dari universitinya. Sudah lama tidak dilihat abangnya itu. Terkejut juga. Makin cerah kulitnya. Elina juga dalam cuti semestar. Cuba teka dia ambil jurusan apa? Rahsia!
“Lina!” Adam menjerit. Elina tersentak. Apa jerit-jerit ni?
“Lina dengar lah. Abang kat mana? Lina dah sampai kat sekolah ni,” dijelingnya kawasan sekelilingya. Seram juga. Yalah, hari ini cuti sekolah. Di sini, senyap sunyi. Abangnya mengatakan beberapa perkara sebelum butang off ditekan. Terasa terdengar-dengar lirik before you love di telinganya..
Perlahan kakinya melangkah mahu pergi. Dia harus meninggalkan semua memori ini kerana memori akan tetap kekal sebagai satu memori. Namun satu irama menerjah telinganya.
Perdona si te estoy llamando en este momento
(Sorry didn't mean to call you but I couldn't fight it)
Pero me hacia falta escuchar de nuevo
(I guess I was weak, couldn't even hide it)
Aunque sea un instante tu respiracion
(and so I surrendered, just to hear your voice.)
Serta-merta memori lama menyerbu ingatannya. Memori ketika Lee bermain violin. Adakah dia? Dia berpaling.(Don't know how many times I said I'm gonna live without you)
Se que estas con alguien que no es el momento
(maybe someone else is standing there beside you,)
Pero hay algo urgente que decirte amor
(but there's something, baby that you need to know
Perlahan tangannya menolak pintu bilik muzik. Serta-merta di matanya terpapar perabot yang memenuhi ruang. Teringat ketika X-Music melepak di sini. Mereka semua ketawa kecuali Lee….
(That deep inside me, I feel like I'm dying)
Agonizando muy lento y muy fuerte eyeee
(I have to see you, it's all that I'm asking)
Dan akhirnya di hadapannya berdiri sekali lagi jejaka tertopeng perak itu….
Vidaa devuelveme mis fantasias
(baby, give me back my fantasy)
Mis ganas de vivir la vida
(The courage that I need to live,)
Devuelveme el aire
(the air that I breathe.)
Di sekelililing jejaka itu berdiri megah empat lagi jejaka bertopeng penuh. Masing-masing dengan alat muzik tersendiri. Cuma jejaka itu, berdiri dengan sambil matanya menikam jauh ke dalam matanya.
Cariño mio sin ti yo me siento vacio
(living without you, my world's become so empty)
Las tardes son un laberinto
(The days are so cold and lonely)
Y las noches me saben
(and each night I taste..)
A puro dolor
(..the purest of pain.)
“Lee,” seteleh beberapa tahun, inilah kali pertama nama itu meluncur dari bibirnya. Fikirnya, kesakitan yang dialaminya selama ini akan dilupakan jika dia dia tidak menyebut nama itu tetapi ternyata tidak. Ia semakin menyakitkan.
Matanya tajam menikam jejaka bertopeng perak itu. Lelaki itu membawa tangannya perlahan ke wajahnya dantopeng itu ditanggal perlahan-lahan. Dan wajah Lee muncul di sebalik topeng itu.
"Elina,” Lee tersenyum. Elina terpaku. Jejaka di sekelilingnya satu-persatu membuka topeng mereka. Ken, Daniel, Ryosuke dan Wu. Ah, X-Music sudah kembali.
“Elina!” serta-merta dia dikelilingi. Wajah riang yang hampir empat tahun tidak dilihat menerpa wajah. Mereka kelihatan lebih matang.
“Saya dah lama tak jumpa awak semua!” tangannya menekap kedua pipinya. Dia takut dia akan menangis.
“Kenapa, rindu ke?” Daniel menjongket keningnya nakal. Elina tersenyum dan mengangguk.
“Rinduuuu,” bibirnya tersenyum lebar. Wu meletakkan guitar dan menghampirinya.
“Awak makin cantik,”
“Mestilah, saya kan Elina!” dia mengusik. Wu tersenyum.
“Awak tak rindukan seseorang ke?” Ryosuke mengeyit mata nakal. Elina mengerut kening.
“Siapa?”
“Tu,” mulutnya dimuncungkan ke arah Lee. Kaca mata sudah disarungkan di pangkal hidungnya. Elina mengetap bibir. Rasa sakit di hatinya masih berbekas lagi.
“Oh, Lee. Dah lama tak jumpa, kan?” pandangannya hanya berlabuh sesaat di wajah Lee. Tidak sanggup dia memandang lama-lama wajah itu. Tarcuit juga hatinya melihat Lee memakai glasses! “Bila awak semua balik? Tak bagitau pun?”
“Saja nak buat surprise!” Ken ketawa kecil.
“Dari mana awak belajar lagu sepanyol?” dia menjungkit kening. Wu, Ken, Daniel dan Ryosuke berpandangan.
“Lee yang nyanyi lagu tu. Kitaorang cuma main alat muzik je,” kata Wu sambil memetik guitar. Elina terdiam. Apa motifnya menyanyikan lagu itu? Dia betul-betul tidak faham dengan Lee.
“Lo siento(saya minta maaf)” Lee muncul dari belakangnya. Elina kekal diam.
“Buat apa awak minta maaf, awak tak salah apa-apa. Oh, sejak bila awak belajar bahasa sepanyol ni?” sedaya upaya dia membuat nadanya kedengaran bersahaja. Dia tidak mahu lemah di hadapan Lee. Dulu pun Lee selalu menggunakan taktik memakai kaca mata kerana dia tahu Elina tidak akan lama-lama memarahinya. Dia tidak mahu kalah lagi kerana dia tidak mahu malu dan terluka lagi.
“Saya cuma tahu lagu itu dan ayat-ayat mudah je,” senyuman terukir sekali lagi. Elina mengetap bibir. Panggilan sudah bertukar saya awak.
“Oh, baguslah,” matanya sekali lagi menghindar dari mata Lee di sebalik kaca mata. “Lagu itu memang sedap dan lirik dia pun…”
“Itu kata hati saya. Saya min…” tangan Lee menyentuh tangannya. Tindakan spontan Elina…
Pang!
Keadaan menjadi senyap sunyi. Mata Wu dan yang lain membulat. Cuma Lee sahaja yang tetap tenang walaupun selepas ditampar. Dia cuma membetulkan kaca matanya yang melurut sedikit dengan hujung jari. Mungkin dia sudah jangka akan diberikan hadiah itu, kot.
“Ops,” nadanya sinis. Berani Lee mempermainkannya sebegini. Jika benar lagu itu seperti yang dikatakannya, kenapa dia ditinggalkan tanpa diberitahu?
“Er, kami rasa lebih baik kami pergi dulu,” Wu dan yang lain beredar meninggalkan Elina dan Lee berdua. Mereka berpandangan sesama sendiri,
“Kau rasa, Elina akan patahkan tengkuk Lee ke?” Ken mengurut leher. Wu tersenyum.
“Kita tengok sajalah nanti,”
***********************************
“Ye ke? Terima kasih,” Adam meletakkan kembali telefon bimbitnya di atas meja. Dia tersenyum. Panggilan daripada Wu dan yang lain memang dinanti. Memang dia yang merancang pertemuan ini dengan X-Music. Kenapa?
“Lina,” jawapannya mudah sahaja. Bagi Lina, dia akan tetap kekal sebagai seorang abang. Dia cuba menukar itu, dia cuba untuk menipu tetapi realiti tetap realiti. Cinta tidak boleh dipaksa. Masa tidak pernah mengubah itu. Lina tidak pernah gembira bersamanya. Cinta Lina hanya untuk Lee. Dan dia bukan berkorban, dia cuma melepaskan Lina kembali kepada cintanya. Sekurang-kurangnya bukan dia seorang sahaja yang dapat penampar Lina. Puas juga hatinya diberitahu Elina menghadiahkan penampar keduanya untuk lelaki itu!
Dia tersenyum dan mencapai ipod nano di atas meja disebelah. Earphone dilekap di kedua telinganya. Jarinya menekan butang di ipod nano itu muzik kedengaran.
Geujo nan pyunhan maeume
(With a comfortable feeling)
Yojeum ne anbooreul moorosso
(I’ve lately greet you)
Haengbokhanji nugul mannaneunji
(Are you happy? Who are you meeting?)
Yejonchorom non areumdawoonji
(You’re lovely as ever)
Geurohke jal jinaegil (jal jinaegil)
(I hope you live well)(live well)
Apeun il dashin obgil (dashin obgireul)
(Without anymore hardship)(no more)
Saerowoon sarangi owoollindaneun
(I’m waiting to hear)
Geu mal deudgiman gidarimyuhnso
(That your new love is treating you well)
Haengbokhaejwo ijen haengbokhaejwo
(Be happy, now be happy)
Nae gyoteso orae himdeuroddon mankeum
(For the amount you hurt beside me)
Himdeurodo nega himdeurodo
(It’ll be difficult, difficult for you)
Amu ildo hal soo obneun nareul wihaeso
(But for someone who can’t do anything, for me)
“Adam,” mama muncul di sebalik pintu. Adam menanggalkan earphone di kedua telinganya dan tersenyum.
“Terima kasih. Mama betul-betul bangga dengan kamu,” mama tersenyum. “Mari makan. Mama masak kegemaran kamu. Atuk kamu pun dah balik,” mama membalas senyumannya lalu beredar dari situ. Adam kekal diam. Mereka semua berterima kasih kepadanya. Dan dia pula mengatakan dia pentingkan kebahagiaan Elina. Apa sahaja boleh dilakukan untuk Elina. Termasuk jika terpaksa melepaskan Elina. Namun tiada siapa yang tahu apa sebenar yang tersirat di dalam hatinya sekarang. Tiada siapa pun…
Adam bangun dan menghilang di balik pintu, meninggalkan ipod itu tersadai sepi di atas meja namun iramanya masih terus bergema di ruang sepi itu…
Himdeuldamyuhn dorawado dwae
(If it's difficult, you can come back to me)
Nae saenggaknandamyuhn dorawado dwae
(If you think of me, you can come back)
Hokshi nal ddonagan mianhan ne mami
(If your sorry feelings)
Nol makneundamyuhn
(Are keeping you)
Ojik nal wihaeso doraomyuhn dwae
(For my sake, return to me)
Jamshi nal bomyuhnso woosojoomyuhn dwae
(Just for a moment, smile at me)
Hokshi nal ijoddamyuhn
(If you've forgotten the way to me)
oneun gil Irhoddamyuhn
(If you've forgotten)
naega nol chajeulge
(I'll look for you instead)
Dorawajwo ijen dorawajwo
(Come back to me, now come back to me)
(Naege) Dashi choeumin gotchorom
((To me) Like it was before..now)
Himdeurodo nomu himdeurodo
(Even though it's hard, even though it's so hard)
(Naegero) Noman doraomyuhn gwaenchanha
(Towards me) If you come back, everything will be alright)
Nol wonhan nae gidoga (nal wihan gidoga)
(I ask for you in my prayers (I pray for my sake)
Noege deullindamyuhn (naege deullin soo iddamyuhn)
(And if you can hear them (If I can hear them)
Yuhjonhee nae gyote nol wihan binjari
(There's an empty part of me that wants you)
Amudo moreuge naege
(Without anyone knowing)
Ije dowao dwae ijen.. naege
(You can come back now... to me ....)
**************************************
Elina memeluk tubuh. Wajahnya muram.
“I have diarrhea, gotta go. Bye Bye!” dia merapu. Ah, lantaklah asalkan aku boleh pergi. Namun belum sempat dia melangkah, tangannya ditarik Lee. Membulat matanya.
“Lepaskan saya!” dia meronta tetapi Lee memegangnya semakin kejap.
“Awak, lepaslah!” dia semakin bengang.
“Elina, awak harus dengar dulu penjelasan saya!” pegangannya semakin mencengkam.
“Saya tak nak dengar. Saya nak balik!” Elina berkelakuan degil. Sakit hati, kecewa, luka yang dipendam selama ini terluah juga.
“Elina, waktu saya pergi dulu, saya bukannya nak tinggallkan awak!” kali ini suara Lee meninggi. Elina berhenti meronta. Dia memandang wajah Lee tajam. Lee menarik nafas panjang.
“Saya pergi sebab waktu itu auntie sakit,” Lee menyambung. Elina melepaskan pegangan Lee. Hatinya terasa begitu sakit. Kenapa…?
“Beritahu saya alasan sebenar awak,” dia merenung mata Lee. Kenapa lelaki ini berbohong? Dia tahu alasan Lee meninggalkannya bukan itu. Lee terdiam seketika.
“Setiap hari yang saya lalui bersama awak, semuanya semakin berubah. Kadang-kala saya takut, saya tak tahu kenapa saya jadi macam tu. Kadang kala saya marah, sebab saya tak dapat kawal perlakuan saya. Dan kadang-kala saya kesal, apabila kelakuan saya melukakan awak. Ada kalanya saya seperti tidak kenal diri saya sendiri. Dan waktu itu satu-satunya cara untuk melepaskan diri adalah pergi,” perlahan saja nadanya. Kali ini giliran Elina pula menarik nafas panjang. Lee silap. Dia langsung tidak berubah. Dia masih memendam semuanya dalam hati. Elina sedar kini. Dia patut melupakan rasa di hatinya. Mereka hanya sesuai menjadi kawan.
“Oh, macam mana dengan auntie?” dia beralih topik. Tidak mahu membincangkan tentang hubungannya dengan Lee. Dia juga yang akan karam dalam sakit hati nanti.
“Auntie semakin sihat. Elina..”
“Apa?”
“Saya minta maaf,” sudah dua kali maaf dituturkan. Elina menggigit bibir. Balik ke sini hanya ingin meminta kemaafan darinya?
“Yalah. Saya maafkan tapi lain kali jangan pergi senyap-senyap. Buat saya sakit jantung saja!” Elina cuba tersenyum. “Jom pergi makan dengan mereka semua. Saya belanja,” Elina melangkah mahu pergi. Memang tiada harapan untuk hubungan ini berkembang. Lee tetap Lee. Lelaki yang penuh rahsia dan tiada seorang dapat memahaminya. Dia tiada peluang untuk berada di hati lelaki itu. Jika ada pun, dia tidak mahu mencuba lagi. Biarlah dikatakan putus asa, asalkan hatinya tidak sakit lagi.
Lina..” tangannya dicengkam. “..apa patut saya buat untuk awak percayakan saya lagi?” Elina kekal diam. Lama mereka berkelakuan sebegitu sehingga Lee menarik tangannya ke satu sudut. Dia mendudukkan Elina dan tangannya mencapai guitarnya. Kening Elina berkerut-kerut. Namun dia hanya diam apabila Lee mula memainkan guitar itu. Sebentar kemudian, suara Lee kedengaran.
Thinkin' how the story goes
You're helpless and I'm wishin'
Put the film inside my mind
But there's a big scene that I'm missin'
As I re-read my lines
I think I said this, I should've said that
Did you edit me out of your mind
'Cos in a flash you had disappeared, gone
Before the curtain falls
And we act this out again
Maybe I should risk it all and state
Mata Lee di sebalik kaca mata itu tepat memandang matanya…
That I'm officially going on the record
To say I'm in love with you
I'm officially everything you hope that I would be
This time I'll tell the truth
I'm officially wrong I know
For letting you go the way I did
Unconditionally more than I ever was before
I'm officially yours
Tidak sekalipun dia beralih pandang…
Travellin' down this road again
Gotta make a few decisions
Don't want you to feel this hurt again
That's why I'm hopin' that you'll listen
If you let me press rewind
I'll rehearse every word I should have said
'Cos girl I'm ready to make things right
Here on this stage so we can move on
And before the curtain falls
And we act this out again
Missin' pieces I'll resolve so stay
Sesekali dia tersenyum…
I'm officially going on the record
To say I'm in love with you
I'm officially everything you hope that I would be
This time I'll tell the truth
I'm officially wrong I know
For letting you go the way I did
Unconditionally more than I ever was before
Suaranya memenuhi ruang sepi bilik muzik. Bagaikan hidup kembali…
Things I should have said
Like I appreciate the time that I spend with you
Inspire me with the smile I put on your pretty face
My world comes alive, now I know
This time I'm not letting go
Lee datang menghampirinya. “'Cos I'm officially yours,” bisiknya di telinganya. Elina terdiam.
“Saya..”
“Tak perlu. Saya dah faham,” kali ini senyuman Elina benar-benar ikhlas. Dia tidak perlukan apa-apa penjelasan lagi. Lagu itu sudah cukup untuknya. Kini barulah dia faham, dia tidak perlukan kata-kata penjelasan Lee ataupun kata-kata cinta seperti wanita lain. Kadang-kala kata-kata tidak diperlukan, cukup sekadar memahami dirinya.
“Saya betul-betul dah faham,” sekali lagi dia bersuara.
“Tapi saya tetap ingin awak dengar,” Lee menggenggam tangannya. “Di sana saya cuba menjalani kehidupan saya seperti biasa. Dan saya sedar. Di samping awak, sikap saya bukan berubah. Saya masih lagi Lee yang dingin, yang jahat, yang kurang senyum seperti yang awak katakan itu. Cuma hati saya yang kosong dulu, sudah dipenuhi dengan bayangan awak. Dan waktu selama saya pergi, bayangan itu tidak pernah hilang. Dia sentiasa ada di sisi dan menemani saya menjalani kehidupan,” Lee tersenyum. Elina menekup mulut. Dia terharu..
“Terima kasih…” jarinya digenggam semakin erat. Elina menyeka air matanya. Dia benar-benar gembira.
“Lee..”
“Apa?”
“Sakit tak saya tampar tadi?” dia mengggit bibir. Lee tersenyum dan menggeleng.
“Apa yang saya buat pada awak lebih teruk. Tapi kan, lain kali janganlah kuat sangat,” Lee mengusap pipinya. Mereka berdua ketawa.
“Kalau awak ingat nak ulang balik apa yang awak buat dulu, baik awak jaga-jaga sebab saya pun takkan lepaskan awak pergi. Jadi, lebih baik awak fikir panjang-panjang kalau nak jadi Mr Glasses saya sebab ini perjanjian seumur hidup,” dia tersenyum nakal.
“Mr Glasses?” Lee ketawa kecil. Namun kemudian dia membetulkan kaca matanya dan memandang tepat wajah Elina “Hm, perjanjian seumur hidup ya? Jadi, apa kata sebagai bukti perjanjian yang akan kekal selamanya, awak pakai ini?” Lee mengeluarkan sesuatu dari koceknya. Elina terpaku apabila di tangan Lee terdapat sebentuk cincin. Cincin itu elegan dengan berlian di sekeliling cincinnya. Elina terkelu. Namun kemudian dia tersenyum.
"Eternity ring….” dia mengangkat wajah dan memandang Lee kembali. “Awak yakin? Sebab perjanjian ini tidak boleh dibatalkan, tau!” keningnya diangkat sebelah. Lee ketawa kecil dan menyarungkan cincin itu di jarinya. Tangannya digenggam dan dibawa rapat ke dadanya.
“I’m sure because you’re the one that I want…"
Love is like playing the piano. First you must learn to play by the rules, then you must forget the rules and play from your heart…
***************************************
p/s: Terima kasih kerana membaca novel ini sehingga ke penghujungnya. Alya berharap korang semua boleh memberi komen untuk memperbaiki lagi mutu penulisan Alya. Minta tolong ya... ^_^
44 comments:
wa. sweetnye ending dia! lee nyanyi n bg eternity ring. hehe. tp kesian gak kat adam. lagu tu macam tunjuk yg dia berharap Lina balik lagi pada dia. takpe, Alya buatlah cite pasal Adam plak ye. hehe
p/s: ske la quotes tu. ^_^
waa!!!
tq alya...
finally...
tmt gak!
epy endim gak cm cter 1 ag!
keep it up>>
tr0skn b'karya!
tq2...
muchas gracias..
~_^
love it..
finally citer nie habis
kalu adam tu ade citer sendiri
mcam yg anonymous cadangkan tu pun best jugak
saya mmg minat ngan watak adam tu..
huhuhuhuhu
keep up a good story, writer
congrate!!! hbs pun cite nih..
soooooo sweeeetttttt~
saya suka sgt...
cara penulisn alya pun santai jew...
mudah difahami..
n diselitkan dengan lagu..
so, lbh interesting..
teruskan berkarya k!!!
(^_^)
salam kak alya..
gempak ar cter nie!!
ske sgt3..
kak..
lgu pe yg adam tu dgr??
cam besh je!
hu3...
arap2 akak ley ar wk cter len..
dbsk besh!!
-kyra-
da abis pon cte ni..best sngt..
sye hrp ade cte yg lg bgus dri yg ni..all the best..
best gler!!!
next time wat laa artis len lakk...
tpi jln cite mesti laa len..
bru unique..
hhehe..
anyway,, tahniah...
cite akk mmg best thp dewa!
yeayyy,...
best2..
epi ending..
suke..
lagu2 nieh dye punye lirik,sungguh la mendalam...
sweetnya...
ni baru best...
lee yang romantika de amor hehehe..
tahniah kerana berjaya myiapkan cerita ini...
ermmm lps ni buat crta baru lak ye
best sgt2...
".)
waaaa!!!! bestnyer..
sweet sgt ending die..
kak alya, best sangat la..
lebeyh baik akak bukukan jer novel akak neyh.. heee...
tahniah kak! congrats! speachlesss!!
salam..
kak alya..
anis sgt puas hati..mmg best..
sweet + happy ending.
caiy0k2..ganbatte..
sem0ga akak teruskan lagi bakat akak dlm bidang pnulisan ni..
aja aja fighting!!
hee~..
salam sayang..
~aNis~
best lh ending dia....kdg bla baca cter ni rasa mcm tk cya cuz sy pun sgt myukai mr glasses...
truskan berkarya
sangatlah seronok dan teruja sbb finding mr.glasses akhirnye sampai ke penghujung.. alhamdulillah.. pengakhiran yang bagus dan sangat mengasyikkan.. rase terbuai2 dek perasaan pulak bile baca.. haha.. comel n sweet sangat!
harap alya akan terus berkarya dan dapat menghasilkan novel2 yg lebih bermutu dimasa hadapan..
teruskan berusaha! :)
alahaiii
best nyerr story niiii
sampai geram!!
hihihi
congrate writer
luv ya
rase nk ulang bace berkali2 :D
best....
finally hbs gk cter nie...
smbungla ksah adam plak......
aha...best tol cter ni...wpn sblm ni aku xpnh bg comment pape...tp best..nice story..really...wpn susa nk jmpe realiti cm ni...heee
aha...best tol cter ni...wpn sblm ni aku xpnh bg comment pape...tp best..nice story..really...wpn susa nk jmpe realiti cm ni...heee
em,st0ry neh best sngt!!
hopefully lpas neh b0leh sambung kisah adam pulak ye..
p/s:that quotes,dlm novel kau sayangku,kan?
waw..beshnye~~
buat lagi crite lain ye..
nak bace..nak bace..
suke sgt cite cm ala-ala korean ni..
hehehe ^^
akhrnya
penantian ilah trcapai
thnx alya
:) great story
t'lmbat baca criter niey,,
sy baca smpai abis..
nk tggl sminit pun terasa syg...
mak ngn ayh mrh sbb tdow lwat...
start baca pkul 8 mlm abis pkul 3 pagi,,
mmg puas atiey baca criter niey...
lbih2 agiey wtaknya ahli kmpulan TVXQ,,hehe(pminat fanatik)..
bez sggggggggggttttttt2..x t'kata..
G.U.D J.O.B..
nk criter laen plk,,,
bez klau chrater dia ahli TVXQ jgk..(max changmin pnting)
best!
:)
hehe...best sgt2x..
ada novel yg lain tak?..........
yes..finally..hbs satu cerita tuk hri ni...bru leh smbg bt kerja..thanks..keep it up!!..:)
awk wt la lg smbungan bg adam plak.. rindu la kt tulisan awk..
best...sambung lah ape jdi kat adam...
wat lah lee ngan elina kawen ke..
dpt anak..huhu
nything...best sgt!!
waaa,,this was really a nice story...keep it up....sgt suke bc novel ni....
Cte nya mmang best gileeerrrrr.....best sangat hehehehe...1 ayat pun tak mahu tgglkan..jln cte yg lawak, sampai ktawa s' org2 jak baca cte tu, tahniah bjaya mghasilkan novel yg betul2 mnarik
Annyong!
Cerita nih memang fantastic lah . Kite nak kak Alya buat cerita laen pula , tapi na romantic mcm nih . baru kite ade feeling na bace . HAHA
Anyway , Kite <3 this story . and Kite slalo brangan na jadi mcm elina .Sebab die rapat dengan the popular group and got a very handsome lee.
bez!!!
thumbs up Alya...
tpi kan...kite suke Adam...
bestttttttttttt sgt2..berbaloi la baca smpai 2-3 pagi..huhu best sgt123...xpuas baca..rs sedih bila dh hbs..sbb nk baca lg...
hurm xreti komen but nak komen gak..
citer neyh memang best..lain dari yang lain mcam sya tgh melayar 1 movie korea jer..real..very2 real..ending tu mcm ader sambungngan jer..per pun thumb's up ntuk alya..susah nak jumpa satu citer yang adaptasi grup dari pelakon n penyanyai dari korea or jepun..
bez..!!! suke bce cite ni..menarik..!! lg2 ble terbayangkan watak2 nye yg encem2 sume nye... :-)
sgt best!!!!!!!!!
sgt bestt..sy suke watak adam..hak6..alya teruskan usaha...chayyokk!!bwat cter best2 je taw..
lamanya awak x update blog....xbuat citer baru lg kew?
sgt best cerita ni...saya suka..buat sy dream about it..waa...honto ni daisuke..faito for youe writing...>_<
Herm sebenarnya aku memang suka hero tapi watak daniel seriously buat aku jatuh cinta dekat u-know lah haha. Herm, tapi kan baik kau sambung novel ni sebab kau tak cerita pon pasal wu dgn daniel . Sebab aku rasa diaorang suka elina tapi kau x bagitahu pon , so macam tergantung . Lagi satu , yang mcm mana x-music tu boleh tahu pasal adam semua tu dan lagi satu masa lee cakap 'kau x kenal sape aku' kat adam . Kau tak citerkan pon sbb pe dia ckp cam tu , hermm. Sambunglah please :'D aku nangis tau baca novel ni hihihi
dah habis dah .. huu..
wat la finding Mr.Glasses 2..best la cter ni...
Best la dik cite ni,santai je,akak tgelak je msa mula2 bca 2,dkt2 nk hbs sdih la pla..tp ending best cuma ksian kt adam la. Yg plg best persbtan d antara wu,ken,daniel,ryusoke,lee dgn elina. Aja2 fighting.
Best! Keep it up.. :)
Hi,
Kami Team dari aplikasi NOVEL+ berbesar hati ingin memaklumkan bahawa kami telah mengambil naskah novel anda bertajuk: Finding Mr. Glases
yang disiarkan di blogspot/website anda untuk dipaparkan dalam aplikasi NOVEL+ yang kami bangunkan untuk mobile (android/IOS).
Kami dapati novel karya anda garapkan sungguh menarik dan pasti menjadi pilihan peminat novel untuk membaca. Tugas kami hanya ingin membantu mempromosikan novel anda agar dikenali ramai secara meluas melalui dunia dihujung jari. Aplikasi NOVEL+ ini boleh dimuat turun melalui App Store (Apple/IOS) dan Play Store (Android).
Oleh itu, kami ingin meminta kebenaran daripada pihak anda terlebih dahulu, sekiranya kami boleh meneruskan menyiar novel anda di dalam aplikasi NOVEL+ ini atau tidak.
Jika YA! kami mengharap agar dapat maklum balas dengan segera daripada pihak anda. Jika TIDAK bersetuju, kami akan hormati keputusan anda untuk mengeluarkan karya dari aplikasi NOVEL+ kami.
Sekian.
Hubungi Kami:
novelmcdp@gmail.com
Untuk Info:
NOVEL+ merupakan bahan bacaan berupa novel yang boleh dicapai dengan mudah melalui aplikasi mudah alih. Dengan NOVEL+, anda mempunyai akses ke dunia karya novel tempatan dengan meluas. Anda tidak perlu risau lagi untuk membawa bahan bacaan ketika berada di luar atau ketika sedang bercuti kerana kini aplikasi NOVEL+ akan bersama anda sentiasa, bila-bila masa dan dimana jua.
Para peminat novel boleh membaca karya-karya TERBAIK penulis berbakat di aplikasi NOVEL+ yang boleh dimuaturun secara PERCUMA. NOVEL+ terdiri daripada pelbagai genre novel TERKENAL dalam Bahasa Malaysia.
Hi,
Kami Team dari aplikasi NOVEL+ berbesar hati ingin memaklumkan bahawa kami telah mengambil naskah novel anda bertajuk: Finding Mr Glasses yang disiarkan di blogspot/website anda untuk dipaparkan dalam aplikasi NOVEL+ yang kami bangunkan untuk mobile (android/IOS).
Kami dapati novel karya anda garapkan sungguh menarik dan pasti menjadi pilihan peminat novel untuk membaca. Tugas kami hanya ingin membantu mempromosikan novel anda agar dikenali ramai secara meluas melalui dunia dihujung jari. Aplikasi NOVEL+ ini boleh dimuat turun melalui App Store (Apple/IOS) dan Play Store (Android).
Oleh itu, kami ingin meminta kebenaran daripada pihak anda terlebih dahulu, sekiranya kami boleh meneruskan menyiar novel anda di dalam aplikasi NOVEL+ ini atau tidak.
Jika YA! kami mengharap agar dapat maklum balas dengan segera daripada pihak anda. Jika TIDAK bersetuju, kami akan hormati keputusan anda untuk mengeluarkan karya dari aplikasi NOVEL+ kami.
Sekian.
Hubungi Kami:
novelmcdp@gmail.com
Untuk Info:
NOVEL+ merupakan bahan bacaan berupa novel yang boleh dicapai dengan mudah melalui aplikasi mudah alih. Dengan NOVEL+, anda mempunyai akses ke dunia karya novel tempatan dengan meluas. Anda tidak perlu risau lagi untuk membawa bahan bacaan ketika berada di luar atau ketika sedang bercuti kerana kini aplikasi NOVEL+ akan bersama anda sentiasa, bila-bila masa dan dimana jua.
Para peminat novel boleh membaca karya-karya TERBAIK penulis berbakat di aplikasi NOVEL+ yang boleh dimuaturun secara PERCUMA. NOVEL+ terdiri daripada pelbagai genre novel TERKENAL dalam Bahasa Malaysia.
Post a Comment